Permohonan Rayuan Ke IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf dengannya boleh diperoleh mulai 18 June 2008. Seramai 40,184 pelajar akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam program ijazah pertama di 20 IPTA bagi sesi akademik 2008/2009.

Mereka yang tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA masih berpeluang untuk membuat rayuan. Permohonan e-Rayuan telah pun dibuka kepada pemohon pada 19 Jun 2008 sehingga 28 Jun 2008. Tarikh tutup permohonan membuat rayuan ialah pada 28 Jun 2008.

Permohonan e-Rayuan ini hanya dibuka kepada Lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi KPM, PASUM, Asasi Undang-Undang dan STAM yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran ke IPTA.

Pemohon perlu menggunakan No. Kad Pengenalan atau MyKad yang digunakan semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA dahulu.

Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut untuk mengemukakan Permohonan e-Rayuan

  • No Kad Pengenalan/MyKad
  • Unik ID/Kata Laluan
  • Kategori

Tiada sebarang rayuan bagi Program Pengajian Pendidikan dan Temu Duga.

Pemohon hanya boleh mengemukakan permohonan e-Rayuan ini SEKALI SAHAJA dan boleh mengemaskini sebanyak tiga (3) kali sehingga tarikh tutup permohonan. Pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan secara bertulis ke IPTA.

Jika pemohon tidak menerima sebarang tawaran selepas 31 Julai 2008, permohonan e-Rayuan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.

Untuk mengemukakan Permohonan e-Rayuan, sila ke laman web Permohonan Rayuan Ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 bagi program pengajian lepasan STPM dan yang setaraf dengannya.

Pihak Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP, JPT) tidak melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.

TERKINI : Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2008/2009 sudah boleh disemak melalui saluran hebahan yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi mulai 14 Julai 2008.

Related posts:

  1. Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  2. Keputusan Rayuan Ke IPTA Fasa 1 SPM Sesi 2008
  3. Keputusan Kemasukan IPTA 2008
  4. Permohonan Ke IPTA Sesi 2008
  5. Soal Jawab Permohonan Ke IPTA Sesi 2008

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 485 articles by

4 Comments

  1. sizu says:

    sye ada mslah nie….
    cnme nk wat rayuan tok msuk upsi wat dgree..
    tp skg nie sy dah kt ipta..
    cnme ye???

  2. nilam says:

    Sizu,
    Jika anda sudah mendapat tempat di IPTA, anda tidak boleh membuat rayuan. Hanya pemohon yang gagal mendapat tempat sahaja boleh membuat rayuan.

  3. Via says:

    Saya ada masalah ni..
    Macam mana ya cara untuk saya masuk ke unimas?

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives