Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti KPT Sesi Julai 2010

Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi sesi pengambilan Julai 2010.

Program Pengajian

  1. Program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kolej.
  2. Pengajian dilaksanakan secara modular.
  3. Pengajian lebih kepada Hands-on iaitu Amali 75% dan Teori 25%.
  4. Penilaian dilaksanakan secara berterusan di sepanjang tempoh pengajian bersama-sama badan-badan profesional.
  5. Pelajar berpeluang memperolehi sijil kemahiran yang diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
  6. Tempoh pengajian adalah di antara 3 bulan sehingga 24 bulan.

Senarai Program Sijil

  1. Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
  2. Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
  3. Sijil Automotif
  4. Sijil Pelukis Pelan Senibina
  5. Sijil Penyenggaraan Bangunan
  6. Sijil Teknologi Elektrik
  7. Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
  8. Sijil Perhotelan
  9. Sijil Jahitan Pakaian
  10. Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
  11. Sijil Teknologi Pembinaan
  12. Sijil Teknologi Maklumat
  13. Sijil Perakaunan Perniagaan
  14. Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
  15. Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara
  16. Sijil Pelancongan
  17. Sijil Rekabentuk Dalaman
  18. Sijil Landskap dan Pengurusan Nurseri
  19. Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut
  20. Sijil Bakeri dan Konfeksionari

Program Sijil Kemahiran Khas (Hotel dan Katering)

Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) iaitu pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah membuat permohonan melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM.

Syarat Memohon

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada semua pemegang sijil SPM/SPM(V)/SPVM dengan sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
  3. Pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik dalam aliran vokasional digalakkan memohon.
  4. Berumur 18 tahun ke atas.

Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau manual (borang).
  2. Pemohon hanya boleh memilih salah satu cara sahaja.
  • Secara Dalam Talian (Online)
    1. Permohonan dalam talian (online) boleh dibuat melalui e-Borang di laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
    2. Pemohon baru perlu mendapatkan nombor PIN secara percuma melalui butang e-Borang sebelum mula mengisi borang permohonan secara atas talian (online).
    3. Pemohon perlu menyimpan No Pin berkenaan dan hendaklah menggunakannya sekiranya pemohon ingin mengemaskini maklumat permohonan.
    4. Sekiranya pemohon terlupa No Pin berkenaan, pemohon hendaklah menghubungi Pegawai Pengambilan di Jabatan ini atau Pegawai Pengambilan di mana-mana Kolej Komuniti berhampiran.
  • Secara Manual (Borang)
    1. Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh diperolehi di mana-mana Kolej Komuniti atau dimuat turun di Borang Manual.
    2. Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran.

Pembiayaan Pengajian

  1. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 setiap semester dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.
  2. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimumRM5.00 dan maksimum adalah RM20.00.
  3. Pelajar yang layak diberi elaun sebanyak RM 250.00 sebulan bagi sepanjang tempoh pengajian dari Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK), KPT.
  4. Pelajar boleh memohon pinjaman dari Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), KPT.
  5. Pelajar juga boleh memohon pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Sesi Julai 2010 ditutup pada 30 April 2010.
  2. Pemohon yang menggunakan kaedah online, borang hendaklah diisi dan dihantar sebelum jam 12.00 malam 30 April 2010.

Semakan Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT dijangka boleh disemak mulai 9 Mei 2010 secara online atau menghubungi terus Kolej Komuniti KPT yang terdekat.

Surat Tawaran Dan Pendaftaran

  1. Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK) boleh dicetak melalui laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
  2. Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Julai 2010 dijangka perlu mendaftar pada 13 atau 14 Julai 2010.

Rayuan

  1. Bagi calon yang tidak berjaya, tempoh rayuan ialah mulai 9 Mei 2010.
  2. Rayuan hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.
  3. Keputusan rayuan boleh disemak setiap hari Selasa mulai 11 Mei 2010 sehingga 13 Ogos 2010.

Pertanyaan dan Maklumat

  1. Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.
  2. Sila semak senarai program dan kolej bagi mengetahui program pengajian yang ditawarkan di setiap kolej.
  3. Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Komuniti yang berhampiran atau pegawai pengambilan Kolej Komuniti di talian 03 – 8939 4114 / 4164 / 4166 / 4365 / 4143 / 4161 atau talian bebas tol 1 800 88 7755.

24 thoughts on “Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti KPT Sesi Julai 2010

  1. […] TERKINI : Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti KPT Sesi Julai 2010 […]

  2. Adakah asrama disediakan jikalau kita menuntut di kolej komunit ini

  3. Adakah asrama disediakan bagi pelajar2x yang menuntut di kolej komuniti ini ..

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Mohd Bambang, Putra Nilam. Putra Nilam said: ePutra – Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti KPT Sesi Julai 2010: Pemohon adalah dipelawa daripada calon-c… http://bit.ly/cg3GvX […]

  5. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by eputra: ePutra – Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti KPT Sesi Julai 2010: Pemohon adalah dipelawa daripada calon-c… http://bit.ly/cg3GvX

  6. anak asaudara saya belajar di kolej komuniti cawangan ledang bahagian automotif, bolehkah saya tukar ke cawangan parit raja

  7. saya nak tanya,bagaimana saya ingin tahu tarikh terkini jika berminat untuk memohon bagi sesi 2011,?

  8. tarikh pengisian borang bg sesi 2011..
    adakah sijil v19 masih ada di melaka?

  9. Nur asyikin bt senawi says:

    nak tanya,kemasukan untuk thn 2011 dah buka ke blom??
    bla bleh start apply??
    tq..

  10. ADAKAH KOLEJ KOMUNITI TIDAK MENAWARKAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI LAGI??
    DISEBABKAN TELAH DIGANTIKAN DENGAN SIJIL MODULAR KEBANGSAAN??

  11. bagaimanakah cara untuk online program modular kebangsaan sesi 2011? apakah yang saya perlu online?

  12. adakah permohonan bagi sesi 2011 sudah di buka?kalau sudah buka tolong email kan or cantact melalui facebook 🙂

  13. tien poyo'z says:

    saya nak isi borang untuk bulan julai boleh lgi ke ?

  14. ibni ramadhan says:

    saya berminat utk mengikuti program di kolej komuniti..bagaimana kemasukan tarikh baru

  15. KEJENTIRA says:

    saya nak memohon borang pendaftaran secara oline untuk bulan julai boleh lagi ke?

  16. Mohamad nasir says:

    My name is Mohamad Nasir Bin.Haji Abdul Rahim..Sy orang pekak (kurang pendengaran) OKU ni..
    sy nk memohon borang pendafaran tahun 2012. ambik borang datfar kat dimana or email?

    sy alamat: No.5,Jalan Tembikai 4/3,
    Seksyen 4,40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

    Sy hp no: 010-4348027 (SMS Only)
    Email: makeupdeafcrystal@yahoo.com

    i hope Tuan/puan jangan lupa infrom me okay..

    Thanks Dear..

  17. Mohamad Nasir says:

    My name is Mohamad Nasir Bin.Haji Abdul Rahim..sy orang Pekak (Kurang Pendengaran) OKU..
    sy nk memohon borang pendaftraran tahun 2012..sy nk ambik borang daftar kat dimana or email?

    i hope Tuan/puan Jangan lupa infrom me okay..

    sy Alamat: No.5,Jalan Tembikai 4/3
    Seksyen 4,40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    sy hp no: 010-4348027 (SMS Only)
    Email: makeupdeafcrystal@yahoo.com

    Thanks Dear..

  18. Mohamad Nasir says:

    My name is Mohamad Nasir Bin.Haji Abdul Rahim..sy orang Pekak (Kurang Pendengaran) OKU..
    sy nk memohon borang pendaftraran tahun 2012..sy nk ambik borang daftar kat dimana or email?

    i hope Tuan/puan Jangan lupa infrom me okay..

    sy Alamat: No.5,Jalan Tembikai 4/3
    Seksyen 4,40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    sy hp no: 010-4348027 (SMS Only)
    Email: makeupdeafcrystal@yahoo.com

    Thanks Dear..

  19. sy nk kolej kat sungai petani kedah klo leh la…

  20. noorhazirah says:

    cm ne nk tgk surat tawaran…………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.