Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012

Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang memperoleh 9A+ dan ke atas. Ini adalah sebahagian daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2012.

Pelajar-pelajar cemerlang lepasan  SPM 2012 akan ditawarkan secara automatik Bursary di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.

Penajaan di peringkat Bursary bukanlah jaminan untuk pelajar ditaja di peringkat ijazah Pertama. Pelajar boleh memohon penajaan dari mana-mana penaja semasa di peringkat Ijazah Pertama.

Syarat-Syarat Umum

  • Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2012;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012.

Syarat-Syarat Khusus

Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011

  • Mengikuti salah satu program persediaan berikut:
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
    2. Matrikulasi
    3. Asasi
    4. International Baccalaureate (IB)
    5. A-Level
  • Mengikuti pengajian peringkat persediaan di kolej-kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan.

Program Persediaan Bursary KPM

Bagi kesemua program persediaan yang tersenarai di bawah, penawaran Bursary KPM tertakluk kepada pelajar yang telah ditawarkan atau ditempatkan di pusat persediaan yang telah ditetapkan.

Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:

1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

2. Matrikulasi

Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.

Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program matrikulasi di institusi berikut:

  1. Kolej Matrikulasi Melaka
  2. Kolej Matrikulasi Labuan
  3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  5. Kolej Matrikulasi Perlis
  6. Kolej Matrikulasi Johor
  7. Kolej Matrikulasi Perak
  8. Kolej Matrikulasi Kedah
  9. Kolej Matrikulasi Pahang
  10. Kolej Matrikulasi Selangor
  11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
  12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

3. Asasi

Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukan pengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program asasi di institusi berikut:

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
  5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4. International Baccalaureate (IB)

Kursus persediaan IB merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA kelayakan IB hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi).

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program IB di institusi berikut:

  1. Sri KDU International School (KDU)
  2. Taylor’s University College

5. A-Level

Kursus persediaan A-Level ini merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 12 hingga 24 bulan.

Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA dalam negara kelayakan A-Level hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi).

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program A-Level di institusi berikut:

  1. Cempaka International School (CIS), Selangor
  2. HELP University College, Selangor
  3. Institut Teknologi Riam, Sarawak
  4. International Islamic School, Selangor
  5. INTI International University, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang
  6. Kolej Antarabangsa Wadi Sofia, Kelantan
  7. Kolej Bandar Utama (KBU), Selangor
  8. Kolej Damansara Utama (KDU), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  9. Kolej Teknologi Timur, Selangor
  10. Kolej Yayasan Saad, Melaka
  11. Methodist College KL, Kuala Lumpur
  12. SEGI University College, Selangor
  13. Stamford College, Selangor
  14. Sunway University College, Selangor
  15. Taylor’s University College, Selangor
  16. UCSI University, Kuala Lumpur

Bagi kesemua program persediaan yang tersenarai di atas, penawaran Bursary KPM tertakluk kepada pelajar telah ditawarkan/ditempatkan di institusi persediaan yang telah ditetapkan.

Kemudahan Dan Elaun

  • Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan;
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM430 sebulan.

Semakan Dan Pengemaskini

Semakan dan pengemaskinian profil pelajar Bursary KPM boleh dibuat mulai 25 Mac 2013 di Portal Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012.

Penerimaan Tawaran

Pelajar-pelajar yang layak di bawah Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM tahun 2012 KPM hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran Bursary KPM selewat-lewatnya pada 16 Jun 2013 tertakluk kepada tarikh tawaran kemasukan ke institusi persediaan.

Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada tarikh di atas di Portal Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012.

Kegagalan mematuhi perkara-perkara di atas dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran ini terbatal.

Maklumat

  • Sila rujuk Portal Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012.
  • Bagi pertanyaan mengenai Bursary KPM sila hubungi talian 03-8321 7086, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat bt.bursary@moe.gov.my
  • Bagi bantuan teknikal Bursary KPM, sila hubungi talian 03-8884 3717 / 3752.
  • Bagi pertanyaan mengenai program penajaan JPA, sila hubungi talian Help desk JPA di 03-8885 3704.

One thought on “Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012

  1. […] Sila rujuk Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.