Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2010.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:
    – Bahasa Melayu;
    – Sejarah; dan
    – Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Program Pengajian

Program Pengajian Penaja Negara
1. Perubatan JPA United Kingdom, India, Ireland, New
Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College) serta Jordan & Mesir
MARA Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland
2. Pergigian JPA Australia,India, Ireland, New Zealand & UK
JPA/MARA Jordan & Mesir
MARA India
3. Farmasi JPA Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University)
4. Optometri MARA New Zealand & United Kingdom
5. Sains Perubatan Veterinar JPA Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom
6. Sains Pertanian JPA Amerika Syarikat & Australia
7. Bioteknologi JPA Amerika Syarikat, Kanada, Australia & United Kingdom
MARA Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand
8. Kejuruteraan JPA/MARA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom serta Jerman & Perancis
9. Sains Aktuari MARA Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand
10. Perakaunan JPA Australia, New Zealand & United Kingdom
MARA Australia & New Zealand
11. Ukur Bahan JPA Australia
12. Sains Komputer / Teknologi
Maklumat / ICT
JPA/MARA Amerika Syarikat
13. Sains (Cth : Fizik, Kimia, Biologi, Astronomi, Geologi) JPA Amerika Syarikat & United Kingdom
14. Senibina JPA Australia, New Zealand & United Kingdom
15. Perancangan Bandar dan
Wilayah
JPA Australia
16. Ekonomi JPA Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom
17. Pelancongan JPA Amerika Syarikat & Kanada
18. Sains Sosial (Contoh : Hubungan Antarabangsa / Sains Politik / Komunikasi/ Kemanusiaan / Bahasa) JPA Amerika Syarikat, Australia, Kanada & United Kingdom
19. Ekonomi Islam / Perbankan
Islam / Kewangan Islam
JPA/MARA Jordan & Mesir
20. Undang-Undang JPA Australia & United Kingdom
21. Sastera Ikhtisas (Contoh : Pengurusan, Pentadbiran Awam, Kuantitatif, Sains Perpustakaan & Sains Maklumat) JPA Amerika Syarikat, Kanada & Australia
22. Sastera Ikhtisas (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) MARA Amerika Syarikat
23. Pentadbiran Perniagaan JPA Amerika Syarikat & United Kingdom
24. Pergigian / Farmasi / Kejuruteraan JPA Jepun – Program Akademik Jepun (Bumiputera sahaja)
25. Sastera Ikhtisas dan Sains
Sosial ( Ekonomi / Hubungan
Antarabangsa / Sains Politik /
Komunikasi / Pentadbiran
Perniagaan )
JPA Jepun – Program Akademik Jepun (Bumiputera sahaja)
26. Diploma Kejuruteraan Jepun(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) JPA Jepun – Program Teknikal Jepun/Korea
27. Diploma Kejuruteraan Korea(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) JPA Republik Korea – Program Teknikal Jepun/Korea
28. ProgramTenaga Pengajar –
TESL & Matematik / Sains
MARA Australia dan New Zealand
29. ProgramTenaga Pengajar – Sains dan Sastera Ikhtisas JPA Malaysia di Universiti Penyelidikan
(Research Universities) – Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).

Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian di atas boleh disemak di Syarat-syarat Permohonan Tajaan JPA dan MARA Untuk Lepasan SPM 2009 Di Bawah Program Ijazah Luar Negara.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

  • Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010.
  • Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
  • Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor adalah pada 19 Mac 2010.

Temuduga

  • Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010
  • Keputusan panggilan temuduga MARA : 30 Mac 2010
  • Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 April hingga 8 April 2010.
  • Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;
    • Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
    • Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Masalah Teknikal

Semasa Mengisi Borang
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.
Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4435 dan 03-8316 4055.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan tajaan PILN 2010 adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2009 diumumkan.

Maklumat

  • Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
  • Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.

Pertanyaan

  • JPA
    Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my
  • MARA
    Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

Sumber : Iklan Permohonan Tajaan JPA dan MARA

196 thoughts on “Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009

  1. Salam,
    Bagaimana pula dengan program ijazah dalam negara?
    Bila permohonan nya akan dibuka?

  2. salam
    kalo sy dpt
    5a=bm,bi,math,pndidikan islam,tasawwur
    1a-=sej
    3b=bio,fzik,addmath
    c+=kimia

    agak2 boleh dpt ke?

  3. salam..
    saya nk tanya..
    jika saya ingin memohon biasiswa JPA nie, perlukah saya membeli slip bank untuk mendftr??

  4. pada mulanya saya memohon biasiswa mara bagi bdang kjuruteraan.wlaupun saya sedar English saye just B+,saye tetap memohon utk mncuba nasib.kemudian,saya memohon skali lagi utk JPA pula.ttapi bagi bdg kjuruteraan jpun yg mmrlukan skrg2nya B+ utk english.lagipun,saya jga mgambil sbjek bhsa jpun d sekolah.persoalannya,adakah kita boleh memohon kedua2 biasiswa ini pada masa yg sama?skrg sayaa sdh mnghntar prmohonan bagi mara dan jpa.adakah mereka akn menolak kedua2 prmohonan saya apbila mnyedari prmohonan prtama saya tidak mmnuhi syarat?adakah syarat yg dikenakan adalah pemohon tidak boleh mmohon kedua2 biasiwa? tolon saya.saya trtekan…

  5. Salam,

    Adakah calon yang memilih biasiswa mara perlu menghadiri pendedhan kerjaya seorang doktor?

  6. sy nak tanya..result sy :

    Bm- A
    bi- C+
    sejarah- A-
    agama islm- A-
    matematik- A
    add math- C+
    biologi- C+
    kimia- C
    fizik- C
    English 4 science n technology- B+
    PSV- A-

    agak2 nya apa program diploma yg sy layak pohon di universiti trutama di UM,UIA,UKM @ kat mana2 univrsiti..pliz help me!!

  7. spm(2009) saye cume dpt 4A(A+/A /A-) : BM,SEJ,MATHS,PSV
    2B(B /B+) :BI,PEND.ISLAM,
    3C+ : BIO,FZK,EST,
    2D : ADD MATHS,KIMIA,
    adekah saye layak klu nk mohon program pengajian perubatan (JPA)??

  8. malaysia kan sekarang telah lancarkan progam “1 MALAYSIA” ,kenapa lagi ada sesetengah permohonan biasiswa terutama utk ke luar negara hanya memberi peluang kpd BUMIPUTRA…

    kenapa ah…?

    bangsa lain bukan ORANG KAH?

  9. […] TERKINI : Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009 […]

  10. salam. saya telah memperoleh 8A 1B bagi SPM 2009 baru2 ini. B tersebut ialah agama, yg merupakan B+. Saya peroleh 2A+ iaitu BM dan BI. selebihnya ialah A dan A-. adakah saya masih layak untuk memohon biasiswa MARA ini walaupun saya memperoleh B+ dalam agama saya? saya memohon kerjasama tuan untuk menerangkan permohonan tersebut.

  11. fahmici,susah nak dapat,kerana diluar sana sangat dan teramat ramai yang cemerlang dan gemilang

  12. alam1612. seperti yang telah kita maklum ada ramai diluar sana yang mendapat keputusan yang cemerlang.susah sikit

  13. boleh saya tanya???

    selain kejuruteraan….
    apakah program lain yang terdapat di korea??
    saya ingin melanjutkan pelajaran ke korea dlm bidang perubatan / farmasi…

    tolong beri cadangan …
    tq

  14. 1st,shut up jee, no racist

    2nd,sy trlpas pndg tesl ke new zealand n australia
    so,da x pluang len kat biasiswa2 len ntok blaja tesl kat oversea gak?
    twinning ke

  15. heii..
    saya dpt full utk spm ari2..
    tp sal schlars ni xsure jgak bley dapat k x..
    7,000++ got straight..
    an hev 2 compete wif them..
    xkena lagi bbudak debate lg..
    sggestion???
    ade sbrg nasihat x??

  16. permohonan utk tajaan ini tutup sdh?

  17. Khairul,
    Salam… PIDN akan dibuka dalam bulan Jun nanti.

    Fahmichi dan Anggun,
    Agak sukar.

    Peyuz,
    Setakat ini saya tidak ada maklumat mengenai samada calon hanya boleh memohon dengan satu penaja sahaja.

    Khairul,
    Salam… Setahu saya kedua-duanya perlu hadir program pendedahan doktor.

    Sneaker,
    Sila semak di Syarat Khas. Setahu saya UM dan UIA hanya tawarkan program Asasi untuk lepasan SPM.

    Alam1612,
    Salam… Agak sukar kerana semuan pilihan memerlukan anda mendapat A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam juga.

    Ariel,
    Bidang dan negara telah ditetapkan mengikut syarat permohonan.

    Fahmichi,
    Mungkin anda boleh rujuk di Biasiswa sebab ada beberapa biasiswa pra-univerisiti yang membolehkan anda ke luar negara di peringkat ijazah nanti.

    Amer.al,
    Memang benar, saingan amat sengit kerana agak ramai yang cemerlang. Cuma pastikan anda memohon semua peluang biasiswa yang ada yang selaras dengan cita-cita anda. Selepas itu jika dipanggil untuk temuduga pasti buat terbaik, mungkin sesi temuduga dapat membezakan anda daripada pemohon yang lain. Selebihnya banyakkan berdoa dan bertawakal.

    Tinie,
    Ya sudah ditutup.

  18. bila keluar result untuk pidn??..

  19. salam. saya ada soalan. klu ibu bapa takde kerja, perlu tak kita bawa slip gaji atau kad pesara sbb mereka takde tapi dokumen berkenaan diminta oleh jpa utk dibawa semasa interview. so mcmna?

  20. kpd Jee..jgn pandai2 ckp biasiswa hanya kpd bumiputra …klu kamu nk tahu,adik saya dh pegi pendedahan krjaya doktor di bwh jpa..dan drpd 26 org hanya 3 orang saja bumiputra…so kmu ckp bangsa kmu masih tk dpt biasiswa.!!! if you want tto be a rasis…just go to hell…a person like you just not have the quality to be given a scholarship ….dh dpt banyak, kerajaan bg pn tak puas2 lagi…

  21. mcm mane nk check result temuduga untuk biasiswa mara??

  22. Ain,
    Akan diumumkan di laman web eSila.

    Afiq,
    Salam… Anda perlu membawa surat atau dokumen sokongan bagi membuktikan ibubapa anda tidak bekerja.

    Yumni,
    Semakan boleh dibuat di laman web MARA, sila rujuk Keputusan Rancangan Bersama JPA & MARA Tahun 2010 Bagi Lepasan SPM Tahun 2009.

  23. bila dan bagaimana nak periksa keputusan jpa dalam negara..??

  24. jpa& mara ade buat second intake x utk bdk2 lepasan spm 2009? kalau ade..bile tarikhnye??sesiapa yg tahu,can you give me the answer..

  25. kenapa interview saya pada 9 april sedangkan tarikh temuduga ialah 5-8 april?
    tq

  26. salam…saya tidak memohon piln, tapi bolehkah saya memohon pidn semasa bulan jun?tq

  27. i wanna know more more about diploma engineering korea under jpa….saya dapat interview dan saya nak prepare kot2 dapat…..plis help me…..

  28. Manie,
    Semua keputusan permohonan akan diumumkan di laman web eSila JPA.

    Ohm,
    Setahu saya tidak ada. Selepas PILN ini akan dibuka PIDN pula.

    Lola,
    Saya tidak pasti pula.

    Tcyun92,
    Salam… sudah tentu boleh.

    Fikri,
    Saya tidak ada maklumat mengenai, cuma ini sahaja Latihan Dasar Pandang Ke Timur.

  29. salam…ada rayuan bg biasiswa jpa piln 2010 ? dan bila saya akan dapat tahu saya berjaya atau tidak selepas interview? tq.

  30. Salam..bila keputusan temuduga JPA akan keluar?Dan bagaimana nak buat rayuan andaikata tidak terpilih?Terima Kasih.

  31. keputusan jpa 2010 dipercayai keluar pada 12/5/2010,inilah yang saya dengar semasa saya menghadiri temuduga hari tuh…

    dengar kata kaunselor sekolah saya, mara dan jpa tidak boleh diminta kedua-duanya, sekiranya diketahui, kedua-dua permohonan akan terus digagalkan. hanya ada golongan kecil yang sangat sangat bernasib baik sahaja tidak dikenalpasti.

  32. salam..bile keputusan mara keluar?…sbb nanti keputusan matriks dan upu akan keluar juga…(ayat pelik)….so xnak ade clash la…

  33. ble agak nyer bley tau keputusan temuduga mara yek?matrik skg da kua..x tau nak decide whether nak g k x nak..tolong~

  34. The awards scholarships shoild be base on needs-driven,merit-based and transparent.SPECIAL considerations should be given to students who are from interior and rural schools,it is unfair to compare their excellent results with urban areas because they had struggle through with an disadvantaged learning enviroments without most of the facilities like internets,tuitions,and others.A high achiever of 10As should be deemd equivalent to 10A+in such areas.Hopefully,KPM will soon create a category for such schools in futrure.It is not fair for them to fight the battle on different grounds with less effective weapons.Sharing is Caring,hope this message will go the attention of KPM.Seruan anak desa

  35. saya keliru la,bila keputusan diploma kejuruteraan jepun piln 2010 diumumkan????

  36. btul tu akmal..sy pun keliru bla kputusan dip. kjuruteraan jpun nk kuar.. coz bdk2 yg amek mddle east n french da dpt call ari jumaat aritu..hmm~=,=

  37. Aritu masa interview JPA, ada nampak satu poster ni..
    klu xsilap, medic akan diumumkan awal..
    then baru program2 lain…
    tp yg sure dlm blan 5..
    pling last dia akan gtau dlm minggu ke 3 bulan 5

  38. to fara, so u r sure that such poster exist? is it this year punye PILN?…haha, sebab kan dia umumkan sama2..tak kira la medic ke benda lain..yg i dengar 12/5 je drpd panel interview tuh…but i hope dia keluar cepat2 la, so hard to wait

  39. pey and the pey says:

    tu ummu dan kamal,saye pon tga tggu dip jepun tu..berdebar2 tau.kalu ade rezeki,insyaALLAH kite dpat!!!

  40. kepada sape2 yg apply diploma kejuruteraan jepun or ade kwn2 yg amek,ade x yg dah dapat???or sume x dapat lg???keliru giler…….

  41. to akmal>xdpt lg..mber2 sy yg amek g jepun pon xtaw pape news…T_T
    to pey n the pey>yupz..hope we gonna get it!!cuak nk tggu lme2 rsult ni.. huhu

  42. oppz..error..to kamal..hehe

  43. bila agknye dip krjuruteraan jepun pnye result kuar??

  44. sape tau bila result 4 dip kejuruteraan jepun kuar??

  45. nmpknyer rmai yg snasib ngan sy ni..so, sy ase..for those yg tggu rsult utk dip kjuruteraan jpun..tggu je la dlm mggu ni..coz isnin dpn mmg da kna dftar..so, papepon rsult sure dlm mggu ni..sma ada dy kol or tgk kt esila..doa je byk2 eh!
    wish u all da best..=)

  46. yg dia tlis miggu 3 april tu untuk kjuruterrn jepun(ijazah) je..bkan diploma kjrtrrn jepun…n aku bru kol jpa…dia kta yg len kuar hjung bulan ni…

  47. yes,that right.saye jgk ade tepon jpa smlm petang…die kate keputusan nye kuar minggu depan…and maybe die kate kuar kt internet.same2 la kite check ye….

  48. to kk..
    very sure… lama gak menilik poster tu…
    @shafiq, result kuar hujung bln 4 or 5??

  49. hjung blan 4…..mnggu dpan la…

  50. so maknanye results utk diploma jepun kluar slightly earlier than normal PILN la? icic…

    to fara: thank u, hopefully its true that medic will be out earlier =)

  51. pendek cite…kalo krang ade msalah or nak tnye ble piln kluar…kol je jpa..selesai mslh…dh dpt infrmasi tu kngsi2 la kat sni yer….Gud Luck 🙂

  52. to shafiq: btul2, betul jugak kata u…okok i cuba call, kalo ade apape news, i post kat sini. thx =)

  53. salam semua…saya dapat tahu keputusan PILN 2010 utk ke jepun, perancis dan mesir dah kelur depa dh daftar pun 18 April 2010 hari tu utk foundation….

  54. eh,mne ade la arip..yg jepun xkuar lg..sy pon da tnye owg jpa tu..dy kata hjung mggu ni bley semak..myb kt web jpa la 2..da dy kata ‘semak’..

  55. hai saya nak tahu yg pidn bawah jpa tu apa?? dia keluar bulan jun kan?kalau lepasan spm yg baru masuk matrik atau tingkatan enam boleh mintak tak?

  56. salam
    bile keputusan permohonan dikeluarkan
    adakah pihak JPA akan menghubungi calon yang berjaya ataupun keputusan dikeluarkan di internet…

  57. to azam: i think kena check online, die takkan call sebab takkan die nak call 1500++ calon yg berjaya, so mungkin kena check online.

    anyway, sesiapa yg dah call jpa utk tau bila keputusan PILN kluar? nak tau date yg confirmed..=)

  58. to ummu:ai…keadaan dh jd makin pelik..awk kate keputusan dip kejuruteraan jpon kuar hjung minggu ni.tapi hri tu saye tepon jpa,die kate boleh ‘semak’ mggu dpn….mane satu btol?maken pening pale dibuatnye…….

  59. ntah..ni emel dy bg kt sy..
    RE: Assalamualaikum
    From:
    Andinor bin Anuar
    View Contact
    To: Ummu Solehah

    Saudari,

    Keputusan boleh mula disemak pada penghujung minggu ini.

    Sekian, terima kasih

    From: Ummu Solehah [mailto:ummusolehah_92@yahoo.com]
    Sent: Tuesday, April 20, 2010 11:11 AM
    To: ANDINOR BIN ANUAR
    Subject: Assalamualaikum

    Mrs,

    I would like to ask about PILN 2010. When will the results for Japan Technical Programme- Diploma Kejuruteraan Jepun will come out? And how could I check it on?

    Thank you.

    *sy juz bg info bdasarkn emel yg dy bg..coz kalo nex week bru kuar…nex week (isnin n slasa) da dftar..huhu

  60. to kamal: ni emel yg sy dpt..
    RE: Assalamualaikum
    From:
    Andinor bin Anuar
    View Contact
    To: Ummu Solehah
    Saudari,
    Keputusan boleh mula disemak pada penghujung minggu ini.
    Sekian, terima kasih
    *ni yg dy bg sy…so, sy bg info bdasarkn bnda ni…

  61. To ummu:hm…abes 2 nk caye yg mane satu hah?kompom ke next week dftr kolej?

  62. aritu..tym interview, dy ade bg 1 kertas kuning..n dlm tu, dy ckp..
    program mddle east dftar 18hb…program ke jepun 26 n 27 hb apr..
    setakat tu je info yg sy ade..yg len sy xtaw k..dependz on u la nk caye yg mne..

  63. hey!my fwenz got da call from jpa just now…4 japan!

  64. ummu:ur fren got da call??may b da result mmg dh kuar la..nway,thanks 4 sharing da information. 🙂

  65. yup..but she applied 4 program akademik jpun..dentistry… da kuar da kot..huh, xdpt xpela..

  66. maknenye yg kluar tuh jepun punye je la?? how bout PILN yg lain??

  67. jepun yg dah kluar tu Ijazh…..diploma jepun tak kluar lagi…hjung mnggu ni…

  68. terencegreen says:

    salam..
    stahu saye mmg konfem kot pasal result kuar mggu dpan tuk sume pr0gram sbb kat forum recom mmg ade pemohon yg kol jpa n pgwai jpa gtaw kuar ujun bulan 4 tuk sume kos..xpi sy x sure la..sm0ga kuar awal2..spaye x yah risau sgt lg kn2?hehe..anyway gud lux ye guys..

  69. adohai…..langsong x de prubahan.bile result kuar ni????skrg dh ujung mggu.Ya Allah, kuat kn aku….

  70. oh..harap2 la btul ape yg terencegreen kata…semua program akan kluar minggu depan tetapi bukan sekadar program jepun…sebab btul2 penatla menunggu tak sabar2 la…sentiasa update kan kita ni yg sedang menunggu..

  71. aku rsa kuar ari jumaat…pkul 5 ptg..rsa nyer la…sbb sblum ni camtu..

  72. hmm..sy pon g join foum kt rec0m uh..n dowg kata mmg diploma nyer xkuar lg..
    n senior yg amek diploma kata..head pgramme dowg kata junior msuk 3rd may..n bkn kt AAJ or IBT..but diploma kna duk INTEC..

  73. sy amek interview utk kejuruteraan korea…..keputusan dia same ngn jepun ke??

  74. terencegreen says:

    psl jumaat x sure la..c0z nak ikutkn mmg ta0n lps kuar ari jumaat tp 2008 ahad s0 x ttp k0t..klu ble ari nie p0wn org x kesah asal dpt taw result sude..hik9..

  75. ooo..mmg result kuar mggu ni??

  76. i called jpa tadi dia kata PILN kluar minggu ke-3 mei, pael interview saya pula kata 12 mei. then tadi kat recom org kata 17 mei…then terencegreen kata minggu ni pulak…. mana yg betul nie…pelik arhh….

    yg terence kata semua program tu semua program jepun ke semua program PILN 2010??

  77. oooo…sy pening2…mana satu ni??o ye,kk u apply 4 which course??

  78. oh hi atina, i applied for bidang perubatan…how bout u?

    tuh la..pening kan…taktau la mane yg betul2…i rasa percaya kat panel interview paling betul..12/5 kut…entahla terence kata tuh minggu ni btul ke tak..lepas fikir…minggu ni kluar agak impossible jugak ler…jpa tak process secepat tuh..

  79. hai kk.sy apply 4 dip eng japan.x tau la bila result kuar..kte tggu je la.. 🙂

  80. to atina..
    jepun i tot kluar awal..ntah la..mine perubatan PILN 2010 yg biasa…tuh la…harap2 dia kluar awal…

  81. haha..makin pening dh suma…kalo dengr org ckp mmg bnyk jwpan…so cnclsn nyer krng kol jpa n kta kos yg krang ambik….then dia mngkin akn ckp bila kluar…n ada dh yg jpa bgi tau…kol je…rsa nyer tu yg awal…yg len mngkin dia bgi tau online je…yg aku tau ada srg ni dh dpt kol untuk usa(kos tak tau)…..n ada srng ni plak dia mntak dploma jepun…tba2 dia dpt twran ijazah jpun..hehe tak tau la camne…tpi kalo aku….jpa kta kluar mnggu ni…tak sure la sume ke…or dploma jepun je…

  82. takyah dah nak buat apape…sebab esila dah paparkan message that keputusan PILN 2010 akan diumumkan pada minggu ke -3 mei….tuh la dia…

  83. salam..
    naa…jpa have 2 reveal who got d scholarship before 10 mei..

  84. dya, what u mean, jpa interview panel mentioned that the results will be out at 12/5….anyway,jpa announced that results will be out on 3rd week of mei…

    how sure r u that they have to reveal it before 10/5

  85. kputsan diploma kjurtrran jepun dh kluar…smlm…alhamdulillah sya dpat…rabu ni dh kna dftar kat intec shah alam…yg lain camne??klu dpt bgi tau la…bleh la kita jmpa kat sne.. 🙂

  86. as far as im concern,
    every year jpa said 2 announce d result by 3rd week of may..
    well it doesnt always fall on 3rd week of may coz last year it was on 8 may which actually before the matrik started (13 may).
    And d previous year also d result were released earlier..
    So this year probably d result will b released before 10 may..
    juz pray hard though..
    all d very best..

  87. JPA nya sistem ni mmg penin skit..aku dlu pun cm2 gak..tpi last2 ok ja…ada x spa2 dpt law PILN..

  88. btw when d result is about to come out izit they will post in newspaper n so on 1st so tat we noe when to check?

  89. sya dpt matriks and law d uitm..tpi sya rasa tk amik 2 tu..bab tk minat. nk tnggu piln nye kptsn.. tk kuar agi..penink kepalaaaa dah ni..tkut silap buat kptsn..adoi..tuluuuuun camana eik?

  90. tats y la..dengar ada rumours kata friday ni result keluar tapi tak leh confirm lagi..saya pun dapat matriks tapi tak minat sgt juga. kalau tunggu piln tak tau nk tunngu sampai bila..bt kalau result tak keluar friday ni saya akan p matriks dulu…haiz pening memang pening..tapi senior saya kata last year pun sama jg.. depa kata jpa post 3rd week juga pas tu org duk prepare nk p matriks dah pas tu tiba-tiba d result came out 8th may 09 b4 pendaftaran matriks…hope kite pun macam ni la^^

  91. salam.. saya dapat tawaran spc untuk medic di india (di bawah usm) tajaan mara. saya nak tanya apakah prosedur proses mengisi borang? sebab saya tak boleh nak buka laman web medic@india usm. harap boleh tolong saya.. terima kasih..

  92. tak kisah la apape…sebab panel interview kata 12/5/10.
    so i rasa yg dia kata paling tepat la…rumors lain baik jgn percaya…
    anyway…12/5 oso not a confirmed date, who knows kan….ntah2 PILN punyer keputusan kluar awal lagi than 12/5 kan….so c how la…but kalo dah sampai jumaat ni pun dah tak kluar….so i think most probably 12/5 la, normally kluar hari wednesday, then 5 days to check,sampai sunday…so i think FOR NOW>>..most probably 12/5, cuz its wednesday jugak hari tuh..

  93. believing the panel will be the safest n most accurate…

  94. I’m still hoping 4 miracle to happen though:(

  95. OMG d website cnt load!! izit they r updating sumthing? i hope so!

  96. nothing happened to the website…
    it seems that what dya said had been proven false…its impossible for the results to b out b4 10/5.

    i think what the panel said will be true…12/5 may b the accurate date perhaps…as it is the panel’s word….who can give more reliable info than the panel??!!

  97. well..just wait n c..d sooner d better..
    d panel isnt frm d top jpa management itself..but wht they said might b true..
    jpa is working hard 2 release d result earlier..
    last 2 year d result were out one day before matriks n form6 started..
    so theres still even a low probability the result will b released b4 10 may..

  98. ya i agree wif u dya! nothing is impossibleXD

  99. yes misa n dya, quite true what u have said, it could b out directly on 10 mei, who knows kan…haha…i oso wanted it to b out asap…=)
    miracles kekadang happen kan~

    mayb what the panel said oso takleh percaya la kan, ntah2 i yg wrong..haha…but kan normally panel sebelum interview tuh they ada mesyuarat dalaman la…mayb she was 1 of them who knows the latest news which normal other panels dunno..nobody knows whether she is the pegawai tinggi anot..among the interviewers in my room, she said she is the ketua..so~…

    nvrm…if its out on 10 mei, i am happy n thx for ur prayers!! haha, but some of my frens said 14mei, some 15mei(saturday jpa tak kerja la!!) some said exactly 3rd week which is on the 20th++….haiz…all crapping…..so both of u hold on on b4 10mei,i hold on on my thinking-12/5/10 =D

  100. when will the results for JPA PILN will be out??!!!
    I tried calling da JPA ppl n they said around 15th….n above….
    then i called another JPA number again n tat lady said 20th+….
    why is da information changing n wats gng on???
    however i heard frm many ppl tat da results will b out on da 12th.
    Im so confused….does any1 knw when da REAL results for JPA will b out???
    PLEASE n THANK YOU 🙂

  101. first dya n misa, sorry for ur disappointment~ no more before 10 mei, now pray for 12/5, i also hoped its on that day…

    to layla, i asked the interview panel after my interview n got to know that the results will be out in 12 mei, however its not completely accurate but no matter how, its still words of the panel. at least that could be a more reliable info than calling those jpa where their info r always changing…so depends on u which to believe, somehow 12/5 oso couldnt be a totally accurate date..lolx..but i think what the panel said could b more reliable than …. …..

    all the dates jpa mentioned when we called them r wif ++, so unreliable i think…haha, lets pray hard for it to b on 12/5 =D

  102. Amalina Abdul Azim says:

    Saudara Nilam, kalau saya layak untuk PILN bawah biasiswa MARA, boleh tak saya tukar biasiswa tersebut untuk pengajian dalam negara? Saya tak bercadang untuk further luar negara sebaliknya bercadang untuk belajar dalam negara sahaja. Saya cuma harapkan bantuan pelajaran (biasiswa) sahaja. Harap saudara beri keterangan sikit. Terima kasih.

  103. there’s a reliable source told me that the result will be out after the election, government decision. so, its still long to go

  104. to amalina, saya rasa boleh tetapi kena tunggu selepas anda dapat tawaran PILN(jika dapat), pastu baru u tulis surat utk mohon tukar kpd dalam negara..however tuh pandangan saya, do wait for nilam’s reply….

    to mel, i am not sure bout tat…many of us got our own info n said that tats reliable..==”
    i supposed they let the results out asap,then must wait for the surat tawaran to b posted to our home rite?? then we will have to catch up wif july intake prepatory programmes in those collges…but what the panel mentioned is 12/5, but i think mostly its a lie…==” xP

  105. i checked the JPA website…..n its under ‘proses naik taraf’….
    did any1 check the website too???
    hopefully da results would be out soon!

  106. u shud always check esila…i juz checked n theres nothing special…mayb 12/5 oso the results wont b out…hopefully the panel didnt give the wrong info..pray hard for it to b out tmrw…

  107. i think no more hope for 12/, its been so late n theres still no changes in the website…plus people got emails from jpa saying that results will be out between 16-22….but those infos r always changing….swt…dunno la ==”

  108. i called jpa n they said its next week, confirmed…anyday of next week….so less probability for the results to b out this week…sad..must wait again..

  109. @kk:yup so sad bt what to do….dunno wats taking them so long to release the results

    A friend told me that the results will be out at 17th bt still not sure…
    Hopefully it’s out soon
    🙂

  110. I'm lucky says:

    hello nilam,

    1. are JPA & MARA also available for the STPMers??
    2. If i’m interested to further my studies overseas, how i’m gonna apply for any scholarship??

    thx.

  111. tats y…dunno what takes them so long….i think its cuz of malaysians working attitude, sekejap kejap rehat la, minum petang la, makan tengah hari la….ends up their working time could b oni few hours…anyway, malaysia negara birokrasi…too many procedures to be followed..

  112. @kk : hahaha…mayb u’re true…there are many procedures involved…
    anywayz what course did u apply for?

  113. like ive said it will be out after the sibu election. the election will be on 16th.so probably 17th onwards. to kk said,one of my family members is a jpa staff so he told me that 🙂 the panel might just giving us the early plan. things changed time to time. plus with this election stuff coming so all of sudden.

  114. to layla, not mayb but exactly true!! haha…btw, i applied for medicine, how bout u?

    to mel, yeah…i guess u r true…anyway..its so late….cant it b earlier…its a painful wait though…

    both of u can leave ur id for me to add u in fb if u wan =) nice day~ n continue to wait~ wait~ n wait~

  115. @kk : me too….i also applied for medicine 🙂
    bt i got an offer to do asasi sains hayat in um…so if i dun get jpa i will be going there…

  116. piln kluar m-3 mei..so dat min frm 15th-21st..jadi kena bnyk2 brdoa dan jgn pikir2 lgi..(nti tk jdi keje lain plak..haru di buatnya)..ok guys!for amalina..masa hri intrview tu ari..sya ada bertanyakan apa yang you nk tau tu kat panel..dia kata klu kita dpt tawaran ke overseas just tu je yang boleh n tk boleh tukar2 agi dah..(nk tkr pidn)..is it clear!

  117. oh really?i also got asasi sains hayat in um..so we'll be seeing each other soon 🙂 aww ive deleted my fb acc fr some reason sorry 🙁

  118. i didnt applied for ipta, so….wish u luck =)
    as what i know, asasi for bumi sahaja, n non bumi can oni get diploma i think….tak sure la….so i din applied for ipta..

  119. @mel : yeah!we will see each other soon:)…so do u have any info abt da pasum program….???and was um yr first choice?

  120. yeahh um is my 1st choice..im not sure bout the info but as far as ive been told, we’ve to study 4subjects instead of 3 like matrix..we gotta learn physics also..so quite tough actly -.-‘ physics is so not my thing so im kind of scared huuu,

  121. SAME!!!!ii dont fancy physics that much…
    i prefer bio n chem….
    bt i thought if sains hayat its more into bio…so is it still compulsory to take physics?
    what school r u frm???

  122. y everyone hates physics?? but SO DO I!!!! hate physics soooooo much…..=P
    biology is my favourite…=)

  123. Hey everyone!!!
    Does anybody know exact date of when the JPA PILN results will be out?!?!?!?!??!
    I heard its going to be on Monday bt i thought MARA is cmg out on dat day….
    will the jpa results come out on that day???!?!??!!! 🙂

  124. yes its compulsory. so theres no exceptional huuu oh im from smk seri gombak 🙂 where are u from?well, i hope jpa results will be out asap cz i didnt prepare anything for um yet.

  125. klau nak buat rayuan untuk PILN bila?

  126. mestila selepas keputusan PILN kluar…==”
    masa dia kluar tuh straight away can rayu online,..

  127. According to reliable sources PILN results would be out on 21 Mei 2010

  128. yep..someone else emailed jpa n got the reply said that its on 21 mei…but its way too late if the results out 21 mei…even later than mara people!!..so sad…

  129. @mel : I’m from SMK (P) Sri Aman…:)when r u gng to do yr medical test???
    i also heard tat jpa will be out on da 21st…..y such a LOOOOOONG time to wait?!?!??!?!

  130. gosh! 21st??then ive to prepare for um starting from tomorrow -.-‘ maybe tuesday 🙂 btw,is layla yr real name?i can find u later on 23rd..huu 🙂

  131. When will Mara results be out??? I checked and found that they will not post the result today. I hope it’ll come out sooner.

  132. we jpa applicants r worry of our own jpa results yg tak kluar2 sekarang, ur mara entah la….jpa should be earlier than mara as jpa started things earlier than mara…

  133. @mel:nope its nt, im shazleen…..u???

  134. hey!!!!
    the esila website is kinda jam-ed!!!
    is that a sign showing that the jpa results will be out soooon…like tomorrow?!?!?!?!
    CHECK IT OUT!

  135. dun put so high hope…i think its the website error n malfunction….
    it wouldnt be so long if they r updating something…so dun put so high hope…

    but of cuz, we hope the results will b out tomoro, even today midnight!!! hahahah

  136. ermm i heard the piln 2010 results will be announced this friday.I called the JPA department today n thats what the guy told me

  137. maybe they said 21st cz the third week of may is frm 14-21…
    so they’re trying to ‘play on the safe side’ by telling us 21st May…
    anywayz…im nt keeping my hopes high…
    just got HYPED just a bit!!!bt still hoping for it to come soon…HOPEFULLY!!!!

  138. AARRGGGGHHH…i really hope tat it comes out tomorrow!!!
    Friday is toooooooo LOOOOOOOOOONG TO WAIT!!!
    plus the election is over redi!

  139. thats y la!!!!!! ade yg kata, sis dia keje jpa n said esok kluar…ntah btul ke tak….harap2!!!!!!!!!!!!!!!!!!! esok pagi gi check haha

  140. THANKS KK…..harap-harap wateva that ure saying comes true….!!!
    i’ll be da happiest person…..ehheheheheheheheh 🙂
    are u going to wait 4 12 am to check anything or only tomorrow?

  141. @layla ; im amilia..so see u soon then 🙂 have u done all the borang2, yuran, med check up and all the stuff?

  142. YYYAAARRRHH..though i said dun put high hope..i still do…==''

    i called b4 n they said anyday this week…some said esok 18th…entah la…

  143. i woke up at 7 today n theres no changes…hopefully later on when jpa starts operating….but dun hope high as entah sister org tuh merepek ke tak..xP
    harap2 hari ni..who else isnt happy kalo hari ni kluar…hahha

  144. I dnt tink it’s gng to come out today
    ….as i called the jpa ppl…n they said check on friday.

  145. tuh la….sedih aarh…haha..
    esila is accessible n theres no changes..

  146. If its coming out today or tomorrow,surely they will have notifications on the esilav2.com page,so I think friday is the confirmed date….hope so la,tired of waiting for more than 1 month,MARA’s interview was held after jpa but the results came out earlier than jpa… 🙁

  147. hey,guys..
    result mara kua after or before result jpa??
    will mara release their result on friday too??
    tired of waiting..but i really hope i get the scholarship…

  148. i think mara n jpa kluar hari sama la…takkan mara yg starts interview lambat kluar awal drpd jpa…
    but that could happen…jpa kinda slow…dunno whats taking them so long…==”

  149. @mel:I did da med check up yesterday..
    so i’ll b doing da yuran n form stuff tomorrow…
    how abt u?

  150. Mel…i cant seem to enter this thingy using my old username ‘layla’…
    so this is my another id…

  151. is there r posiblities that jpa or mara will release their result after 23 may??
    and is there anyone here col mara??coz i heard that sumone col jpa but what bout mara??and y some people already got the col from mara or jpa??
    kinda weird…..

  152. @fz ; haha me too 🙂 oh i just did my med check up and bank islam and yuran yesterday. tomorrow i’ll just buy things fr um and take photos and ask fr the saksi and penjamin to fill the form then the next day i’ll do the mati setem. if i got jpa, then it’ll all be wasted. what took them so long urghhh. btw fz, do u know ainaa?she’s frm smk sri aman too.

  153. it seems like still there’s no any info yet about piln-jpa….i dunno y they are announcing so late..haiy

  154. hakim amir says:

    Bilakah keputusan PILN 2010 dikeluarkan ?

  155. RocketScience says:

    This is uterly unprofesional from the JPA to state such a vague time line of 3rd week of May with no specific date being provided. So many of us are waiting eagerly for the scholarships and so many of us also paying money here and there enrolling into universities or colleges as back up plan. It is just imposible to plan anything decent out because alot is hinging on us either qualifying for the scholarship or not. Just announce the results and don’t worry about the hoo haa after the announcement. That happenes every year in Malaysia.

  156. yup!i agree!it will be difficult if the result comes out so late.
    coz we need to prepare our backup plan.
    i really hope that,the result will come out 2morow..
    n i hope that i get it..

  157. aku malas nk kata ape2 agi dah..semuanya bikin aku gilaaa..sabor je aku ni..berserah pd yg maha kuasa ape pun keptsn yg kuar..hampeeeeeeeee

  158. any1 knows bout when simedarby results will be out?? :)..tq

  159. @aaa:u’re mel rite???
    anyways yah i knw her…she’s frm my school!
    so have you prepare all the paperwork for um?
    did u open an account in bank islam?
    did u get a passbook?cz i didnt…
    nnnn do u think da jpa results will be out tomorrow?????

  160. To all poor scholarship applicants:

    Well, i bring you all the latest news! For those who applied for the MARA piln scholarship, you can check for your scholarship status at 4.00pm 21/5/2010.

  161. what abt the jpa scholarship?
    when will it be out?

  162. @fz ; yeah i am..oh ainaa is my friend huu thts y i asked. yeah ive finished all the form things..yeah ive opened one n me neither..i didnt get the book also..maybe we just have to hand the letter from bank islam..plus all banks also dont give books now..urghhh ive lost hope in jpa.im done waiting..ill just go to um

  163. @aaa:hahahahahahaha!!!bt would jpa should come out tomorrow also rite???since its da third week of mei?

  164. 30 April 2010 – PENGUMUMAN PENTING!

    Keputusan permohonan Program Ijazah Luar Negara 2010 boleh disemak pada 21 Mei 2010 mulai jam 3 petang.
    Bagi permohonan untuk kursus-kursus di Universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan akan dikeluarkan pada 4 Jun 2010
    Saudara/i hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my atau Portal eSILA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2010.

    got it from the esila website through Internet Explorer!

  165. 3pm?why so lateeeeeeeee..aiyooo,

  166. finally d wait is over but still have to wait till 3pm…dunno how i gonna wait till 3…:(

  167. So how….did anyone get it?

  168. Nopp…i think very few people can get it…especially those apply for medical courses. Anyway, try another way…don’t lose your heart!!! We still have PIDN and other scholarships right?

  169. at the end of the page its written something abt rayuan…so must we write a short essay then click rayu or just click rayu straight?

  170. Dapat tajaan MARA utk buat medic tapi di Kolej MARA Kuala Nerang. Foundation In Biological Science. Apa yang aku dengar after complete satu tahun MARA akan hantar sambung buat Medic di Royal Perak Medicine College di Ipoh sampai grad. apa maknanya Program Ijazah Luar Negara (PILN) kalau semuanya buat dalam negara. Apa betul ke macam tu….Confuse dengan cara MARA ni….katanya tajaan luar negara tapi buat dalam Malaysia…..what the hell…..

  171. the rayuan part is for PILN or PIDN??

    pls hear my prob during rayuan, when i finish sending the rayuan, it appears that ‘rayuan telah diterima’ BUT only first few lines of my rayuan appeared in the text box?? does that mean only that part is accepted or actually the whole rayuan is accepted but they show only the first few lines?

    how bout the results releasing 4th june…is that PIDN? or thats the results of our appeal?

  172. Ryzyl,

    aku pun dapat course yang same jugak,,aku pun pelik,,,kenapa la budak2 yang dapat keputusan lagi teruk dari aku dapat masuk kms buat ib utk medik,,nak buat mcm mane kan,,rezeki,,tujuan kite nak jadi doktor dan berkhidmat utk masyarakat..infact mungkin kite bakal graduate lebih awal,,mmg aku marah mase tahu aku kene kmkn,,hancur la harapan nak ke luar negara kan,,tapi lame2 aku sedar..luar ke dalam ke..same je,,even dalam malaysia senang lagi,,sebab negara sendiri kan,,nnti nak sambung master kau pergi la luar negara..orait?haha..dan sebenarnye kos pembiayaan dalam negara ni mahal jugak sebenarnye,,lagi mahal dari medik mesir,,jadi jgn rase diri tu inferior sgt,kite kene bangga dgn apa yang tuhan dah bagi kite,,ade hikmah di sebalik keputusan utk menempatkan kite di kmkn,,pak cik aku orang mara,,aku pun ade jugak tnye die pasal bnde ni and die ckp mmg mara xde bajet utk tahun ni,,tapi insyaallah kalau kau buat yang terbaik di kmkn,dapat 4 flat cgpa,xkan la mara nak suruh kau buat dalam negara an..konpom die anta luar..itu la nasihat pakcik aku..jadi study hard and insyaallah kite bertemu di sane..laki2 mmg sikit yang dapat foundation biological science di kmkn..jadi bersyukur lah..:)

  173. jika dah dpt tu, kene bersyukurlah….tak kira samada dlm ngr ke luar ngr. Yang penting, korang dpt mencapai matlamat iaitu menjadi seorg doktor yg bertauliah!
    taniah kpd mrk mrk yg berjaya…SELAMAT MAJU JAYA!

  174. barnuck dan ryzyl

    same couse here^^,
    stuju nga barnuck, local or oveasea sme jer…at least kita ada tajaan fully scholar..dah syukur daa..alhamdulillah^^
    kalo betol2 nk pie oveasea scor laa tinggi2 jd top student, cam kate barnuck xkn mara xnk hntr pie luar negara kn? skrang nie rsenyaa baek ke KMKN dlu..

    oh yaa come on join dis KMKN group 4 da preparation b4 going there^^
    maybe can talk about the subj the condition, enviroment or anything..jom eratkan ukhuwah and score tok gegarkn KMKN n also MARA^^

    click here
    http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150191116145578&comments#!/group.php?gid=129549753727348&ref=ts

  175. Memang aku setuju ngan barnuck & nurul. Bila aku pk lelama mmg kena syukur. N family aku kata gitu gak. So mari kita belajar sungguh2 n buktikan dlm negara ke luar negara ke tetap score…jumpa nanti on the 11 July…

  176. thats great..local or oversea kite ttp score^^
    i lurve ur spirit..huhu just giv da best shoot
    yupppttt don’t forget to join da group
    >tgh fikir pe subj y kita kena study yaa??**

    • mind u guys, you’ll thank God for not being chosen to study overseas! I did my accounting degree, 3 years in London,apart from the cold winter and cold summer, there is not much thing to feel great of studying overseas. My advice to u guys, keep up the effort to strive for excellency…and contribute to the nation!!!

  177. salam,,sy msh lg f5 thn ni,,,sy mnt sgt nk smbg blaja kt jpin,,tp sy stdnt skolah agama,,agknye course pa yg ssuai utk sy ekk,,,

  178. salam…sya dapat fibs kmkn,foundation bio sc,tumpang tanya kalau ada sesiapa yang taw pasal subject and things yang akan di pelajari pasal foundation bio sc kat kmkn atau yang sewaktu dengannye….kongsi dengan saya..terima kasih.

  179. Bila agaknya MARA nak kuarkan surat tawaran? Ada sesiapa yang dah dapat tawaran untuk KMKN…..

  180. Apa yang perlu dibawa semasa daftar di KMKN….kena bayar apa apa tak? Family aku just nak stanby bajet….sebab surat lom dapat. Ada sapa sapa ex KMKN yang dah lepas buat FIBS boleh tolong bagi penerangan….

  181. sy nk tanye,, jpa ade tawar biasiswa utk buat master x kt luar negara?

    sekarang ni sy guna biasiswa jpa utk wat degree.

  182. salam..saya sedang menuntut di kolej matrikulasi sesi 2010/2011
    pada tahun hadapan saya bercadang ingin memohon tajaan luar negara di australia bagi bidang ukur bahan. bagaimana saya boleh buat pemohonan tersebut dan bilakah tarikh untuk saya memohon??

    • Salam… secara amnya tajaan dalam kategori ini hanya untuk lepasan SPM tahun semasa sahaja. Bagi lepasan matrikulasi anda perlu mencari sendiri sumber biasiswa tersebut. Tawaran permohonan biasiswa biasanya akan banyak dibuka antara Januari – Julai.

  183. Anda perlu merujuk kepada pihak JPA

  184. saya sekarang blaja di matrikulasi.adakah saya tidak layak memohon untuk sambung ijazah di luar negara?bagaimana untuk memohon jika boleh?

    • Secara amnya tajaan ini hanya untuk pelajar SPM tahun semasa sahaja. Anda masih boleh sambung belajar ke luar negara tetapi perlu usaha sendiri untuk mendapatkan biasiswa

  185. sy nak tau camne nak sambung belajar ke luar negara bagi lepasan diploma @ ijazah sarjana muda?
    tq =)

  186. salam, keputusan piln n pidn da pn kuar..tp yg saya rsa nk kongsi ngn semua orang ni, adakah kita ditaja sepenuhnya oleh mara atau kita terpaksa membayar semula wang tanggungan seandainya kita tidak mencapai tahap yang diharapkan oleh mara sewaktu belajar nnti? apa pendapat anda semua???

  187. […] rujuk juga Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009 di ePutra sebagai panduan […]

  188. Bolehkah seseorang yang telah disenarai hitam oleh pihak mara menjadi penjamin bagi program kerjasama jpa-mara 2015?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.