Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011
Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2010.
Aliran
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan tiga aliran Sekolah Menengah Teknik iatu Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran. Manakala Sekolah Menengah Vokasional terdapat dua aliran iatu Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.
Aliran Teknikal
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan, ekonomi rumahtangga).
Aliran teknikal menyediakan 7 kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan, ERT Pengajian Pakaian dan Pertanian.
Pelajar-pelajar aliran teknikal menduduki enam mata pelajaran teras pada peringkat SPM di samping mata pelajaran elektif teknikal dan sains.
Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran Vokasional
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Aliran vokasional menyediakan 18 kursus iaitu Pengaturcaran Komputer, Automotif, Elektrik & Elektronik, Fesyen, Katering, Pelancongan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Penyejukan & Penyamanan Udara,Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Binaan Bangunan, Seni Kecantikan, Perkhidmatan & Perkembangan kanak-kanak, Bakeri, Hortikultur Hiasan & Lanskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang.
Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras yang diambil di samping dua mata pelajaran elektif vokasional.
Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran Kemahiran
Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Aliran kemahiran menyediakan 19 kursus dalam 5 bidang yang berbeza iaitu Mekanikal – Pemesin Am, Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Pelukis Pelan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – Domestik, Awam – Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurukerja Paip dan Pelukis Pelan Senibina, Elektrik – Juruteknik Elektrik Rendah, Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan dan Mekanik Teknologi Elektronik Radio dan Video, ERT – Pembantu Penyedia Makanan, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut Muda dan Jurukecantikan, Pertanian – Juruteknik Rendah Akuakultur dan Pekerja Ladang Pertanian.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2009.
- Dilahirkan dalam tahun 1994 atau selepasnya.
- Kesihatan
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya.
Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video (Aliran Kemahiran) dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
- Di samping memenuhi syarat-syarat umum di atas, pemohon perlu juga memenuhi syarat-syarat khusus pencapaian minimum PMR bagi aliran dan kursus yang dipohon.
- Sila rujuk Kelayakan Akademik Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran atau terus ke pautan Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
- Sila semak Syarat Khusus pencapaian minimum kelayakan akademik PMR yang diperlukan dan panduan mengisi borang sebelum membuat permohonan.
- Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada 18 Januari 2010. Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan terus ke Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Maklumat
- Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
- Sila semak Senarai Sekolah Teknik untuk mengetahui sekolah, aliran dan kursus yang ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.
Tarikh Tutup
Permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010 akan ditutup pada 4 Januari 2010.
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional pengambilan 2011 telah dibuka
Related posts:






saya ingin masuk ke sekolah teknik.saya berumur 15 tahun yang menunjukkan bahawa saya adalah seorang pelajar bakal menduduki pmr.saya juga berasal dari ipoh.saya ingin meminta borang permohonan kemasukkan ke sekolah teknik supaya boleh masuk ke sekolah teknik pada tahun hadapan.
yes…
saya pon sama…
sy berasal dari selangor.saya ingin meminta borang kemasukan ke sekolah teknik
saya mahu tahu bila borang pemohonan untuk ke sekolah menegak telnik?
just nak tanye.. ade beza ke sekolah teknik dan sekolah teknik dan vokasional?? saya nk amk courses fesyen.. semua sekolah teknik ade course fesyen ke??
ada la .
ade2 dtg kt sekolah SMK Taman Molek
xsume teknik adew course tu…kne tgk senarai school teknik n tawarannye..
saya calon pmr 2009,saya ingin memohon ke sekolah teknik tetapi ada masalah internet,sampai bilakah masalah ini akan selesai?kerana saya hendak memohon sekolah teknik secepat yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan.mengapakah borang secara lisan tidak dicetak bagi memudahkan permohonan pelajar?disamping pelajar kurang berkemampuan dapat memohon ke sekolah teknik tanpa perlu memohon secara online.
trus ke skuwl teknik yg berdekatan dan minx borang di bhgian admin
nak isi borang camna??? adoyai… penat r cari,, satu pown tak dapat
tau xpe..xde pon tempat isi borang??
Syafik,
Sila buat permohonan secara online melalui pautan yang dinyatakan di atas.
Syuu,
Secara amnya perbezaannya adalah jenis kursus yang ditawarkan.
Anda perlu semak Senarai Sekolah Teknik untuk mengetahui sekolah mana yang menawarkan kursus tersebut.
Habibah,
Anda boleh berusaha mendapatkan capaian internet untuk memohon kerana tempoh masa yang diberi agak panjang. Tarikh tutup adalah 4 Januari 2010.
Ezzati,
Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran atau terus ke pautan Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010 seperti yang disebut di atas.
mcam mne nk mohon masuk ke smk teknik
Asri,
Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran atau terus ke pautan Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010 seperti yang dinyatakan di atas.
dah isi borang tp server error.asyik mcm tu je..mcm mne?
mAcAmAnE sAyE nk tAu ALirAn yg sAye Amik sEsuAi ngAn sAyE kE x…
saya nak msok teknik gombak.. tpi saya x thu nk plih jurusan ape sbb semua jurusan di teknik gombak saya x kenan pluss x menarik minat.. mcm ne erk?
Kqefiani,
Cuba lagi di waktu lain, memang ada ketikanya memang begitu terutama bila ada ramai yang masuk ke situ.
Feqa,
Anda perlu tanya kepada diri anda apa yang anda minat dan cita-cita masa depan anda. Apabila sudah mengetahui minat dan cita-cita, mudahlah anda tentukan aliran/kursus yang sesuai.
Syzlna,
Saya syorkan anda utamakan apa cita-cita dan minat anda dahulu baru buat pilihan lokasi.
kalo kte x dpt msok teknik,
mcm mne nk wt rayuan r??
mcm mne nk wat rayuan >>
boleh tak kalau nak wat permohonan SMT banyak2 kat sekolah2 TEKNIK yang lain.???..
mane la tau kalau dapat salah 1 ker??
plezzz jawab
saya sekarang sedang menduduki pmr berminat dalam bidang aliran vokasional iaitu automatif,kalau boleh saya nak masuk SM teknik&vokasional kat kuantan jer…macam mane saya nak buat rayuan?
bley sya tahu mcm mne nak buat permhonan masok teknik…
online sahaja?x perlu cetak?
on9 la…
klau awk rase nk cetak…
cetak je la…
untuk wat simpanan…..
ho3…hem klu msk seklah nie ok ke x ek???
xtau la nak msk mne taun depn???
Spongebob Cayunk Niyniee,
Biasanya rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan permohonan diumumkan.
Setahu saya anda cuma boleh membuat satu permohonan sahaja dengan dua pilihan kursus dan sekolah.
Mohd Khaiyum,
Semasa memohon anda menyatakan dua kursus dan sekolah pilihan anda.
Khairul Nizam,
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web yang dinyatakan di atas.
Muhammad,
Ya.
Hafiz93,
Cuba anda kenalpasti minat dan cita-cita anda untuk memudahkan pilihan anda.
sya bmnt untk msuk ke sekolah teknik tetapi saya keliru nk pilih ape! boleh tak pilih dua jurusan???
Tuan, sya dlm dilema skrg ni…sya berminat sgt ngan aliran Teknikal kursus Kejuruteraan Mekanikal…cuma sya x pasti result PMR sya menepati syarat2 memasukinyer…
Walau macam mana pun, sya berminat juga ngan aliran Vokasional kursus Automotif…mungkin lepas kot kalu berdasarkan trial result sya tempohari…
Pada pendapat Tuan, aliran manakan yg sesuai utk sya…Teknikal or Vokasional?
sye ingin mohon untuk kemasukan ke skolah tknik bg sesi 2010… bleh sye thu cara buat pemohonan???
taon dpan msok skola teknik!!
jom ar skali.
mcm mane nak masuk sek .teknik??
kenape apliksi permohonan secara talian ni gerak lambat sgt..huhu
3 kali buat..penat..
Chey@ de vanillarz,
Memang anda perlu nyatakan dua pilihan semasa membuat permohonan.
Abgyul,
Pertama dahulukan apa yang anda minat kemudian apabila keputusan PMR sudah diumumkan sesuaikan permohonan anda dengan kelayakan yang ada.
Syawal,
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online melalui laman web yang dinyatakan di atas.
Srikandi Nur,
Memang adakala laman web tersebut agak sibuk, jika ada masalah cuba lagi di lain masa.
Tolong.sy sorang je x msuk lgi…skm 2 ad..tp tak dapat crik port nk smbung…
walaupun di beri 2 pilihan boleh tak kita ambil dua-dua??tentang negeri pula boleh kita pilih nk stdy kat negeri mana atau pun kerajaan yang tetap kan??
Chey@ de vanillarz,
Terpulang kepada anda tetapi peluang untuk mendapat tempat lebih baik jika anda menyatakan 2 jurusan @ kursus yang berbeza dan bersesuaian dengan keputusan PMR anda.
Anda juga perlu menyatakan sekolah pilihan anda yang ada menawarkan jurusan @ kursus yang anda mohon. Anda disyorkan memilih sekolah yang terdekat dengan tempat tinggal anda.
sye nak tye,
napew bile isi borang ke skola teknik secare on9,
ta bley taip skola n jurusan pilihan..???
saye x tau nk pilih aliran ape??????????????????????
borang yang print 2 nak kene post ke??????
knpe bile nak mohon scara o9 x dpt??
then tarikh tutup tok mohon skolah teknik bile???
Nak sangat masuk skula teknik niey, tp cam ne nak masuk niey.. bagak susah.
And kalu bleh saya nak ambik aliran vokasional dan ambil bakery.. mane borang nyer..
susah lawh.. nak masuk aliran yangm mana satu ni. Jurusan apa yang saya mampu bawa
saya minat salah satu bidang dalam aliran vokasional….
tapi andai kata lah….bila keluar keputusan nanti….
keputusn sy agk bagus….perlu ker saya tukar ke aliran teknikal…
yang lebih baik keputusannya….
sy sbnrnyer msih x phm….
kwn syer ader ckp y b0le ms0k sm tknik dlm bdg perakaunan….
wk2 f4 ty…..
tp lpz syer bcer sumer y tulis kat ats 2…
sy t’cri2….
ader ke xder sbnrnyer….
n kl0 ader y mner stu….
adakh sy t’lps pndg atau smmgnyer x der….
b0le tlg phmkn sy x…
(p/s:t0l0ng reply kt emel sy n kl0 bley x pyh dtygkn ,, 0k )
Anis,
Saya tidak pasti pula, sila hubungi talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092 untuk penjelasan.
Najieb,
Cuba kenal apa yang anda minat dan cita-cita yang hendak dicapai. Dua perkara ini boleh membantu anda membuat pilihan.
Borang tidak perlu diposkan melainkan ada arahan berbuat demikian.
July,
Ada kalanya laman web tersebut agak sesak, cuba lagi dilain masa.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Januari 2010.
Fazira,
Permohanan boleh dibuat secara online di laman web yang dinyatakan di atas.
Syera,
Terpulanglah kepada anda, jika anda masih berminat untuk meneruskan dalam bidang tersebut tidaklah perlu ditukar.
Aisyah,
Bila anda bertanya baru saya perasan, sepatutnya memang ada bidang perakaunan tetapi mungkin telah digabungkan dengan kursus perdagangan. Sila hubungi talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092 untuk mendapatkan penjelasan.
Lebih baik dipaparkan supaya pembaca lain yang mungkin mempunyai persoalan yang sama dapat mengetahui jawapannya.
Saya Bekas pelajar Teknik Kajang batch 2006/2007.Sekarang tolong adik pula mohon teknik.
oh ya. SMT Kajang ada tawar Kejuruteraan(Teknik).
Pada pdf yang disediakan tidak ditandakan.
Mungkin senarai sekolah dan aliran yang tidak dikemaskini?
0k….
nk tye selain n0 2 sumer….
ader x website/emel lain y b0leh sy layari …
t0k dptkn mklumt lnjut….
syer rse 2 lbh mdh….
cam ne nak pohon sm. teknik erk .??
cmna nk isi borang ya…xda pn…
pnat nk cri….
erm…saya nk masok SMT lah…camner eh?..xthu nk wat permohonan
saya calon PMR 2009..ingin membuat permohonan untuk masuk ke SMT bagi tahun 2010..tetapi,saya tidak mengetahui bagaimana untuk membuat permohonan tersebut…diharap nilam sudi membantu saya
I WANT TO ASK…SEKURANG2NYE BERAPA A BOLEH MASOK TEKNIK?? KURSUS PELANCONGAN ADE X??
sya hndak ambil aliran tknik,,jka sya dpt mmnuhi syrt n klyakan mndpat 4A pd sbjek yg dittapkan,,sbjek lain spatutnye 4B..tp jka sya mndapat C pda sbjek lain,,adkah prmohonan ke aliran teknik akan ditolak dan tidak dapat mmbuat permohonan aliran lain?
sy da msuk ke permhonan kmsukan ksekolah teknik dan vkasional . dan saya dah lengkapkan borang permohonan itu . tapi bila pilih jurusan tak boleh .macam mana??tolong saya . kalau boleh saya mahu memohon sekolah ni dgan cepat . harap ada yang tolong .
sya nk msuk sk teknik tpim sya xthu nk ambk courses apa???sya dh try bnyk kli isi borg tpi xblrh………knpa ekkk???
ak nk msok teknik. . .tp xtaw leh dpt ke x. . teknik mne ek yg best,. .
napew erk na pilih jurusan ngan skola ta bole ?
Macam mana nak tengok keputusan nanti?
Please tell me..
sabar je la………….
kau tunggu smpai hbis pmr ok faham ke x
nilam …
tolong sy pa mksud
dekat solan
“”B. BUTIRAN SEKOLAH DAN JURUSAN / KURSUS PILIHAN”"
borang 2 da tnya…
pilih jarak pertama..
pilih jarak kedua,,,
pa mksudnya 2….
stu lgi knpa slalu server error je????
adakah permohonan on9 dh tutup…????
sy teringin sgt nk msuk
bidang kimpalan 2 Apa???
nk online teknik tak perlu tnggu result PMR dluw ke…?
nilam…plez answer…..
macam mana nak pilih jurusan yang sesuai….?
Lee Cooper,
Ada kemungkinkan, cuba semak dengan SMT Kajang untuk kepastian jika ingin memohon aliran tersebut.
Aisyah,
Secara khusus mungkin tidak ada tetapi anda boleh mencari laman web sekolah-sekolah teknik melalui Google.
Hisyam,
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Yyana,
Borang boleh didapati di laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Jarak tersebut adalah anggaran jarak SMT pilihan pertama dan kedua dengan rumah anda.
Permohonan belum ditutup. Memang ramai yang mengadu menghadapi masalah semasa membuat permohonan, saya cadangkan anda cuba lagi di lain masa atau guna browser yang berbeza. Jika masih menghadapi masalah hubungi 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092 untuk mendapatkan bantuan.
Kimpalan secara amnya mengenai memotong dan menyambung logam.
Zulaikha Haidel,
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Fieza,
Kelayakan minimum bergantung kepada aliran dan kursus yang dipohon. Kursus pelancongan memang ada dan kelayakan untuk memohon kursus tersebut adalah Mendapat pencapaian minimum gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup serta
dan minimum gred D dalam mana-mana satu matapelajaran lain.
Habibah Jaybee,
Saya tidak pasti, lebih baik anda berhubung terus dengan pihak SMT di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092 untuk mendapatkan penjelasan.
Syana, Mazshahirah dan Vanilla,
Mungkin ada masalah teknikal, cuba lagi di lain masa atau terus hubungi 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092 untuk mendapatkan bantuan.
Irfan,
Setiap SMT mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan aliran dan kursus yang ditawarkan.
ŠyªяooL²,
Keputusan biasanya boleh disemak secara online.
Star Gemeinie,
Anda boleh membuat permohonan sekarang sebelum keputusan PMR diumumkan. Apabila keputusan diumumkan anda boleh mengemaskini permohonan anda supaya sesuai dengan keputusan anda.
Anda digalakkan membuat permohonan untuk mengelakkan kesesakan talian.
Pilihan jurusan hendaklah dibuat berasaskan minat dan cita-cita anda. Sila berbincang dengan guru kaunselor anda untuk melihat apa pilihan yang ada berdasarkan minat dan cita-cita anda.
bile bleh start mohon teknik????????? tlg blzz yee
sy pelajar ting3..mcm mn erk nk amik borang mohon asrma….?????
saye dri johor,kota tinggi,saye ingin pergi ke sekolah menengah teknik,macam mane nak tahu yg jurusan tu bersesuaian dengan diri kita..
alhamdulillah sy dh dpt phon…
tp da 1 masalah lagi…
keputusan kemsukan ke sekolah tersebut harus di rujuk di mana??
assalamualaikum.
saya nk tanye ni.
bila ye permohonan ke teknik dibuka?
atau suda dibuka?
macam mane nk mohon.?
saya tak tahu lah pening dibuatnye mencari.
harap tolong lah bantu saya kerana saya memang nk sangt masok ke teknik.
ni nk tanye kalau lah kite ade ggl 1 mate pelajaran adekah kita dapat msok ke teknik jgk?????
terima kasih kerana menolong.
macam mana saya mahu masuk smk teknik?
saya tggl di purun.. bleh ke saya masuk sekolah teknit..smga dapat da..
saya anak pahang
saya budak purun.. saya ingin sangat masuk sekolah teknit tapi saya layak ke.. kputusan saya tak memuaskan. maga dapat da.
knape BUTIRAN SEKOLAH DAN JURUSAN / KURSUS PILIHAN
x dpt ..tulis kat situ sila pilih bile tekan x de pon????
ape..ni? Server Error
500 – Internal server error.
There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed.
saye tau..sye mmg kene buat rayuan..
dn sye harap sgt dpt msok
halo!!sya orng Miri nieh….
sya mowk g skwl kt sm.teknik miri….
but xtauq aliran apa yg ptt sya ambik…
rasa2 nya kalo sya bt duaq permohonan kan,antra teknik n vokasional
x jd masalah kha??or kna bt satu permohonan jawq???
knapa dok pohon ni asyik error ja???pening ar.nk bt cam na nie???????
Daya,
Sekarang dah boleh tetapi ada pembaca yang mengatakan mereka menghadapi masalah semasa membuat permohonan.
Wawa,
Asrama akan diberi kepada pemohon yang jauh daripada SMT yang dipilih.
+_c0nverse_+,
Anda perlu tahu apa yang anda minat dan cita-cita anda. Sila berbincang dengan guru kaunselor sekolah anda untuk menimbangkan pilihan yang ada berdasarkan pencapaian, minat dan cita-cita anda.
Yyana,
Alhamdulillah… laman web untuk menyemak keputusan permohonan akan diumumkan di portal Kementerian Pelajaran. Kami di ePutra juga akan cuba memaklumkannya.
Daya,
Salam… Permohonan telahpun dibuka sekarang melalui laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Boleh bergantung kepada kursus dan aliran yang anda pilih sebab semuanya syarat kelayakan yang berbeza.
Syafiq,
Sila buat permohonan di Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Syed Hafiz,
Boleh, sila buat permohonan di Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Didoo dan Wan,
Memang ada ketikanya laman web permohonan SMT menghadapi masalah. Cuba lagi pada masa yang berbeza atau guna browser yang lain. Jika masih menghadapi masalah sila hubungi talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092 untuk mendapat bantuan.
Fionna Ubong Nawan,
Anda perlu tahu apa yang anda minat dan cita-cita anda. Sila berbincang dengan guru kaunselor sekolah anda untuk menimbangkan pilihan yang ada berdasarkan pencapaian, minat dan cita-cita anda.
Anda sepatutnya hanya membuat satu permohonan sahaja.
aku tak paham lee,cam ne nak masok teknik nie…
knp sye online xd borg p’mhonn ek????
kpada plajar pmr 2009.
mgkin sy ble mambntu..
mudah sja utk membuat permohonan…
cuba msuk ke internet explorer…
mgkin lebih mudah…
dr mgunakan mozilla firefox…
krana bgi sy mengunakan mozilla firefox..
solan utk permohonan menjdi kurang lengkap….
nape bile saya nk login x bley.. bile saye msukkn no kp n angka giliran.. die kate kombinasi angka giliran n no kp x betol.. padahal.. saya masukkn maklumat yang betol..???????????????? macam ner ni?
halo sy calon pmr 09
sy nk tnya mcm mna klw kta nk mohon
ke sk0la tknik bnyk2 ar??
sy xrti la bab asyk kluar yg sy dh mhon je..
tlg bgtw bly ark?
hye nilam,sy nk tye ni,cm ner nak mohon msk ke sm teknik ni???blurrr ar sy..
eh ble nk kuo keputusan ek???…….x sbo nk msuk sekolah baru ne….
kalau tak dapat,boleh tak buat rayuan?
aduh,,,banyak nye pilihan ,,
tidak tahu nk masuk yang mane,,,
mengharap bantuan!
(kebuntuan)(”,)
CAM NA NAK WAT NEYH????
untuk mohon sekolah teknik nie, kite kene beli no pin kt bank ke?????????
kat mne nak dptkan nombo pin? bli ke free je? dah excited nak msok skola teknik ni.
sesape yang nk isi borang atau kemaskini borang ke sekolah teknik bolehlah ke laman web – http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/depan.cfm
ssape yg nk mohon utk kmasukn ke skolh teknik, sila isi borang di laman web – http://www.emoe.gov.my dan klik school.
mcm mana nak bwat permohonan nie????
salam…
cmne nk dpt borg ke teknik ni???
sume link da cri tp 1 pown xdpt..
cmne nk isi borang nieeeeeeeeee??????
saya tak tahu macam mana nak mohon
BILA keputusan kemasukan keluar?dan saya nak tahu apakah perbezaan sekolah ni dengan sekolah lain?
Fikry,
Memang terdapat pelbagai aliran dan kursus yang ditawarkan, oleh itu anda perlu kenal pasti minat dan cita-cita anda. Anda boleh berbincang dengan guru kaunselor sekolah anda untuk membuat pilhan yang tepat.
Fira, Haniff, Man, Bro 29, Shah dan Izdihar,
Sila pergi ke Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010 dan klik di Permohonan / Kemaskini di bawah Menu Capaian. Selepas itu klik Masuk Sistem. Sila guna browser Internet Explorer sebagaimana yang disarankan.
Sebelum itu pastikan pilihan aliran dan kursus yang ingin dipohon di Maklumat Kemasukan dan Senarai Sekolah Teknik.
Yyana,
Terima kasih… harap penjelasan anda dapat membantu mereka yang berkenaan dan pembaca yang lain.
Queen,
Cuba pastikan semula nombor-nombor berkenaan dan cuba sekali lagi. Jika masih menghadapi masalah sila hubungi 03-88845154, 03-88845067, 03-88845088, 03-88845084 atau 03-88845092 untuk bantuan.
Anda tidak perlu membeli nombor pin untuk membuat permohonan.
Wanie,
Setahu saya anda cuma boleh buat satu permohonan dengan 2 pilihan kursus dan 2 pilihan sekolah.
Eiyla Patrick,
Memang terdapat pelbagai aliran dan kursus yang ditawarkan, oleh itu anda perlu kenal pasti minat dan cita-cita anda. Anda boleh berbincang dengan guru kaunselor sekolah anda untuk membuat pilhan yang tepat.
Kemudian pergi ke Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010 dan klik di Permohonan / Kemaskini di bawah Menu Capaian. Selepas itu klik Masuk Sistem. Sila guna browser Internet Explorer sebagaimana yang disarankan.
Hairul Azmeen,
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada 18 Januari 2010.
Syafiq,
Ya memang boleh.
Syikh94 (smkpg3),
Memang terdapat pelbagai aliran dan kursus yang ditawarkan, oleh itu anda perlu kenal pasti minat dan cita-cita anda. Anda boleh berbincang dengan guru kaunselor sekolah anda untuk membuat pilhan yang tepat.
Nad Yang Epi Sje,
Setahu saya anda tidak memerlukan nombor pin untuk membuat permohonan.
Laura,
Terima kasih.
Izdihar,
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada 18 Januari 2010.
Perbezaan yang utama adalah dari segi aliran dan kursus yang ditawarkan. Secara amnya ada SM Kebangsaan, SM Berasrama Penuh, SMK Agama, SM Teknik, SM Khas, Sekolah Sukan dan Sekolah Seni.
salam
mcm mane cara saye nk dptkan pin number
untuk apply skola teknik?
kalau dapat masuk sekolah teknik @ vakasional. bolehkah kita menerima biasiswa seperti di sekolah biasa?
salam….
sy sbnarnya msih x faham……
borang online perlu dicetak ke???
klau dicetak,perlu dhantar ke mane???
sy trkeliru sbb klau mcm mrsm,borang onlinenya perlu dicetak n antar ke MARA….
untuk permohonan teknik,perlukah berbuat demikian????
cetak atau online sahaja..???
maaf la klau mnggnggu….
PEACE NO WAR!!!!
assalamualaikum.. nilam, sye bace komen laura .. saya nak tanye, boleh ke buat kemaskini borang lepas saya isi ?
Shada,
Salam… Permohonan ke SMT tidak perlu nombor PIN.
Amy,
Memang boleh.
David Villa7,
Salam… Borang tidak perlu dicetak atau dihantar ke mana-mana, cukup sekadar mengisi borang secara online. Walaupun begitu anda digalakkan mencetaknya sebagai rujukan sahaja.
Syaira,
Salam… Boleh, sila klik di Permohonan / Kemaskini dan kemudian Masuk Sistem, sama seperti mula-mula membuat permohonan dahulu. Selepas memasukkan No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran, anda boleh melihat dan mengemaskini permohonan anda.
aku nak pegi tknik,ta mao duduk uma…tkanan
Dkat sekolah teknik x de ke blajar pasal perubatan atau yang berkenaan dgn pelajaran untuk menjadi seorang jururawat? pengajian agroteknologi tu blajar psl pe?
salam..
sya sudah cuba utk mngisi brg kemasukan sekolah teknik..tetapi bila sya hndk mengisi bab pilihan aliran dan sekolah tidak boleh sedangkan yg lain smua bila sya klik anak panah tu termasuk jarak tiada masalah.
boleh sya tahu apa masalahnya erk??sya rasa internet sya tiada masalah.mmg laju bangat nie.
ape beza,aliran teknik dgn aliran vokasionl yer..??confius r..
Adeq,
Semoga anda berjaya mendapat tempat di SMT.
Laura,
Saya rasa tidak ada. Manakala agroteknologi pula belajar berkaitan kemahiran asas dalam industri pertanian, kejuruteraan agroteknologi, teknologi semasa, pengurusan alam sekitar dan pengurusan agroteknologi.
Walaupun begitu sila berbincang dengan guru kaunselor anda untuk maklumat lanjut.
Dayah,
Salam… Anda bukan orang pertama menghadapi masalah ini. Cuba lagi dilain masa dan guna browser Internet Explorer yang terbaru.
Jika anda masih menghadapi masalah sila hubungi 03-88845154, 03-88845067, 03-88845088, 03-88845084 atau 03-88845092 untuk bantuan.
Tyen Moshimoshi,
Secara umumnya perbezaannya adalah kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan memohon. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan, ekonomi rumahtangga). Objektif aliran vokasional pula adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Bagi aliran teknikal syarat kelayakan memohon lebih tinggi berbanding dengan aliran vokasional.
untuk menjadi seorang akauntan, kite prlu ambik kursus ape?
asmekom….waduh..susah beb