Pinjaman Pengajian Anak-Anak Negeri Perak 2009

Kerajaan Negeri Perak menawarkan pinjaman pendidikan kepada mereka yang layak untuk mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah, Master dan Ph.D.

Kelayakan Pinjaman

  • Pemohon hendaklah mengikuti Kursus Pengajian Sepenuh Masa samada di peringkat Diploma, Ijazah, Master dan Ph.D.
  • Pemohon, ibu atau bapa mestilah lahir di Negeri Perak.
  • Umur pemohon pada 1 Julai tahun semasa:
    • Diploma – tidak melebihi 26 tahun. Bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan tidak melebihi 41 tahun.
    • Sarjana Muda – tidak melebihi 36 tahun. Bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan tidak melebihi 41 tahun.
    • Master Ph.D (Doktor Falsafah) – tidak melebihi 36 tahun. Bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan tidak melebihi 40 tahun.
  • Syarat-syarat tambahan bagi pemohon-pemohon yang berjaya mendapat tawaran mengikuti Kursus Pengajian Tinggi Islam di Universiti-Universiti di Mesir dan Jordan adalah seperti berikut:
    • Lulus Sijil Tinggi Agama Kerajaan Negeri Perak atau setaraf dengannya dengan mendapat kepujian (Jaiyid) serta lulus semua mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris.
    • Lulus Diploma Kolej Islam Malaysia.
    • Lulus Sijil Sekolah Menengah Arab atau yang setaraf dengannya.
    • Lulus peperiksaan tahun akhir pengajian 2008/2009 bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Islam.
    • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan).
    • Berumur tidak melebihi 26 tahun pada 1 Januari 2009 dan tidak melebihi 36 tahun jika sedang menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Islam.

IPT Yang Ditaja

  • Permohonan hanyalah untuk institut pengajian tinggi yang disenaraikan sahaja. Syarat ini dikecualikan untuk lepasan SPM.

Permohonan

  • Semua permohonan hendaklah melalui Laman Web di alamat http://biasiswa.perak.gov.my/ atau melalui Laman Web Kerajaan Negeri Perak iaitu http://www.perak.gov.my/
  • Pemohon wajib mencetak borang permohonan mereka dan mengemukakan sesalinan borang permohonan tersebut bersama salinan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang diakui sah kepada alamat berikut:
    • Setiausaha,
      Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa / Pinjaman,
      d/a Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
      Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
      Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
      Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
      30100 Ipoh,
      Perak Darul Ridzuan.

Tarikh Tutup

  • Semua borang permohonan berserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke alamat di atas pada atau sebelum 30 Jun 2009.

Sila rujuk laman web Biasiswa Negeri Perak untuk mendapat borang permohonan dan maklumat yang lebih jelas.

Reblog this post [with Zemanta]

41 thoughts on “Pinjaman Pengajian Anak-Anak Negeri Perak 2009

  1. hi,here i would like to ask abt the yayasan perak perak gives the money to those student born in perak.I already read about your rules & requirement.Here my question is ”IS IT YAYASAN PERAK gives money for those students persue their studies at Multimedia Universiti” ? For your information im born in perak and now persuing my studies at MMU.Is it any possible i can apply tis yayasan perak next year??

  2. Karthiny,
    Bagi tahun ini MMU tidak tersenarai sebagai IPT yang ditaja. Walaupun begitu sila semak senarai tersebut bila permohonan dibuka lagi tahun hadapan.

  3. Nur Haffizza says:

    salam..bila tarikh untuk permohonan pinjaman yg baru? jika pelajar telah berada di semester 3, adakah pelajar itu layak untuk memohon pinjaman?

  4. Nur Haffizza,
    Salam… Biasanya dalam bulan Mac setiap tahun. Boleh memohon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan.

  5. slam..
    kenapa permohonan ke-2 saya di tolak??
    adakah rayuan sayatidak diterima??
    apakah ciri yg spatutnya layak bg seorang pemohon??
    atas dasar apa pinjaman itu di berikan?/
    mohon penjelasan….

  6. Mumtazah,
    Salam… Sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-253 1957 untuk mendapatkan penjelasan.

  7. salam, jawapan kepada adik mumtazah ialah adik bukan anak kepada kakitangan SUK , sebab itu jawapan yg suami saya dpat semasa bertanyakan kenapa permohonan anak saya di tolak,sedangkan suami saya juga kakitangan kerajaan tetapi mereka terlepas pandang. Syarat utma ialah pemohon adalah anak kepada kakitangan SUK dan kerajaan selebihnya. Dimana anak2 perak nih terbela jika k’jaan perak sendiri tak memberi perhatian .Saya cadangkan jgn la di hebohkan atau di iklan kan pinjaman ini kelak hanya bagi org hampa..letakkan aja di pamplet khas utk anak2 kakitangan SUK atau anak2 yg dlm jbatan pinjaman ini. Sebenarnya nak saya hantar ke dlm surat khabar tapi saya masih anak perak..buat malu je

  8. Shamsinar,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

  9. salam.. disini saya ingin bertanya jika saya ingin menyambung kembali pinjaman pembelajaran diploma saya kepada peringkat ijazah , adakah saya perlu mengisi apa2 borang untuk penangguhan bayaran balik dan bagaimana saya mahu sambung balik pimjaman saya?

  10. charlie-hax says:

    allo,i’m born in JB, but my mom born in perak, so it is possible for me to appy this loan? or is it for applicants who are born on perak only? can you reply asap

  11. Asma,
    Salam… anda perlu semak perjanjian atau berhubung dengan pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian.

    Charlie-hax,
    Jika salah seorang daripada anda, bapa atau ibu anda lahir di Perak memang layak untuk memohon. Walaupun begitu dapatkan kepastian daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

  12. sheila_ahmad says:

    salam, bagaimana pula yg ingin sambung di luar negara?

  13. insan_sedih says:

    salam…sy rse begitu sedih keran permohonan sy ditolak…sy lhir di perak,tp mak ayh lhir di tmpat lain…mmg x leh k mohon???mmg sy rse klo gne org dlm..msti ad yg dpt..mmg adat dunia cmtukan…impian sy untuk ke luar negara,punah dlm sekelip mata….

  14. i’m student from Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. i’m doing my advance diploma in electronic (medical). i joined for this course on 5th julai 2010.

    i would like to know is there any loan provided for my education.

  15. Salam,

    Saya baru sahaja memohon pinjaman pendidikan yayasan perak dan permohonan saya telah ditolak kerana dokumen tidak lengkap. Saya mohon penjelasan dokumen apa kah yang tidak lengkap namun tidak mendapat maklumbalas begitu juga pertanyaan saya kepada mereka mengenai cara membuat rayuan. Bagaimanakah sekiranya saya ingin membuat rayuan? Mohon kepada sesiapa yang pernah membuat rayuan guide saya untuk tindakan sama.

    Terima kasih

  16. saya terlupa id dan password saya untuk log in.macam mane saya nak download borang, permohonan saya telah berjaya untuk fasa 1,

  17. Dahlia Husna says:

    salam…pinjman yayasan prak sy ditolak..bagaimana saya ingin memohon 2 rayuan..

  18. saya hilang no.pin saya sebelum saya sempat cetak borang saya, apakah yg harus saya lakukan ???

  19. salam…sye kamilah dr teluk intan…sye nk tnye,sye ni nk smbg blaja kt jordan..mslhnye blh ke untuk taun pertama sye pnjm suk????taun berikutnye sye xnk pnjm da….sye nk mnx dermasiswa…boleh tlg jelaskan????

  20. saya nak tanya tentang bagaimana nak mohon? adake on line atau kena ambil borang kat suk

  21. rozlinda says:

    salam…saya menuntut di UPM dalam tahun pertama..saya nak pohon bagaimana?

  22. kenapa semua link tu x boleh buka?saya nak isi borang,

  23. pelajar sem akhir nak wat pinjaman untuk satu sem sajer bley x?
    dalam keadaan terdesak skrg ni…

  24. bila wang pinjaman dikeluarkan bagi semester september
    2011 bagi program ijazah?

  25. muhamad akmal says:

    salam. saya baru dapat msj y menyatakan saya dapat pinjaman anak2 perak hari ini. 15/9/11. dan tarikh hntar borang adalah pada hari ini. apa perlu saya lakukan dan sekiranya masih ada tempoh u saya mengisi borang dimanakah blh saya mendapatkan borang2 tersebut??

  26. Salam,____Saya serta anak saya dilahirkan di Perak. Anak saya sedang Belajar diluar negara. Medic. di Russia.__Adakah Yayasan negeri memberi apa apa pinjaman ?

  27. Salam,sy adalah peminjam yayasan perak…sy sedang membayar blik pinjaman sy..adakah perkhidmatan on-line yg disediakan untuk menyemak baki pinjaman saya?

  28. sy dh cba call tpi susah btul diaorg nk angkat call..

  29. saya lahir di kedah,emak saya lahir di perak…adakan saya lahir memohon….dan saya mengambil kursus kejuruteraan di sarawak .

  30. pinjaman nie berdasarkan gaji ibu bapa ke? berapakh had gaji ibu bapa untuk layak terima pnjaman ini..?

    terima kasih

  31. Salam..

    Adakah tahun ini 2014, SUK masih lagi membuka borang permohonan pinjaman ini?
    Adakah pinjaman SUK ini juga diberikan kepada student2 tahun 2 atau tahun 3 pengajiannya?
    Berapakah nilai jumlah yang diberikan dalam pinjaman tersebut?

    Terim kasih..

  32. Muhammad Iqmal says:

    Macam mana cara nak bayar pinjaman ini guna maybank2u, cer habaq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.