Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014 Sabah Sarawak

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 yang baru mendapat keputusan peperiksaan PMR 2013 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2014 di Sabah dan Sarawak. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Maktab Rendah Sains MARA - MRSM

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar bumiputra dan bukan bumiputra tingkatan tiga yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2013.

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. .

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014 mulai 19 Disember 2013.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 19 Disember 2013 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan PMR 2013 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2013 bagi Sabah dan Sarawak ini akan ditutup pada 6 Januari 2014.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 10 Januari 2014.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2014.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Permohonan MRSM Semenanjung

Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi pelajar di Semenanjung telah ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2014 dan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2014.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2014 Sabah Sarawak untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011, 2012  dan 2013 bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
  4. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan Tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

4 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014 Sabah Sarawak

  1. Saya mendapat 4A,4B dalm PMR 2013. Math & Sains saya adalah A. Boleh kah saya memohon untuk masuk ke sekolah MRSM?

  2. Kenape utk sabah and sarawak je yek? semenanjung?

  3. ZAIMA BINTI CHE MUDA says:

    bila keputusan permohonan ke tingkatan 4 mrsm 2014 dapat disemak.Permohonan mrsm semenanjung malaysia.

  4. Nurasilah Jefri says:

    Saya dapat 5a2b1c..math dan science saya A..adakah saya layak untuk memasuki mrsm ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.