Rayuan Permohonan Ke Program Matrikulasi Sesi 2009

TERKINI :

Keputusan permohonan ke Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) Sesi 2009 telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran pada 17 April 2009 yang lalu. Manakala keputusan permohonan ke Matrikulasi Program Dua Tahun (PDT) Sesi 2009 akan boleh mula disemak pada 3 Jun 2009.

Memandangkan terdapat begitu banyak permohonan dan tempat yang terhad tidak semua pemohon yang layak akan berjaya dipilih. Pemohon berkelayakan yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan.

Rayuan boleh dibuat melalui internet atau secara bertulis. Di dalam surat rayuan bolehlah dinyatakan sebab-sebab yang boleh menyokong rayuan anda seperti kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum, keazaman untuk mengikuti program Matrikulasi dan latarbelakang keluarga.

Salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang telah disahkan perlulah dilampirkan bersama surat rayuan. Begitu juga jika ada dokumen lain yang disertakan perlu telah disahkan.

Sila hantar surat rayuan anda kepada Bahagian Matrikulasi, Aras 6, Blok E15, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, sebelum 30 April 2009 ini.

Keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada 22 Mei 2009 melalui laman web Kementerian Pelajaran.

Pemohon juga boleh menyemaknya dengan menghantar SMS dengan menaip MOE jarak MAR jarak nombor kad pengenalan pelajar dan hantar ke 15888 ataupun menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03 8884 4100.

Hanya mereka yang gagal dan membuat rayuan sahaja akan dipertimbangkan untuk memasuki program Matrikulasi.

Related posts:

  1. Semakan Keputusan Permohonan Ke Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2009
  2. Tarikh Keputusan Permohonan Ke Matrikulasi Sesi 2009
  3. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  4. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  5. Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2008/2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , ,
Read 485 articles by

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives