Program Ekspo Selangkah Ke UiTM 2011

Program Selangkah ke UiTM 2011 merupakan buat kali kelima akan diadakan dan kali ini ia akan berlangsung dari 26 hingga 27 Mac 2011 bertempat di kampus utama serta kampus cawangan UiTM yang tertentu. Ekspo ini juga dijalankan dibeberapa lokasi yang terpilih untuk memudahkan orang ramai mengujunginya. Secara amnya ekspo ini dijadualkan akan bermula dari jam 8.30 pagi –hingga 5.30 petang bergantung kepada lokasi.

Logo UiTMEkspo Selangkah ke UiTM ini merupakan antara acara tahunan bagi UiTM bagi mempromosikan kemasukan calon-calon ke Universiti Teknologi MARA bagi pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM serta calon dari Matrikulasi. Bagi memenuhi hasrat membela nasib kaum bumiputera, UiTM telah mensasarkan seramai 250 000 pelajar menjelang tahun 2015. Progam Selangkah ke UiTM ini merupakan usaha murni UiTM demi membantu anak bangsa dan bumiputera untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Selangkah Ke UiTMSelain itu, program ini juga dapat memberi ruang kepada bakal calon UiTM dalam mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti kerana sepanjang program ini berlangsung, pensyarah dan kakitangan yang terlibat akan memberi penerangan tentang program-program pilihan calon.

Bakal calon dinasihati agar membawa salinan keputusan peperiksaan, kad pengenalan dan sijil berkaitan agar dapat membantu memudahkan proses pemilihan program ke UiTM.  Juga amat digalakkan agar dapat datang ke tempat berlangsungnya program lebih awal bagi mengelakan kesesakan.

Selain dari itu, Program Selangkah ke UiTM ini juga memberi peluang kepada calon-calon yang kurang berkelayakan tetapi ingin belajar di bawah satu lagi program UiTM iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa. Oleh yang demikian pihak UiTM berharap agar semua bakal graduan yang ingin menjadi warga UiTM datanglah beramai-ramai ke program tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk:

15 thoughts on “Program Ekspo Selangkah Ke UiTM 2011

  1. Najibah Binti Sohif says:

    i just missed ekspo selangkah ke UiTM as i`m celebrating my result with my family.I would like to know about asasi sains that UiTM had offered. please give me full information about that course as i`m really interested with it

  2. salam. saya merupakan pelajar lepasan spm 2010. kalau saya pernah berdaftar untuk ipts adakah ia akan menjejaskan permohonan bagi ipta? hal ini kerana ada satu soalan yang dikemukakan dalam borang upu: adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain selain BPKP JPT. adakah perlu saya menjawab ya atau tidak?

  3. Nurul Myracamila says:

    salam……saya merupakan pelajar lepasan spm 2010.hari itu saya terlepas untuk menghadirkan diri ke program itu kerena parent saya tengah sibuk,jadi saya x dapat pergi……dan bilakah program ni akan diadakan lagi???????????????

  4. syaliayan says:

    sy nak tanye.. sy minat sgt2 jdi guru.. bolehkah sy nak masuk ipts 0r ipta biasa dahulu… kemudian mohon menjadi guru????

    • boleh,,, syaliayan blh ambil STPM kemudian mohon program ijazah pendidikan di u atau masuk dptkan ijazah yg diminati bila gradute mohon DPLI atau KPLI

  5. saya dapat dip analisis pelaburan kat uitm.. betol ker ade penerapan dip ker degree?

    • Memang ada dikenali juga sebagai fast track tapi ada berbeza sikit ikut kursus. Secara amnya mereka yg maintain sekurang2nya CGPA 3.00 dari semestar 1 hingga 3 blh memohon. jika berjaya akan diserapkan semestar 2 peringkat ijazah. Call UiTM utk kepastian

  6. sya nk tya klau ada org yg lulus jer tp x ada kepujian mcm mn ya

  7. mcm mna org yg tak ada kepujian dlm spm dia msih kah bleh bljr tetapi dia lulus sahaja

  8. […] Ekspo Selangkah ke UiTM ini merupakan antara acara tahunan bagi UiTM bagi mempromosikan kemasukan calon-calon ke Universiti Teknologi MARA bagi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.