Permohonan Kemasukan MTD 2018

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2018 sudah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017. Pengambilan Putera MTD hanya untuk pengajian ke Tingkatan 4 tidak ada lagi pengambilan dari Tingkatan 1.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2017.
  • Berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.
Putera MTD

Foto : Facebook MTD

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan PT3 2017 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.

Kelayakan Memohon

  • Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan percubaan PT3 2017 layak untuk membuat permohonan pengambilan Putera MTD Tingkatan 4 2018.
  • Pemohon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum akan diberi keutamaan untuk menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal Putera MTD.

Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal Putera MTD

  • Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadari Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal MTD.
  • Senarai calon yang dipanggil boleh disemak di laman Facebook MTD dan laman web MTD 7 hari selepas tarikh tutup permohonan.
  • Tambang dan kos perjalanan untuk menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal ini adalah tanggungan calon-calon.
  • Pihak MTD akan menyediakan keperluan penginapan dan sajian sepanjang tempoh ujian dan temuduga tersebut.

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan pengambilan Putera MTD Tingkatan 4 2018 ditutup pada 20 September 2017.
  • Permohonan yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Tawaran Kemasukan Putera MTD

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 Putera MTD 2018 hanya akan diberi kepada calon yang memenuhi syarat berikut:

  • Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2017, dan
  • Lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.

Surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada calon yang berjaya dan semakan boleh juga dibuat di laman Facebook MTD dan laman web MTD pada penghujung bulan Disember 2017.

Pembiayaan Pengajian dan Elaun Putera

  • Kos pengajian MTD yang meliputi penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alatulis akan diberi secara percuma atas pembiayaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
  • Putera MTD hanya perlu membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan.
  • Elaun Putera sebanyak RM100 sebulan akan dibayar kepada Putera MTDĀ  sepanjang tempoh pengajian.

Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>