Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 2010

TERKINI : Permohonan Kemasukan MTD 2012

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) adalah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2009.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2009.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum  – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Permohonan boleh dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan Percubaan PMR 2009.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga Akhir MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2010 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:

  • Lulus pemeriksaan kesihatan untuk mengikuti ujian fizikal
  • Ujian Akademik                =          50%
  • Ujian Fizikal                     =          30%
  • Penilaian Kepimpinan        =          10%
  • Penilaian Sukan               =          10%

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 KUALA LUMPUR
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Maklumat

Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 25 Sept 2009. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 27 Nov 2009, permohonan dianggap tidak berjaya.

Related posts:

  1. Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2009
  2. Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA
  3. Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

96 Comments

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives