Sekolah Kluster 2008

Kementerian Pelajaran mengenal pasti 30 buah sekolah lagi sebagai sekolah kluster menjadikan jumlah keseluruhannya 60 buah yang dipilih dari pelbagai aliran sekolah di seluruh negara. Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 buah pada 2010.

Sekolah kluster akan memperoleh lima kuasa autonomi iaitu dalam pengurusan sumber manusia, mewujudkan dana dan tabungan sekolah, pengambilan murid, pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dan peperiksaan. Sekolah terbabit juga boleh memohon peruntukan khas berjumlah sehingga RM500,000.

30 buah sekolah yang terpilih sebagai sekolah kluster adalah terdiri daripada sembilan sekolah rendah, duabelas sekolah menengah harian, lima sekolah berasrama penuh, dua sekolah menengah agama, satu sekolah menengah teknik dan satu sekolah sukan.

Sekolah rendah yang dipilih ialah

  1. Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist, Kuantan, Pahang
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lick Hung, Subang Jaya, Selangor
  3. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah
  4. SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu
  5. SK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan
  6. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  7. SK Sena, Kangar, Perlis
  8. SJK Tamil Masai, Masai, Johor
  9. SK Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih ialah

  1. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  2. Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban
  3. Sekolah Menengah Sains (SMS) Kuching
  4. SMS Muzaffar Syah, Ayer Keroh
  5. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Sekolah menengah agama yang dipilih ialah

  1. Sekolah Menengah (SM) Agama Persekutuan Kajang
  2. SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban

Sekolah menengah yang dipilih ialah

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) St George, Pulau Pinang
  2. SMK King George V, Seremban
  3. SMK Tinggi Kota Kinabalu, Kota Kinabalu
  4. SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak.
  5. SMK Sultan Ismail, Johor Bahru
  6. SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
  7. SMK Datuk Ahmad Maher, Kota Bahru
  8. SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  9. SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
  10. SMK Tinggi Perempuan, Melaka
  11. Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Petra Jaya, Kuching
  12. SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah.

Sekolah menengah teknik yang dipilih ialah

  1. SM Teknik Cheras, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Sekolah sukan yang dipilih ialah

  1. Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Zemanta Pixie

72 thoughts on “Sekolah Kluster 2008

  1. macam mana nk masuk ke tingkata 4 2009..
    sekolah menengah dato ahmed maher

  2. Adik CT,
    Sila berhubung dengan samada Jabatan Pelajaran Kelantan, Jalan Doktor, Kota Bharu telefon 04-7418001 atau Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, Jalan Telipot, Kota Bharu telefon 04-7418120.

  3. bila twrn untuk ke sekolah menengah sains akan keluar?
    adakah kena isi borang terlebih dahulu untuk masuk ke sekolah sains?

  4. Diana,
    Sekolah Menengah Sains adalah Sekolah Berasrama Penuh permohonan kemasukan ke tingkatan 1 perlulah melalui sekolah rendah masing-masing. Manakala untuk kemasukan ke tingkatan 4, permohonan secara online perlu dibuat dalam tempoh 10 hari selepas keputusan PMR diumumkan.

  5. terima kasih nilam..
    adakah saya mempunyai peluang untuk membuat rayuan ke sekolah sains
    kerana saya tidak mengetahui bahawa untuk memasuki sekolah tersebut bagi tingkatan 4 harus membuat permohonan secara online dalam tempoh 10 hari.

  6. Diana,
    Sama2… Saya tidak pasti samada anda boleh membuat rayuan. Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009 baru sahaja diumumkan minggu lepas. Walaupun begitu tidak salah jika anda cuba membuat rayuan kerana ada pengambilan kedua (untuk mereka yang telah memohon untuk pengambilan pertama).
    Cuba hubungi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-88849536 atau mereka yang berikut untuk bantuan;
    Mas Al Hafiz Bin Samsir 03-8884 3649, Cik Zarina bt Mohd Zakaria 03-8884 3657 atau Pn. Zaidar bt Othman PPTM 03-8884 3671.

  7. good luck who is trying to entering the SBP..
    hope to see you all in HKSBP..

  8. BERDIRI MEGAH PANJI PENDIDIKAN
    MENJUNJUNG CITA-CITA WAWASAN
    BERIKAR TEGUH MENCIPTA KEJAYAAN MENJULANG
    MARUAH SEIRINGAN..
    MARILAH SEMUA KITA MENJAYAKAN SMK DESA KENCANA
    BERJAYA SENTIASA KITA DOAKAN TEGUHKAN NILAI JATI DIRI
    SENTIASA MENDAHULUI MENJADI SUATU TRADISI
    TINGKATKAN KUALITI ITULAH CITA-CITA KAMI..
    KERANAMU KAMI PASTI BERJUANG
    MEMANCARKAN SINAR HARAPAN
    SEMANGAT PERTIWI LAMBANG PERPADUAN
    SMK DESA KENCANA CEMERLANG…..

    -I LUV MY SCHOOL-
    FIFI@SPORT SCIENCE 06/07

  9. Yeah SMK Dato’ Ahmad Maher 🙂 My school hehe

  10. fifie@LD says:

    i LUV mY sCHooL..SMk Dk..teruslah GemiLang…

  11. kalau nak ke sek.dato’ ahmad maher pmr kne dapat berapa A??

  12. Labanon,
    Anda sekolah di situ rupanya, terima kasih kerana singgah sini.

    Amani,
    Sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu di talian 09 741 8120 atau emel ppdkotabharu@gmail.com untuk maklumat lanjut.

  13. Amani: Nak masuk situ at least UPSR kena 4A 1B… tapi keutamaan kepada 5A. Apply jer Insyallah boleh masuk tu 🙂

    Kalau PMR pulak at least kena 6A 2B. Tak sure subjek apa yang kita A atau B.

  14. Labanon,
    Terima kasih harap ia dapat membantu Amani.

  15. suelzalizean says:

    smkdam tempat aku mencari ilmu,dari guru2 yg tekad berjuang untuk anak2 bgsa mcapai kejayaan demi kejayaan..aku kagum dgnmu smkdam… semoga ahmad maher terus gemilang…luv u my school n teacher…

  16. saya nak tanya sikit dan minta pandangan,saya adalah pelajar mrsm dalam ting.4.miggu yg lepas saya dapat tawaran keSBP Sultan Alam Shah.adakah saya patut terima tawaran itu…..

  17. Embun,
    MRSM dan SBP mempunyai kelebihan masing-masing. Jika anda sudah selesa di MRSM saya syorkan anda terus sahaja belajar di MRSM tetapi jika anda ingin merasa suasana dan kawan baru mungkin anda boleh bertukar ke SBP.
    Apa yang penting walau di mana pun anda berada pastikan ia akan membantu anda mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan sahsiah diri yang tinggi.

  18. 5pi students says:

    WE LOVE SMK RAJA PERMAISURI BAINUN,IPOH…

  19. some of my pupils sibuk nak masuk nak masuk sekolah sukan , w/pun dah diberitahu syarat2nya … alasannya , parents suruh .. boleh tak senaraikan syarat utk ke sekolah tersebut … sy nak print n letak kat kelas ….

  20. STF FOREVER >>> HIDUP SRIKANDI >>>>

  21. Eiraisma,
    Saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai kemasukan ke sekolah sukan. Sekarang terdapat dua sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor.

    Terengganu pula bakal memiliki sekolah sukan terbesar di negara ini yang akan dibina bersebelahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Buat permulaan Kerajaan Negeri bersedia menerima sebahagian pelajar dengan menempatkan mereka di Sekolah Menengah Teknik Terengganu Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.

    Kemasukan ke sekolah sukan ini adalah berdasarkan Program Uji Bakat, Program Mengenal Pasti Bakat, cadangan Majlis Sukan Negara atau Persatuan Sukan Kebangsaan dengan kelulusan UPSR sekurang-kurangnya 3B, 1C atau PMR sekurang-kurangnya 5C, 3D.

    Sila hubungi SSBJ di talian 03 9058 7335 atau faks 03 9058 7153 dan SSBP di talian 07 822 3027 atau faks 07 822 3028 untuk maklumat lanjut.

    Manakala jika berminat masuk sekolah sukan selepas SPM sila rujuk Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2009/2010.

  22. nur 07/08 says:

    SmK dEsA KeNcAnA truz gemilang!!!!!!!!!

  23. ziela shah says:

    saya skrng pelajar tingkatan 3 di slah sbuah skolah d tawau sabah. sya nak thu bgaimna utk memasuki sekolah sukan.? xkira r skolah sukan pa pn. adakh perlu mengisi borang trlebih dahulu.? sbb sya brcdang utk memasuki sekolah sukan selepas PMR iaitu pda tahun hdapan.

  24. Ziela Shah,
    Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) bagi lepasan UPSR dan PMR tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:

    1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.

    2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.

    3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

    Sila hubungi Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran di talian 03 8884 1001 untuk maklumat lanjut.

    • faezah abu says:

      ya,sya thu,tapi pde thun lpas,sya brjye pergi kjohanan olahraga d peringkt negeri,smasa d sana,pengetua smk tun hussien onn tlah memilih 10 orang drpdanya utk msuk ke smk tun hssien onn,dye brkata surt akn smpai de buln 6,2010.tpi sya tggu x smpai2.knpe ye?

  25. mcm mne nk dptkn brang p’mohonan utk msuk ke smk dato’ ahmd mher ek??
    help me plz.,.
    untk msuk ke smk ismil petra perlu kn brg ke??

  26. Tyra,
    Sebarang pertukaran sekolah perlu melalui sekolah yang berkenaan dan PPD/JPN yang terdekat. Borang boleh diperolehi di situ.

  27. MACAM MANA CARA UNTUK MASUK KE SEKOLAH DATO AHMAD MAHER BAGI TING 1…..ADAKAH SECARA ONLINE?

  28. Emie,
    Permohonan boleh dibuat melalui sekolah yang berkenaan dan PPD/JPN yang terdekat.

  29. salam. camne nk mhn smka maahad hamidiah kajang utk ting 4 2010

  30. Ezza,
    Salam… Sila hubungi terus SMKA Maahad Hamidiah Kajang di talian 03 8737 6300 atau e-mel : smkamh_kajang@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

  31. Sukatini Suni says:

    Slm, saya mempunyai 2 orang anak buah yg baru duduk UPSR dr luar bandar Kuching, Sarawak. Seorg dpt 5 A & seorg lg 4a 1b (English) ke2nya bminat utk masuk Sek Menengah Sains Kuching yg sepatutnya melalui sek. Sekrng ke2nya buntu utk memohon kemasukan thn 2010. Bgimana jln pyelesaian utk ini.

  32. Sukatini Suni,
    Salam… Sekolah Menengah Sains Kuching adalah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dan permohonan untuk masuk tingkatan 1 SBP telah pun ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010. Walau bagaimanapun permohonan untuk ke MRSM masih dibuka, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Sabah Sarawak.

  33. salam,mcm mne nak mohon ke SMK Tengku Mahmud,besut.?

  34. Izwan,
    Salam… Sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah Besut di Tingkat 3, Bangunan Persekutuan Besut, Kampung Raja, 22200 Besut atau telefon 09 695 6200 atau hubungi terus SMK Tengku Mahmud, Kampung Alor Lintang di talian 09 695 7158 atau 09 695 6144 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  35. bdebar2………………..

  36. salam..saya nak tau bila agak2nya result kemasukan sbp 2010 keluar?

  37. salam,..mcm mane nk mmbuat p’mohonan tingkatan 4 ke smka naim lilbanat,smk dato ahmad maher dan smk ismail petra??

  38. wanie-einstein(08/09) says:

    salam..
    hai..
    saya ex-student smkdk..
    rndu sgt kat bespren~doris,kyra,ain,zean,nor n intan..
    rndu jg kat y len..leng 😉
    kat cikgu sarimah,ckgu fiza,tchr peggy n tchr shahrani..
    ckgu hazila n azilawani y da pindh..
    he!
    plkn tggl 4 ari g..
    xsbar..
    sdih sgt tgglkn smkdk y bri byk kngn tme rmja ni..
    wat kwn2ku..
    syg korang!!!

  39. wanie-einstein(08/09) says:

    mizz my school..
    my lengzzzzzzzzz..
    SMKDK..

  40. cmna nak masuk tngkatan 4 skolah sukan yg terpilih….

  41. ble dpt tau kptsn kmsukn ke sklh kluster tg.mhmud,,bsut??

    sbnrnya pggln mrsm dn sbp utk fm4 dh kuar ke blm??

  42. Saya ada anak yg sdg belajar di fm 3 kat Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah. Sekolah ini merupakan SBP dibawah jabatan agama islam Perak . Macama mana saya nak tukarkan anak sy ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pd tahun 2011. Terima kasih…..

  43. yayah diya says:

    hello…
    i luv my school..
    smk tinggi perempuan,melaka..
    4 ever n ever in my heart..
    sekolah yg terbaek bg sye..

  44. zetty nadia mohamed zamri says:

    salam….
    sy nk tnye….
    mcm mne sy nk aplly untuk jawatan cikgu sandaran?..
    ganti cikgu bersalin dan sebagainye…
    sy berminat untuk jadi cikgu sandaran walaupun gaji seberapa pn…
    kerana bagi sya pengalaman lbh penting bg sy sekarang….
    bley sy tau mcm mne nk apply?..
    jasa baik tuan/puan sy hargai dan terlebih dahulu dengan ucapan terima kasih….
    permohonan guru sandaran
    -sekolah rendah tahun 1-6
    -selolah menengah tingkatan 1-3
    mata pelajaran bi,matematikk,sains,bm
    hp no sy 0133994873
    email sy nadia_zamri0009@yahoo.com

  45. STK Must Lead says:

    Mana High School Kluang…? MOE last year PMR the best in Johor. MOE tak buat keje sibuk dengan MRSM…

  46. STK Must Lead says:

    Mana High Scool Kluang…? Tahun lepas PMR the best in Johor, MOE tak buat keje betul sibuk dengan MRSM macam mana nak maju….

  47. Saya nak tahu apa perbezaan sekolah menengah agama dengan maahad dari segi matapelajarannya?

  48. intan seohyun says:

    saya nak tahu ,upsr 4a 1B(sains) dapat tak memohon ke kolej abdillah kuching sarawak.tq.

  49. nk tanye ny ….cam ne nk msk skool maahad ny ha????cam n nk mohon????nk gne on9 bkn gne borg…..plez help me………

  50. 4a 1b..ada tak mana2 SBP yg boleh kita apply?yg melalui online…

  51. Salam,sy baru sahaja mendapat keputusan PMR 2010,mcm mana untuk saya memohon masuk ke tingkatan 4 2011 di smk.Ahmed Maher ,Kota Bharu?Terima Kasih

  52. Wafaa Othman says:

    Macam mana nak masuk ke sekolah menengah kebangsaan king george V seremban? ada borang online ke?

  53. as salam,camne nk memohon smk raja permaisuri bainun untuk tingkatan 4 2012?….. anak buah saya nk sgt masuk sn… percubaan PMR 7A tapi BI C… agak2 boleh x…. saya dulu masuk cikgu sklh rendah yg buatkan thn 1998…. skrg xtau nk kena online or g sklh amik borg.. help…

  54. assalam…mcm mne nk mohon kemasukan tingkatan 4 ke smka maahad hamidiah kajang atau smka shams ??

    t.ksih

  55. farahazwani says:

    macam mna nk masuk SMK king george V untuk tingkatan 4 2013?

  56. sy mengajar di sekolah harian, mcm mane nk mohon mengajar di sekolah sukan? sb sek sukan ni link bahagian sukan kpm. sek harian link ppd.sy suke cabaran, teringin nk ngajo di sek sukan b.penawar.
    bole ke mohon guna e-tukar?

  57. sy mengajar di sekolah harian, mcm mane nk mohon mengajar di sekolah sukan? sb sek sukan ni link bahagian sukan kpm. sek harian link ppd.sy suke cabaran, teringin nk ngajo di sek sukan b.penawar.

  58. mcm mana nk mohon msuk smk tggi prmpuan ntok form 4 ? kene pegi amek borg di skolah atau kene print borg di lmn web tertentu ?

  59. Macam mane nak buat permohonan ke smk dato ahmad maher ke tingkatan 3

  60. salam…
    nak tanye minimum brape A (UPSR) nak masuk smk tengku mahmud, besut ?

  61. kalau dpt 4A 1B boleh x memohon ke sekolah naim lilbanat atau ahmad maher

  62. Macam mana nak daftar skola kgv for form 4 thun 2015?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.