Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2012

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma di Politeknik KPT bagi sesi Disember 2012.

Ini adalah pengambilan pelajar ke Politeknik KPT kali kedua tahun ini. Pengambilan pertama dahulu adalah untuk sesi Jun 2012 manakala pengambilan kedua ini adalah untuk sesi Disember 2012.

Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, lulusan Sijil Institut Kemahiran, lulusan Sijil Kejuteraan Pertanian PERDA-TECH dan lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia.

Politeknik

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :

  1. Politeknik Premier
    Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
  2. Politeknik Konvensional
    Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
  3. Politeknik METrO
    Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Senarai Program & Syarat Permohonan

Sebanyak 5 Program Sijil Kemahiran Khas, 62 Program Diploma dan 9 Program Diploma Lanjutan ditawarkan bagi pengambilan Sesi Disember 2012 ini.

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang ditetapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.

  • Permohonan secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Permohonan bagi Program Sijil Kemahiran Khas, borang permohonan boleh didapati dari; 

Pemohon perlu membeli nombor pin berharga RM 10.60 dari Bank Simpanan Nasional sebelum mengisi borang permohonan.

Tarikh Tutup

Permohonan secara online kemasukan ke Politeknik KPT sesi Disember 2012 akan ditutup pada 26 September 2012.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2012 dijangka akan diumumkan pada 3 November 2012.

Maklumat

18 thoughts on “Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2012

  1. […] Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2012 […]

  2. muhammad shafiq says:

    no pin mne nak dapat?

  3. nurul hafizah says:

    no pin politeknik utk next year pnya intake xdpt bli online ke?

  4. kita dah guna mozilla pun tp msh g x dpt nak buka borang tu…mcm mna?guna chrome pun sama je

  5. kmu buka guna internet explore..

  6. salam, kalu dah isi, boleh dikemaskini berapa kali?

  7. perlu ke guna IE ? dah la lembab pastu bila bukak asyik no responding je . Fedup la mcm ni . lama-II tak terisi borang ni -.-

  8. bila tarikh kemasukan/pendaftaran sessi Disember 2012?

  9. dah isi borang tapi tak sure suke ke tak nan pilihan yang dibuat..hrm

  10. Bile sy save lampiran yg sah dihntr..yg save 2 hanye borang kosong..tiada detail yg sy dah isi..bgaimana sy mahu simpn lampirn???

  11. […] Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2012 […]

  12. ya Allah … semoga aku dapat sambung belajar disini … aminn

  13. saya nak tanya panduan pendaftaran secara on-line nk cari dan download kat mana ?

  14. permohonan utk thun 2013 ble akn bukk?

  15. nantha kumar says:

    permohonan kali 2 bila akan bukan bagi sesi 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.