Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STPM 2010

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2011/2012 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010 (STPM) kini dibuka.  Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori

Permohonan bagi Lepasan STPM 2010 ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori A – Aliran Sastera STPM 2010
  • Kategori S – Aliran Sains STPM 2010

Lepasan STPM bagi tahun 2009 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf

Syarat Kemasukan

Permohon Lepasan STPM 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
    2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
      • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
      • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain;

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  2. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).
Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU dan USM untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh dibuka – 10 Januari 2011
    • Tarikh ditutup – 4 April 2011
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2010 Sesi 2011/2012.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh dibuka – 10 Januari 2011
    • Tarikh ditutup – 28 Mac 2011
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU –  4 April 2011
  • USM – 28 Mac 2011

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan laman web Pohon @ USM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  3. Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU dan Panduan Mengisi Borang USM sebelum membuat permohonan.
  4. Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  5. Sebarang pertanyaan sila hubungi
    1. UPU
      – Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
    2. USM
      – Hotline : 1300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau E-mel : admissions@notes.usm.my
  6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

37 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STPM 2010

  1. […] Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STPM 2010 […]

  2. Pada tahun lepas, ada di kalangan calon yg 'cukup makan' bertanyakan mengapa mereka tidak terpilih sedangkan mereka memilih kononnya kursus 'kurang popular' seperti sejarah, komunikasi, psikologi dan sebagainya. Sebenarnya, bagi calon-calon sastera STPM, kursus berkenaan lah yang PALING POPULAR kerana sebagai calon sastera, ke mana lagi yg mereka hendak 'pergi' selain drp kursus itu?
    Sila pastikan juga pencapaian di peringkat SPM kerana ada sesetengah kursus memerlukan kepujian di peringkat SPM. Jangan terlepas pandang!

  3. Saya lepasan SPM dan jurujual di kaunter BSn telah menjual no pin kepada saya walaupun saya mengatakan lepasan SPM. Abang Bob, masih dapatkah saya memohon?

  4. kalo aku duduk stpm 2011 ni,belum tau result lagi dpt apply juge ek??

  5. salam..

    saya lepasan a level dan ingin memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. tapi saya dimaklumkan universiti awam tidak menerima sijil a level. minta tolong bagi pendapat…

    terima kasih

  6. salam…

    saya lepasan stpm. saya telah terlepas untuk pengisian maklumat ipta bagi fasa pertama.. adakah saya boleh untuk mengisi permohonan ke ipta bagi fasa kedua walaupun fasa pertama saya tidak sempat untuk mengisi???

  7. bila tarikh keluar result stpm 2010 ek?

  8. bolehkah saya membeli nombor pin secara perbankan internet untuk permohonan ipta??

  9. salam…

    saya nak tnyer..jkalau mndpt pointer kurang drpada 3.0 dlm stpm..adakah kta bpluang utk mdpt twran di universiti..

  10. HI THERE,IS THAT BUSINESS COURSES CONSIDER AS 'POPULAR COURSE'?

  11. sori,saya nak tanya soalan yang xde kena mgena ni..
    bagaimanakah pihak usm memilih calon bagi ujian munsyi?
    adakah calon dipanggil berdasarkan borang permohonan mereka yang lengkap dihantar?
    ataupun calon tersebut layak dari segi syarat kriteria minimum bagi setiap kursus yang dipohon di usm?
    utk makluman,saya mempunyai diploma kejuruteraan,tetapi menukar kursus aliran sastera di usm.
    saya juga dipanggil utk ujian munsyi.
    sesiapa ada penjelasan? 🙂

  12. imanadira says:

    salam,

    sya confuse la….
    btul ka kalo kta da dpt twrn dr usm so scr automatik kta da xdpt twrn dr upu…..

  13. […] Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011 […]

  14. untok stpm ada fasa 2 ke tidak

  15. hehehe dapat uum teknologi maklumat… alhamdulillah

  16. salam…saya dapat pointer 2.09 dan saya bdak aliran sastera…agak2 kos apa yang layak dengan kputusan saya ini….

  17. […] membuat permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM) […]

  18. SELAMAT SEJAHTERA….saya dapat pointer 2.5..ttp pengajiaN am C-.lulus penuh dalam subjek lain..dan saya ambil return tahun 2010 subjek P.AM saje..resultnya B-…Sekarang boleh ke saya combine result terkini(PA) dengan result lama tahun 2008 untuk membuat permohonan ke IPTA dan kursus apa yang sesuai utk result saya?

  19. salam…ada sapa2 bleh tolong sya x? saya pelajar aliran sains stpm..klau pointer x sampai 2.00 but PA dapat 4.00, rasanya sya berpeluang x dapat tempat di mana2 U tempatan? klau buat rayuan? lebih baik sya mohon course apa ya? help

  20. salam…ada sapa2 bleh tolong sya x? saya pelajar aliran sains stpm..klau pointer x sampai 2.00 but PA dapat 4.00, rasanya sya berpeluang x dapat tempat di mana2 U tempatan? klau buat rayuan? lebih baik sya mohon course apa ya? help

    • salam…saya lpsan stpm 2011..result saya pn lbih kurang mcm awak..aliran sains..ada tips2 x apa yg dpt saya buat untuk smbung pljran..? layak lg x nk mohon..?

  21. salam. kalau result stpm cukup-cukup makan, tapi muet dapat band4, agak2 senang tak nak mohon course pengajian bahasa (bahasa inggeris) dekat uitm?

  22. mana nak check syarat2 tuk program/kursus ipta huh?

  23. salam.sy dpt cgpa 2.5 shj..aliran sastera..agak2 blh dpat u x??

  24. Assalamualaikum , saya lepasan stpm 2012 , alhamdulilah sya dpt ckp2 3.00 , reslt ni menurun dri trial dan akhir thn tp sya ttp b’syukur 🙂 saya dapat A dalam SEJARAH , B dalam SASTERA dan BM , C dlm P.AM . emmm sya sgt mnat nk melanjutkan pelajaran di USM , tp msalahnya sya dh tgk kt portal usm yg syrt kos yg sya nk tu p.am mesti min B , saya pulak cuma dapat c . agak2 patut x sya apply usm ? klo apply sya mentah2 akn ditolak ke ? sbb yg smak 2 kn komputer . tlg bls ye ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.