Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011

Biasiswa JPA 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara pada tahun ini.

Penajaan JPA & KPM

Program penajaan JPA dan KPM bagi tahun 2012 adalah seperti berikut :

  1. Program Biasiswa Nasional (PBN)
  2. Bursary
  3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
  4. Program Ijazah Luar Negara (PILN)
  5. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Program Biasiswa Nasional (PBN)

Penajaan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2011 di kalangan yang terbaik atau creme de la creme mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan pelajar.

Bursary

Sila rujuk Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011.

Bursary adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan (pra-universiti) sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada tahun 2011, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara AUTOMATIK oleh KPM tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

Pemberian Bursary tertakluk kepada pelajar telah ditawarkan atau ditempatkan di pusat persediaan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Sila layari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar program busary mulai 16 April, 2012.

Pelajar lepasan Bursary akan ditawarkan penajaan peringkat ijazah Pertama di dalam atau luar negara mulai tahun 2014 di bawah anjuran JPA sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Sila rujuk Permohonan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011.

Program penajaan anjuran JPA kepada 300 pelajar dalam bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan dididik bagi mengikuti program bahasa sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah pertama di negara berkenaan.

Pelajar yang ingin mengikuti program ini perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui laman sesawang JPA, dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor ko-kurikulum, latar belakang sosio-ekonomi keluarga dan temu duga.

Program Ijazah Luar Negara (PILN)

Penajaan PILN di bawah anjuran JPA adalah juga terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan (diantaranya STPM, A-Level, IB) yang tidak ditaja di bawah Bursary. Semua calon PILN perlu memenuhi syarat serta telah mendapat tempat di universiti terkemuka dunia.

Pelajar perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui laman sesawang JPA, dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor ko-kurikulum, latar belakang sosio-ekonomi keluarga dan temu duga.

Permohonan boleh dibuat pada tahun 2014 nanti.

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Penajaan oleh JPA kepada 10,300 orang pelajar lepasan mana-mana program persediaan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam program yang telah diiktiraf di Institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tempatan.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.

Sila rujuk komen-komen di Permohonan Tajaan JPA dan MARA Lepasan SPM 2010 sebagai panduan.

Sila rujuk Kenyataan Akhbar YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran mengenai Program Penajaan bagi lulusan SPM 2011 bagi maklumat yang lebih terperinci.

20 thoughts on “Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011

  1. assalamualaikum….nk tnye ckit..
    kalau kte da smbng blaja n nak mhon biasiswa..
    bley x tlong cdang kn biasiswa apa yang perlu saya mhon…

  2. sy nk further overseas utk PILN.. tp da ttup plak.. current cgpa is 4.00 .. 🙁 .. ader yg lain x?

  3. Penajaan PIDN di bawah anjuran JPA untuk stpm 2011 dah ade ke ???

  4. biasiswa jpa untuk lpasan stpm 2011 ade ke ??

  5. PIDN utk lpasan stpm 2011 ade ke ??

  6. salam ..biasiswa jPA PIDN utk lepasan stpm 2011 dah ade ke ?? camne kte nk tau ye ??

  7. […] Program Bursary KPM ini adalah salah satu daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011. […]

  8. […] Program Khas JPA ini adalah salah satu daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011. […]

  9. benarkah biasiswa jpa PIDN bukan untuk lepasan spm?adakah PIDN hanya untuk lepasan stpm,asasi,matrikulasi dan lain-lain?

  10. abigail charlie says:

    aloha…actually sye agak blurr ckit psal smbungan ke f6 , pgajian tinggi…sye bru abis study f5, n skrg sye dpat tawaran msuk f6 dlam jurusan kemanusian…sye nk thu ape ada pda course tu.. actually saye lom comfirm dgan kmsukan f6 sbb maybe sye plu gak ambk degree je tuk jimat masa …. bole tlong bgi pndpat ckit ker…?????

  11. adillah says:

    Adakah pinjaman pelajara MARA atau JPA tertakluk kepada bayaran boleh ubah? Or you only pay back 25% of the total amout borrowed?

  12. salam.. saya plaja bacelor sem 2.. bilakah saya boleh memohon jpa untuk sem setrusnya?

  13. hai, saya pelajar management (2nd degree) di usm, nak tanya macam mana apply jpa?

    thx~!!!

  14. macam mana nak cek result PIDN ?

  15. […] Program Khas JPA ini adalah salah satu daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011. […]

  16. […] Program Khas JPA ini adalah salah satu daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.