Permohonan Program Kolej Vokasional Di Institut Latihan Perindustrian 2013

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa para pelajar Tingkatan 4 yang berminat dan layak untuk memohon kemasukan ke Kolej Vokasional mengikuti Program Diploma di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) sesi Julai 2013.

Syarat Permohonan

  • Terbuka kepada murid tingkatan 4 sekolah menengah harian.
  • Telah menduduki PMR tahun 2012.
  • Pencapaian minimum C dalam mata pelajaran:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sains
    • Matematik
    • Kemahiran Hidup
  • Sihat tubuh badan .

Permohonan Kolej Vokasional ILP

Senarai Kursus

  1. Teknologi Pemesinan CNC
  2. Teknologi Pembuatan (Perkakasan) Alat Pemotong
  3. Teknologi Pembuatan (Perkakasan) Acuan Pembentuk Ledang
  4. Teknologi Foundri
  5. Teknologi Reka Bentuk Produk Industri Ledang
  6. Teknologi CADD Mekanikal
  7. Teknologi Instrumen Perindustrian
  8. Teknologi Mekatronik
  9. Teknologi CADD Senibina
  10. Teknologi Plastik
  11. Teknologi Seramik
  12. Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas

Lokasi Kursus

Bagi mengetahui lokasi ILP bagi kursus yang ditawarkan sila rujuk Senarai Kursus & ILP.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional di Institusi Latihan Perindustrian 2013.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemasukan Program Kolej Vokasional di ILP ini adalah 29 Mei 2013.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan permohonan Program Kolej Vokasional ini sila hubungi;

  • Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
    Telefon: 03-8884 5154/ 5031
    Faks: 03-8884 5033
    Emel: info@bptv.edu.my

29 thoughts on “Permohonan Program Kolej Vokasional Di Institut Latihan Perindustrian 2013

  1. Dalam syarat di atas kata 5 mata pelajaran tersebut haruslah mendapat seekurang kurangnya C,tapi kalau mengikut syarat di atas saya dapat 1 D dalam matematik dan yg lain tu 2A 2B……haruskah saya buat rayuan kalau x dapat……?

  2. sayang betul ni..dulu saya dapat A dalam BM,BI,SAINS,KEMAHIRAN HIDUP dan B bagi matapelajaran matematik.

  3. mcm mna nk daftar msuk kew kolej ?

  4. bila keputusan die keluarrr ….??:

  5. Ekhwan Hakimi says:

    Saya kene pergi ke ILP PEDAS temubual Pada 10/6….korang yg memohon boleh la check dekat wedsite jabatan pelajaran malaysia.. korang perrgi dekat E-aplikasi

  6. faiz hakimi says:

    bila keputusan nk keluar yerrr…:)

  7. kalau fail dalam matapelajaran matematik dan sains boleh dapat kew?? sains dapat D tapi matematik dapat E macam mana boleh dpat kew??

  8. Askom..datang nak pakai pakaian macam mane ha ?

  9. Kalau terlepas temuduga macam mana?

  10. bleh trangkn x maksud pembuatan (perkakas) acuan pembentukan

  11. knper xblh semak nyer…….

  12. ainaa farah says:

    hello..! kalau ambil bidang yaqng diatas dapat keje ape jer????perindustrian???kalo perempuan ambil nanty lepas keluar nk keje pe je???tolong jelaskan okay…!aku tengah sewel sekarang nie….

  13. lollipop says:

    euwww !! tolong lah …..bidang ape ke bende nie ????bagi lah bidang yang sesuai untuk perempuan ….
    bidang nie boleh menjamin mase depan ke???

  14. euwww !! tolong lah …..bidang ape ke bende nie ????bagi lah bidang yang sesuai untuk perempuan …
    bidang nie boleh menjamin masa depan ke?????.

  15. Aina Mazlan says:

    Alhamdulillah . Saya dapat ILP Di Pasir Gudang

  16. kmasukan di ILP Kota Kinabalu..8 july kn

  17. Ex-Vokasional (AU) says:

    untung budak2 zaman sekarang… kerajaan dh bg pelbagai peluang utk anda berjaya dimasa hadapan… gunakan lah sebaik mungkin… zaman saya dlu xda bnde2 nih… skrng ni rasa teringin sgt nk belajar blk tp ape kn daye, dh syarat ckp xblh…

  18. adam daniel says:

    mcm mane nak mohon?daftar?tolong bantu.

  19. bleh tak pelajar lepasan pmr 2012 memohon untk sesi 2014 .?

  20. skank klaw nk msok skolah vokasional lh x?

  21. sesi pndaftaran 2014 utk pelajar lepasan PMR tahun ni buka bila?

  22. Borang kemasukan ke kolej vokasional atau teknik untuk sesi 2014 tidak keluar lagi ke???

  23. here i come

  24. intan natasha binti rafli says:

    Untuk kemasukan 2015 bila ye?kalau dah lpas form 4 bleh apply lg x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.