Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/ 2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010.
Jurusan/Aliran Program Matrikulasi
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
- Jurusan Sains (M001)
- Jurusan Perakaunan (M003)
- Aliran Teknikal (M007)
Kelayakan Memohon Program Matrikulasi
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon adalah pelajar bumiputera atau pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011.
- Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2010.
- Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.
- Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi. - Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan). - Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
- Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Kelayakan Minimum Akademik
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
Jurusan Sains (M001)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
- B dalam Matematik
- C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
- E dalam Matematik Tambahan
- C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
Aliran Teknikal (M007)
- C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
- B dalam Matematik
- E dalam Kimia
- C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.
Cara Memohon Matrikulasi
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi ini iaitu:
- Permohonan Melalui Internet (PMI).
Semakan Permohonan Matrikulasi
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2011 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2011 untuk mengetahui status permohonan.
Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2011. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
Penempatan Kolej Matrikulasi
Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rayuan Permohonan Matrikulasi
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2011. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi ini ialah pada 10 Oktober 2010.
- Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
Pertanyaan
- Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
- Anda boleh juga mengunjungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.




[...] This post was mentioned on Twitter by Pelajar SPM, NurJenna. NurJenna said: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011 http://icio.us/1bkcw2 [...]
Kolej Matrikulasi manakah yang terbaik sekarang ini?
Maaf, saya tidak mempunyai maklumat ranking Kolej Matrikulasi.
Apakah kelayakan untuk jurusan sains. Fizik dan Sains Hayat?
kolej matrikulasi perlis..
bagi yang tak ambil biologi tapi digantikan dengan subjek teknik. Boleh ke mohon jurusan sains seperti sains hayat?
nie tuk sesi 2011.
nape tarikh die 2010??????
it's confusing me!!!!!!!
Maaf memang ada kesilapan, kini telah diperbetulkan. Terima kasih.
KALAU NK MATRIX TP SY LEPASAN SPM 2009 …….
BOLEH KE????
MANALAH TAU KOT KOT TAHUN NIE ADE REZEKI KE????
REPLY CPAT2 SKIT YEH…..
LEPASAN SPM 2009 BOLEH MOHON MATRIX TAHUN NIE X?????
KALAU BOLEH SYUKUR LA….
HHHMMM….TLG REPLY CPAT2 SKIT YE…..
cna nk wat permohonan utk plajar SPM thn nie??
ny nk mohon dekat mana????
ny nk mohon dekat mana????
'..di mana laman web rasmi? macam mana mw guna num ID matrix? help me please…tq…
x dpt jumpa borang tuk isi
nk tye cikit..if result sy x bgoz dlm trial spm nie bley x mohon matrix..
mne nk isi..mne nk isi ID?