Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Disember 2011. Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas. Ketika ini terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan yang ditawarkan.

Permohonan Politeknik

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Permohonan Politeknik KPT bagi ambilan Julai adalah melalui UPU dan Politeknik. Manakala Permohonan Politeknik bagi ambilan Disember pula adalah melalui Politeknik sahaja. Ketika ini terdapat 88,000 pelajar yang sedang mengikuti pelbagai program pengajian di 27 Politeknik KPT seluruh negara.

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :

Politeknik Premier

Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.

Politeknik Konvensional

Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Politeknik METrO

Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Syarat Permohonan

Program Pengajian

Senarai program pengajian yang ditawarkan di Politeknik KPT boleh disemak di e-Prospektus Kursus atau laman web Politeknik, Bahagian Pengambilan Pelajar.

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik KPT bagi pengambilan Disember terbahagi kepada 3 cara.

Permohonan Atas Talian (Online)

  • Permohonan atas talian ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
    • Lulusan SPM
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
  • Pemohon dinasihatkan supaya mencuba mengisi e-Borang pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan.
  • Sila gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan kepada permohonan yang telah dihantar.
  • e-Borang Permohonan Atas Talian Politeknik. Sila guna pelayar Internet Explorer.

Permohonan Hadir Sendiri

  • Permohonan ini untuk mereka yang berminat melanjutkan pengajian peringkat diploma di Politeknik METrO sahaja.
  • Pemohon diminta hadir untuk sesi khidmat nasihat, semakan kelayakan dan proses penawaran di Politeknik METrO yang berkenaan.
  • Pemohon perlu membawa MyKad dan salinan, slip keputusan/sijil SPM dan salinan serta sijil/ dokumen kokurikulum dan salinan
  • Keutamaan akan diberikan kepada warga Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Bahru.
  • Maklumat dan lokasi Politeknik METrO.

Permohonan Khas

  • Pemohon Berkeperluan Khas (Masalah Pendengaran) adalah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.
  • Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas (KPM) dan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sila rujuk Permohonan ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik.

Pembiayaan Pengajian

  • Pelajar Politeknik KPT bagi program Diploma akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • Pelajar peringkat Diploma semester pertama juga boleh memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan kelayakan dan kecemerlangan dalam keputusan SPM.
  • Selain daripada itu, para pelajar juga boleh memohon pinjaman atau biasiswa pendidikan dari pelbagai pihak lain seperti badan-badan berkanun meliputi agensi kerajaan persekutuan (contoh JHEOA, Biasiswa Sukan KPT) dan kerajaan negeri (contoh Yayasan Selangor, Yayasan Pahang, Yayasan Johor, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah) dan syarikat-syarikat swasta (contoh KUOK Foundation dan Golden Hope Plantation).
  • Elaun Khas juga disediakan untuk Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di Politeknik KPT. Bantuan ini merupakan keistimewaan khas yang diberikan kepada pelajar OKU dengan tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan. Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Disember 2011 akan ditutup pada 12 September 2011.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Disember 2011 dijangka akan diumumkan pada 26 Oktober 2011.

Maklumat

  • Pemohon boleh mendapatkan maklumat di laman web Politeknik.
  • Sebagai panduan sila baca juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Julai 2011 dan Disember 2010.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Politeknik KPT ini sila hubungi
    • Bahagian Pengambilan Pelajar,
      Jabatan Pengajian Politeknik,
      Kementerian Pengajian Tinggi,
      Aras 3, Blok E3, Parcel E,
      Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62505 Putrajaya.

      Telefon: 03-8891 6000 atau samb. 6155/6156/6157/6158/6159/6160
      Faks : 03-8891 6001
      E-mel : pengambilan@politeknik.edu.my

90 thoughts on “Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011

  1. […] Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 […]

  2. […] Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 […]

  3. assalamualaikum…knape borang kmasukn poli sesi 12 2011 tak bleh nk plih daerah??

  4. nk tnye ckt..mcm mna cra sbnr2nya nk mohon program integrasi diploma kejurutraan mekanikal dan mcm ne nak tahu bila permohonan dibuka dan mcm mane nk memohon??

  5. zurina mohd said says:

    Anak saya telah membuat pemenerimaan utk mendaftarkan diri di Politeknik Pasir Gudang pada 27/11/2011. Saya ingin membuat permohonan pertukaran ke politeknik yg berdekatan kerana masalah keluarga. Bgmnkah proses tersebut dilakukan dan kpd siapakah rayuan perlu dibuat..Terima kasih

    • Anak puan boleh memohon pertukaran melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, mereka boleh dihubungi di alamat & no telefon berikut;

      Bahagian Pengambilan Pelajar,
      Jabatan Pengajian Politeknik,
      Kementerian Pengajian Tinggi,
      Aras 3, Blok E3, Parcel E,
      Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62505 Putrajaya.

      Telefon: 03-8891 6000 atau samb. 6155/6156/6157/6158/6159/6160
      Faks : 03-8891 6001

      • telefon hq tak angkat2 pon dorang ni makan gaji buta ka apa, ka tak nak ada masalah lepas tangan gitu ja………..

  6. ape bidang dan syarat yg ditawarkan untuk politeknik konvesional???????????

  7. nk tanya ni.. kalau dah dapat tawaran tu nanti dia ada kirim surat ataupun bagaimana??

    • pada 26 okt nanti boleh semak secara online samada dapat @ tidak… kalau dapat boleh print surat tawaran secara online…

  8. sy nak tnye tiada pengambilan peringkat sijil ke untuk ambilan disember 2011..klu d bagaimane carenya??

  9. sy nk tanye tiada pengambilan peringkat sijil ke untuk ambilan disember 2011..klu d bgaimane sy nk mohon..

  10. e.g=kalau dapat course mekanikal nak tukar course lain bleh kew tak..???
    still kat poli yang sama..!!

  11. Saya ingin memohon utk kemasukan politeknik untuk adik lelaki saya. Beliau akan menduduki SPM tahun nie. Boleh ke guna result trial utk permohonan? atau kna tgu next year br boleh memohon?

  12. gadis publis says:

    saye apply due2 uitm n politeknik. alhamdullillah sy dapat uitm. kalau da dpt uitm, politeknik boleh dpt tak?

  13. saya lepasan diploma, klo nk smbung amk degree kt poli boleh x cm ner ek caranye…

  14. asalamualaikum.. sya berminat dgan KPT ini ,dan sy tlah lihat di RISALAH..
    sya berminat dlam bidang PELAN SENIBINA.. katanya ada di kolej politeknik SEGAMAT ,JOHOR…
    jadi bagaimana saya hendak memohon.. saya pun baru lepasan SPM..LULUS

  15. Waalaikumsalam… sila rujuk Cara Memohon yang dinyatakan di atas….

  16. Saya mempunyai adik yg lepasan SPM tahun lepas,.msh lg mencuba utk apply mana2 IPTA/IPTS untuk beliau..sy xpasti dengan result yg dia perolehi ni,..dpt x sambung belajar di Politeknik,..harap dpt bantu

  17. salam nk tnya skit??
    sy nk isi borang prmhonan utk sesi disember 2011…knape bila sy msuk laman web poli…sy x dpt isi borang??
    nak kena login ker?

    • bli no pin kat BSN dlu,lpas tu masuk web poli n cari e-borang kat sblah kanan ..lps tu msk jela no.i/c and no pin demo tu..ape ssah?tpi xsilap gua,tarikh permohanan dah expire 12 sep 2011…

  18. salam… dinasihatkan guna browser IE untuk memohon
    memang kena log in dgn menggunakan nombor mykad & nombor pin, nombor pin boleh dibeli di BSN

  19. tien howe lim says:

    salam … boleh saya tanya sikit ?
    bila result pemohonan keluar ? dan pergi mana cari nama saya ?

  20. xleh memohon da ke..adoi..awal la plak kua nye..sedey2..sob..
    sy lpsan sijil politeknik..nk sambung dip..ad ap2 bantuan x tok sy??

  21. assalamualaikum…
    sesi januari 2012 xder pngambilan k???

  22. […] status keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi sesi Disember 2011 sudah boleh dibuat mulai hari ini, 26 […]

  23. tawaran ke poli dah terima….tp surat senarai keperluan dan lapuran dr bila poli nak hantar…

  24. tak pahamlah pasal politeknik metro JB. politeknik metro nie cmne? ade sediakan hostel tak? sesape yg tahu tolong explain. 🙂

  25. anis amira says:

    assalamualikum…saya ada memohon diploma di politeknik…tapi x dpat …diorang bagi tempoh 26 hingga 4 november ni…blh wat rayuan ..tpi aplikasi rayuan 2 x dak dalam lman web poli..bagaimana nak buat rayuan …blh x terangkan …ataupun nak kna telefne bahagian pengambilanpoli…

    • anis amira says:

      assalamualaikm….nak tnya sya ada memohon k politeknik sesi dismber ni..tpi x dpt
      dalam…lman web blh wat rayuan..tpi prkataan e-rayuan 2 x dak
      mcam mna nak kna call bahagian pengambilan ka
      di bg tempo 26 hingga 4 november ni

    • salam… memang betul tiada aplikasi e-rayuan di laman web politeknik
      lebih baik call mereka segera

  26. khairul amar says:

    saya mecari senarai nama tersebut, dublin athur nelian anak langie, permohonan kemasukan sesi-disember-2011

  27. salam semua,saya dapat tawaran sambung diploma mekanikal(automotif),tapi saya nak mohon tukar kursus bidang komputer(pegaturcaraan) sbb sbnarnya pkerjaan saya sblm ni semua mlibatkn komputer,spt IT support,hotspot installer n etc,rasa2 bleh ke?dlu saya apply sijil komputer tp yg dpt sijil automotif kt kolj komuniti,so tpaksa go on 2 tahun,bila dah dpt pluang ke diploma saya xnk la tsalah amik kursus yg bukan pilihan sy..saya blum tekan button setuju pn kt poli pnya site lagi..mohon pndapat korang suma..thankz

    • salam… memang boleh memohon pertukaran melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, mereka boleh dihubungi di alamat & no telefon berikut;

      Bahagian Pengambilan Pelajar,
      Jabatan Pengajian Politeknik,
      Kementerian Pengajian Tinggi,
      Aras 3, Blok E3, Parcel E,
      Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62505 Putrajaya.

      Telefon: 03-8891 6000 samb. 6155 / 6156 / 6157 / 6158 / 6159 / 6160
      Faks : 03-8891 6001

  28. fazli adam says:

    untuk sesi julai tahun depan bile mau bukak?
    terlepas lah nk isi e-borang untuk sesi dismbr.

  29. salam….
    borang jawapan tawaran BJT sudah dikembalikan kepada politeknik tetapi borang maklumat dan dokumen pendaftaran politeknik kemasukan disember 2011 yang dijanjikan di pos ke rumah dalam surat tawaran saya tidak sampai ke rumah…
    dimana saya boleh dapatkannya?
    saya juga telah melayari laman web politeknik tetapi tidak berhasil..
    mohon bantuan.

  30. Masih boleh lagi ke jika sy nak mohon pertukaran politeknik sekarang di bahagian pengambilan pelajar ?

  31. Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Disember 2011 akan ditutup bila akan buka balik…saya nak pemohon….??

  32. Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Disember 2011 akan ditutup….bila diibuka balik..?saya nak mohon….!!

  33. tarikh pendaftaran utk sesi pengambilan disember 2011 ble?

  34. saya nak tanya saya tak hantar borang ..kemasukan sy bulan 12 ni dah tak sah ke ?

  35. salam….sy dh 2 kli phon ke poli,tp x dpt2 pom..mla2 sy phon pda sesi julai x dpt..sy phon lg pda sesi dis nie,tp kptusan nyew smew jgk..knpe ek??spm sy lulus,tp knp sllu x dpt??

    • Salam… ada kalanya mungkin kursus yang dipohon tidak begitu sesuai dengan keputusan yang ada

      • aliff hashim says:

        tp mse sy smak kptusan t0o dy kua yg sy Memenuhi Syarat Program Diploma Bidang Rekabentuk & Komunikasi Visual..dn sy mmang m'mhon program dip itu..tlg jlas kn ek

        • ada kemungkinan juga ada lebih ramai mereka yg mempunyai keputusan yg lebih baik drpd aliff memohon kursus yg sama
          walaupun begitu jangan berputus asa tetapi terus mencuba
          mungkin aliff boleh berhubung dgn pihak politeknik sendiri melalui kawan2 yg mungkin dah jadi student poli, apakah yg boleh meningkatkan peluang mendapat tawaran.

  36. faisal tarmizi says:

    saya pelajar sesi jun 2011. (sijil kej. awam). saya ingin tahu, saya dah buat permohonan integrasi di hal ehwal pelajar. Boleh saya tahu bila tarikh keputusan integrasi (ke diploma) dikeluarkan? terima kasih.

  37. sy skunk student ikbn..tmph blja 1thn,nk tw skiranye sy ada 3bln lg seblm tmt kt ikbn 2..klu sy nk apply utk msk poly blh x??ke kne tgu tmph tmt kt ikbn 2 dlu..bru blh apply poly

  38. salam ada lagi x integrasi selepas ni? bagi lah peluang kepada kami untuk membuat integrasi… saya sangat kecewa bila dengar integrsi dipangkan tempoh.. kami masuk ke poli sebab nak mengurangkan kos pendidikan… sebab tu kami tak memilih swasta.. tapi bila dengar lepasni integrsi 2thun setengah, saya jdi kecewa…..

  39. peluang utk pljr sjil sambung ke diploma (integerasi) masih ad lg ke..sy search permohonan online xde pown..xdi beri peluang ke utk pljr sjil sambg ke peringkt strus ke…?

  40. politeknik metro JB x sediakan hostel eah?

  41. […] Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 […]

  42. hamba Allah says:

    saya poli ta dapat , na buad rayuan da expired . wa na sambung study weyh . tolong la ..

  43. saya nk tnya.. permohonan politeknik sesi disember 2012 dibuka brape hrbln?? tlg jwb ye

  44. […] rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Disember 2011, Julai 2011 dan Jun 2012 sebagai […]

  45. KETHARISWARI says:

    WANT TO JOIN.

  46. sahirnazrinsuk says:

    sye nk tya adakah surat tawaran akan dihantar ke rumah atau kena cetak sndiri ??

  47. sue
    saya nk tanye sy mohon politeknik sambungan lepasan sijil kolej komuniti course rekabentuk dalam
    tetapi sy dapat senibina..boley ker sy nk wat pertukaran course account sbb sy sedang berkhdmat sektor pekerjaa account..so sy skrg lebih minat course account

  48. Sy mndpt twrn ke PUO,ttpi sy tpksa mnolak twrn tsebut kerana agak jauh…bolehkh sy merayu utk ke politeknik konvenional?

  49. Sye nk tye…nk tukar kos semase pendaftaran ke…atau sebelom pendaftaran…

  50. Sy dpt twrn kat politeknik kota kinabalu.. kos kejuruteraan awam.. tapi sy tak berapa minat, jadi sy nak tukar kos kejuruteraan awam kpd seni bina.. sbb sy lulusan kolej komuniti kuching yg mengambil kos pelan seni bina.. tapi masalah skrg.. kos seni bina kat poli kk takde.. so mcm mna klu sy nak tukar juga kos.. sy nak seni bina. Sbb sy minat seni bina..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.