Universiti Sains Malaysia (USM), sebagai Universiti Apex (Program Pemajuan Untuk Kecemerlangan) yang pertama di Malaysia mempelawa calon-calon lepasan STPM 2008 dan setaraf yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) Secara Penuh Masa bagi Sidang Akademik 2009/2010. USM menawarkan lebih 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda merangkumi bidang sains, sastera, teknologi dan kejuruteraan melalui 24 pusat pengajian.
USM menawarkan program pengajian yang berkualiti tinggi dan mencapai piawaian antarabangsa, staf akademik dan para penyelidik yang berpengalaman dan bertaraf dunia, fasililiti bertaraf lima bintang dengan 20 buah pusat kecemerlangan serta suasana kampus yang kondusif, harmoni dan sejahtera menepati konsep Universiti dalam Taman dan Kampus Sejahtera.
Sebagai Universiti yang terulung dan telah diisytihar sebagai Universiti Apex pertama, USM menawarkan beberapa insentif khas kepada para pelajarnya, antaranya zamalah pengajian / fellowship, pengecualian yuran, subsidi tambang perjalanan, baucer khas buku dan lain-lain.
Syarat Am Kemasukan Bagi Lepasan STPM dan setaraf
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai, dan
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut Keperluan Khas program pengajian, dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Ujian Penetapan Khas (MUnSYI) untuk tujuan penetapan program pengajian, dan
- Memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dengan Syarat Kemasukan.
Syarat Permohonan Program Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari, 2008 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
- Sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikut program-program yang dirangka untuk kursus ini.
Penilaian Penetapan Khas (MunsyI) Dan Temuduga
- Calon-calon perlu menduduki dan melepasi Penilaian Penentapan Khas (MunsyI) yang akan diadakan di pusat-pusat ujian yang telah dipilih oleh calon dalam borang permohonan secara talian.
- Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
- Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temuduga calon yang terpilih akan dimaklumkan mulai April 2009 dan boleh disemak di laman web USM.
- Perbelanjaan menghadiri temuduga adalah di bawah tanggungan calon.
Panduan Permohonan
- Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
- Sekiranya calon hanya berminat dengan 1 atau 2 program pengajian di USM sahaja, calon tidak diwajibkan untuk memenuhi lapan (8) pilihan program pengajian di USM.
- Program pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetatif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
- Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang di luar daripada permohonan calon.
- Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi.
Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web Pohon@USM mulai 3 Februari 2009. Tarikh tutup permohonan adalah 10 hari selepas keputusan rasmi STPM 2008 diumumkan.
Sila rujuk iklan tawaran dan laman web USM untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi;
Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Canselori
11800 USM
Pulau Pinang
Tel : 04 653 3196 / 3141 / 2688 / 3327 / 3072 / 3697
Faks : 04 653 3328
E-mel: admissions@notes.usm.my
Related posts:
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=b45eea8f-42b5-48ff-afd0-daf8aad23b90)






52 Comments