Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014

Permohonan Melalui UPU Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/Setaraf dan SKM

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2013/2014 atau ambilan 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf serta lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah dibuka mulai 7 Januari 2013.

POLITEKNIK dan ILKA

Permohonan kemasukan ke Politeknik melibatkan semua Politeknik kecuali Politeknik Premier.

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut:

Permohonan Melalui UPU

  • KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
    – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
    – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
    – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    – Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)
    – Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
    – Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
    – Polikteknik
    – Kolej Komuniti
  • MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
    – Institut Kemahiran MARA (IKM)
    – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
    – Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf.

KATEGORI PERMOHONAN

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada 5 kategori iaitu;

  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.

  • Kategori B

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.

  • Kategori C

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

  • Kategori D

    Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.

Bagi lepasan SKM terbahagi kepada 3 kategori iaitu;

  • Kategori 1

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 1.

  • Kategori 2

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 2.

  • Kategori 3

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 3.

PROGRAM PENGAJIAN

Program pengajian yang boleh dipohon adalah

  • Lepasan SPM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma
  • Lepasan SKM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma & Diploma Lanjutan

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

PERMOHONAN

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu.
  • Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60.
  • Satu nombor unik ID yang sama boleh digunakan untuk 3 jenis permohonan iaitu ke IPTA, Politeknik dan ILKA.
  • Contoh Slip BSN.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan agensi-agensi yang berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bersama mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke Politeknik dan ILKA berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik 10% markah kokurikulum dan 15% pendapatan, tempat tinggal, dan tanggungan (SES).
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf; atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
    4. Memenuhi syarat khas program pengajian/kursus seperti yang ditetapkan oleh institusi/agensi;
    5. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program pengajian/kursus dipohon;
    6. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    7. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh institusi/agensi bagi program pengajian/kursus yang memerlukan;
    8. Program pengajian/kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    9. Bilangan tempat yang disediakan di institusi/agensi
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN

Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;

  1. Syarat Permohonan
  2. Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
  3. Takrif Bumiputra
  4. Syarat Pemilihan Program
  5. Program VTO
  6. Dasar Markah Kokurikulum
  7. Penyediaan dan Pengiraan Merit
  8. Penajaan
  9. Dasar Pertukaran Program Pengajian/Kursus
  10. Dasar Pertukaran Politeknik/ILKA
  11. Dasar Rayuan

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA melalui UPU bagi lepasan SPM dan SKM ini akan ditutup pada 15 April 2013.

MAKLUMAT & PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
  • Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program pengajian yang ingin dipohon.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/setaraf dan SKM Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
    62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767
    Helpline UPU: 03 8870 6777
    Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: upu@mohe.gov.my

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi Politeknik dan ILKA yang berkenaan.

26 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014

  1. […] Bagi permohonan ke Politeknik yang lain, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM. […]

  2. saya dah beli unik ID..Tp tak dpt..dia tulis…’UNIK ID YANG DIMASUKKAN ADALAH SALAH’ mcm mana itu…

  3. muhd hazurin ismail says:

    kalau saya sudah apply untuk kemasukan ikbn tapi saya guna link yang sama untuk kemasukan adtec pula tapi tidak boleh…harap encik dan cik boleh tolong

  4. […] Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014 […]

  5. […] Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014, ada 5 pilihan program. […]

  6. […] Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014. […]

  7. saya sudah apply untuk ke adtec tp bila sy beli nom pin bru org bsn bg nom yg sama jadi ada cara lain ta untuk ke ikbn nie harap blh tolong

  8. wan yatie says:

    macam mne sye nk isi pemohonan ke ikbn sesi 2014

  9. mcm mne nk isi pmohonan ikbn 2014

  10. saya telah memohon menggunakan UPU pin number..namun permohan saya tidak berjaya..adakah cara lain sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran selepas SPM..terima kasih.

  11. cn ne nk isi pmhonan ikbn 2014.

  12. Kalau xde sijil skm tahap3 xbleh k saya msuk ciast coz sy dh bkerja hotel selama 6 tahun mcm2 dah sy ajar bdak trainee buat kuih, dah nk smbung tahap3 takut xsempat dgn umur jer,mcm mne ek coz sy nk sangat jadi seorang pengajar..

  13. bila permohonan politeknik lepasan skm akan di buka…………

    terima kasih ………..cepat kan permohoan skm ne tq

  14. bila buka untuk 2014

  15. shamsiah Hj Hussin says:

    Untuk pengetahuan admin dan semua, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) adalah Institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga. Harap maklum.

  16. saya telah memiliki sijil kemahiran malaysia tahap 3..saya sudah berkawin..boleh ke saya sambung ke dkm tahap 4 dan 5..setengah agensi bertauliah tidak terima..sambung belajar .kerana berkahwin

  17. NORSHAHLINI JULAIHI says:

    SAYA NAKL TANYA MCM MANA NAK SEMAK PERMOHONAN IKBN 2014 SEBAB SAYA NAK PRINT PERMOHONAN SAYA TU..

  18. ..2014 blum bka lg kh??…

  19. Muhammad Azrin says:

    As salam . Saya nak tanya intake terbaru untuk 2014 . Bila ye ? Boleh tolong inform tak dekat nombor saya . 012-9302275 . Terima kasih

  20. nuliyana aqilah says:

    npe x lh nk mhon kolej vokesional ILKA

  21. salam nk tanye bila bukak permohonan untuk sesi 2015,sy dah ad skm3..ingin lanjutkn pengajian…mcm mne erk nk isi borang..sy ambil kos elektrik skm3 ????klau ad msj kat sy 0129391353 sekian wsalam

  22. salam , saya lulusan dari kolej komuniti dan mempunyai sijil skm , berapa syarat pointer diperlukan untuk lanjutan ke peringkat diploma politeknik

  23. Leon Siew says:

    Salam Sejahtera, nama saya Leon dari Lincoln University College.
    saudara boleh melanjutkan pelajaran di college ini kerana college ini menawarkan hostel dan transport percuma apabila saudara belajar mengikuti khusus Pre-University atau khusus-khusus Diploma yang ditawarkan di Lincoln University College.
    Saudara atau saudari yang berminat boleh menelefon saya atau sms saya, Leon 012-6575693. Hanya membayar pendaftaran RM500 sahaja dah boleh masuk kelas belajar dan baki yuran pembelajaran kita boleh menolong anda mendapatkan pinjaman Ptptn. Sila mempertimbangkan tawaran ini.
    Terima Kasih.

  24. SELAMAT PETANG BILA BUKA PEMOHAN UNTUK MASUK KE POLITEKNIK

  25. Alvarez ray says:

    adakah lepasan vokasional boleh menukar kursus jika ingin memohon di politeknik. contohnya Dari bidang electronic ke bidang automotive.?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.