Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2014

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2014. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Sabah Sarawak

Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 di Sabah dan Sarawak biasanya akan dibuka selepas dalam bulan Disember nanti. Iklan di akhbar utama dijadualkan akan disiarkan pada 22 dan 23 Disember 2013. Sebagai panduan awal sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013 Sabah Sarawak

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2014 bagi seluruh Malaysia biasanya akan dibuka selepas keputusan UPSR 2013 diumumkan pada pertengahan November nanti. Iklan di akhbar utama dijadualkan akan disiarkan pada 3 dan 4 November 2013. Sebagai panduan awal sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013.

Maktab Rendah Sains MARA - MRSM

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2013.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2013.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 25 hingga 29 November 2013.
  2. Tempat dan tarikh ujian perlu dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014 mulai 29 September 2013.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 2014,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 29 September sehingga 18 Oktober 2013 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2014 akan ditutup pada 18 Oktober 2013.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2014.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Permohonan Lain

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2014 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011, 2012 dan 2013 bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
  4. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan Tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

23 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2014

  1. […] Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014 […]

  2. […] Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014 […]

  3. […] Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2014 […]

  4. dokumen yg kna hanyar skli ngn cetakan borang tu dokumen apa ye?

  5. violetouch says:

    boleh saya tahu,dokumen yg kna hantar skli dgn cetakan borang permohonan tu dokumen apa?

  6. betul ke siapa yang dah apply sbp automatik permohonan ke mrsm dy akan ditolak…tolong!

  7. borang yg dah print dan dokumen tu kena disahkan pengetua atau tak?

  8. permohonan utk form 1 bila keluar?

  9. kalau no pin tu hilang sebelum sempat mohon sacara online, macam mana heh?

  10. Maaf. Kalau nak mohon untuk mrsm 2014 boleh lagi ke ? Terlepas pandang permohonan ni. Masih boleh ke ? Nombor pin tuh macam mana pulak ? Harap dapat balas .

  11. sy dah isi borang p'mohonan cuma belum cetak p'mohonan lagi sbab log in dah tutup…. Adakah p'mohonan sy x diluluskan?

  12. salam, saya dah hantar borang permohonon tu, tapi tak sempat cetak sebelum tamat tarikh permohonan . macam mane ni ? help

  13. Sekiranya borang permohonan secara online telah dihantar,tetapi belum dicetak selepas 18.10.13,macam mana nak print kerana laman web permohonan telah ditutup?Mohon dibalas secepat mungkin.

  14. Saya cuba buka semula maklumat permohonan yang disimpan tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana permohonan kemasukan ke tingkatan 4, 2014 MRSM telah ditutup…minta bantuan pihak yang berkenaan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  15. sekiranya borg permohonan online dah hantar..tpi belum dicetak..mcm mana nk print ?sebab laman web dah ditutup?mohon penjelasan

  16. samihahtun says:

    Maaf. Kalau nak mohon untuk mrsm form 4 2014 boleh lagi ke ? Terlepas pandang permohonan ni. Masih boleh ke?

  17. Kalau nak mohon mrsm form 4 2013 selepas dapat keputusan PMR 2013, boleh lagi tak?

  18. Maaf saya pun dah terlepas pandang,kalo nak mohon mrsm ting,4 2014 selepas dapat keputusan PMR boleh lagi tak untuk anak lelaki saya yg mendapat keputusan 7A 1B dan kalo bole bagaimana caranya?

  19. Nur Hidayah says:

    Saya ingin bertanya, sekiranya keputusan PMR telah keluar pada bulan disember, bolehkah permohonan kemasukan ke MRSM dibuat ?

  20. Boleh tak mintak MRSM lepas keputusan PMR?. Sebab masa percubaan tu saya tak minta.
    mohon penjelasan.

  21. Nurallfallinah says:

    nurallfallinah,,,,
    saya bkas pljr tgktn3 mahu memohon mrsm tingkatan 4 2014 slpas mndapat kptusan sy,,,sy mndapat 7a 1b,,,sccara rngkas nya,,,saya ingin btanya,,, bgaimana hndak memohn mrsm ,,,sbb slum nie ada iklan mmohon kat sklah,,,,,tp sy tlpas pndang,,,saya harap soalan nie d utarakn,,,nie dmi msa dpan saya,,,,utk mmbalas jasa baik ibubapa saya..

  22. ariffshafwan says:

    bila boleh buat semakan kemasukan mrsm form 4 2014? mohon jawapan

  23. […] pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 bagi sesi pengambilan 2014 telah boleh […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.