Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012 / 2013

Universiti Sains Malaysia (USM), sebagai Universiti Apex (Program Pemajuan Untuk Kecemerlangan) menguruskan sendiri pengambilan calon-calon yang berkelayakan lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) bagi Sidang Akademik 2012/2013.

PERMOHONAN USM

Permohonan kemasukan ke USM boleh dibuat mulai 9 Januari 2012 di laman web Pohon @ USM.

Sila fahami dahulu Panduan Permohonan dan Panduan Pendaftaran & Tatacara Permohonan sebelum membuat permohonan.

KATEGORI

Logo USM

Permohonan kemasukan ke USM terbahagi kepada 3 kategori:

  • Lepasan Matrikulasi & Asasi 2011
  • Lepasan STPM 2011
  • Lepasan Diploma & setaraf – IB. AUSMAT, A-Level dan lain-lain

NOMBOR PIN USM

Sebelum membuat permohonan ke USM, para calon perlu membeli nombor PIN USM bernilai RM40 di mana-mana cawangan BSN.

PROGRAM PENGAJIAN

USM menawarkan sebanyak 67 program pengajian (tidak termasuk program Pendidikan) di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk pembelajaran sepenuh masa.

Sila rujuk Senarai Program Pengajian Sidang Akademik 2012/2013 untuk menyemak syarat am dan syarat khas yang ditetapkan bagi setiap program pengajian yang ditawarkan oleh USM.

Bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, calon-calon perlu memohon melalui UPU.

MUnSyI

Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk menduduki dan mencapai tahap kesesuaian Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) yang dibangunkan berasaskan konsep Person-Program Fit™(P-P Fit™).

MUnSyI dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon meliputi Minat Kerjaya, Personaliti, Nilai Integriti, Kecerdasan Emosi dan Patriotisme sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti.

Ujian MUnSyI ini akan diadakan pada 7 April 2012 di Kolej Matrikulasi dan Pusat Asasi bagi pelajar Matrikulasi KPM dan PASUM. Manakala bagi pelajar Asasi UiTM, STPM 2011 dan Diploma/setaraf di pusat ujian MUnSyI yang dipilih sendiri calon.

TEMUDUGA

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.

Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai pertengahan April 2012 dan boleh disemak di laman web Pohon USM.

TARIKH TUTUP

Permohonan kemasukan ke USM bagi Sidang Akademik 2012/2013 akan ditutup pada 26 Mac 2012.

Bagi calon lepasan Matrikulasi dan Asasi mereka berpeluang untuk mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan akhir semestar dari 26 Mei sehingga 30 Mei 2012.

PERMOHONAN KE IPTA LAIN

Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) atau dikenali juga dengan singkatan UPU.

Sebagai panduan sila rujuk

MAKLUMAT

Sila rujuk ruangan Pengumuman di laman web Pohon@USM untuk mendapatkan maklumat terkini.

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan merujuk bahagian Soalan Lazim Permohonan USM.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2012/2013 ini boleh menghubungi :

  • SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
    BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
    PEJABAT PENDAFTAR,
    ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
    11800, USM, PULAU PINANG
  • Tel: 1300 888 876
    Faks: 04 653 3328
    E-mel: admissions@usm.my

12 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012 / 2013

  1. assalamualaikum sy sasha sy ingin memohon kemasukan ke IKBN Dusun Tua Rawang tapi sy xtw nk online pendaftaran kemasukkan harap membantu terima kasih.

  2. […] permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu […]

  3. […] permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu […]

  4. […] permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu […]

  5. […] permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu […]

  6. curiousy says:

    assamualaikum,,sye nk tnye,,,kalo sye dpt twran ke USM,,adakah sye ta kn dpt twrn UPU,,,please help,,

  7. […] Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM bolehlah membuat semakan keputusan […]

  8. keputusan rayuan ke usm akan dikelurkan bila?

  9. pelajar lepasan spm boleh ke memohon untuk masuk ke USM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.