Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Untuk Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM, Pra U, IKM

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2009 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2008 dan sebelum serta lepasan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar serta lepasan Diploma Kemahiran Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori Lepasan Diploma

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2009 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2009 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA atau IPTS.
  5. Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
  6. Lulusan Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) atau Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  7. Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran
  8. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.


Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

Syarat Kemasukan

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; DAN
  6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  7. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
    • Tarikh permohonan ditutup –  4 April 2011
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma Dan Setaraf Sesi 2011/2012.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
    • Tarikh permohonan ditutup –  28 Mac 2011
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga empat program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 April 2011
  • USM – 28 Mac 2011

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan laman web Pohon @ USM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  3. Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU dan Panduan Mengisi Borang USM sebelum membuat permohonan.
  4. Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  5. Sebarang pertanyaan sila hubungi
    1. UPU
      – Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
    2. USM
      – Hotline : 1300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau E-mel : admissions@notes.usm.my
  6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

188 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf

  1. […] Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf […]

    • salam..kawan saya nk masuk u dari poli dua tahun lepas.tapi die xambil muet lg.tapi die nk ambil tahun ni puye kemasukan.adakah boleh memohon tanpa sijil muet?

  2. […] This post was mentioned on Twitter by Azhad Nilam. Azhad Nilam said: RT @ePutra: Permohonan Kemasukan IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM, Pra U, IKM http://eputra.com/?p=2262 […]

  3. Salam, saya pelajar dari Politeknik . Kini saya didalam semester akhir .
    1. adakah saya boleh memohon kemasukan ke IPTA sesi 2011/2012?

  4. salam..

    selepas saya tekan ke link berikut https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/allstpm
    di page tersebut saya tekan permohonan untuk memohon..
    tetapi kenapa dibawa ke page portal mohe?
    kalau betullah di page portal mohe itu saya boleh memohon?
    tetapi saya buntu, dimana patut saya isi borang upu tersebut?

    yang keliru..harap ada sudi yang membantu

  5. maizatul nadwa says:

    salam tuan, sy merupakan pelajar lepasan matrikulasi tahun 09/10. sy telh membeli no pin bsn n tarikh tuutp fasa 1 ari ni. tpi sejak semalam semasa sy mengemukakan permohonan tp sistem tu cakap maafpermohonan anda tiada daalam sistem. padaal sy baru nk memohon. sy telah mendapat tempat ke ipta semasa tahun 2010 tpi sy abaikan dan masuk ipts. then skg sy dah bernti n nk aply ipta balik.. sy ade ternampak iklan untuk lepasan matrik 09 dan sblumnya tapi bukak web pon same je. stil link yg same. so, macam mane sy nk buat dalam hal ni.. terima kasih..

  6. Salam tuan.saya baru sahaja tamat pengajian di sebuah politeknik. saya ingin memohon untuk kemasukan ke ipta lepasan diploma dan setaraf.Masalahnya, saya belum lagi mengambil peperiksaan MUET dan akan mengambilnya pada tahun ini.Peperiksaan MUET akan dijalankan pada bulan April nanti. Jadi, bolehkah saya memohon untuk kemasukan ke ipta sekarang?

  7. salam..sy lpasan diploma,sy nk tya boleh x dalam 4 pilihan Universiti tersebt,sy memohon 2 daripadanya adalh universiti yg sama ttp cos yg brbeza?

    • Boleh. JIka empat-empat Universiti yang sama pun boleh. Cuma masalahnya jika anda termasuk dalam senarai yg akan dilelong nanti, kebiasaannya IPTA akan hanya memilih calon-calon yg ''memilih dan suka" kepada mereka saja.

  8. Semasa memilih program di fasa 2 nanti, pastikan anda memlih program yang anda layak saja. Jgn sekali-kali cuba nak 'test market" walaupun anda tahu anda tidak layak. Jika keputusan anda tidak brp baik dan hanya 'cukup makan', dinasihatkan supaya tidak memilih kesemuanya IPTA ternama. Elok bertanya kepada mereka yg berpengetahuan atau hadiri karnival Jom Masuk U kerana di sana, anda boleh tahu program apa yg anda layak.

  9. nurwahidah abdullah says:

    salam..saya merupakan pelajar lepasan diploma farmasi..apabila sy mencari maklumat mengenai ipta
    di website upu,saya dapati untuk lepasn diploma,tiada penawaran utk sambung ijazah sarjana muda farmasi…..btul ke budak diploma farmasi dah tak dapat sambung ijazah,saya musykil sebab senior saya dapat buat ijazah tahun lepas. .

    • Betul. Ijazah Sarjanamuda Farmasi , Doktor Perubatan, Doktor pergigian dan beberapa kursus lain hanya dibuka kepada lepasan STPM/Matrik sahaja. Ramai pelajar lepasan SPM membuat pilihan untuk buat diploma berbanding matrik sedangkan peluang lepasan matrik lebih luas untuk buat degree. Kuota untuk lepasan diploma juga amat sedikit bagi kursus-kursus lain. Fikir-fikirkan la

      • Just nk Share Info.. Anak saudara sy juga lepasan diploma farmasi dr UNIKL. Mmg xde peluang nak sambung blaja degree in pharmacy di IPTA/IPTS di M'sia. Board of pharmacy mmg ambil student from STPM/Matriks shj. Arahan dh berkuatkuasa. Mmg tersekat peluang sambg blaja.So, ada 2 cara shj.. samada mohon course lain utk degree selain farmasi.. @ smbg kt Overseas.. Kira dip in farmasi tu leh jd pembantu farmasi je lar. My niece, Insyallah smbg ke Jordan sept ni for 5 yrs. Kalo ke Indonesia.. perlu seat for exam yg ntah apa2.. fikir2 le..

  10. salam..dijangka pada bulan berapa keputusan upu bagi ketegori diploma/setaraf akan diumumkan?
    dan adakah kesemua universiti memulakan sesi pembelajaran pada bulan september? sekian tq

  11. salam bro, sy try check kat tenet perbezaan antara senibina dan sains senibina tp x jumpa satu pon penerangan yg memuaskan hati,emmm tahu x kat mn lg sy boleh refer?

  12. salinan sijil dan dokumen yang perlu dihantar kpd setiap universiti mcm mana sekiranya memohon 2 daripadanya U yg sama?perlu mhantar 2 salinan ke pd U yg sama?

  13. illa ismail says:

    Salam..sy ingin memohon ke ipta untuk part time..soalan sy,adakah PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF
    (KATEGORI DIPLOMA/SETARAF)
    SESI AKADEMIK 2011/2012 ini hanya terbuka kepada full time?&bagaimana pula jika saya ingin memohon kemasukan ke ipta untuk separuh masa sahaja?..bolehkah sy menggunakan no pin yg sama?…

  14. inign tahu says:

    salam..saya ingin bertanya 1 soalan..
    adakah permohonan ke upu blh dibuat lebih dari sekali??
    jika gagal pada pengambilan 2011/2012 bolehkah saya memohon lgi sekali pada pengambilan 2012/2013 dengan menggunakan keputusan muet yang berbeza??
    saya adalah pelajar diploma tahun/sem akhir.

  15. salam…. sy lepasan diploma kejururawatan…. sy amat minat utk mnjadi seorg pendidik dn ingin belajar di UPSI… masalahnya.. selain bidang kejururawatan.. bidang apa lg yg sesuai untuk sy?? adakah kaunseling??

    • dip & gov staff says:

      knape adik nk tukar bidang plak? bdg jururawat kn 1 bdg yg mulia & ngara kita masih lg kekurangan jururawat profesional..ape salahnya adik smbg degree dlm bdg nursing jgk..pastu leh apply jd tenaga pengajar jururawat melalui SPA (jawatan Pengajar Jururawat Gred U41) atau institusi pengajian tinggi lain ..jd adik akan dpt jd pendidik jgk..tp klu dh xmnt dgn bdg nursing, terpulangla..leh jgk nk tukar..

    • salam, sy pn lepasan jururawat.mmg jururawat kje yg mulia.tpi nk cari kerja tu susah. guna spm lg sng nk dpt kerja.kerja clinic gaji (RM500-900) tolak dgn hutang ptptn, belum lg hutang laen2 makan pasir la jawabnya..bukan nk materialistik sgt tpi zaman sekarang semua susah..byk sgt lepasan graduan. mcm mne nk hidup. borang minta kerja ni jgn nk kata..apply sana sini.. tpi semua hospital xnak panggil semua mahu exp 2-3 tahun..klu xkasi peluang mcm mne kami nk ade exp.. da lama tgu juga nk jadi nurse tpi xdpt.last2 kerja kt supermarket jadi cashier je. sedeh betol la bila pikir2 balik baek tuka bidang. rasa mcm menyesal belaja 3 taun diploma simpan dlm fail je. nk tuka bidang lah ^_^

  16. saya lepasan asasi 09/10. sekarang, saya study kat uitm shah alam. saya budak degree sem 2. saya nak tanya, boleh tak saya mohon upu untuk ke unimas? ini kerana, unimas ada kos yang saya minat.

    • boleh…tp kene keluar dr uitm dlu…and then kene tggu 6 bulan supaya upu boleh clearkn nama anda..then u bleh apply blik di bwh kategori diploma/setaraf

  17. salam.
    saya nak tnya kalau lepasan asasi uia memang tak boleh memohon untuk sambung degree ke universiti lain ke?

  18. slmt pagi…pelajar stpm tahun 2002 adakah masih layak memohon ke UPU

  19. salam,sy bru saje tamat blajar dlm bidang dploma,n akan konvo dalam bulan lapan..kiranya bulan 4 ni akan ambik tesst muet,boleh sy tau bila pengambilan fasa 2 upu akan dibuka??? cos pengambilan fasa pertama xsempat nk isi

    • Salam.. rasanya blh apply skrg krn rasanya ada U yg blh bg tawaran bersyarat. Cuba tanya tempat Anis belajar skrg @ call UPU utk pengesahan

  20. salam, kalau sy belum mengambil muet, bermakna sy memang xboleh isi borang upu??so, sy terpaksa tunggu sehingga result muet keluar??

  21. saya lepasan diploma UITM dalam bidang Farmasi…disebabkan pointer saya 3.3 something dan tak capai 3.5 maka UITM wajibkan untuk pemohon mempunyai pengalaman kerja setahun. Maka saya pun telah bekerja selama setahun dalam bidang ini. kini, apabila ingin memohon, setelah menyemak program yang ditawarkan untuk peringkat ijazah farmasi, namun tidak kelihatan. Adakah UITM tidak menawarkan program ini? jadi dengan pengalaman kerja setahun, minat yang mendalam dan last CGPA menghampiri 3.4…di manakah boleh saya mohon? IPTA yang sesuai? dan adakah UITM memang tidak menawarkan kursus ini?

    Puteri Radiza

    • Kalau tgk dibwh kategori lpsn Diploma xde tp klau tgk bwh kategori lpsn STPM ada pengajian Farmasi tu
      Cuba call fakulti yg berkenaan di UiTM utk mendapatkan penjelasan

    • gio franco says:

      tu la dulu wat matrik tak nak..jalan senang amek diploma..skrg nak jadi pegawai farmasi bertauliah tinggal harapan.dkrg kerajaan dah had kan pengambilan bsc farmasi kepada matrik atau stpm atau A level setaraf jer..diploma baik jadi pembantu farmasi klinik jer la..

  22. -saya sedang belajar di politeknik di semester akhir diploma kejuruteraan awam.
    -Saya telah memohon ke IPTA sesi 2011/2012.
    -Ke alamat manakah perlu saya hantar sijil sijil yang diperlukan.
    Contohnya :- saya telah memilih UTHM…
    Adakah saya perlu menghantar ke alamat berikut
    Beg Berkunci 101 Parit Raja
    Batu Pahat
    Johor
    West Malaysia
    86400.
    terika kasih

  23. sijil sijil diploma yang perlu dilampirkan untuk kemasukan IPTA perlu dihantar ke universiti pilihan.
    Adakah ia perlu dihantar mengikut alamat ini? http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/alamat_ipt
    tq

  24. salam..sy asalah pemohon bg lepasan stpm 2009..sy telah memohn bg kategori lepasan diploma setaraf..perlu ke sy menghantar dokumen2 yg dipelukan ke semua uviversiti pilihan saya???

    terima kasih..

  25. salam saya adalah lepsan stpm 2009 dan saya telah memohon utk kategori lepasan diploma setaraf..adakah saya perlu menghantar dokumen yg diperlukan ke semua universiti pilihan saya??tq

  26. Salam. sy ialah lepasan stpm 2006… bolehkah sy memohon bg kategori lepasan diploma setaraf?? adakah sy akan mengambil ijazah sarjana muda ataupun diploma shj??
    thanx..

    • Salam… betul anda mmg perlu mohon di bwh kategori lpsn diploma.
      Mick blh mohon program pengajian peringkat ijazah

  27. Salam.. dekat mane ye sy nak dapatkan alamat setiap u yg sy pilih…
    terima kasih kpd yang sudi membantu

  28. salam…sye student diploma,nk sambung ijazah ble abis diploma.tp muet still x ambik lg,so mcm na nk ec borg kt ruangan muet ek??nak biar kosong kr??ade Uni yg wt tawaran bersyarat kn,syarat cm nr2??ade x senarai Uni yg wt twaran 2??..tolong bantu,yr..terima kasih

    • salam… biasanya jika nk sambung ijazah di U yg sama ambil diploma tu je ada tawaran bersyarat tp ini dgr member yg ckp… nk kepastian kena tanya U tu @ UPU sendiri

  29. fantgiro says:

    salam..
    Saya lepasan STPM 2011,
    menurut laman UPU, http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/faq.php
    pemohon Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf – Ijazah Pertama) perlu manghantar salinan borang permohonan dan dokumen sokongan..

    Q: adakah saya tergolong dalam kategori ni?
    jika Ya, apakah dokumen sokongan yang perlu saya hantar dan kepada bahagian apakan dokumen tersebut perlu dihantar??

  30. Salam.. saya lepasan STPM 2008, adakah saya masih layak memOhOn?

  31. bagi kursus temuduga..
    bila pengumuman tarikh temuduga akan diberitahu?

  32. lepasan STPM 2010 tak perlu htr dokumen sokongan ke?
    kalo perlu dokumen yg mcmne tu ye?
    kalo tak perlu pun,bole x bgtau je ape dokumen tersebut..

  33. tumpang tanya, bila tarikh ttp utk hantar salinan dokumen ke setiap IPTA pilihan bg pelajar lepasan diploma?

  34. cmne nk tw num upu??ad sape tw link die x??

  35. adakah saya masih sempat tuk membuat permohonan pada tarikh 4hb…

  36. salam,

    saya lepasan spm 2010.sy dh pun apply kt upu, diploma farmasi,UITM.skarang ni mklumat sy dh dsimpan dlam sistem.sy ada dengar yang lepasan diploma farmasi uitm takleh sambung ijazah farmasi.betul ke?? mcam mana kalau sya dpat bidang ni nnt,pastu nk sambung degree,tak kan tak boleh.walaupn klu dpat pointer yg memuaskn mcm 3.8 ke atas ke.?skarang ni borang upu dh tutup dh kn 4aprl 2011.sy x leh nk kmaskini dh.baru tahu skarang sal ni.macam mana kalu sya nk smbung jugak degree dlam farmasi nnt?semua lpasan dploma farmasi uitm,tak kn boleh blajr sampai diploma je? sya confuse la..rse down ble bru tau sume ni..sya ada apply asasi farmasi UIAM.tp sy ltak plihan kedua.kalau uiam,mmng confrm smbung degree kt uiam jgak.sy ingt nk fokuskn dploma uitm.sbb ye kte boleh smbung degree.tak tau pulak nk jadi mcm ni.betul ke sume ni?kalu sy dpat dpat pointer tnggi ada cara lain tak nk smbung degree?kt IPTA laen ke,boleh?

    trima ksih krn mmbantu..

  37. salam,

    saya lepasan stpm 2006 dan dah apply kt ums, tapi adakah sy perlu menghantar salinan dokumen2
    seperti pelajar lepasan diploma?
    klu perlu hantar, apakah alamat ums utk sy htr dokumen2 tu?

    trimas byk2..

  38. tumpg tanya,
    adakah calon ujian munsyi dipilih berdasarkan borang permohanan usm yg dihantar itu lengkap ataupun dipilih berdasarkan kriteria minimum bagi sesebuah kursus di usm??

    saya calon lepasan diploma kejuruteraan dan memohon utk kursus ijazah aliran sastera di usm..
    ada peluang saya dapat x? saya ada dengar dpd kwn2,depa ckp IPTA mana2 pun susah nak ambik calon yg memohon kursus ijazah yang menyimpang dari kursus diploma sebelum ni…
    saya harap akan mendapat informasi dari pihak Tuan/Puan….terima kasih….. 🙂

    • pada kebiasaan mmg pemilihan pelajar adalah berdasarkan latarbelakang kelulusan yg dia ada, contohnya jika lpsn diploma perakaunan tentu ssh nk dpt jika dia mohon ijazah dlm kejuruteraan

  39. saya tidak tahu mengenai penghantaran dokumen ke ipta y kita pilih. jika saya mengantar selewat lewatnya hujung minggu ini, adakah saya akan dipertimbangkan. saya merupakan lepasan diploma

  40. salam, saya nak tanya,

    saya lepasan diploma kejuteraan tahun 2009, saya apply ijazah sarjana muda pendidikan bimbingan & kaunseling di UUM dan dipanggil utk menduduki ujian medsi pada 30/04/11 ini..sekiranya saya berjaya melepasi peringkat ujian medsi dan layak ke peringkat temuduga, adakah diploma kejuruteraan saya ini akan membawa masalah utk berjaya didalam temuduga pendidikan?
    harap dapat beri maklumbalas..terima kasih..

  41. salam,
    saya lepasan diploma, sekiranya maklumat yg perlu diposkn ke u yg diplih saya tidak mngesahknye
    apae yang perlu dibuat,blehke saye hantar skali g,adakah diterma slpas tarikh permohonan ditutup//
    tolong saye!!!

  42. bilakah semakan permohonan ipta bagi lepasan diploma sesi 2011?

  43. assalamualaikum

    bila kah lagi pengambilan upu ? terima kasih..

  44. as'salam…
    result u lepasan diploma kua ble ek???

  45. salam.. bilakah keputusan untuk diploma dan setaraf ini keluar?

  46. DANIEL RAJ says:

    encik saya mahu tanya saya sudah habis spm.saya mahu belajar kejuruteraan di kolej politeknik (shah alam).saya tak tahu macammana memohon.encik pls help.you call my number 014-6283735

  47. bila keputusan kemasukan lepasan dip/setaraf nak kluar yek..??

  48. sy pelajar sem akhir asasi undang-undang Uitm…apakah kos pengajian yang layak sy pohon untuk ke peringkat degree?dan apakah kelayakan yang dikehendaki serta ipta manakah yg menawarkan bidang2 tersebut?

  49. bilakah keputusan kemasukan ke IPTA bagi lepasan diploma?

  50. sy pelajar asasi undang-undang UiTM sem akhir..bidang pengajian apakah yang layak sy pohon untuk ke pringkat degree selain drpda degree law…dan apakah kelayakan yang dikehendaki serta IPTA manakah sy patut pohon?

  51. Anonymous says:

    minggu kedua bulan Julai..

  52. Daus Villa says:

    Salam,
    1.Bilakah tarikh keputusan permohonan ke IPTA 2011/2012 Lepasan Diploma ?
    Adakah tarikhnya sama dengan Lepasan STPM yg pada 15 Julai 2011 ini ?

    2.Bilakah tarikh permohonan biasiswa JPA PIDN 2011/2012 bagi lepasan diploma
    yg sedang memohon ijazah sarjana muda akan dibuka ?

  53. bilakah permohonan upu kali kedua..

  54. SALAM.. Saya lepasan dip kejuruteraan awam dari poli shah alam.. . baru saje nak ambik muet..test dis september 2011… tapi saya dah apply sambung degree melalui upu.. apakah saya tidak layak langsung utk diterima mane2 U sehingga selesai menduduki ujian muet??? adakah uitm tidak menerima langsung studentnye yg belum mengambil muet??

  55. Salam, saya cadangkan Dip. In Science di UiTM atau lain-lain IPTA/IPTS dimansuhkan kerana diplomanya tak laku walaupun kita mendapat keputusan cemerlang. Jangan mimpi nak dapat sambung buat medic ke, dentist ke atau farmasi sebab diplomanya low standard. Cuba semak melalui pengambilan baru-baru ni brapa kerat pelajar Dip. In Science diberi peluang untuk sambung dalam bidang-bidang tersebut. Contohnya di IPTS – AUCMS dalam syarat-syaratnya meletakkan syarat CGPA 3.5 kepada pemegang Dip. In Science untuk melanjutkan dalam bidang perubatan tapi kalau ada CGPA 3.6 ke, 3.7 ke, 3.8 ke, kalau keputusan SPM dulu kimia, Bio & fizik bawah pada B4 jangan mimpi nak diterima sebab syarat-syarat dari MMC mengikut kata En. Basir Pendaftarrrrrrrrrr AUCMS. Jadi minta MOHE mansuhkan Dip. In Science di semua IPTA/IPTS. Pohon jawapan daripada MOHE & MMC. Kadang-kadang saya bersetuju juga dengan pandangan Dato' Ibrahim Ali dia kata Bar Councel rasis dan bagi saya mungkin ada persamaan juga MMC ……………………..

  56. Saya nak tahu..Sebelum ni saya dari politeknik mengambil course pengurusan perniagaan dan bakal menyambungkan pelajaran ke UITM dalam bidang pengurusan pentadbiran hons kewangan..Boleh pastikan berapa tahun kerana dalam surat tawaran tdk dinyatakan..TQ

  57. berapa tahun dari politeknik ke uitm dari kos di[ pengurusan perniagaan ke pengurusan pentadbiran hons kewangan uitm???

  58. Assalamualaikum..saya lulusan diploma in photography..boleh ker kalau saya nak apply Ijazah dalam bidang pendidikan?

  59. salam..,saya nak tahu bila intake disember 2011 akan keluar???

  60. Saya pelajar lepasan SPM 2008 . Bila lagi ada kemasukan untuk group kami ?

  61. BILA PENDAFTARAN UNTUK DEGREE UITM 2011??

  62. salam. sya lepasan diploma in nursing, boleh x,, sya nk mohon ijazah sarjana muda, dalam bidang pendidikan.

  63. salam .boleh tahu kelayakan mohon kos undang-undang

  64. salam.. saya lepasan diploma dari kolej swasta..dan saya tidak mengambil ujian MUET.. adakah saya dapat memasuki IPTA jika tidak mempunyai sijil MUET? terima kasih… 🙂

    • sijil muet adalah salah satu syarat utk masuk ipta bg program pengajian peringkat ijazah.
      ambil muet sbb skrg ada sesi ujian dalam setahun

  65. sy dah habis diploma dan ingin menyambung pengajian ke degree kt ipta.adakah saya boleh menyambung pengajian ini untuk separh masa shj.mcm mna cara memohon?

  66. saya nak masuk u!! nk msuk u!!!!!

  67. saya buntu. saya lepasan diploma. tapi saya sedang dalam pengajian saya di ijazah uitm. masalahnye skarang, saya sangat meminati ijazah pendidikan (bahasa melayu) upsi dan akan tetapi sedang menuntut di uitm. adekah saya boleh memohon UPU pada pertengahan tahun depan 2012 walaupun saya sedang menuntut di uitm? ini kerana saya tidak meminati bidang yang sedang menuntut di uitm. saya memerlukan jawapan..

    *konfius, sedih.. *

    • Saya tidak pasti pula tapi pernah terbaca yang menyatakan tidak boleh kecuali jika telah berhenti selama sekurang2nya 6 bulan.
      Apa2 pun cuba dapatkan penjelasan dari UPU & UPSI sebelum membuat apa2 tindakan

  68. salam sejahtera.. saya lepasan diploma dalam pendidikan awal kanak2 boleh kah sya memohon kemasukan ke UPSI untuk ijazah pendidikan bg sekolah rendah?

  69. saya lepasan diploma dalam pendidikan awal kanak2. boleh kah saya memohon kemasukan ke UPSI untuk ijazah pendidikan bagi sekolah rendah?

  70. armida bt habil says:

    slm sejahtera….saya skrg adalah seorang jururawat pergigian di bwh KKM dan mempunyai diploma kejururawatn pergigian…namun saya amat berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah yg berkaitan dengan pendidikan…bolehkah en tolong beritahu saya adakah saya layak untuk memohon apa2 pengajian d peringkat ijazah ? dan klu boleh bgaimanakah caranya?

  71. saya pelajar diploma kejururawatan. lepas ni saya ingin sambung belajar dalam degree nursing. so kena ada pengalaman ke? dan kena ambil MUET ke? tak payah kan?

    • ini bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh institusi yang berkenaan.
      berkenaan MUET tu setahu saya semua kemasukan ke program ijazah di IPTA memerlukannya

  72. salam,,urm rasa rasanya la kan,adakah pelajar mempunyai masa depan memasuki ke ipta/ipts jika dia mengambil subjek perdagangan dan pen. seni??????

  73. bilakah permohonan usm di buka utk lepasan asasi 2011/2012..???????/

  74. sathiavathy ganesan says:

    saya sathiavathy ganesan saya lepasan spm dan sijil IT kolej komuniti sungai siput saya nak masuk ke maktab.how 2 apply nak join ke maktab.(sekolah rendah)

  75. sathiavathy ganesan says:

    en saya sathia saya dah habis spm dan sijil kolej komuniti sungai siput sekarang saya nak masuk ke maktab so apa yang saya nak buat how 2 apply.sila send this email adrs pls shalusathiya_18@yahoo.com

  76. salam alaik,,,sy nk tnya,,,knapa sy x blh buat kemaskini?padahal sy belum kemaskini borang upu sy yg sy isi semalam,,sy pelajar diploma yg akan smbg degree..harap bantu..

  77. assalamualaikum….saya baru je lepasan diploma & saya mahu smbg degree. 3 hari lepas saya sudah mengisi borang UPU utk kemasukan buLan 9 2012 ne nti. tetapi mslh sy hadapi skrg… saya belum mengambil MUET dan akn mGambilnya sesi MARCH 2012 ne nti… saya khuatir tidak sempat mengisi borang jwpn result MUET dlm UPU sekiranya kptsn MUET Lmbt keluar slps tarikh tutup UPU – 2 April 2012. adkh syarat kmskn UPu memerlukan MUET?

  78. ASSALAMUALAIKUM….Saya Ingin Bertanya Beberapa Soalan:

    1) Jika saya apply cos Pendidikan Awal kanak..n dipanggil untuk menduduki temu duga n didapati keputusan sy tidak lulus semasa proses temuduga dijalankan. Adakah sy tidak melanjutkan pelajaran dalam universiti berkenaan???? atau sy boleh ambil cos lain sbagai ganti sy tidak lulus temuduga di universiti berkenaan??

    2) Kalau sudah menerima tawaran di salah satu universiti adakah nama dihitamkan dan tidak menerima tawaran di universiti yang lain????

    Tolong BANTU sy…

    • Waalaikumsalam…
      1) Jika gagal semasa temuduga bermakna anda hanya gagal untuk program pengajian itu sahaja tetapi permohonan anda untuk program pengajian tanpa temuduga akan terus dipertimbangkan.
      2) Nama tidak disenarai hitam

  79. mack'10 s'wak says:

    hye.. saya nie lpasan spm 2010..(sarawak) .. masih boleh apply ke ipta ke.? saya teringin nak masuk unimas.. skrang, masih di tingkatan 6 atas (2012) .. dulu saya tak pernah apply ke mana2 pun.. tolong beritahu langkah2 utk apply masuk yer.. sbb saya rasa saya tak dapat habiskan form 6 nie.. (sbb2 peribadi) .. result spm saya dulu:

    BM = A-…BI = A-.. MAT = B+ .. BHASA IBAN = B .. SEJ = C+ .. Moral = C .. dan 4 subjek sains (aliran sains) skadar lulus saja.. :'( .. tolong bantu saya .. apa ptt saya buat.. trima kasih.. harap dibalas secepat mungkin.. ^_^

  80. salam saya lepasan diploma pengurusan hartanah uitm..blh x saya apply kos pnndidikan untuk sambung degree…dan apa syarat2 untuk memohon kos tersebut..hope replay

  81. Salam,sy nak ty baru2 nie sy ade memohon Ijazah Sarjana Muda Business Admin (Hons) Human Resources ambilan MAC 2012 di UiTM tetapi permohonan x berjaya..rayuan boleh dibuat bermula 13 Feb – 17 Feb 2012..Sy ingin mendptkan pandangan semua adakan sy layak ke kos berkenaan sedangkan sblm ini mengambil Diploma in IT, utk pengetahuan sy mendpt CGPA 3.23, MUET band 3 & kepujian 5 subjek di peringkat SPM tetapi hanya lulus BI SPM…utk pengetahuan sy ade mengambil ulangan BI SPM 2011 tetapi result SPM hanya akan keluar pd bln MAC sedangkn kemasukan UiTM juga pd MAC ini..ADAKAH SY LAYAK DIPERTIMBANGKAN PIHAK UITM??? *hope reply a.s.a.p,TQ

  82. salam..sy lpasan diploma,sy nk tya boleh x dalam 4 pilihan Universiti tersebt,sy memohon keempat-empatnya adalah universiti yg sama dan kos yg sama?

  83. Salam,

    Saya lpasan diploma,sy nk tya boleh x dalam 4 pilihan Universiti tersebt,sy memohon keempat-empatnya adalah universiti yg sama dan kos yg sama?

  84. salam, sy nak tny mc blh lg kh memohon upu 2k kli kedua n bli pin upu baru…sebab sy slh bagi maklumat di bhg kokum 2..sepatutnya bhg kokum 2 diisi guna kokum masa stpm dn bukannya ms spm..adoiii tolong saya…..

  85. Assalammualaikum,

    Saya lepasan spm 2008, dan mempunyai 6 kredit dari 10 subjek yang saya ambil.
    tetapi bahasa inggeris saya tak kredit, dan saya juga ada sambung study di kolej swasta.
    saya juga ada membuat pinjaman ptptn.

    soalan saya, boleh tak saya mahu ambil ASASI di UIAM dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
    kalau saya tak layak untuk ambil asasi, ada program lain tak yang saya layak ambil di UIAM ?

  86. saya skrng nie nak berhenti dr ums dan nak memohon upu lagi sebab x minat course ni dan lulus bersyarat jer utk sem 1.
    1. dpt ke saya memohon upu dan mcm mana caranya
    2. boleh ke kalau saya guna result matriks?(pointer 2.6)
    harap korang dpt tlg dan reply cepat2

  87. Salam.. saya akan tamat pengajian diploma dalam tahun ni, sekrg dalam sem 6 dah. Tapi, hanya graduate dlm bulan september tahun ni. CGPA 3.33. Masalahnya saya tak mok tunggu lama-lama sethn gik utk apply upu. Jadi dapat tak kalau saya guna result 3.33 tu? upu tidak ada lagi pendaftaran ke-2 kan dlm setahun?

  88. salam….salinan dokumen untuk pemohon lepasan diploma/setaraf boleh hantar guna pos ke atau perlu by hand?hope reply….

  89. salam . lepas grad foundation studies di kolej swasta , boleh apply mane2 U kerajaan tak?

  90. hello…
    if keputusan pengajian am dapat 1.67 pointer jer..ade ke university boleh terima??
    im planning to take language course nnt…so,pengajian am tu wajib 2.00 ker??
    please reply…really need help..

  91. salam.., saya baru dapat result stpm 2011 pengajjian am1 ( B – ) dan am2 ( F ) jadi saya dapat gred 1.00 utk pengajian am boleh kah saya masuk ke universiti atau cara untuk saya berlajar sebagai part timer, bila akan ada kemasukan untuk part timer dan bagaimana?

  92. marshitah says:

    salam…saya baru memohon upu..semasa saya mengisi maklumat akademik upu saya dah mengisi program diploma yg saya ambil dan nama institusi yg saya belajar…namun setelah di hantar.permohonan ..saya melihat ruang institusi dan progam diploma yg saya ambil itu..kosong…
    saya takot permohonan saya ditolak… apa yang perlu saya lakukan?harap dapat membantu

  93. salam,saya lepasan diploma (uitm)…saya ad memohon untuk smbung degree tp permhonan di tolak.kalau saya memohon guna upu untuk smbung degree brape tahun ek pengajian nye…mkknanya bukan beli no pin yang bwah uitm la…brapa tahun ye pengajiannye….

  94. salam tuan…ni nak tanya…saya lepasan Politeknik,menuntut dlm bidang diploma kejuruteraan awam…boleh tak,saya mohon untuk masuk Degree dalam kursus Ijazah yang lain?? sbgai contoh: Ijazah Pengurusan Perniagaan…?? terima kasih..jawab soalan sy,k??????

  95. as'salam…. i nak future degree,,,,then apply 2 course yg berbeza in 1 university…..so kene hantar1 atau 2 salinan????

  96. subatuk moto says:

    saya nak tanya ,saya lepasan diploma ipts unikl .bolehkah saya sambung wat degree kat ipta,ipta mana tolonng ehhh

  97. salam..
    bnyak pertnyaan yg telah sya bca terutamanya,
    "bolehkah pelajar lepasan diploma ipts melanjutkan digree di ipta"
    "cara2 yg mudah nk difahami utuk mendaftar pelajar bagaimana?
    "jika pelajar ipts masih 4bulan utuk graduan diploma,bolehkah daftr utuk digree di ipta"

    harap jawb.

  98. khairun says:

    salam. saya adalah lepasan asasi sains uitm dengan pointer 3.11 shj.sy talah memohon ijazah pendidikan tesl di um dan telah terpilih untuk menduduki ujian medsi baru baru ini. saya ingin bertanya ,jika sy berjaya dalam temuduga, adakah sy berpeluang memasuki um walaupun pointer sy rendah? kerana syarat bg tesl di um hanyalah sekurang kurangnya B+ bahasa inggeris di peringkat spm dan band 4 dlm muet dan sy telah lepas syarat tersebut. persoalanya,adakah pointer sy di asasi tidak dikira? terima kasih.harap membantu.

  99. salam, saye student tahun akhir dlm pengurusan hotel, saya akan graduate pada akhir tahun ini, 2012
    bagaimana saya hendak mohon bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat degree,
    saya tidak mengambil Muet, tp saya mengambil IELTS , (INTERNATIONAL ENGLISH LANGUAGE TESTING SYSTEM ) adakah saye perlu mengambil Muet juga,
    bagaimana untuk mermohon ke degree?
    harap jasa baik anda untuk membantu saya,
    terima kasih

  100. salam..saya lulusan matrikulasi..saya dah ambil MUET..tapi slip MUET saya hilang..kalau saya nak masuk u kena ada slip MUET tu ke?

  101. salam, sy nk tnya bila tarikh keluar permohonan sambung peringkat ijazah melalui pengajian pjj ???

  102. mohd zulhairie says:

    lepasan asasi unikl tak boleh sambung degree di ipta ke? terima kasih

  103. assalamualaikum……sy student asasi uia,,tahu tak universiti lain yang offer degree dalam medic untuk lepasan asasi uia?kelayakan CGPA untuk degree dalam medic di universiti lain sama ke dgn uia?

    semoga dpt membantu 🙂 tksih..

  104. Salam,saya lepasan diploma di polyteknik,bidang kejuruteraan elektronik,saya ingin sambung digree dlm bdg pengajian,,bidang apa yg blh saya pilih,,saya x nak bidang electronic sbb susah dpt keje,,,dan saya ingin membuat secara sanbilan

  105. rauzafariza says:

    encik, sy ingin bertanya, saya di semester akhir diploma di politeknik dan saya berhasrat untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah, tetapi saya tidak mengambil muet lagi. bolehkah saya memohon upu untuk peringkat ijazah tanpa muet ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.