Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Latar Belakang
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.

Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.

Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

Tempat Pengajian

Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej Mara adalah seperti berikut:

  • Kolej Matrikulasi Melaka
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  • Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  • Kolej Matrikulasi Perlis
  • Kolej Matrikulasi Labuan
  • Kolej Matrikulasi Johor
  • Kolej Matrikulasi Perak
  • Kolej Matrikulasi Kedah
  • Kolej Matrikulasi Pahang
  • Kolej Matrikulasi Kuala Nerang
  • Kolej Matrikulasi Kulim

Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua(2) jurusan pengajian:

  1. Jurusan Sains (Kod M001)
  2. Jurusan Perakaunan (Kod M003)

Rancangan Program
a) Jangka Masa Program
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil masa dua (2) semester / satu (1) tahun kecuali bagi Program Dua Tahun.

b) Pengambilan Pelajar
Mulai sesi 2001/2002 pengambilan pelajar dibuat sekali setahun iaitu bulan April/Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan Program Matrikulasi memasuki IPTA untuk program ijazah pertama pada tahun berikutnya.

c) Mata Pelajaran
Mata Pelajaran yang dipelajari semasa mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut:
i) Jurusan Sains (M001)
– Matematik
– Kimia
– Fizik atau Biologi

ii) Jurusan Perakaunan (M003)
– Matematik
– Perakaunan
– Ekonomi
– Pengurusan Perniagaan

Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-
– Bahasa Inggeris
– Dinamika Kemahiran
– Pendidikan Islam/Moral
– Sains Informatik

Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-
– Sukan/Permainan atau
– Persatuan/Kelab atau
– Kawat Kaki

Bahasa Penghantar Program Matrikulasi
Mulai sesi 2004/2005 mata pelajaran Matematik, Sains, Fizik, Kima, Biologi dan Sains Informatik diajar dalam Bahasa Inggeris.

Pembiayaan
Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peluang meneruskan pengajian selepas lulus program matrikulasi
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam.

a) Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Sains boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:-

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Sains
  • Sains Komputer
  • Teknologi
  • Kejuruteraan
  • Seni Bina
  • Bioperubatan
  • Bioteknologi
  • Farmasi
  • Sains Gunaan
  • Sains Pendidikan
  • Teknologi Maklumat
  • Bidang-bidang lain yang sesuai

Pelajar yang mengikuti bidang perubatan juga berpeluang ditaja ke unversiti luar negara.

b) Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Perakaunan boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:-

  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pentadbiran Awam
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Bidang-bidang lain yang sesuai

Maklumat lanjut boleh di rujuk di Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran atau hubungi telefon 03-8884 4083.

Reblog this post [with Zemanta]

81 thoughts on “Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

  1. Am I too late to apply into matrikulasi? i juz got my SPM result..

  2. macam mn nk isi borang matrik

  3. miey,
    Borang boleh diisi secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran. Panduan mengisi borang juga ada disediakan.

  4. ola..cmna nk mohon gn online…

  5. may,

    Permohonan matrikulasi boleh dibuat di laman web Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi KPM. Walaupun begitu ianya telah pun ditutup pada 10 Oktober yang lalu.

    • Lee Esther says:

      Pelajar yang mengambil SPM pada 2013 dengan keputusan cemerlang, adakah dia dibenarkan mohon semula dalam program matrikulasi ?

  6. i sudah buat online permohonan matrikulasi sesi 09/10, sekarang i mahu kemaskini borang tersebut, tapi laman web itu tak dapat i langgan. Macam mana?

  7. Nur,
    Cuba hubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran di talian telefon 03-8884 4083 atau faks 03-88844028/03-88886864 untuk mendapatkan bantuan.

  8. saya dh isi borang permohonan utk matrik. tp xprint lg. sy cari laman web utk print borang tersebut,tp gagal.mcm mana sy nk print borang 2 sbg bukti permohonan sy?

  9. Mar,
    Cuba hubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran di talian telefon 03-8884 4083 atau faks 03-88844028/03-88886864 untuk mendapatkan bantuan.

  10. Salam
    Apa kelayakan pelajar sekolah menengah teknik utk masuk ke matrikulasi??

  11. Kak Long,
    Salam…
    Sila rujuk syarat kelayakan minimum bagi mengikuti program matrikulasi seperti di Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009 dan di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran.

  12. salam..

    saya dah isi borang matrikulasi bagi sesi 2009/2010..dan saya nak kemaskinikan borang tersebut …
    boleh bagi saya laman web nya tak…

  13. Jika kita kehilangan slip result matrikulasi (tahun 2000/2001), macamana kita nak dapatkan semula slip tersebut.

  14. Eita,
    Cuba hubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran di talian telefon 03-8884 4083 atau faks 03-88844028/03-88886864 untuk mendapatkan bantuan.

  15. Do we have to take MUET as one of the subjects?

  16. so how can i apply 2 matrikulasi

  17. Wanie,
    Pendaftaran permohonan ke matrikulasi untuk pelajar SPM 2009 cuma akan dibuka pada 1 Julai 2009 dan ditutup pada 10 Oktober 2009. Iklan mengenainya akan keluar di akhbar pada 28 Jun 2009 nanti.
    Sila rujuk laman web Aplikasi Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  18. umi suhaila says:

    saya dapat offer uitm tetapi saya telah buat rayuan dan berjaya diterima di uiam program asasi.macam mana nak layari online bantuan kewangan.dah buat tapi tak dapat.ada cara manual untuk mohon bantuan kewangan itu.

  19. saya hanya memperoleh pngk 2.35 dalam peperiksaan di matrikulasi???layakkah saya memasuki universiti dan memulakan kehidupan baru di sana???

  20. Umi Suhaila,
    Sila rujuk laman web https://online2.mohe.gov.my/bantuanasasi/ atau anda boleh hubungi Bahagian Biasiswa, Aras 4, Blok 1 Menara PJH, Presint 2, 62100 Putrajaya Telefon : 03-88844606/4633/4659 Faks : 03-88844701 Emel : hilman@mohe.gov.my / annys@mohe.gov.my / wansalmi@mohe.gov.my

    Nuti,
    Memang anda masih berpeluang ke universiti tetapi pastikan anda memilih kursus yang bersesuaian dengan keputusan anda.

  21. Bilakah pelajar spm2009 boleh membuat permohonan?

  22. Suellen,
    Pendaftaran permohonan ke matrikulasi untuk pelajar SPM 2009 dijangka akan dibuka pada 1 Julai 2009 dan ditutup pada 10 Oktober 2009.
    Sila rujuk laman web Aplikasi Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  23. Edward Cullen says:

    Saya nak tanya sikit, saya ada masalah dalam mengisi borang…

    Alamat rumah saya ialah… NO 32, JALAN MERANTI BUNGA 13, B/KU10, TAMAN SERI MEWAH.. MACAMANA SAYA NK RINGKASKAN… ??

  24. Edward,
    Cuba… 32 Jln Meranti Bunga 13 BKU13 Tmn Sri Mewah atau 32 Jln Meranti Bunga 13 BKU13 Tmn Sri Mwh.

  25. sy kehilangan slip/sijil kputusan matrikulasi, dmana blh sy dptkan balik sjil/slip tersebut?

  26. Nadia,
    Anda boleh cuba dapatkannya melalui Kolej Matrikulasi anda atau terus hubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran di talian telefon 03-8884 4083 atau faks 03-88844028/03-88886864 untuk mendapatkan bantuan.

  27. sekiranya saya ingin tarik diri dari matrikulasi..berapakah dendaan yang patut saya bayarkan??

  28. Wex,
    Bergantung kepada sebab anda berhenti dan dasar pelanggaran perjanjian.

  29. selain itu, bolehkah saya teruskan pelajaran saya ke kolej swasta yang lain dengan meminjam loan ptptn? adakah saya tidak dapat loan tersebut sekiranya saya tarik diri dari matrikulasi?

  30. Wex,
    Anda boleh memohon PTPTN setelah mendapat tempat di IPTS dan pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan, Pada pendapat saya menarik diri daripada Matrikulasi tidak menjejaskan peluang anda. Walaupun begitu lebih baik anda mendapatkan penjelasan terus daripada PTPTN samada datang sendiri ke One Stop Center atau hubungi melalui telefon di talian 03-2092 7788.

  31. saya telah menghubungi pihak ptptn tetapi tidak ada orang yang menjawab panggilan saya…ada apa lagikah cara yang boleh saya hubungi mereka dengan secepat mungkin?

  32. Wex,
    Memang agak sukar untuk menghubungi mereka melalui telefon, anda perlu mencuba beberapa kali.

    Jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang cuba datang sendiri ke One Stop Center mereka di Unit 1S, 2S & 5-6S, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur yang dibuka setiap hari dari pukul 8.30 – 5.00 kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum ditutup.

  33. salam,
    alamat saya,
    7 Jalan Menglembu Impiana 9,
    Taman Menglembu Impiana Adril,
    saya tak tahu macam mana nak singkatkannya…
    boleh tolong saya…

  34. Nilam
    saya tak tahu macam mana tulis alamat saya secara singkat
    64,Jalan Pengkalan Utama12,
    Taman Pengkalan Utama,
    31650 Ipoh,Perak.

  35. salam,
    alamat saya,
    7 Jalan Menglembu Impiana 9,
    Taman Menglembu Impiana Adril,
    saya tak tahu macam mana nak singkatkannya…
    boleh tolong saya……

  36. Win dan Ailey,
    Salam… Saya tidak pasti, mungkin anda boleh cuba 7, Jln Mglembu Impiana 9, Tmn Mglembu Adril.

    Jingyee,
    Saya kurang pasti tetapi cuba, 64, Jln Pgklan Utama 12, Tmn Pgklan Utama.

  37. umm,,, saya dah isi borang matrikulasi 2009.. tapi saya x sempat nak print borang itu sebagai bukti… guru kaunselor saya kata kalau x ad salinan borg,menjejaskan permohonan itu.. betul ke? kalau betul, macam mana saya nak print borang itu?: saya dah cuba cari website2 yg berkenaan, tapi x dapat. tlg saya..

  38. Mia,
    Salinan borang itu cuma perlu jika ada masalah dengan permohonan online anda. Memang sekarang tidak boleh lagi mencetaknya tetapi anda boleh buat semakan dan cetakan dalam bulan Februari 2010 nanti.
    Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010 untuk maklumat terkini.

  39. Teoh Yi Qun says:

    Sorry, i already have code to memohon matrikulasi but i foget to mohon le, how can i do now?

  40. Teoh Yi Qun,
    Anda boleh cuba membuat rayuan kerana tarikh tutupnya telah lama berlalu.

  41. aslmkm…
    sy da daftar matrik,
    tp no unik sy lupa…
    no yg kita dpt slps isi brg mohon matrik…
    ape yg perlu sy lakukan

  42. mak marah2..tak sangka keputusan saya baik..tapi dulu tak mohon matrik..boleh ke mohon lagi?rayuan?bagaimana?

  43. how to edit my information ya?? anyone noes?

  44. alhamdulillah dpat.
    sape dpt kat kulim

  45. Salam. Sekiranya kita menerima tawaran kemasukan ke Matrik,
    adakah memberi kesan kepada permohonan ke IPTA?
    Maksud saya, masuk Matrik secara automatik peluang ke IPTA
    terjejas.

  46. slm…
    sy nk tanya, ble rsult pspm 2 sesi 2009/2010 kluar?

  47. bile nk taw result pspm2 09/10..?

  48. bagaimana caranya untuk saya mengulang program matrikulasi bagi sesi 10/11?
    saya dari sesi 09/10 di matrik melaka. pngk saya 2.67

  49. salam smua…pspm2 sy dpt 2.89…masihkah ada pluang untk msuk u??

  50. salam, mcmna saya nak repeat mtrikulasi.. pointer saya rendah sgtla…

  51. result matrik da lme kuar..tp sya still x dpt slip…mcm mne ek???=(

    • Kalau tak silap saya slip yang dipos itu hanya slip sementara yang dikeluarkan oleh Kolej Matrikulasi. Sila hubungi Kolej Matrikulasi anda untuk maklumat lanjut.

  52. saya dapat matrik pahang aliran sains (pdt) tapui saya tak tahu samada saya dapat hayat @ fizikal
    macammane nie? tolonglaa

  53. saya dapat tawaran ke pra-diploma sains di uitm perlis..skrg saya sambung belajar d kmk..saya tak tahu sama ada saya patut sambung belajar d kmk terus @ p uitm dalam pra-diploma sains.saya sekarang dalam jurusan perakaunan.basic saya sangat lemah dalam perakaunan..dan saya tidak ada asas dalam ekonomi.saya dalam dilema untuk membuat keputusan.

  54. salam…cam mna nak daftar matrik nie?

  55. Salam..saya nak tahu apa kelebihan jika ambil matrikulasi.

  56. AswanMati Al-Hafiz says:

    baru2 ini saya d tegur sebab tidak mengisi borang permohonan ke matrikulasi semasa di sek.Men.Sains Lahad Datu Sabah..kini pmohonn da d tutup.. jadi apa yg prlu sy bwt skrg agr dpt msuk ke matrikulasi..

  57. sangeetha says:

    kenapa pelajar bukan islam kurang mendapat tawaraan sebegini….walaupun resultny a ok…..

  58. Assalam…… dgr citer diorg nk x wt sains fzk n hyt dh kot…org yg amik sains kena balajr math,chm,fzk n bio……lgpn diorg nk wt bi 2 msuk pointer,dlu x msuk pointer pn..huhu…tooool keer????sesiapa yg tahu tlong la jwb yeer…hehe

  59. Emm, saye tak dpat masuk matrik ni dan saye nak buat rayuan..ade borang rayuan online kah..?

  60. ahmadfarid mohd says:

    Sy dpt matrik…Tp sy ambk sains teknikal smse spm…so sy kne ambk math,kimia,fizik jew kn ??? bi0 xperlu ambk kn ??…..

  61. dijahrazi says:

    saya seorg guru KPLI DG 41 dan sudah hampir 5 tahun mengajar sains, saya merupakan graduan Sains Gunaan Fizik dari USM….. rasa ingin ubah angin ingin memohon mengajar di matrikulasi…bagaimana caranya ye? layak tak?

  62. antara banyak2 kolej mane yang the best?? 1 thn pengajian..

  63. Slam,kalau dh isi brng matrikulasi dan print..lepas 2 kena kemaskini lagi ke..atau after dpt result spm..

  64. salam ,nk tnye ni,org kate slip matrik ni ad expired date”y,,btol kew??n bpe lame tmpoh’y ?? sy da tmt mtrik dr kmm,kos akaun pngk 3.5,,rase rugi la lau sijil 2 ad expired’y,,,,,,skdr nk tahu..

  65. syahirah says:

    klau nk ambik bidang law utk lulusan matrik akaun leh tak?

  66. saya baru mohon matriks under rayuan coz saya tak mohon dulu and planned just nak msok u, and then i dpt uitm bisnes which is not my first choice kna daftar 2 jun ni,,while rayuan matriks kuar 7 jun..saya nak masok matriks… so how? saya betul2 perlukan pendapat. mana lagi better? klu saya tgu matriks then x dpt? saya dapat tujuh A’s.but my fizik n kemi c+,my bio b. saya mnx science stream..

  67. orang kate sijil matrik sah setahun sahaja betol ke

  68. nur dalila amalina says:

    why i can't opened this website ?

  69. kalo i x de asas sains tulen bolehker i apply msuk matrikulasi dlm bidang sains?????

  70. saya ingin bertanya…bagaimana hendak mohon menjadi pengajar di kolej matrikulasi, apa kelayakan yang perlu ada?

  71. Can i go to UK for further study using Matrix result? like University of Nottingham.

  72. anoymous says:

    wktu spm ambik aliran sains..tapi result bad..boleh ke tukar ke matrikulasi perakaunan mnggunakn surat rayuan

  73. macamana dan apply jadi pensyarah di kolej matrikulasi???

  74. Saya student PST n dapat pointer 2.93 utk semester 1.. skrg sy tgh smbung semester2.. boleh x klu sy nak repeat hanya utk semester 1?

  75. jika pngk saya 2.47 , saya ingin memohon untuk mengulang matrikulasi ???

  76. hamba Allah says:

    Sem 1 PNGK saya dapat 2.3 jer..saya betul2 x puas hati dengan result saya..
    Saya nk repeat..bila tnya lecturer dia ckap matrik ,student dpat 2.0 kebawah baru dapat repeat..kalau lpas 2.0 ..x dibenarkan repeat
    ..so saya gagalkan exam semester 2 supaya result saya x lepas 2.0..
    Betul tak tindakan saya tu..???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.