PMR 2013

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013 akan bermula esok 2 Oktober sehingga 9 Oktober 2013. Seramai 462,940 pelajar Tingkatan Tiga sekolah menengah di seluruh negara akan menduduki peperiksaan PMR 2013 yang terakhir ini. PMR akan dimansuhkan mulai tahun hadapan.

Peperiksaan PMR melibatkan 8 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pertanian/ Perdagangan dan Keusahawanan).

Peperiksaan PMR 2013

Para calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan urusan pengendalian peperiksaan berjalan lancar Jadual waktu peperiksaan PMR 2013 telah diedar ke semua sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di Jadual Waktu PMR 2013.

Selamat berjaya kepada semua calon!

PBSMR ganti PMR

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) dijangka akan menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan tahun depan. Peperiksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) ini akan hanya membabitkan empat mata pelajaran teras.

Mata pelajaran yang akan diuji dalam peperiksaan PBSMR ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dengan menggunakan dwibahasa. Kertas soalan peperiksaan PBSMR ini akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan berlangsung serentak di seluruh negara.

Ketika ini semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 dan 2 serta pelajar sekolah rendah Tahun 1 sehingga Tahun 3 menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Permohonan Lepasan PMR

Pelajar tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan PMR 2013 ini, jika berminat bolehlah membuat permohonan kemasukan berikut:

2 thoughts on “PMR 2013

  1. salam… nak tanya kita kena pakai bju biasa ke atau bju sekolah slps msk kv atau smt? sbb ade ckg ckp kena pkai bju skola & ada ckg ckp pkai bju biasa. Harap balas…

  2. apa syarat dan kelayakan nak masuk ke sekolah teknik lepas pbsmr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.