Salinan dan Terjemahan Keputusan Peperiksaan

Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan

  1. Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Salinan keputusan SPM / MCE dikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak. Sementara bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.
  2. Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.  Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri.  Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
  3. Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:-
    • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
    • Nombor kad pengenalan lama dan baru
    • Tarikh lahir
    • Nombor pusat mengambil peperiksaan  dan angka gilliran
    • Nama peperiksaan
    • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan
  4. Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
  5. Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
  6. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar.  Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

Permohonan Terjemahan Sijil Peperiksaan

  1. Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan perkhidmatan terjemahan sijil atau pernyataan ke dalam Bahasa Inggeris.
  2. Bagi permohonan terjemahan sijil atau pernyataan, sila kemukakan salinan sijil atau pernyataan atau slip keputusan (sekiranya sijil atau pernyataan belum dikeluarkan oleh LPM).  Laporan polis atau surat sumpah tidak diperlukan.
  3. Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian terjemahan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Lain-Lain

  1. Semua permohonan, samada untuk mendapatkan salinan keputusan atau terjemahan hendaklah menggunakan borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  2. Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter di aras bawah bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Blok E11, Parcel E Putrajaya, Jabatan Pelajaran Negeri (Unit Penilaian dan Peperiksaan) atau di laman web LPM, http://apps.emoe.gov.my/lpm
  3. Semua permohonan akan diproses dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.  Sila sertakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem secukupnya untuk penghantaran resit, sekirannya permohonan dibuat melalui pos.
  4. Salinan Keputusan / terjemahan yang telah siap akan dihantar kepada pemohon menggunakan pos berdaftar.  Sila pastikan alamat tepat dan lengkap.
  5. Permohonan boleh dibuat samada melalui pos, atau datang sendiri ke bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia di Blok E11, Parcel E, Putrajaya.

Kaunter permohonan dibuka setiap hari bekerja.

Isnin – Khamis   :      8.15 pagi – 12.30 t.hari/ 2.00 ptg – 4.30 ptg.
Jumaat              :      8.15 pagi – 12.00 t.hari/ 2.45 ptg – 4.30 ptg.

  • Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut:

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 5, BLOK E11,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.
(U/P: UPMPD – UNIT KECIL SIJIL) – Tel: 03-88843526 / 3528

Nota

* Calon yang tidak pernah mengambil sijil asal tidak dibenarkan membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan.
* Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon.  Sijil asal boleh didapatkan daripada sekolah di mana calon menduduki peperiksaan atau di Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Borang

Muat Turun Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan
Muat Turun Borang Permohonan Terjemahan Keputusan Peperiksaan

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut sila hubungi talian 03 8884 3526 / 3528.

173 thoughts on “Salinan dan Terjemahan Keputusan Peperiksaan

  1. Hi, terima kasih atas info diatas, sangat berguna! 🙂

    Tapi saya nak tau sangat pasal silibus penuh matrikulasi aliran Sains Hayat… saya nak download dua-dua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris… tapi kat mana ya? Dan macam mana saya boleh terjemahkan documents tersebut – dimana, berapa nak bayar, etc. …?

    Salam sejahtera.

  2. Sally,

    Sama-sama.

    Sila rujuk Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.

  3. salam….blh sy thu mcm mn nk dptkn borang pemohonan salinan keputusan peperiksaan????blh ker dapatkan kt jabatan kementerian negeri????sijil UPSR,PMR n SPM sy hilang…sy mahu mohon dptkn blik sijil asal

  4. Ina,

    Borang boleh diperolehi di Muat Turun Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan atau di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri.

    • AZIZUL_NGATIMIN says:

      borang permohonan mesti dihantar ke PUTRAJAYA ?? adakah Jabatan Pelajaran Negeri tidak mengeluarkan salinan sijil SPM ?

  5. kalao tidak dapat sijil asal matrikulasi,boleh tak mohon untuk dapat salinan baru?
    saya sudah kunjungi bahagian matrikulasi di putrajaya dan telah isi borang untuk buat semula salinan tetapi dah setengah tahun,tak sampai-sampai lagi sijil saya

  6. Quinnie,
    Sepatutnya memang boleh. Sila hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-8884 4083 untuk mendapatkan penjelasan kenapa anda belum menerimanya. Hubungi juga Kolej Matrikulasi anda dahulu untuk mendapatkan bantuan.

  7. mohd irfan bin zainal says:

    kenapa tidak ada permohonan secara on line,semata mata nak pergi ke putra jaya untuk mengambil borang dan kena tunggu pula selama 4 minggu,tak ke menyusahkan pengguna.penat je belajar komputer

  8. Mohd Irfan,
    Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia atau dipohon secara pos tanpa perlu datang sendiri. Borang yang telah lengkap diisi juga boleh dihantar secara pos.

  9. saya telah mengambil SPM pada tahun 1997. Oleh kerana saya gagal subjek english maka saya telah mengambil sekali lagi pada tahun 1998 tetapi cuma subjek 1119 bahasa Inggeris sahaja dengan mendapat 7. Saya juga telah mendapat salinan keputusan. Ia menyatakan keputusan peperiksaan keseluruhan:- Tidak memenuhi syarat persijilan. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak memenuhi syarat persijilan dan adakah ia sama taraf dengan SPM. Perlukah saya meletakan 9 atau 7 pada bahasa inggeris ketika mengisi borang permohonan

    • as salam.. wanie
      saya mempunyai masalah yang sama dengan awak.. saya juga mengambil spm pada tahun 1997 dan tidak memenuhi syarat persijilan kerana tidak hadir ujian lisan (oral) bahasa inggeris.. saya pernah mengambil semula subjek bahasa inggeris tetapi perkara yang sama berlaku kerana surat panggilan untuk hadir ujian lisan tidak sampai.. adakah dengan hanya mengambil semula subjek bahasa inggeris sahaja dapat digabungkan dengan subjek yang diambil pada tahun 1997?

  10. Wanie,
    Saya tidak pasti mengenai maksud ‘Tidak Memenuhi Syarat Persijilan’. Diharap ada pembaca lain yang dapat membantu.
    Mengenai mengisi borang permohonan, anda patut letak 7.
    Untuk makluman, jika anda memohon melalui UPU (pengambilan Julai) adalah perlu memohon dalam kategori D.

  11. terima kasih….Perlukah saya meletakan 9 atau 7 pada bahasa inggeris ketika mengisi borang permohonan kerja especially borang SPA…

  12. Wanie,
    Sama-sama… letaklah 7 kerana itu keputusan terkini anda.

  13. i lost my muet slip and to replace it, it needs no giliran muet plus no pusat ujian.. pusat ujian was at n9, who i need to call for this? do they still keep the record. i took it on 2004. kindly help. i’m so confused! tq.

  14. Nazirah,
    Saya rasa anda boleh cuba menghubungi pusat anda mengambil MUET dahulu atau terus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-6136 9663.
    Kalau tak silap saya nombor kad pengenalan anda boleh digunakan untuk menyemak nombor giliran tersebut.

  15. assalammualaikum,

    Saya telah hantar permohonan salinan sijil SPM saya ke LPM pada 16/10/2009,

    pada 16/11/2009 saya menelefon ke LPM untuk mengetahui status permohonan saya kerana setelah 4 minggu saya masih belum menerima apa apa maklumbalas. Saya dimaklumkan bahawa permohonan saya belum diterima tidak didaftar dalam sistem. Pegawai berkenaan meminta saya menghubungi beliau balik pada sebelah petang, lebih kurang 4.30 petang saya menelefon balik dan di maklumkan bahawa beliau baru terima permohonan saya itu pada hari 16/11/2009. Saya rasa amat terkilan kerana setelah sebulan permohonan saya baru diterima. saya juga dimaklumkan bahawa permohonan saya telah di chop terima bertarikh 5/11/2009.

    saya tidak tahu kenapa kelewatan ini berlaku. untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya memerlukan salinan sijil saya selewat-lewatnya 7/12/2009. Saya amat berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya untuk mendapatkan sijil saya selewat-lewatnya 7/12/2009. Diharap tuan / puan dapat memaklumkan kepada saya melalui e-mail saya seperti di atas. Bantuan dari pihak tuan/ puan amat saya harapkan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

    " PENYAYANG BEKERJA BERPASUKAN DAN

    PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

  16. Roslina,
    Salam… Saya bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Jika ianya masih belum selesai saya syorkan anda datang sendiri ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Lembaga Peperiksaan yang berada di ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Mereka juga boleh dihubungi melalui telefon 03-8884 3787 / 3785 atau faks 03 – 8884 3783 atau emel weblpm@moe.gov.my

  17. asskum,macam mana nak cek keputusan spm 2009 melalui ephone dan internet dan boleh tolong cek tak untuk saya keputusan spm 2009 ni nombor i/c saya 920521-14-5929

  18. saya calon spm tahun 1998 dan saya tidak dapat mengambil ujian lisan bahasa Inggeris.tetapi saya hadir semasa mengambil kertas matapelajaran tersebut. apabila saya mengambil keputusan peperiksaan saya,didalam slip tertulis yang saya tidak layak persijilan. adakah jika kita tidak mengambil ujian lisan matapelajaran tersebut akan menyebabkan kita tidak layak untuk mendapat sijil spm.

  19. saya telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2004, malangnya sijil tersebut telah hilang,kini, saya lepasan graduan ijazah sarjana muda ingin mencari kerja, boleh tak sekiranya saya ingin mengambil salinan sijil tersebut di pihak tuan dan apakah dokumen yang di perlukan untuk mengambil salinan tersebut.
    terima kasih.

  20. saya telah kehilangan salinan peperiksaan SPM 2004,namun, persoalan saya, adakah saya layak untuk membuat permohonan salinan tersebut untuk kali kedua?saya benar-benar mengharapkan salinan tersebut untuk memudahkan saya menyambung pengajian saya di peringkat tinggi.
    segala kerjasama pihak puan, saya hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih.

  21. RAJALETCHUME says:

    selamat sejatera…saya rajaletchume dari pahang.tapi sekarang belajar di pantai college of nursing and health science di subang..i terpaksa oleh family to sambung my study here. i did not got sponser to study here.nw i am self sponser student.i gt apply to study in kkm.can i get sponser from kkm?me just only semester 2.hw i apply to kkm to get the sponser? plz help me

  22. bley tak bg contoh cmna nk wat surat sumpah tu. dan untuk borang hendak mendapatkan salinan keputusan spm tu, untuk slip ke sijil? skrg masalah sy, sijil asal sy hilang, slip original ada. apa cara untuk sy dapatkan SIJIL asal, bukan slip.

  23. Muhd Amin,
    Salam… keputusan SPM 2009 belum diumumkan oleh itu belum boleh disemak. Anda boleh menghubungi sekolah anda apabila keputusan telah diumumkan jika tidak dapat hadir sendiri ke sekolah.

    Rifa,
    Saya tidak pasti tetapi mungkin benar kerana ujian lisan adalah sebahagian daripada peperiksaan.

    Anna,
    Sila ikuti panduan yang telah dinyatakan di atas.

    Jiban,
    Pada pendapat saya anda masih boleh memohon salinan baru keputusan peperiksaan tersebut.

    Rajaletchume,
    Sila hubungi bahagian Hal Ehwal Pelajar kolej anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan pembelajaran.

    Hazlami,
    Anda boleh mengunjungi mana-mana pesuruhjaya sumpah untuk membuat dan mendapatkan surat sumpah tersebut. Perlu diingat anda tidak perlu surat sumpah jika datang sendiri untuk membuat permohonan.
    Setahu saya sijil hanya dikeluarkan sekali sahaja dan pihak LPM hanya mengeluarkan pengakuan keputusan peperiksaan dan bukan sijil baru keputusan peperiksaan.

  24. iskandarima says:

    Salam

    Saya tidak pernah mengambil sijil asal SPM dan STPM
    saya mengambil SPM pada 2002, STPM 2004
    adakah sijil tersebut telah dihantar ke Putrajaya atau masih lagi di sekolah saya atau dibahagian PPD?

  25. Iskandarima,
    Salam… Anda boleh cuba semak di sekolah anda dahulu dan jika tidak ada di sekolah sepatutnya di PPD untuk sijil SPM. Bagi sijil STPM mungkin dikembalikan di Majlis Peperiksaan Malaysia, dapat kepastian dengan sekolah anda.

  26. tentang butiran butiran yang ada pada borang permohonan salinan keputusan peperiksaan,apa yang patut tulis pada 5)KEPUTUSAN pangkat/grade ?
    keputusan apa tu?
    bahasa melayu ?

  27. ms.nilam,how to fill tat blank?
    wat should I fill tat field?

  28. can I juz empty tat field?
    Pls reply me …

  29. boleh ke borg permohonan tu kita just print out je?

  30. berapa masa diperlukan untuk mendapatkan salinansijil SPM sekiranya saya datang sendiri ke Lembaga peperiksaan malaysia?

  31. adakah keputusan spm 2002 masih boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke universiti

  32. sijil Diploma Perguruan saya hilang..bagaimana cara untuk saya dapatkan semula sijil tersebut???

  33. Ibrahim Bahari says:

    Salam.

    Saya kehilangan sijil SPM & SRP dalam banjir yang melanda kampung saya. Masalahnya sekarang saya tidak ingat nombor pusat dan angka giliran semasa menduduki peperiksaan tersebut dan saya juga tidak ingat pangkat yang saya perolehi untuk SRP. Harap bantuan lanjut untuk saya menghantar borang permohonan salinan keputusan ini. Terima kasih.

    • Salam… anda boleh pergi ke sekolah di mana anda mengambil peperiksaan tersebut untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Selepas itu bolehlah anda memohon salinan sijil dengan LPM.

  34. salam. saya kehilangan Sijil Perguruan Asas. bagaimanakah saya ingin memperolehi semula sedangkan Maktab terdahulu saya telah tutup dan berpindah. Maktab tersebut ialah Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan

  35. saya kehilangan slip keputusan MUET…
    bagaimana saya boleh dapatkan slip MUET saya kembali?
    adakah saya perlu ke Putrajaya untuk ambil slip saya?
    kebetulan, saya perlukan slip tu sbagai persediaan untuk isi borang upu fasa 1 tidak lama lagi…

    harap dapat membantu saya. terima kasih.

  36. noorshalida says:

    salam.klau saya pergi on the spot lembaga peperiksaan kt putrajaya tu, bleh dpt trus, means time tu juga ke slip spm yg hilang?

  37. Bolehkah saya mewakilkan ibu atau kakak saya untuk membuat laporan polis atau surat akuan sumpah yang memaklumkan bahawa sijil SPM saya telah hilang? Salinan bukti atau dokumen sijil turut disertakan semasa laporan dibuat oleh ibu atau kakak saya.

  38. Mungkin boleh menggunakan nombor kad pengenalan, saya tidak pasti.
    Biasanya mengambil masa 4 minggu.

  39. Anda perlu menghubungi terus Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk mengetahui di mana sijil anda disimpan.

  40. Hai. Bagaimanakah saya boleh dapat salinan keputusan upsr tahun ini?

  41. salam, saya nora…sijil spm saya hilang tp slip spm saya ada…..saya mgu dpn nk g interview spp pppt dh29….sijil spm da hilang cmane ni???saya x apply pon lg kt lembaga peperiksaan malaysia…adakah saya punya slip spm tu laku???setahu saya klu interview kerajaan mesti wajib nk tgk sijil spm….tolongla saya apa yg harus saya lakukan????????bole k saya mintak surat akuan dari pengetua sekolah utk sahkan saya punya slip spm….atau cmane….tolong la saya…..

  42. mcm mane nak taw no pusat peperiksaan?dari no angka giliran boleh taw ke?

  43. Abu Bakar Bin Udin says:

    Saya kehilangan sijil peperiksaan SRP & SPM.Bagaimana untuk saya dapatkan kembali
    sijil2 saya?berapa lamakah proses?Bagaimana sekiranya tidak tahu nombor giliran dan
    nombor pusat peperiksaan?

  44. Sarah Zainal says:

    salam..kes saya sama cm nora..adakah slip spm sah untuk digunakan dalam apa-apa permohonan?

  45. saya nk mohon salinan sijil spm semula..tetapi dalam borang yg sy download ada diminta no pusat/angka giliran..saya mmg dh xingat dan slip result spm sy pun hilang..so sy mmg xder rujukan utk find out nombor tu..mcm mn ya?..perlu jugak ke diisi nombor tu?

  46. bolehkah saya dapatkan keputusan PMR 1994 secara online sebelum saya maemdapatkan salinannya kerana saya ingin emohon jawatan dalam kerajaan tetapi perlukan result PMR..sedangkan salinan saya telah hilang

  47. Salam.. borang blh download kat link di atas

  48. nak tnya,bagaimana nak check no angka giliran bagi calon yang mengambil muet pertengahan tahun 2009?sebab sijil muet saya dah hilang tapi nak dapatkannya semula dia nak no angka giliran dan pusat..saya dah lupa no angka giliran tahun 2009..boleh x saya dapatkannya semula?

  49. Assalamualaikum..

    Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan yang dimuat turun tersebut berlabel LP/SIJIL/Pin 1/06. Saya ambil peperiksaan PMR pada tahun 2009, bolehkah saya membuat permohonan dengan menggunakan borang itu?

    Terima Kasih..

  50. salam…saya nak tanye sikit….ad tk list spm 2009 di internet??….

  51. saya nak tanya…saya dah isi borang kemasukan matrikulasi tapi bila saya nak kemaskini borang tersebut…maklumat permohonan tiada…adakah selepas keputusan spm diumumkan nanti…saya tidak akan ditawarkan ke matrikulasi…sila reply dengan segera…terima kasih..

    • sepatutnya Shazleen blh menghubungi talian hotline Matrikulasi utk memastikan permohonan anda ada dalam sistem

  52. heartnet says:

    bagaimana nk mengetahui angka giliran kerana salinan spm saya dh hilang bagaimana saya mahu mengisi borang tanpa mengetahui no angka giliran spm

  53. ZARINAH SHAHARANEY says:

    SIJIL DIPLOMA PERAKAUNAN SY TELAH HILANG. SY MENGAMBIL PJJ DI UITM, JLN OTHMAN PETALING JAYA. TAMAT PADA 1994..BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPAT SALINANNYA?

  54. macam mana dengan slip SPM JULAI..Di mana boleh dapatkannya?

  55. SPM JULAI?..

  56. Saya calon persendirian STPM 2010. Tetapi belum dapat slip keputusan STPM, saya sudah menelefon ke Majlis Peperiksaan Malaysia, mereka memberitahu saya bahawa slip sudah kirim ke rumah saya, tetapi hingga sekarang saya pun belum dapat. Saya nak memohon University, tapi tanpa slip itu, saya tidak dapat memohon, borang yang disertai di halaman ini juga boleh digunakan untuk memohon slip STPM? Terima Kasih,

  57. nabila.wb says:

    assalamualaikum,
    sy kehilangan slip peperiksaan spm sy,
    tp sy perlukannya kerana mggu depan
    sy kne melaporkan diri ke politeknik.
    apa yg perlu sy lakukan?

  58. Salam. Saya kehilangan sijil PMR dan hanya memiliki penyata. Saya memerlukan sijil tersebut pada awal bulan julai. soalan saya adalah, sekiranya saya mula membuat permohonan salinan sijil yang baru, bolehkah saya meminta pengakuan bertulis daripada badan pemproses salinan sijil tersebut bagi membuat permohonan kerja sementara menunggu sijil tersebut siap diproses?

  59. SAYA NAK MOHON SALINAN STPM DAN MUET YG HILANG? PAKAI BORANG YANG SAMA KE?

  60. saya nak tanya , nak MOHON BORANG SIJIL STPM DAN MUET pakai borang yang sama ke

  61. sijil PMR saya hilang..boleh tak kita cek secara online tidak perlu pergi ke putrajaya?

  62. ramai rupanya yg hilang sijil…

  63. WEY YOK SAN says:

    Adik ipar saya PHANG CHUI LIN No.KPT641022-01-5706 pernah menduduki SPM pada tahun 1988 di SMK Sultan Abdul Jalil,Kluang,Johor,Malangnya sijil telah hilang semasa pindah rumah.Beliau tidak dapat apa-apa salinan simpanan.Bagaimana boleh dapat No pusat Angka Giliran?Bolehkah LPM dapat carian no.angka tersebut kadar segera,terima kasih

  64. Bagaimana nak buat laporan polis? maksudnya perlu pergi kt mana2 balai polis la yer?

  65. Salam sejahtera,
    Sijil diploma pendidikan awal saya telah hilang.Saya mengambil diploma ini di UUM. Bagaimana saya ingin mendapat semula salinannya ?
    Sekian terima kasih.

  66. Nak tanya… bagaimana untuk mendapatkan NO SIRI SIJIL SPM ?? sijil SPM saya dah hilang saya sudah membuat permohonan salinan yang baru tp tidak sampai2 lagi…Yang paling penting no siri tersebut diperlukan dengan kadar segera untuk tapisan keselamatan pertauliahan diraja palapes !! harap saudara/saudari dapat memberi komen tentang ini….

    • Kalau pihak sekolah tempat Roy ambil SPM tu tak dapat tolong, rasanya kena datang sendiri ke pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia utk membuat semakan

  67. saya mengambil spm pada tahun 2000, oleh kerana saya gagal semua mata pelajaran saya tidak menerima sijil spm. saya ingin mohon utk mendapatkan sijil spm, oleh sebab saya tak ada sijil spm saya tak layak utk kerja di negara jiran. sya minta dari tuan/puan berilah cara untuk dapatkan sijil spm……?

  68. saya telah kehilangan slip pmr saya…macam mana nak minta slip pmr yg baru…

  69. macam mana saya nok dapatkan salinan peperiksaan Am Kerajan saya di seri aman yang dah hilang. tahun1990 pusat di Sri aman sarawak.

  70. salam. I lost my english language 1119 certificate. kat mana sy nak dapatkan sijil tu balik? does it follow the same procedure as replacing lost SPM cert?

  71. kumares a/l thangavelu says:

    salam sejahtera….

    saya telah hantar permohonan sijil spm saya ke LPM pada 26/7/2011 melalui poslaju. pada 27/9/2011 saya cuba menghubungi ke LPM untuk mengatahui status permohonan sijil spm saya kerana sudah 4 minggu, saya masih belum menerima apa-apa maklum balas. tapi saya tak dapat menghubungi nombor telifon tertib di atas borang permohonan sijil spm itu. operator yang menjawab panggilan saya dikata ‘nombor yang anda dail telah disekatkan’ untuk pengatahuan tuan/puan nombor yang saya dail ialah 03 88843526/28, 03 88843787/ 3785 tapi tak dapat dihubunginya.

    kepada tuan/puan tolong berikan nombor yang senang untuk di hubungi. saya amat mengharap sijil spm itu tolonglah saya tuan/puan.

    disini saya menyertakan nombor kod angka giliran saya JB062A134 so tuan/puan tolong memberi balas pasal status permohonan sijil spm saya pada email saya.

    “SALAM SATU MALAYSIA”

    • salam sejahtera… kerana Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah di bawah Kementerian Pelajaran, sila telefon Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 untuk mendapatkan bantuan

  72. saya hilang slip untuk menduduki peperiksaan muet. jadi bagaimana caranya untuk mencetak semula slip tu?

  73. salam. kakak saya telah mendapat gred 9 dalam subjek bhs melayu. justeru, dia tidak mendapat sijil spm yang asal. tetapi, dia memerlukannya untuk apply kerja kerani. apa yang kami perlu lakukan sekarang??? bagaimana untuk mendapatkan sijil spm???? adakah kami perlu memohon di ppd atau terus menelefon pihak mpm????

  74. sijil maktab perguruan saya hilang.salinan sijil masih ada.bagaimanakah untuk saya mendapatkan sijil tersebut semula ?

  75. adakah keputusan ujian lisan bahasa melayu dicetak di sijil spm..

  76. sy ambil spmv pd tahun 2001. macam mane nk tau keputusan ujian lisan bahasa melayu samada lulus atau tidak

  77. Bagaimanakah saya boleh dapat slip keputusan tingkatan 2 saya dalam peperiksaan sekolah melalui internet?

  78. salam..nk tnye skit?mcm mne kter nk dptkn semula angke giliran muet 2011 ..??

  79. salam..saya ingin tahu semula no angka giliran peperiksaan spm saya pada tahun 1998

  80. Salam..nak tahu adakah salinan keputusan peperiksaan STPM masih valid seperti sijil yang asal?jika ingin mengisi borang online UPU,adakah masih boleh diterima?Terima kasih.

  81. sijil diploma perguruan saya hilang, bagaimana saya hendak mendapatkan semula sijil tersebut.

  82. salam
    borang permohonan terjemahan tidak dapat dimuat turun.
    tolonga perbaiki masalah teknikal ini,
    sekian terima kasih

  83. saya ingin membuat penyemakan semula kertas2 bahasa Malaysia, Biologi dan Fizik saya. Bagaimanakah caranya ?. Sekian Terima kasih.

  84. salam, adakah saya boleh mendapat balik salinan sijil upsr tahun 1998?

  85. salam,saya kehilangan slip keputusan PMR 1996 angka giliran JFK029K132.adakah LPM dapat membantu?

  86. petrus leo says:

    salam 1 malaysia..saya ingin bertanya,baru2 ini,saya telah memohon untuk mendapatkan salinan peperiksaan spm saya.buat makluman, peperiksaan yang saya ambil ialah pada tahun 1994.. saya ada membuat laporan polis cuma tidak ada menyatakan sepeti yg dikehendaki melainkan laporan mengatakan sijil hilang. adakah permohonan saya dapat di proses kerana saya benar2 memerlukan salinan sijil tersebut untuk pengeluaran pembiayaan pengajian saya.memandangkan saya di sabah,amat sukar untuk saya berurusan di putrajaya.harap tuan bisa membantu..terima kasih.

  87. assalamualaikum saya telah mengikuti spm ulangan matematik pada tahun 2009 tapi sehingga kini sy tidak mendapat keputusan tersebut..sy sangat keliru apa yg harus saya lakukan… saya tidak membuat sebarang laporan polis ketika itu kerana sy tidak m'angapnya hilang cuma mungkin lewat sampai tp kini sudah sangat terlewat.sy yg dlm dilema sgt memerlukan jwpn dan pendapat pihak anda.

  88. salam… tnya boleh nk wat surat sumpah or buat report polis or kedua2nya.?. heh

  89. saya menduduki SPM pada tahun 1999…semenjak itu saya tidak pernah mengambil sijil SPM saya..tapi sekarang saya sgt memerlukan atas ada tawaran kerja hanya dengan mengunakan sijil SPM..mcmmana saya boleh mendapatkan sijil SPM, Jikalau diluar sana dapat membantu,saya amat menghargai jasa anda…

  90. assalam..saya telah menduduki peperiksaan spm pada 2010.. Saya masih lagi belum mengambil sijil spm saya di sekolah.. Boleh tak ibu atau ayah saya menjadi wakil untuk mengambil sijil spm saya?

  91. nk tnye adakah sijil ujian lisan ade salinan? klu ade cmne nk dptkn ye?..

  92. saye nyer slip pmr baru dpt seminggu da hilang -.- , da boleh pegi amik ke ?

  93. slip pmr sy hilang kemarin .. mcm mne ni ?????????????????????????????????

  94. kalau slip upsr 2001 tak ambil di sekolah mcm mne ye nak buat??

  95. salam,
    guna pen biru ke hitam untuk mengisi borang?
    tk.

  96. salam,
    name skolah saye pnjang sngat, bolehkah saye mengisi lebih daripada kotak?

  97. NUR HAMIZAH BINTI HAMZAH says:

    keputusan upsr dan pmr sy hilang. macam mane sy ingin dapatkan salinan semula?

  98. dauz karipapbull says:

    assalamualaikum. bagaimana cara untuk mendapatkan sijil original SPM/PMR , sebab setahu saya.. saya tak pernah miliki sijil original SPM dan PMR..

  99. Sy Ganageswary pd thn 1997 duduk spm di sekolah westland di penang tp oleh sebab makmeniggal dunia sampai sekarang tak ada sijil spm tolong sy

  100. Salam, bagaimana hendak tahu spm kita pangkat berapa berdasarkan keputusan?

  101. salam…:D
    saya pelajar spm 2012 dn mndpt kputusan pada thun 2013…
    tpi mlang nya slip kputusan spm saya tlah rosak..pda mse tu jgak lah sye ditwarkan ke sebuah kolej…
    dn mmrlukan keputusan spm sya..apakah yang harus sya buat..??
    dan mcm mana nk dptkan sijil asal SPM..??smpai skrang sye msih blom mndpt sijil SPM..
    berapa lama tempoh untuk pemprosesan sijil SPM tu..??

  102. Qaseh Nadierah says:

    saya calon persendirian tahun 2013.. saya hadir ke ujian lisan bahasa melayu tapi xdapat hadir ke ujian lisan bahasa inggeris kerana sy mengalami kecederaan dalam perjalanan nk ke smk gudang rasau untuk ujian lisan..ape akan jadi pada keputusan saya dan sijil spm saya nanti..risau lah…

  103. Acai Imran says:

    Salam . Sy tidak tuntut transkrip matrik di pjbat pos . Skrg sy hnya da seminggu utk mdaftar ke U . ? Apa perlu saya buat ?

  104. sijil maktab saya hilang,bagaimana saya hendak dapatkan yang baru

  105. salam , kalau sijil maktab saya hilang macamana nak buat ? harap dapat bantu .

  106. KEPUTUSAN pangkat/gred. . Apa yg perlu saya isi di ruangan tersebut bagi jenis peperiksaan PMR?

  107. Hj i, just nak tanya.. Kwn saya ambil salinan keputisan spm dia tp bila check result xsama dgn yg lama.. Means ada discrepencies.. Dgn siapa perlu berjumpa?

  108. Saya calon SPM 2005. Saya nak mohohon untuk terjemah sijil spm sy ke bahasa inggeris. Boleh x di masukkan sekali keputusan 1119 ? FYI saya ada slip SPM yg menyatakan keputusan 1119

  109. Salam sejahtera,

    saya calon STPM 2004 dan saya belum ambil sijil asal saya sebab masa itu saya tinggal di luar negara selama 2 tahun. Bolehkah saya dapat ambil sijil asal STPM saya? Dan manakah saya untuk memohon untuk dapat sijil asal STPM saya??

  110. salam…saya nak tanya,saya ada slip spm sahaja tapi sijil asal spm saya,saya tak ambil sampai sekarang..spm saya tahun 2006.bagaimana cara saya untuk mendapat kan sijil asal spm saya? setahu saya jika melebihi 3 tahun atau 5 tahun tidak ambil di sekolah sijil asal spm saya akan dihantar di lembaga peperiksaan putrajaya..adakah betul? dan bgaimana cara saya untuk mengambilnya? bolehkah saya menggunakan borang pemohanan salinan keputusan peperiksaan dan melalui kiriman pos? bantu saya,saya amat memerlukannya..

  111. mynameita says:

    Salam,
    Sijil SPM saya thn 1990 telah hilang. Bagaimanakah caranye utk meminta salinan sijil SPM tersebut?
    Saya amat memerlukan sijil tersebut dlm waktu terdekat ini.

  112. Salam,

    Bolehkan saya guna borang di atas untuk memohon terjemahan untuk sijil matrikulasi?

  113. Salam.. sy telah ambil peperiksaan spm ari ini.. tpi sy x ingat nak letak butiran seperti angka giliran . No ic dan kod kertas.. macamne ye..

  114. saya menduduki SPM tahun 1996…tapi tidak pernah mengambil sijil asal..saya cuma ingin tahu adakah pihak sekolah masih menyimpan sijil asal tersebut?

  115. sy nak tanya..sy dh buat permohonan matrikulasi tahun lepas..macam mana saya nak print borang permohonan sy tanpa mengemaskini borang matrikulasi sy?

  116. cam mna klo result spmu xsmpai kat umh?ada cara?

  117. slip upsr asal sy hilang,adakah cara untuk saya dapatkan balik slip upsr tersebut???

  118. As salam sy ingin bertanya,sy mengambil peperiksaan SPM tahun 2002. Sy kurg pasti dgn kputusan ujian lisan bahasa melayu & ujian lisan bahasa inggeris saya samada lulus atau gagal.bagaimana cara sy nak dptkan maklumat tersebut?tk.

  119. assalamualaikum nk tye mcm mne nak dpt result pmr 2011… sbb nye result pmr 2011 saya da hlang… tolong sesiapa…

  120. mohd afzan says:

    bagaimana saya dapat sijil diploma polikteknik saya hilang

  121. sijil sma saya telah hilang. Adakah perlu dapatkan di lembaga periksaan atau di jabatan pendidikan negeri?

  122. Amyraa Musri says:

    Salam sejahtera. Saya dah amek exam PMR pada tahun 2010 dan tak pernah lagi amek sijil asal pmr. Adakah saya perlu pergi ke sekolah terlebih dahulu atau pergi ke mana-mana PPD yang berdekatan untuk amek sijil?

  123. Nk tnya mcm mana kalau x ingat nombor angka giliran..boleh mohon x

  124. Hi Saya nak belajar luar negara kalau nak menukar sijil pelajaran Malaysia (SPM) ke Bahasa inggeris apa yang patut Saya buat.

  125. Sherllyn says:

    Saya belajar 2005 tapi i fail dalam bahasa melayu,boleh ke i dapat certified original

  126. Sherllyn says:

    Tahun 2005 saya belajar spm,tapi i fail dalam bahasa melayu,boleh ke i dapat spm certified original

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.