Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010

TERKINI :

Para pelajar Tahun 6 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini ada 52 SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Aliran

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini ada 38 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Agama
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.

Maklumat

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2010 akan ditutup pada 15 Oktober 2009.

Related posts:

  1. Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010
  2. Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2009
  3. Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
  4. Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
  5. Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives