Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Akademik 2 2013

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke UiTM pengambilan kedua sesi 2013/2014 mulai 1 Julai 2013 bagi kemasukan September 2013, November 2013, Januari 2014 dan Mac 2014.

Permohonan kemasukan ini bagi mengikuti program pengajian sepenuh masa dan separuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui UiTM.

Kemasukan dan Program Pengajian

Pengambilan kedua UiTM ini adalah untuk kemasukan dan program pengajian berikut;

Kemasukan September 2013

Permohonan Kemasukan UiTM

  • Program Profesional – CILT

Kemasukan November 2013

  • Program Asasi Undang-Undang
  • Program Diploma
  • Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM

Kemasukan Januari 2014

  • Program Profesional – CAT, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM

Kemasukan Mac 2014

  • Program Profesional – LW222 dan LW601
  • Program Ijazah Sarjana Muda
    • NOTA : Permohonan untuk program pengajian peringkat ijazah dijangka akan dibuka pada 1 Oktober 2013 nanti. Sila rujuk Iklan Kemasukan.

Syarat Kemasukan

Program Yang Ditawarkan

  • Calon boleh memohon mana-mana program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan.
  • Perlu diingatkan bahawa tidak semua program pengajian dibuka untuk permohonan.
  • Sila rujuk laman web UiTM – Senarai Program Pengajian untuk maklumat lanjut.

Cara Memohon

  • Permohonan kemasukan ke UiTM pengambilan kedua ini adalah melalui aplikasi dalam talian (online) di laman web www.online.uitm.edu.my.
  • Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sendiri, di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Hanya pembelian nombor slip pada atau selepas 1 Julai 2013 sahaja yang sah untuk permohonan.
  • Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan di laman Web Aplikasi Elektronik UiTM dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2013/2014 bagi kemasukan November 2013 akan ditutup pada 18 Ogos 2013.

Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2013/2014 bagi kemasukan Januari & Mac 2014 akan ditutup pada 21 Oktober 2013.

Maklumat

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai program yang ditawarkan bagi permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi terus Dekan Fakulti yang berkenaan www.uitm.edu.my atau telefon 03 5544 2000.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pemgambilan dan keputusan permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar www.pengambilan.uitm.edu.my di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau email : bpp@salam.uitm.edu.my
  • Jika menghadapi masalah teknikal semasa mengisi permohonan, sila hubungi talian 03 5521 1376/ 1381/ 1383 atau fax : 03 5544 2197 atau email : uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my

49 thoughts on “Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Akademik 2 2013

  1. saya telah mendapat tawaran daripada unimas namun saya sebenarnya sangat berminat untuk belajar di uitm dalam bidang pengimejan perubatan .

    Adakah benar bahawa pengambilan kedua ini akan menyebabkan saya terlewat satu semester berbanding rakan-rakan ?

  2. salam,saya pelajar matrikulasi 2013 so boleh ke saya nk memohon untk masuk diploma uitm ni menggunakan result spm??

  3. hafiy nasir says:

    saya pelajar matriks 2013/2014 ,boleh ke saya memohon untk program diplomaa ni??? menggunakan result spm ke??

  4. sy akan mhon uitm sesi kedua ni.. tp sy juga ingin memohon upsi sesi kedua bila di buka nnt..boleh tak sy melakukan kedua2 permhonan ini?? tolong ye..terima kasih

  5. bila tarikh keputusan permohonan ni keluar ye? agak agak bulan berapa? kita kena cek dekat web kan. saya takut terlupa. kalau tahu tarikh boleh set reminder. ada tak dia hantar surat pemberitahuan or something? thank you

  6. hmm…klu dh mula study kt kolej swasta tpi nk try skali lgi mohon utk sesi 2 ni , boleh ke? kt kolej dh apply ptptn,so cmne nk pnjm ptptn lgi…

  7. Cahaya Syurga says:

    Salam,,,agak2 permohonan sesi akademik 2 ni pyh ke nak dapat??saya pljar matrik sesi 2013/2014…btul ker ada yang kata kalau dah masuk matrik,,,mana2 ipta x trime prmhnan kita m'gnakan result spm???

    • x btul .. sy bkas plajar mtrik sesi 2012/2013 .. sy pnah apply uitm sesi 2 mengunakan rsult spm dan sy dpt twaran uitm 2 🙂

      • saya tidak dapat rayuan upu..jadi saya ingin memohon untuk sesi kedua di uitm bagi program ijazah..bila tarikh permohonan akan dibuka??dan bla saya perlu membeli no unik id untuk uitm??

  8. bila keputusan permohonan diploma sesi 2 akan dikeluarkan?

  9. saya lepasan stpm 2012 namun gagal dalam permohonan upu boleh tak saya nak mohon uitm ijazah for second intake nih ? bila kena beli no pin ye ?

  10. saya lepasan spm. saya berhenti matrik. jadi saya ada mohon untuk diploma uitm kemasukan kedua 2013 ni. saya nak tanya. 1st choice saya dip in bisnes, 2nd choice interior design. interior design ni course yang melibatkan interview. dan sekarang ni saya dapat tawaran interview. pertanyaan saya, jika saya dipanggil untuk interview maknanya mereka sudah tak terima saya untuk course bisnes ke? jika saya tak lulus interview maknanya saya takkan diterima masuk walaupun pilihan pertama saya (bisnes) tidak memerlukan interview? tolong jawab. saya risau 🙁 ada kemungkinan,
    1. saya tak dapat bisnes. 2. saya dapat bisnes. 3. saya dapat rekabentuk dalaman. 4. saya tak dapat rekabentuk dalaman. 5. saya tak dapat langsung.

    tolong jawab saya call uitm tak dapat dapat 🙁

  11. permohonan untuk second intake last 18 ogos kan..kirenye dah terlepas untuk second intake nie..jadi,perlu apply untuk first intake next year ke?…

  12. keputusan pemohonan kluar bila ?

  13. Hello, saya lepasan matrikulasi sesi 2012/2013. Saya terlepas untuk mendaftar sesi 1(bulan September)(Sarjana Muda). Adakah saya layak untuk memohon UiTM bagi sesi 2 ini untuk program Sarjana Muda? Terima kasih.

  14. Minta maaf,saya ingin bertanya, saya nak mohon sarjana muda sesi 2 nie, tp nk beli no pin under profesional ke?yang RM 17 tu ke??

  15. berapa erk no pin bsn utk apply ni? someone tolong jawab.. 🙂

  16. Bila keputusan kemasukan untuk november 2013?

  17. assalam.. saya nak tanya.. saya buat Pra Perdagangan sesi Jun 2013. di kolej bersekutu (under uitm) .. jika saya nak buat diplOma nanti, bolehkah saya mohon uitm? bukan kolej bersekutu.. dan ada peluang ke untuk saya masuk uitm? harap ada maklum baLas.. terima kasih 🙂

  18. salam , bile ye tarikh keputusan permohonan diploma sesi disember ni keluar ye ? mohon dijawab sngat2 , sy call uitm ta dapat ,

  19. salam.. nak tanye.. tarikh tutup untuk ijazah pengambilan ke 2 bile ye?? sebab saya tengok kat iklan portal uitm 31 oktober dan kat sini 21 oktbr.. mane satu yang betul ye?? tolong jawab .. please…

  20. saya ada pertanyaan…saya ada terbaca untuk lebih meyakinkan pihak uitm..ada yang menyuruh menghantar dokmen scre mnual kpda phak uitm..ada x ssiapa yang tahu dkmen ap yg prlu saya sertakan?

  21. Haris Murshidi says:

    As salam.. Nk tnye nie..bile tarikh kemasukan untuk asasi undang2 2nd intake nie? Tolong bgtau ye.. Pada pendapat korg, yg mane better..stpm ke asasi undang-undang.. Tolong bg pndapat ye.. Please…..

  22. Salam, mcm mane dgn Pra Diploma..Bila tarikh Semakan sesi Nov?

  23. result dah keluar 21/10 haritu uolls

  24. Assalam,nk tnya bila result rayuan 2nd intake 2013 akn kluar ye?

  25. Salam, sy nak tnye sy dah mohon pra diploma untuk uitm. tp ble sy bukak lman web 2, keputusan dh kluar. ble msukan ic n tekan semak xde kuar ap2 knpe ek? kne tggu pnguguman dkat laman utama jugak kea?

  26. salam,saya nak tanya,bila tarikh tutup yuran bagi kursus diploma sesi ke2?

  27. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan ibubapa yang bercadang untuk mendaftar anak-anak mereka lepasan SPM ke kolej-kolej yang bekerjasama dengan UITM dengan menawarkan kursus Pra Diploma Sains/ Perdagangan.

    Anak saya lepasan SPM 2012 tidak berjaya mendapatkan tempat di UITM sessi 2013 kerana keputusan yang tidak mencukupi syarat minima. Untuk menyambung kursus Diploma UITM, kami dinasihatkan semasa sessi Jom Masuk UITM di UITM Shah Alam Apr/May 2013 untuk mengambil kursus Pra Diploma dan kemudian memohon untuk kursus Diploma UITM.

    Selepas mendapat tawaran dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) untuk kursus Pra Diploma, anak saya didaftarkan untuk Sessi Jun 2013 bagi menyediakan beliau bagi kursus Diploma UITM Sessi Disember 2013. Kami dimaklumkan boleh menggunakan Pra Diploma KPTM bagi memohon kursus Diploma UITM.

    Tetapi kini saya dimaklumkan permohonan anak saya ke UITM ditolak kerana perjanjian sedia ada antara UITM dan Kolej-kolej bersekutu. Pelajar-pelajar lepasan Koleh Bersekutu UITM hanya akan diterima UITM pada peringkat Ijazah. Ini bererti anak saya terpaksa menyambung kursus Diploma di KPTM untuk 2.5 semester lagi.

    Untuk maklumat umum, kos KPTM Pra Diploma Sessi Jul13-Oct13 ialah RM3,490. berbanding kos kursus Diploma UITM tidak lebih RM500 satu semester.

    Untuk DIPAKSA menyambung kursus Diploma di Kolej Bersekutu UITM adalah tidak masuk akal kerana :
    1. Mengapa harus pelajar yang mempunyai kelulusan akademik untuk menyambung pelajaran di UITM dipinggirkan kerana perjanjian yang sedia ada antara UITM dan kolej swasta yang tidak membantu golongan berpendapatan rendah?
    2. Mengapa harus kita bayar kolej swasta apabila kita layak untuk memasuki IPTA.
    3. Mengapa pelajar yang kurang cemerlang dibebankan lagi untuk mendapat hak mereka setelah mengambil kursus yang ditetapkan untuk layak ke kursus Diploma UITM?
    4. Mengapa ada perjanjian yang begini antara UITM dan kolej swasta yang tidak mengambil kira mereka yang terpaksa menanggung perbelanjaan lebih tinggi.
    5. Apakah perbezaan antara hak-hak pelajar lepasan Pra Diploma dari kolej swasta dan UITM di dalam mendapatkan tempat Diploma di UITM.
    6. Apakah tidak ada pelajar-pelajar di UITM yang mana pendapatan ibubapa mereka melebihi berlipat kali ganda dari mereka yang TERPAKSA menanggung beban yuran IPTS dengan pendapatan yang jauh lebih kecil.

    Saya harap perngalaman ini berguna bagi ibubapa yang bercadang untuk mendaftar anak mereka untuk kursus Pra Diploma UITM di kolej bersekutu UITM (http://www.uitm.edu.my/index.php/en/component/content/article/46-campuses/59-list-of-affiliated-colleges).

    Wassalam.

  28. bila keputusan penerapan semester akhir diploma ke degree sesi mac 2014?

  29. Tarikh-tarikh penting Uitm intakes sesi 2 2013/2014. http://pengambilan.uitm.edu.my/images/pdf/tarikhp

    hope membantu untuk sape yang nak tau tarikh keputusan.file ni dlm bentuk pdf ye.
    mekasih.

  30. Nor Suhadah says:

    salam..sy nk tanye..utk pngmbilan sesi 2 ni ble result akn keluar ye?sy mohon utk ijazah sarjana muda..

  31. salam.. sy nak tanya.. saya pernah mohon penerapan dan sudah ditawarkan.. dan saya dah terima tapi sy x pergi.. atas sbb masalah kewangan.. lepas tu sy terima sms bahawa sy dah digugur taraf.. kemudian sy cuba isi utk second intake.. tapi x berjaya.. rayuan pown x berjaya.. adakah sbb sy pernah gugur taraf tu saya dh x boley apply? apa yg patot sy buat???

  32. malik ridwa pabagari says:

    Assalamualaikum,,

    sy pelajar lepasan diploma mekanikal politeknik,

    bagaimana dan adakah saya boleh mamohon untuk mengikuti pengajian di perigkat Ijazah secara separuh masa dan d manakah lokasinya??

  33. aisyah zakaria says:

    Saye pelajar matrik 2014/2015…saye ingat nak mohon untuk diploma second intake ni..tapi dlm syarat tu ade menyatakan yang pelajar yang sedang belajar di ipt tidak dibenarkan memohon..saye keliru adakah matrik dikira sebagai ipt???harap ada yang boleh bantu saya sbb sye dah bli no pin tapi belum isi borang lagi…

  34. intake 1 dengan intake 2 untuk uitm bulan berapa eh ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.