Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2013

Permohonan Program Matrikulasi 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 mulai 1 Julai 2012 yang lalu. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan jurusan dan aliran berikut :
Permohonan Program Matrikulasi

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa;

  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat seperti berikut;

  1. Pada bulan Mei bagi PST.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2012.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Mata Merit Permohonan Matrikulasi

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% akademik dan 10% kokurikulum.

Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ada kemungkinan akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Cara Memohon Program Matrikulasi

Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2013 pada 10 Oktober 2012 telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2013 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2013 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2013 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Sektor Hal Ehwal Pelajar Matrikulasi di talian telefon 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028.
  • Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

29 thoughts on “Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2013

  1. Aliran pengajaran matrikulasi – bahasa Malaysia atau English?

  2. Sekiranya saya membuat rayuan permohonan matrikulasi april nanti, boleh saya ambil aliran teknikal?

  3. […] pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 dan telah membuat permohonan memasuki Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran (KPM) sesi 2013/2014 boleh menyemak dan mengemas […]

  4. assalamualaikum. .
    err.. mcm mn nak semak balik nombor siri matrikulasi yang sudah di beri kan dulu.
    saya dah cetak tetapi malang nya dah hilang.
    tolong bg maklumat bagaimana untuk dapat kan balik nombor siri matrikulasi tu.

  5. Salam. Perlukah pelajar bagi kemasukan sesi 2015/2016 wajib mengambil mata pelajaran ICT SPM bagi jurusan sains, jurusan perakaunan dan aliran teknikal? Tk

  6. Selepas habis pengajian di matrik,kena tunggu berapa bulan untuk sambung degree dekat u?

  7. sy lepasan spm 2010. adakah saya boleh memohon untuk memasuki program matrikulasi sekiranya saya apply pada tahun ini(2013) bagi sesi 2014/2015? saya kini berumur 20 tahun. apakah had umur bagi program matrikulasi?

  8. Kalau say tak kemaskini, macam mana ?Akan erjejas ke permohonan saya ?

  9. kalau kimia D, ada peluang ke matrik…

  10. nurhamin salwa says:

    salam.. keputusn spm saya 1a+ 3a 2c+ 2c 1D … d kimia… adkh sya layak ke mtrikulasi

  11. mohamad hafiz bin abdul hamid says:

    encik macam mana nk mohon ???

  12. kalau kimia D, ade peluang tak?

  13. assalam…kt ane nk cek adkh pmohonan kte k mtrix dtrime…ea ator surat k…

  14. fazlin adila says:

    kalau saya ambk sunbjek pdg,geo,sn,tasawwur,mt,pai,sej,bm.bi,mmt boleh x saya nk apply ke jurusan perakaunan saya mohan jawapan daripada pihak anda

  15. mcm mne ni. BI sy dpt D. blh x sy buat ryuan? yg lain semua ok.

  16. frust nya. BI sy dpt D. yg lain semua Ok. adakah sy tdk layak ????

  17. […] lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2013/2014 akan boleh menyemak […]

  18. matriks bley buat semakan bila?

  19. maykenna jane says:

    Hye, saya nak tanya kalau dh masuk matrik tp pastu nk kluar lgi sbab dpt twran lain, boleh ke kluar slagi tak ckup smpai hbis smster? duit refund ke?

  20. boleh buat rayuan utk buat pst x….?saya sangkut kat add math….

  21. Nak tya.. klu kimia d dan buat rayuan ke matrikulasi utk pdt ada peluang tak? 🙁

  22. hye.. Masih boleh diterima masuk ke Matrik kh kalau umurnya mencapai 20 thun pada 3 jan? Tq..

  23. macam seronok je…………:(

  24. kalau dah hantar permohonan sebelum tarikh tutup tapi terkemaskini permohonan lepas tarikh tutup, permohonan tak diterima ke?

  25. kalau bio A-,chem dengan add math C+ Dan math A. …boleh masuk matrix?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.