Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Tingkatan 1 2013

Sekolah Seni diwujudkan agar dapat meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Visi Sekolah Seni ini adalah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Ketika ini terdapat tiga buah Sekolah Seni iaitu Sekolah Seni Kuala Lumpur, Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching yang diuruskan di bawah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah Seni Kuala Lumpur adalah sekolah seni yang terbaru dan ini adalah pengambilan pertama.

Permohonan Sekolah Seni

Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia bagi pengamblan pelajar ke tingkatan satu sesi 2013 boleh dibuat sekarang. Mereka yang mendapat tawaran akan masuk ke salah satu Sekolah Seni ini pada Januari 2013.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: seni visual, seni muzik, seni tari atau seni teater.
  • Memperoleh keputusan minimum 3B atau setara dalam UPSR tahun 2012
  • Lulus sesi uji bakat

Bidang

Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah :-

  • Seni Visual
  • Seni Teater
  • Seni Tari
  • Seni Muzik

Permohonan

Kaedah Permohonan

  • Permohonan Terbuka
  • Pemilihan berdasarkan sesi uji bakat oleh sebuah panel khas
  • Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan

Pengambilan utama adalah terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1. Walaupun begitu ambilan juga dibuka bagi kemasukan di peringkat pengajian Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 atas keperluan kes-kes tertentu.

Permohonan Terbuka

Uji Bakat

  • Satu sesi uji bakat dihadapan Panel Pemilih KPM akan diadakan.
  • Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi uji bakat.
  • Di antara elemen yang akan diuji semasa ujian bakat adalah seperti:
    • Tidak buta warna
    • Cara komunikasi yang baik dan memuaskan;
    • Mempunyai ketrampilan dan pesonaliti yang baik

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2013 adalah pada 15 Julai 2012.

Keputusan Permohonan

Rayuan

Mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran, boleh membuat rayuan pada pertengahan Januari 2013 ke Unit Pengurusan Sekolah Seni, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemudahan

  • Kemudahan yang disediakan di Sekolah Seni adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang.
  • Bangunan dan kemudahan asas di Sekolah Seni memerlukan bangunan dan kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk menarik dan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid membangunkan bakat mereka dalam bidang seni, selain daripada pembelajaran akademik.
  • Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Seni adalah bagi tujuan persembahan hasil kerja murid, sama ada bagi maksud penilaian, mahupun persembahan apresiasi seni di peringkat sekolah.
  • Peralatan sokongan kesenian adalah merangkumi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan peralatan moden sesuai dengan pembangunan dan perkembangan dalam dunia seni, teknologi dan kehidupan sosial semasa.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Kementerian Pelajaran, Sekolah Seni Kuching dan Sekolah Seni Johor Bahru untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Sekolah Seni sila hubungi
  • Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM juga boleh dihubungi di talian 03 8872 1610 atau  faks 03 8872 1608.

46 thoughts on “Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Tingkatan 1 2013

  1. siti syuhaida says:

    saye harap semua lulus uji bakat nanti….nak kenal saye jumpe di facebook

  2. harap saya dapat masuk sekolah ini

  3. hanis syazrin says:

    saya harap saya dapat masuk!!!!

  4. Hanis Syazrin says:

    sebenarnya tarikh tutup permohonan untuk masuk ke sekolah seni ini bila???? di berita harian kata, selepas UPSR… di web ini kata 15 Julai 2012… sebenarnya pada hari apa???

  5. azie rash says:

    betullah. saya pun confius jugak nie

  6. saye nak masuk sekolah ni tingkatan 1 2013. tapi saye x tahu keputusan dia nak bape A?

  7. IZZLYNN NELISSHYA says:

    Hurmmmm. bila saya nak dipanggil nie ? .

  8. apa yang di uji semasa sessi ujibakat ??

  9. saya nak sangat masuk ni…sebab saya minat ngat seni visual…cita cita pun nak jadi arketek…doa untuk saya yer..

  10. untuk Tingkatan 4 2013 ada tak?

  11. muhammad qayyum says:

    btol jgak untuk form 4 ade x?saye ad kemahiran bermain muzik tradisional

  12. nk cari borang kt ne???

    ke mmg xde borang skolah nie??

  13. untuk form4 takde ke ek? sekolah ni ada brass band tak? saya amat memerlukan jawapan segera. berapa kelulusan untuk mohon sekolah ni di tingkatan 4?

  14. utk tingktn 4 2013 ada tak?sy nk sgt msuk skolah ni

  15. untuk form 3 2013 tak ada ke ?

  16. utk form 3 2013 tak ada ke ?

  17. WATIE MOHD DIN says:

    untuk tingkatan 4 ada x…saya nak masukan anak lelaki saya…

    untu 2013…pls rply cpt a..

  18. siti rabee'a says:

    untuk form 2 tahun 2013 ade x???teringin nak msk sek nih gak…sye ade bkat seni visual..

  19. mase 2 dh dipanggil hrp-hrp msok

  20. Hi, assalam. Boleh tanye untuk pemohonan tingkatan 3 2013 ade tak? kalau ade saya berminat untuk memohon.

  21. nur fatin hidayati says:

    saya dapat surat tawaran ujibakat.kalau x bawa cd karoeka suruh dia orang main alat muzik boleh ke.saye x de cd lagu.kalau boleh nak upload dalam harddisk jer

  22. Syarif Arif says:

    Pendaftaran Untuk Kemasukkan Tingkatan Empat X de Kew???
    Bakat Tersendiri Dah Ade….

  23. saya dh kena panggil tapi taknak sebab takde kwn nnt bosan surat dh ada tapi mls nk layan ni kena fikir btul btul lh ni aduh dh lh kena ujibakar depn panel khas knapa lh syarat dia mcm tu knapa tk letak yg rabun tk leh alah nk tolak lh lebih rela tk masuk skolah tu

  24. yatt atie's says:

    Bleh x klu bru nak buat pemohonan.anak sya brmint n brbakt.anak sya aktif dlm zapin d dskolah .

  25. yatt atie's says:

    Bleh x klu bru nak buat pemohonan.anak sya brmint n brbakt.anak sya aktif dlm zapin d dskolah .

  26. masih bole kah lg…untuk buat permohonan…saya baru tahu ada sekolah ini…harapan saya di beri peluang untuk anak saya…beliau baru abis upsr.. beliau cenderong dalam bidang tarian…(3a 2b..result UPSR)

  27. masih ada ruang permohonan kemasukan baru tak…

  28. Regina Rantai says:

    Macam mana ni? Permohonan kemasukan ke Tkt 1 2013, tutup pd 31 Ogos 2012, sedangkan keputusan UPSR 2012 baru keluar pada bulan November 2012.

    kita nak mohon kemasukan Januari 2013. Macm mana?

  29. salam. masih boleh membuat permohonan lagi ker? anak saya berminat dlm bidang seni tarian dan selalu mengikuti persembahan tarian di sekolah…saya berharap masih ada peluang utk anak saya dan bagaimana cara untuk memohon? saya sudah cuba mendapatkat borang secar online tp x jumpa….tolog beri info yer…tq.

  30. puteri saya ada membuat permohonan kemasukan ke sekolah seni Johor Bahru tingkatan 1 2013, sudah temuduga dan ujibakat dan mendapat keputusan UPSR 2012 3A 2B, bagaimana dengan keputusannya, nama NUR FARAH SHAIDATULYSA BINTI P.RAMLI I/C NO: 000801-01-0680, please reply in soonest. TQ

  31. Ain Atiqah says:

    Aslm , permohonan untuk f0rm 3 ta0n 2013 xde ke ?? sy brminat sngt nk msuk sek0lah nie dari sy drjah 6 dulu . . sy ad bkat menyanyi . . .

  32. Uji bakat bila? Bila tarikh tutup??

  33. ezzatulhusna says:

    nk tnya keputusan ke tingkatan 1 2013 dh kluar ke??

  34. Muhammad Ridzuan says:

    harap2 saya dapat masuk . amin ….

  35. bplh tnya tak..klau kptusan 2b 3c lyak tak msuk skolh nie.hrp d bls

  36. bolh tnya tak klau kptusan upsr 2b 3c lyk tak msuk skolh nie.hrp d bls.

  37. faridah bt osman says:

    Sudah pun membuat e-rayuan ambilan 2013.Bagaimana dengan keputusannya? Harap Maklum (Angka giliran UPSR BH2381003)

    Terima kasih

  38. Nur Addiena says:

    Pendaftaran untuk tingkatan 1?Teringin sangat nak masuk

  39. Hi, saya tingkatan 4 2013 , dan saya sangat-sangat minat akan bidang muzik , saya sudah menyertai band orchestra di sekolah dan juga band choir. Saya juga mendapat 8A dalam PMR 2012. Boleh ke saya membuat permohonan untuk masuk sekolah ini? Cita-cita adalah untuk menjadi seorang pemuzik. Saya sangat-sangat berharap untuk mendapat feedback secepat mungkin.

  40. Awgku As'ad says:

    untuk tingkatan 4 2014 ada x?? nak apply awal kt sekolah seni kuching.. PLS REPLY !!!! 🙂

  41. Lokman Hakim says:

    form 4 blh apply sekolah ni tak ?

  42. permohonan untuk tingkatan 4 ,2014?

  43. Mohd Nazri bin Mohamad Razak says:

    Untuk permohonan ke tingkatan 4 2014 masih di buka ? Berminat untuk anak saya yang cenderung dan minat dalam seni persembahan pentas . Sila balas dgn kadar segera terima kasih.

  44. Ameer Daniel says:

    Jika seseorang itu gagal dlm Upsr, tetapi mendpt point tertinggi masa ujian keserlahan bakat.. Adakah masih layak utk ke sekolah Seni?

    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.