Sekolah Berprestasi Tinggi 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi 2011

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;

Sekolah berasrama penuh:

  1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
  2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
  3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
  4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
  7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
  10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:

  1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
  2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
  5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

33 thoughts on “Sekolah Berprestasi Tinggi 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Mohd Bambang Mualip and Putra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Sekolah Berprestasi Tinggi 2010: Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (S… http://bit.ly/8hH7QW […]

  2. camne nak tau kelayakan yang perlu untuk ke smk teknik @ vokaional?????
    tq

  3. MRSM tak ada? Eh……

  4. Syukur alhamdulillah STF berjaya mendapat anugerah tersebut:)
    TAHNIAH BUAT PENGETUA (BONDA JUNAIDI SANTANO),GURU2 DAN STAF SOKONGAN

    Semoga kalian sentiasa maju !

    wakil drpd GREGARIOUS 0509

  5. anak i dpt 4A(sains,english,math & ugama islam) 3B (bahasa Malaysia,sejarah & geo)1C (kemahiran hidup).
    Boleh ke nk mintak asrama penuh?

  6. saya dapat 4A 1B dalam UPSR 2010….Dan [b] nye ialah english..saya pelajar luar bandar..adakah saya ada peluang untuk dapat masuk mrsm 2010….

  7. saya pelajar sk meth acs sitiawan dan bakal menduduki upsr..moga2 saya mendapat 5A dalam upsr tersebut..amin

  8. go seri bintang utara 😀
    SBU <3

  9. x kn sains muar x tepilih kot…

  10. mindabudaya says:

    apa sudah jadi? tanya aku pada diri sendiri. terasa muak dan bosan. ini semua setelah mendengar dan membaca berita semasa yang berkaitan dengan sekolah berprestasi tinggi. dengar cerita ada pula sesetengah sekolah yang merasa tidak patut dan adalah tidak adil dan merasakan sekolah mereka dipinggirkan. semua adalah kerana tidak terpilih menjadi sekolah berprestasi tinggi [SBT].
    ini semua lebih kepada hasad. berbaur dengki. kita tidak boleh berfikiran sebegitu rupa. tidak boleh diterima sama sekali. perkara pertama yang sepatutnya berpucuk dan terdetik adalah perasaan persaingan dan ingin bersaing untuk menjadi lebih bagus. bukannya dengki.
    apa akan jadi jika perasaan negatif sebegini boleh dibiarkan menular di sekitar dan jika dibiarkan akan menular di dalam institusi ilmu dan pendidikan negara kita ini?
    lebih lebih lagi jika diperingkat awal seperti di sekolah rendah dan menengah. sekolah yang tidak terpilih untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi tidak patut dan tidak boleh berasa marah, terpinggir atau lebih teruk lagi, iri hati dan dengki. tenaga pengajar hendaklah mengikis perasaan sedemikian sama sekali. apa yang perlu ialah memupuk dan menanam sifat dan sikap untuk mencapai prestasi sebaik ataupun melebihi prestasi dan pencapaian sekolah sekolah yang terpilih.
    adalah wajar jika dikatakan yang sekolah sekolah yang telah terpilih ini memang telah berusaha sebaik mungkin selama ini dan amat berhak untuk diberi peluang mendapat pengiktirafan. wajar untuk mendapat segala macam kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan untuk pengiktirafan sedemikian.
    perkara yang penting di dalam konteks perbincangan ini ialah untuk melahirkan generasi masa depan yang bagus bagus belaka. sifat diabaikan, iri hati dan dengki mestilah tidak diberi langsung ruang untuk bertapak, apatah lagi untuk menjadi tanggapan asas di dalam institusi pelajaran anak anak kita.
    hanya sifat dan perasaan ingin dan perlu bersaing untuk mendapat tempat yang lebih baik yang perlu dipupuk dan diajar oleh para pendidik kepada anak didik.
    jika semangat persaingan sihat dapat ditanam, nescaya segala penyakit dan jurang sosial yang ada sekarang ini dapat dirapatkan atau dijadikan lebih baik dimasa hadapan. kita perlu berjaya dalam menyampaikan mesej ini dengan berkesan.

  11. salam

    aida KL:rasanya susah sikit kot nak masuk SBP.tapi kalau nak cuba boleh buat rayuan. erm..cuba sek teknik/teknik perdagangan/teknik ert mungkin boleh dapat 🙂

    halida : awak dh buat UPSR 2010?ke 2009? anyway..kalau 4A1B insyaallah boleh dpt SBP(tapi peratus kemasukan sikit laa)atau MRSM.

    along : goodluck 🙂

    mindabudaya : Sebagai salah seorang bekas pelajar salah sebuah sekolah berikut,kami bersyukur sgt2 dengan anugerah yang diberikan.Sememangnya telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh pengetua(terutamanya),guru2,para pelajar dan staf sokongan.Bagi sekolah2 yang tidak mendapat anugerah,this is not the end.Ada banyak lagi peluang dan seharusnya kita semua berusaha meningkatkan prestasi.Bagi yang dah meraih kejayaan pula jangan terlalu riak dan takbur serta berasa selesa dengan kedudukan yang ada kerana sesiapa shj bakal menyaingi kita.Nothing is impossible. Kementerian boleh je keluarkan anugerah lain-lain nnti.Kita cuma perlu bersabar dan buat yang terbaik.Usaha tangga kejayaan 🙂

  12. kenapa mrsm tak de???

  13. saser no 1!!!

  14. moga2 sye dpt 5A tahun ni…. Amin….

  15. hye…mmg best dgr sklh exp sbp n mrsm…anak saya pun dlm ketegori cemerlang dpt 5a, aktif koko bagai. dia pun bersekolah di luar bandar tp sayang dia gagal menempatkan diri di sbp dan lebih malang x layak ke mrsm. mmg saya bingung dgn pemilihan pihak berwajib. pepun saya bersyukur dia di sklh kluster skrg walaupun hajat dia utk ke sbp n mrsm masih utuh.

  16. SBT ni hanya projek menteri je…bila bertukar menteri pelajaran tentu ada yg baru…kalau pasal pencapaian akademik,..belum ada dalam sejarah SBP yang pelajarnya capai kelulusan 100% semua A dalam PMR atau SPM…walaupun semua pelajarnya terpilih 5A UPSRatau 8A PMR..lagi teruk ada juga yang gagal dalam subjek tertentu…MRSm selalunya lebih maju

  17. along:
    ye ker MRSM agi ebat??sy rasa x kot sbab budak sbp lg byk pergi ke oversea utk melanjutkan pelajaran mereka..sy rase sbp lagi hebat…walaupun kemudahan di MRSM lebih mantap dari SBP…pelajar SBP lagi hebat dari pelajar MRSM…klu spm result kuar ,jarang kelihatan pelajar MRSM kuar paper..kebanyakan pelajar SMK,Maahad n SBP…x de lak plajar MRSM….insyaallah sy akan mendapat 12A+ spm nnti dan ingin melanjutkat pelajaran dalam bdg pembedahan di Uni Al Azhar,Mesir..

  18. deyaasmarian says:

    proud to be asmarian…
    wtever it is,congrats to Puan Hajah Kartini[principle skul] coz dpt mmbuat smksa mnjd SBT..
    dan student2 nya yg tlh brjaya..
    chaiyok2 asma!

  19. meeradaya says:

    “DISINILAH LAHIRNYA PEMIMPIN”

    GO SMSAH
    GO JENAN

    DISIPLIN TUNGGAK JAYA…

    BTL..X TIPU

  20. tahniah wat skola yg bejaye!!

  21. hello,,
    5 a in hand!!

  22. saya akan doakan awak tapi awak kena doakan saya juga

  23. Di manakah STAR Ipoh???? This damn sad for us…. Even Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (Perlis) yang baru nk trdngar pn ada…

  24. kolah convent sungai petani x derr kew ala x cii la guru besar kt citu ckap kolah kmi kolah berpretasi tinggi hmm :'(

  25. student form 2 says:

    sedihnyer bila SMK Jalan 4 tak dpt sbp….

    xoxoxo,student form 2

  26. Tahniah SKSBS 50 Pelajar 5A

  27. mengapa asis tiada?????

  28. Salam, boleh tak tolong senaraikan syarat kemasukan sekolah berprestasi tinggi/asrama penuh untuk pelajar lepasan UPSR? anak sy bsekolah di sekolah cina..TQ

  29. […] Related posts:Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 […]

  30. salam.. saya dpat 4a1b.. upsr.. bleh dpat x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.