TERKINI :
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 18 10 Oktober 2009.
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
- Jurusan Sains (M001)
- Jurusan Perakaunan (M003)
- Aliran Teknikal (M007)
KELAYAKAN MEMOHON
- Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
- Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
- Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
- Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi. - Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan). - Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
- Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
- 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
- 4B Matematik
- 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
2. Jurusan Perakaunan (M003)
- 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
- 7D Matematik Tambahan
- 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
3. Aliran Teknikal (M007)
- 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
- 4B Matematik
- 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.
PERMOHONAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :
- Permohonan Secara Manual (PSM)
- Permohonan Melalui Internet (PMI)
Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.
TARIKH TUTUP
- Tarikh tutup permohonan ialah pada
10 Oktober 2009. Sukacita dimaklumkan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melanjutkan tarikh tutup Permohonan Program Matrikulasi Melalui Internet (PMI) dari 10 Oktober 2009 kepada 18 Oktober 2009. - Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
SEMAKAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.
SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
RAYUAN
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
MATA PELAJARAN
Semua pelajar matrikulasi diwajibkan mengikuti semua mata pelajaran teras, wajib dan kokurikulum yang disediakan. Walaupun begitu hanya mata pelajaran teras diambil untuk pengiraan Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
Mata Pelajaran Teras
- Jurusan Sains
- Sains Hayat – Biologi, Kimia dan Matematik
- Sains Fizikal – Fizik, Kimia dan Matematik
- Jurusan Perakaunan
Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan - Aliran Teknikal
Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.
Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran)
- Sains Informatik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran.
Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran)
- Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad.
PERTANYAAN
Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.
Related posts:






xpayah la masuk matrik ni esp kalau yg mampu ke swasta.
cgpa 3.5 pon diorg da bg sijil lelong.
kesian pada sesiapa yg teringin mengambil kos kritikal tapi lepas masuk matrik,
wlaupun spm 10A’s,terus jadi tak layak gara2 matrik.
bukan institusi matrik yg dipersalahkan,maksud saya kelengkapan sume cukup.
tapi dlm tempoh hanya 10 bulan, ditambah dgn punyalah banyak bab pelajaran yg perlu dipelajari,contohnya 12 bab utk 4 bulan,arini abis chapter 1 contohnye esok da kuiz yg kadang2 membuatkan pelajar jadi kelam kabut.
patut pengisian dilonggarkan sedikit atau matrik dianjak ke setahun setengah.
it shud be better.
only yg betul2 pandai boleh lepas matrik ni.
tapi tak bermakna yg xlepas 4 flat matrik ni xpandai,cume nasib je lebih kt matrik ni.
ex.matrik.
YEKE KHAI…?
SO, U PNY POINTER BRP?
COZ SY PUN TGH STUDY KAT MATRIK TP XDE LA PRESSURE SGT..
CUMA SY XTAW APA AKAN JD NGAN SY PAS NIE..
TP, KUIZ TU YG AKAN MENJADI SEMANGAT UTK STUDY ..KLU XDE KUIZ SY RASA SY TERLEPAS PANDANG NOTE2 YG ADE…
hi??
em…im still blur lah which is better?
form 6 or matrikulasi?
em…
macam mana nak dpt sponsorship petronas?
emada orang kata form 6 lagi susah daripada matrikulasi??
thanks for the information…^.^
Elaynae,
Cuba baca Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma dan penulisan di kategori Tingkatan 6 mungkin boleh membantu.
Mengenai Petronas sila rujuk Program Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2008 sebagai panduan.
saya skrg kat aliran sains, bleh ke masuk matriks and ambil akaun? kalau ambil akaun kat matrik mesti kena ada base dr Form 5 ke? kalau takde asas akaun bleh kejar ke?
Tika,
Boleh dan tidak semestinya ada asas semasa SPM. Jika ada minat dan berusaha bersungguh-sungguh daripada awal, insyaAllah tiada masalah.
Saya nk tanya sikit.. time isi borang matriks.. ade alamat 1 dan 2.. saya isi home address dlm alamat 1 tpi tk muat sbb alamat panjang walaupun dh shortform kan.. boleh saya sambung alamat saya yg pnjag ni ke alamat 2…??? Urgent
Ikhwanz,
Anda sepatutnya menggunakan singkatan yang dicadangkan untuk memendekkan alamat anda. Saya tidak pernah melihat borang tersebut jadi sukar untuk saya nak komen. Oleh itu cuba hubungi pihak Matrikulasi di talian 03-8884 4083 atau rujuk dengan guru kaunselor sekolah anda untuk mendapatkan bantuan.
sy terlupe nk ambil no siri mase sy daftar..mcm mane sy nk dptkn no siri 2 semula??
Ecah,
Kalau tak silap saya anda boleh mendapatkan nombor siri tersebut dengan membuat semakan permohonan.
kenapa susah nak daftar matrikulasi ni??
ada prob ke?
Haziq,
Ada kala servernya sibuk, cuba pada masa yang lain atau cuba guna browser yang berbeza.
Salam…bleh x bg gmbaran kat sy tntg sains fz…?thanx
salam..
sy plajar pdt sesi 2009/2010..
sy tlah keluar matriks..
adakah jlan untuk sy kmbali ke matrik..?
sy tahu agk sukar krna prjanjian tlah trbatal..
tp adakah cara lain untuk sy kmbali ke matrik..?
salam…..
kenapa borang kwn sy tiada no siri pendaftrn, walaupun telah membuat kemaskini?….
Syaza,
Salam… Diharap ada pembaca lain yang boleh membantu memberi penerangan.
Bilzz,
Salam… Saya tidak pasti tetapi lebih baik anda datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran di Putrajaya atau hubungi mereka di talian 03 8884 4083.
Hana,
Salam… Cuba buat Semakan.
apasal nk wat permohonan matrikulasi susah… menyusahkan org je…
salam,
saya nak tanya,
alamat saya,
7 Jalan Menglembu Impiana 9,
Taman Menglembu Impiana Adril。
macam mana singkatkannya。。。
aku bencilah klu abis ting 5 ni…byk benda kna wak..skit kepala aku..tensionnyerr..
syaza..
ape yg ak dpt katekn psl sains fzkl ni,
actually lbh krg mcm f5 jgk cuma ade subtopik yg related dgn f5.
tp jgn rsau klau dh msk fzkl n then rase ssh blh tkr msk sains hayat klau nak la.
Liyana,
Harap bersabar, cuma ikut langkah yang telah ditetapkan. Cuma ada masa agak susah nak masuk laman web permohonan tersebut, cuba lagi di masa lain.
Win,
Salam… Saya tidak pasti, mungkin anda boleh cuba 7, Jln Mglembu Impiana 9, Tmn Mglembu Adril.
Pelajar matrik,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda.
bolehkah jika sy memohon matrikulasi kembali..?
tetapi dengan spm 2008..?
Blizz,
Ada kemungkinan tidak boleh tetapi untuk kepastian sila kunjungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran di Putrajaya atau hubungi mereka di talian 03 8884 4083.
mcne nak pendekkan alamat ni
53,lot 1159,jalan denai 2,kempas baru,johor bahru??
SALAM..SLMAT HARI RAYA..Sy ada nk tnya satu pkre,sy dh isi borang pmi ni tp sy t’salah ltak kos,pas 2 mcm mana sy nak tkar blek kos 2?sbbnya sya keliru sblum ni misalnya sy tletak kos teknikal pdhal sy ambil kos sains..mcm mana???
Kepada Anak-anak yang bakal mengikuti pengajian di Matrikulasi.
Inilah nasihat tulus ikhlas dari saya selaku bapa kepada anak yang telah berjaya melalui pengajiannya di matrikulasi.
1. Anda dibiayai sepenuhnya dengan biasiswa kerajaan. Duit ini dikumpul dari hasil usaha rakyat samada dia petani,nelayan,peniaga kecil,peniaga besar,kakitangan swasta maupun kerajaan yang membayar segala cukai kepada kerajaan. Duit biasiswa ini cukup besar dan mereka yang terpilih adalah dikalangan yang terbaik untuk meneruskan pengajian.
2. Tiada istilah susah untuk mereka yang inginkan kejayaan. Jangan memilih jalan mudah untuk berjaya. Anda dipilih untuk menjadi pemimpin negara masa depan. Tumpukan untuk berjaya dan belajar.
3. Anda dibiayai HANYA UNTUK BELAJAR. Jangan buang masa. Tekun dan terus berusaha. BELAJAR SAHAJA bukan BEKERJA. Fikirkan wang yang anda terima adalah dari ibu bapa anda sendiri.
4.Kita hanya merancang dan ALLAH yang menentukan. Jadi kesal atau merungut sekiranya kita gagal. Kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri. Banyak mana pun KUIZ yang diberikan, lakukan dengan terbaik.
5.Berdoa dan solat jangan ditinggalkan, pohon selalu doa restu dari ibu bapa, keluarga dan orang-orang tua seperti atok,nenek maupun saudara mara.
6. Kepada mereka yang akan meneruskan pengajian di matrikulasi walaupun hanya setahun maupun dua tahun, saya ucapkan SELAMAT BERJAYA,TEKUN dan BERUSAHA SEDAYA UPAYA untuk kejayaan.
7. TIADA JALAN MUDAH ( SHORT_CUT) untuk berjaya.
SALAM AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN
HAJI SAMSUDIN dan keluarga
kalau kita dah mohon matrik,pastu dapat tp xg boleh tak?
n orang kate kalu dah mohon matrik nie takkan dpt tawaran lain,betul ke?
salam.. sye dak teknik.. leh ker nak mohon matrik sains.. mmber2 cakap dak teknik ssah cket nak dpt matrik sains.. tol ker??
Razak,
Cuba 53, Lt 1159, Jln Denai 2, Kmps Baru, JB.
Sheikh,
Salam… Sila hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 untuk menerangkan situasi anda. Permohonan pertama anda mungkin akan dibatalkan dan anda perlu membuat permohonan baru.
Haji Samsudin,
Terima kasih dengan nasihat tersebut, semoga akan menjadi panduan mereka yang berkenaan.
Dayah,
Boleh tidak pergi kerana anda mungkin akan menerima lebih daripada satu tawaran dan anda boleh memilih mana yang terbaik untuk diri anda.
Nyna,
Salam… Tidak semestinya kerana ia bergantung kepada mata pelajaran yang anda ambil semasa SPM.
peratus nak berjaya klu amik teknikal brapa yea?????
Kamal Smtspp,
Agak sukar nak nyatakan kerana ia bergantung kepada keputusan peperiksaan pemohon, jumlah yang memohon dan tempat yang disediakan.
slamz!sya bdak sains tapi nak ambik akaun.org kate susah sket nak dpat sbab sya xambik akaun atau perdagangan.btol ke?tapi memang sya minat akaun.and kalu belajar,kene refer base f5 balik ke?
mcm mana nk tukar tempat yg kita pilih??sebab saya nk pilih tmpt lain tp tak boleh dh.sebab sekali isi trus fixed.
tambahan – mcm mn nk singktkn lengkok atas dan bukit gelugor??
salam. saya pelajar tingkatan 5 tahun ni.
boleh saya tahu, mata pelajaran apa yang akan kita ambil sekiranya kita memilih jurusan sains untuk matrikulasi ini?
urm. saya bukan pelajar biologi tetapi lukisan kejuruteraan. jadi saya agak risau sekiranya terdapat sukatan pelajaran yang diambil dari subjek biologi jika saya memilih jurusan sains.
boleh terangkan sikit sikit tak ?
Tiena,
Salam… Tidak semestinya semuanya bergantung kepada jumlah pemohon dan tempat yang disediakan. Malah ada pelajar sains yang telah diterima masuk ke jurusan sains dan berjaya memohon bertukar ke jurusan perakaunan kerana ada kekosongan.
Asas semasa SPM memang akan membantu pembelajaran di Matrikulasi.
Hazz,
Saya tidak pasti pula kenapa tidak boleh tukar, sila rujuk dengan Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083.
Cuba lngkk atas dan bkt glgor.
Nadia,
Salam… Sila rujuk tajuk Mata Pelajaran di atas.
Berdasarkan maklumat di atas anda tidak perlu risau kerana tidak perlu belajar mata pelajaran Biologi.
slamz.sya nk tanya.bile dah pilih tempat utk matrik,dah xboleh tukar ke?
Tiena,
Salam… setahu saya sebelum tarikh tutup anda boleh mengemaskini maklumat permohonan anda sebanyak 3 kali.
nilam x leh kalau kte nk mohon matrik wlpn kte budak spm 2008?
salam…sya amik sbjek lkisan kjuruteraan tp xamik sbjek2 lain cm kjuteraan letrik,awam etc…bleh ke sya nk msuk mtrik tknikal?
salam…camne nk pendekkan alamat nie???
E9,Kuaters Kilang Getah Felda Chalok Barat,trgnu…
Saya terlepas apply matrik dari kaunselor (beli pin) di sekolah.
Boleh tak saya beli no pin sendiri di BSN tanpa pengetahuan kaunselor atau pihak sekolah untuk apply secara online ?
Apa yang dimaksudkan dengan apply secara manual seperti yg dinyatakan di atas?
Jiloi,
Permohonan ke Matrikulasi KPM 2010 hanya dibuka untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2009. Walaupun begitu sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan kepastian.
Nasir,
Salam… Untuk aliran teknikal anda perlu mengambil salah satu daripada mata pelajaran berikut, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan.
Bella,
Salam… Cuba, E9, Ktrs Klg Getah Felda Chalok Brt, Trgnu.
Mizukage92,
Anda memang boleh membeli nombor pin sendiri tanpa melalui pihak sekolah atau kaunselor.
Secara manual adalah dengan mendapatkan borang daripada Bahagian Matrikulasi KPM atau JPN/PPD yang berdekatan dan menghantarnya semula selepas lengkap diisi.
prmhnan brjaya @ x ke mtrk brdsrkn result trial ke spm sbnr??thanz…
sy nak tanya sket.
sy setiausaha unit beruniform tetapi sy x tahu nak pilih yg mana satu dalam jawatan sbab kat situ cakap setiausaha/bendahari unit beruniform dan kelab sukan.sy hanya setiausah unit beruniform tetapi xda apa2 jawatan dalam kelab sukan.
bagaimana hendak singkatkan alamat Lot 327, 65-A, Jalan Patingan,93400 Kuching?
sy nk amik bidang biotech.. jurusan yg mana patut sy amik? sains hayat @ sains fizikal?
alamat saya ialah A-1029,Taman Selamat,Jalan Teluk Sisek,25050 Kuantan,Pahang.
macam mana nak pendekkan?
boleh ajar saya? ^^
Dan itu alamat 1 dan 2 kena isi yang sama ke atau yang berbeza?
tolonglah saya..
alah..kalu korang dh msok metrik xkan korang nak men2 lg…
mest concentrate kt study je..;)
lgipun metrik nie pun sbnrnye bagus..;D
nilam, saya dr aliran sains nk tukar ke aliran akaun sbb minat dgn business..
matrik terima ke kalau saya dari aliran sains ke aliran akaun?? ader peluang ke untuk dapat? saya takut di sebabkan saya xde basic akaun, matrik reject.
dan betul ke kalau dah mohon matrik, peluang untuk ke ipta tipis??
askum.
sy adalah calon spm2009.klau sy mngambil subjek sains seprti kimia,fizik dan biologi.tetapi sy telah menukar sub biologi dgn lukisan kejuruteraan.adakah sy kene mngmbil jurusan sains? ttapi sy ingin mngmbil jrusan kjuruteraan..
boleh terang kn..tq
gud evenin, i jus wan 2 ask bout d tempoh matrik….
is d two years course ony for bumiputera or all??
cn non bumiputera apply for it??
im nt sure…pls help me my frens….
if can reply 2 my email add….
shamm_92@yahoo.com.my
Sya,
Berdasarkan SPM yang sebenar.
Nj,
Anda boleh pilih sahaja kod 04.
Cuba Lt 327, 65A, Jln Ptngn,93400 Kuching
Zolqarnain,
Anda patut ambil sains hayat.
Kah King,
Cuba.. A1029, Tmn Slmt, Jln Tlk Sisek, 25050 Kntn, Pahang.
Saya tidak pasti mengenai alamat 1 dan 2 kerana saya tidak dapat melihat borang tersebut. Harap ada pembaca lain yang dapat membantu.
Akim,
Benar…
Syuhada,
Tiada masalah untuk memohon Jurusan Perakaunan walaupun anda sekarang daripada aliran Sains.
Tidak benar, kerana permohonan ke Matrikulasi KPM dan IPTA diproses oleh pihak yang berbeza. Jika keputusan SPM anda baik, ada kemungkinan anda akan menerima lebih daripada satu tawaran (satu daripada matrik dan satu daripada IPTA).
E123,
Salam… Anda boleh mohon jurusan Sains Fizikal di matrikulasi jika anda ingin mengambil program pengajian kejuruteraan di IPTA.
Shamm,
Program Dua Tahun (PDT) Matrikulasi hanya dibuka kepada bumiputra sahaja.
mcm mane nk tkar tmpt matrik yg kta plih 2???
Anis,
Anda boleh membuat pembetulan/kemaskini sebanyak 3 kali sebelum ni tarikh tutup.
sekiranya dpat twaran matrikulasi tetapi menolak krana mndpat twran yg lbih baik,adakh akn dkenakn denda?
Kyie,
Tidak jika anda masih belum mendaftar tetapi jika anda telah mendaftar anda akan didenda KECUALI mereka yang berhenti kerana:
a) Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
b) Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara).
c) Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.
d) Mengikuti Program Tamhidi Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
e) Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi di UIAM.
f) Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.
g) Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
h) Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
i) Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.
salam…sy bdak sek men teknik tunku abdul rahman putra,penang…boleh terangkan ckit x apa perbezaan matrik biasa ngan matrik teknikal..
Sy bercadang nanti kalau dpt matrik,pastu nk smbung utm amik kos aerospace..bleh bg nasihat n cerita ckit x tentang perjalanan pendidikan yg perlu sy tempuhi nnti..
thanks….
Islamic_1992,
Perbezaan yang utama adalah fokus mata pelajaran setiap jurusan/aliran matrikulasi tersebut; sains hayat kepada Biologi, sains fizikal kepada Fizik, perakaunan kepada Akaun dan teknikal kepada Kejuruteraan.
Maklumat lanjut tentang pembelajaran di Matrikulasi sila rujuk laman web kolej-kolej matrikulasi. Manakala mengenai program pengajian Aerospace mungkin anda rujuk laman web UTM atau universiti-universiti lain yang ada menawarkan kursus berkaitan.
Apa yang penting sekarang ialah anda cuba mendapat keputusan yang terbaik untuk peperiksaan SPM dan seterusnya. Keputusan yang cemerlang memberi anda lebih banyak peluang dan pilihan untuk mencapai apa yang dicita-citakan.
assalamualaikum,
saya nak tanya,semasa saya membuat permohonan ke matrikulasi untuk bahagian teknikal saya telah memilih KOLEJ MATRIKULASI MELAKA sebagai pilihan ke3 ..adakah ini akan menjejaskan permohonan saya ?? setahu saya kolej matrikulasi bahgian teknikal cuma ade 3..
sy nk tahu, universiti yg mana ad menawarkn kursus biotech?
ABC,
Salam… saya rasa permohonan anda tidak akan terjejas. Jika berjaya sudah tentu anda akan ditawarkan ke salah satu Matrikulasi Teknikal yang ada.
Zolqarnain,
Saya tidak mempunyai maklumat tersebut secara khusus. Saya cadangkan anda semak di semua laman web IPTA Universiti.
Dear Sir,
I am requesting the date line to submit the permohonan kemasukan ke matrikulasi KPM sesi 2010/2011 be extended.
I could not buy the pin number from BSN on the 17th and 18th October 2009 as the banks were closed on the said date.
I taught in a remote area so i was not aware of this earlier.
I hope my request be considered for the benifit of my child.
I thank you.
yours faithfully
Mr. Dickson
Dickson Noyen,
Please contact Bahagian Matrikulasi at 03 8884 4083 or fax 03 8884 4028.
klau terlepas nk buat permohonan tu camne ha dan camne plak pluang nk dpt masuk matrik tipis ke?
kepada pelajar pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke matrikulasi,
saya sebagai pelajar sesi 2009/2010 program 1 tahun nasihatkan, jika anda benar2 ingin msk matrik.. belajarlah uruskan masa sendiri dari sekarang.. coz kehidupan matrik memang agak tertekan.. tapi jika ada komitmen yang tinggi utk berjaya.. tekanan tidak akan terasa… malah enjoy..
saya jg ingin nasihatkan kpd teman2 yang bakal menduduki spm dan bakal menjadi siswa/siswi matrikulasi supaya jangan berhenti mengulangkaji selepas spm.. i mean enjoy jgklah.. tapi jgn lupa stdy balik apa yg di belajar… khususnya pelajar yg mengambil pelajaran bio, kimia, fizik, p.akaun, addmaths, dan ekonomi asas.. jika tidak teman2 akan dapat sedikit kesusahan untuk cover smua subjek yang di pelajari…
ikhlas dr tommy (0145693126) – kolej matrikulasi labuan. GOOD LUCK!!!
Syahmi,
Jika tidak membuat permohonan, anda tidak mendapat peluang untuk masuk ke matrikulasi.
Tom,
Terima kasih… semoga dapat dijadikan panduan kepada mereka yang berkenaan.
kalau mcm tu apa pilihan lain utk melanjutkan pelajaran
OMG!!!
i missed the closing date..
what am i goin to do?????
i felt like the cloud is crashing on me…
aaaaaaaaaaaaaaaaa..im so sadd~~im showered with bad lucks..
pleassssse open it back..
nk tambah skit , saya masih x bleh nk mohon utk program 2thn punya ke?
Syahmi dan So Sad,
Sebagai panduan am anda boleh rujuk Ke Mana Selepas SPM 2008.
Permohonan ke Matrikulasi hanya satu sahaja dan mereka akan menentukan samada anda akan mengikuti Program Satu Tahun atau Program Dua Tahun berdasarkan keputusan peperiksaan sebenar SPM nanti.
Anda boleh cuba membuat rayuan untuk memohon ke Matrikulasi dengan memberi alasan yang munasabah kenapa tidak membuat permohonan sebelum tarikh tutup terus kepada Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Nombor telefon 03-8884 4083 dan nombor faks 03-8884 4028.
adakah susah untuk dpt result yg baik d matrik..?
Yan,
Saya difahamkan anda perlu mula belajar daripada awal dan berterusan untuk mendapat keputusan yang baik semasa di Matrikulasi.
Mungkin pelajar atau bekas pelajar matrikulasi boleh berkongsi pengalaman mereka di sini.
Nilam, tolong saya.Kalau saya isi salah , bolehkah pembetulan itu diubah pada Februari tahun hadapan?Atau makmulat tertentu sahaja yg dibenar ubah??Sebab tarikh sudah tiba apabila saya mendapati kesalahan saya. Kalau tak boleh , ada apa cara??
L-Chan,
Memang boleh seperti awal tahun ini, sila rujuk Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009.
Andaikata maklumat yang perlu dibetulkan itu tidak boleh diubah, anda boleh berjumpa sendiri dengan wakil dari Bahagian Matrikulasi semasa Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM Masuk U tapi tarikh untuk tahun hadapan belum diumumkan.
Kalau kesalahan itu ialah saya mengaku bahawa saya ialah bumiputera atau bukan itu tersilap , bolehkah ia ubah lagi??
L-Chan,
Saya tidak pasti samada kesilapan tersebut boleh dibetulkan semasa semakan di bulan Februari nanti. Saya cadangkan anda hubungi terus pihak Matrikulasi atau berjumpa mereka semasa Karnival Jom Masuk U untuk mendapatkan bantuan dan kepastian.
3Q , Bumiputera.Adakah tarikh itu untuk membuat semakan pemohonan telah ditetapkan??Adakah mula pada 9 februari??Kalau mau membuat semakan , ia boleh buat di mana website ? Adakah di website semasa pemohonan?
Adakah tarikh itu untuk membuat semakan pemohonan telah ditetapkan??Adakah mula pada 9 februari??Kalau mau membuat semakan , ia boleh buat di mana website ? Adakah di website semasa pemohonan?
assalamualaikum. sy nk tanya pasal pointer kat matrikulasi ni.. yg plg minima pn tapi lulus berapa erk?? huhuh kawan sy ckp pointer msti 2.5 ke-atas bru lulus. btl ke ni???
L-Chan,
Tarikhnya belum ditetapkan tetapi tahun ini pada 9 Februari sehingga 20 Februari 2009. Laman web untuk membuat semakan akan dimaklum di laman web Kementerian Pelajaran. ePutra juga akan memaparkannya di sini.
Napiiey,
Salam… Purata Nilai Gred untuk pelajar Matrikulasi adalah seperti berikut:
Bagi Pelajar Program Satu Tahun;
2.00 – 4.00 = Lulus dan sambung Semestar 2
1.50 – 1.99 = Lulus bersyarat dan sambung ke Semestar 2
0.00 – 1.49 = Gagal dan diberhentikan.
Semestar 2
2.00 – 4.00 = Lulus dan dipertimbangkan ke IPTA
1.50 – 1.99 = Lulus bersyarat dan ditawarkan untuk mengulang
0.00 – 1.49 = Gagal dan diberhentikan.
Bagi Pelajar Program Dua Tahun;
2.00 – 4.00 = Lulus dan masuk Program Satu Tahun
0.00 – 1.99 = Gagal dan diberhentikan.
Salam
Sye nak tanya sikit…?
Antara sijil matrik and f6 yang mane lagi power..?
Antara f6 and matrik yang mane lagi susah..?
Hasbullah,
Salam… Saya tidak boleh menjawab secara khusus kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Manakala susah atau senang banyak bergantung kepada kesungguhan dan kemampunan pelajar itu sendiri. Secara amnya mungkin anda boleh membaca komen-komen di penulisan berikut sebagai panduan; Panduan Tentang Tingkatan Enam dan Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.
salam……………..
hai……………
sya nk tnya,
sya budk F.5 yg xsmpt htr borg…………so,cmna mau msuk mtrix?
blh tlg bgi cdgn x?
@ ptut je sya tggu prmohnn 2011?
Zilah,
Salam… Jika anda telah terlepas untuk menghantar borang biasanya peluang untuk memasuki Matrikulasi telah tertutup. Cuma mungkin pada bulan Februari nanti cuba semak dilaman web Kementerian Pelajaran.
Permohonan ke Matrikulasi cuma boleh dipohon oleh pelajar SPM tahun semasa, maknanya permohonan kemasukan tahun 2011 hanya untuk pelajar yang mengambil SPM tahun 2010.
Salam and Hi..!!
Currently, I’ll be finishing my SPM.. huhu.. (but still surfing the internet? Bad Me!!)
Ok, alkisahnya gini, saya sampai sekarang tak tahu yang mana nak ambil.. for my future katakan.. setiap kemasukkan-kemasukkan lepas SPM semuanya okie dokie.. ada baik dan disadvatagenye.. So, saya mengharapkan Allah swt meletakkan saya di tempat yang terbaik bagi saya..
Jadi tak perlu lah untuk menilai secara negatif dan teruk-teruk..
apa yang diri sendiri tu tak suka, tetap tak suka.Honestly, kalau saya dapat
matrikulasi, memang sayalah orang paling bersyukur di atas muka bumi ni.. even
thought ada banyak hearsay yang tak baik..(ada ke?)But, my motto is, ‘if you want
to success, you have to begin with yourself’.kan?kan?
so, saya disini sebagai peng’comment’ (<– ada ka wording ni) je.. dan mendoakan yang terbaik.. cuma, dari saya form 4, hingga sekarang, add math saya asyik kantoi je.. Mungkinkah matrikulasi ni bakal dijejaki kaki saya?? huhu..
dapat kata-kata semangat dari Nilam boleh juga.. pls2.. ^_^
thanks,
lots of regards,
NurLyna
salam..
boleh saya tahu,saya pelajar spm tahun nie (09) saya nk daftar matrik tapi semua student kiterorg beli no pin from kaunselor..
then,xtahu sama ada kiterorg da didaftarkan oleh ckgu or belum lagi..
boleh x kiterorg semak sama ada dh daftar atau belum?
dan kalo belum mcmmner nk daftar?
peluang nk masuk matrik dah tertutup ke?
matrik akan tawarkan kan kita tempat atau kita kena apply untuk tawarkan diri,
maksud sya,matrik akan tawarkan tempat x kalau kita xdaftar?
Waalaikumsalam Nur Ayina,
setahu saya, memang kaunselor sekolah yang akan handle beli pin, tapi setakat membeli pin matrik utk kita dari BSN.. setelah tu, kita akan dapat slip BSN yang tertera ID pin kita tu, then buat pendaftaran online di http://moe.gov.my
nak beli pin sendiri pun boleh, tapi pendaftaran dah ditutup, tak tahu la pulak camne.. better tanya Nilam..
NurLyna,
Salam…. Didoakan anda dapat menjawab semua soalan di sepanjang peperiksaan SPM ini dengan baik.
Memang benar kita boleh memohon pelbagai peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM dan setiapnya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Walaupun begitu semuanya perlulah berdasarkan kelayakan (keputusan peperiksaan) dan minat. Setelah berusaha dan berdoa, akhirnya rezeki kita akan ditentukan oleh Yang Maha Esa.
Untuk makluman NurLyna, jika anda memohon Matrikulasi aliran sains anda perlu mendapat sekurang-kurangnya C (dulu disebut 6C) dan D (dulu disebut 7D) bagi aliran perakaunan dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
Matrikulasi mempunyai Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT). Biasanya bagi pengambilan untuk PDT, syarat kelayakan tidak setinggi PST. InsyaAllah jika anda mencapai tahap minimum untuk mata pelajaran Matematik Tambahan dan baik untuk mata pelajaran yang lain, peluang itu tentu ada.
Nur Ayina,
Salam… Memang benar seperti menurut NurLyna biasanya pihak sekolah hanya tolong membeli nombor pin dan proses pemohonan dilakukan oleh pelajar sendiri. Walaupun begitu ada kemungkinan guru kaunselor membantu membuat permohonan bagi pihak semua pelajar di sekolah anda. Anda perlu mendapatkan pengesahan ini dengan pihak sekolah.
Di samping itu anda boleh juga membuat semakan secara online dalam bulan Februari nanti samada permohonan anda telah diterima oleh sistem atau tidak. Ketika itu anda juga boleh membetul sebarang kesilapan atau mengemaskini maklumat permohonan anda.
Andaikata pihak sekolah atau anda tidak membuat permohonan ke Matrikulasi, maknanya anda telah terlepas peluang untuk memasuki Kolej Matrikulasi kerana hanya mereka yang memohon sahaja akan dipertimbangkan.
hmm,tapi nnti kalau saya nk buat rayuan maknanye kna tggu sampai bulan 2 la?
mse tue guna pin yg kita beli dulu atau kna beli yg baru?
Nur Ayina,
Sebaiknya anda semak dengan pihak sekolah samada mereka ada membuat permohonan bagi pihak semua pelajar. Jika tidak ada, saya syorkan anda buat rayuan secepat mungkin secara berkumpulan iaitu dengan semua pelajar sekolah anda yang telah membayar untuk nombor pin melalui sekolah.
asslmlkm..
sy plajar form 4, thn dpn sy spm..dsbbkan pengredan smula spm, sy harap abg nilam tlg dptkan syrt klayakan minimum untuk msk ke matriks..
thanks sbb byk bg informasi kat sni..
hai cmua,jka nk msuk matrik tak complicated ke???
sya nak masuk matrikulasi….saya dah beli dah nombo id…tapi sya x isi brang dia kat internet sebab sya ingat kan kalau beli no id terus dah dafta kemasukan ke matrikulasi macammana ni apa yang perlu saya buat…
ada pemohonan yang kedua tak? saya ni spm 2009 aliran sains..tapi pemohonan dah closed time 18 october. is there gonna be another..please inform me. thanks.
Odik,
Salam… Kelayakan minimum ke Matrikulasi setakat ini masih sama cuma pertukaran sebutan gred sahaja. Ini bermakna 4B menjadi B, 6C menjadi C, 7D menjadi D. Maklumat penuh mengenai pertukaran gred boleh didapati di Sistem Gred Baru SPM.
Eiyja_92,
Anda cuma perlu membuat permohonan secara online sahaja.
Meara,
Benar anda perlu membuat permohonan secara online selepas membeli nombor ID tersebut. Memandangkan anda tidak membuat permohonan tersebut maka anda dikira tidak memohon. Walaupun begitu anda boleh cuba membuat rayuan dan menjelaskan situasi anda.
Mia Oyster,
Tidak ada tetapi anda boleh cuba membuat rayuan.
askum..sye nk tnye kalau nk buat rayuan 2 camne ek??sbb sye dh terlepas nk kemaskini borang permohonan sye..dh ttup la plak..ade lagi yang sye x isi…aduh!!
hye..
sy bru lepas spm..tp sy rs sy x wat shabis baik la..klu sy dpt rslt ok n dpt masuk matrik,cmne suasana pbelajaran kt c2 ek..?
blh share x..?
dan ant sains hayat n sains fizikal dpt pilih ant satu ke sbb sy dr f4 lg mmg blurr sbjk tu sbb da mslh teknikal ckit dgn ckgu yg mengajar..hehehe..
salam …byk jg komen positif n negatif sal matrik yep..sy bru lepas spm n tgh tggu result..rmi membe ckp xnk pg mtrk coz susa..dorg ckp kalau nk mati,,kau pg la mtrk..haha..ye ke cmtuh ?? my sis da dua org yg pg mtrk ,,xde pom yg ckp cmtuh.. myb pemikiran yg berbeza kowt…tp klu nk compare antra mtrk n ipta,,sy akn pg ipta kowt…tgk la based on my result…tp ,,apa bezanya ipta n mtrk eh ??
teruk sungguh abang nilam
saya lepasan spm 2009 tp sy belum membuat permohonan utk matrikulasi…adakah sy mempunyai peluang utk daftar selepas ni?
hye…sya nak tnya…kat mna nak daftar kat smk vokasional beaufort….please rep….