Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2012

Biasiswa JPA 2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama.

Penajaan JPA & KPM

Program penajaan JPA dan KPM bagi tahun 2013 adalah seperti berikut :

  1. Program Biasiswa Nasional (PBN)
  2. Program Bursary
  3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 

Program Biasiswa Nasional (PBN)

Penajaan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2012 di kalangan yang terbaik atau creme de la creme mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan pelajar.

Program ini merupakan penajaan secara automatik tanpa memerlukan permohonan pelajar.

Program Bursary

Sila rujuk Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012.

Bursary adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan (pra-universiti) sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara automatik oleh KPM tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

Penajaan di bawah Program Bursary adalah bagi peringkat persedian sahaja di kolej-kolej persediaan dalam negara bagi salah satu program persediaan berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Matrikulasi
  • Asasi
  • International Baccalaureate (IB)
  • A-Level

Penajaan di peringkat Bursary bukanlah jaminan untuk pelajar ditaja di peringkat ijazah Pertama. Pelajar boleh memohon penajaan dari mana-mana penaja semasa di peringkat Ijazah Pertama.

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Sila rujuk Permohonan Program Khas JPA 2013 Lepasan SPM 2012.

Program penajaan anjuran JPA kepada 300 pelajar dalam bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan dididik bagi mengikuti program bahasa sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah pertama di negara berkenaan.

Pelajar yang ingin mengikuti program ini perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui laman sesawang JPA, dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor ko-kurikulum, latar belakang sosio-ekonomi keluarga, temu duga dan sesi pemilihan khas di bawah Student Assessment Centre (SAC).

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.

Sila rujuk Pemakluman mengenai program khas JPA bagi lulusan SPM 2012 dan pautan-pautan yang dinyatakan di atas.

8 thoughts on “Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2012

  1. […] Program Khas JPA 2013 ini adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2012 ke negara Jerman, Perancis, Jepun dan Korea. Ini adalah sebahagian daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2012. […]

  2. […] Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang memperoleh 9A+ dan ke atas. Ini adalah sebahagian daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2012. […]

  3. Ezmir Izammel says:

    asm. SAYA Ezmir Izammel Zainoren, lepasan SPM 2012. Saya telah menghadiri temuduga Mara/ Jpa dna JPA untuk program Korea/ Jepun/ UK. Bila kah kita akan tahu akan keputusan untuk tajaan tersebut?. Sekian, terima kasih. Wassa;am. Ezmir Izammel Zainoren

  4. Boleh tahu bila keputusan temuduga JPA-MARA bagi 2012 SPM leavers?

  5. iera ghani says:

    saya pelajar tahun pertama ijazah, lanjutan daripada diploma.adakah saya layak memohon biasiswa jpa?

  6. Muhd Hafiz says:

    Saya pelajar tahun pertama ijazah, ingin memohon biasiswa jpa. Bilakah tarikh buka permohonan?? Mohon perjelasan. Terima kasih 🙂

  7. nor fidah says:

    Anak saya telah mendpt tawaran biasiswa jpa pd tahun 2012. Disebabkan ada bbrp masalah, tawaran telah ditolak. Blh tak buat rayuan utk penerimaan semula

  8. saya seorang guru lepasan ijazah dan akan melanjutkan pengajian peringkat master awal september depan secara sambilan. adakah saya layak untuk memohon biasiswa drp jpa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.