Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.

Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Luar Negara

Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis Pinjaman

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:

  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;

  1. Bidang Kritikal
  2. Bidang Keutamaan
  3. Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)

Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.

Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun  semasa permohonan dibuat;
  • Belum mempunyai Ijazah Pertama;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar bukan merupakan peminjam/ penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/ biasiswa kerajaan;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenarai hitamkan dalam manamana skim pinjaman kerajaan;
  • Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar  tidak pernah melanggar manamana kontrak biasiswa kerajaan;
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.

Syarat-Syarat Khusus

Selain daripada syarat-syarat umum di atas, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus berdasarkan bidang pengajian pemohon.

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Sesi Pertama
    • Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA ini adalah 29 Februari 2012.
  • Sesi Kedua
    • Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA ini adalah 31 Julai 2012.

 

Keputusan Permohonan

  • Sesi Pertama
    • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA pada 24 April 2012.
  • Sesi Kedua
    • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA dalam bulan September 2012.

Maklumat

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara ini boleh dibuat dengan menghubungi:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pembangunan Modal Insan,
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya
    (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
    Tel :03-8885 3436/ 3562
    Faks :03-8889 2640
    E-mail : penawaranlsp@jpa.gov.my

15 thoughts on “Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2012

  1. nak tanya . kenapa ada 2 sesi ? dan kalau yang untk dalam negara xde ke ?

  2. salam,,
    biasiswa ni termasuk utk pelajar lepasan SPM 2011 ke?

    • Salam, ini bukan untuk pelajar lepasan SPM 2011.
      Pelajar lepasan SPM 2011 boleh mohon PILN bila tawarannya dibuka nanti

      • alhamdulillah!
        saya igtkan ni utk spm2011,,
        tarikh tutupnya dh lps lama dh,,
        igtkan melepas saya
        agk2 PILN ble dibuka biasanya?
        PILN ni utk schrlrshp/pinjaman ke luar negara ke?

  3. lepasan SPM boleh mohon tak?

  4. 1. Layak kah untuk memohon biasiswa ijazah sarjana muda perundangan (LLB) jika keputusan Asassi undang undang ialah CGPA 3.9?

    2. Benarkah JPA hanya keluarkan pinjaman saja untuk pelajar asasi?

    3. Jika pinjaman,adakah kena bayar balik kesemua nya atau hanya sebahagian saja? TQ

  5. Kena masuk uni dulu baru apply, atau apply dulu n jpa uruskan kemasukan? Konfius baca garis panduan tu..

  6. jiwa kaco says:

    klo x msuk u lg…tp nk smbg luar negara bleh x dgn pinjaman ni??

  7. boleh apply lg x pinjaman nie..sy tgh cri pinjaman utk smbng k UK bln 10 nie..ergnt..

  8. Anak saya belajar di Universitas Sumatera Utara dalam Fakulti Doktor Perubatan/Medical Faculty telah berlajar bermula sesi2009/2010 hingga sesi 2011/2012 sekarang keputusan pointer semester terkini cuma 2.91 bolehkah memohon pinjaman tersebut sila JPA atau yang berkenaan jawab

  9. kalau gagal permohonan pinjaman tu…boleh buat rayuan ke….sebelum mohon permohonan pad tahun 2013 nanti.

    • jamilah ajit says:

      anak saya belajar di Uni.Manshoura, Mesir dalam Jurusan Perubatan bermula sesi 2009…keputusan pointer smester terkini ialah 3.00…sudah dua tahun berturut-turut memohon skim pinjaman Yuran dr JPA namun gagal…..apakah syarat yang diperlukan

  10. Untuk perubatan di mesir, boleh ke mohon untuk sesi pertama dan kedua? Atau di mesir untuk permohonan sesi kedua sahaja?

  11. Kamariah Mohd Saidin says:

    Anak saya sekarang di Tahun Pertama Ijazah Pertama Bahasa Inggeris di Swansea University intake September 2014 baru-baru ini. Semua yuran dan sara hidup dibiayai sendiri. Telah hubungi JPA dan pegawai berkenaan maklumkan boleh memohon pinjaman semasa di Tahun Pertama. Mohon nasihat tuan, bilakah permohonan pinjaman boleh dibuat untuk tujuan tahun 2015. Ada syarat-syarat tertentu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.