Semakan Keputusan MUET Akhir Tahun 2010

Keputusan MUET Akhir Tahun 2010

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan boleh menyemak keputusan mereka pada hari Khamis 6 Januari 2011.

Cara Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh diperolehi dengan cara berikut;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi .
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363 mulai pukul 12:01 tengahmalam
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mulai pukul 9:00 pagi
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos

Seramai 94,117 orang calon menduduki MUET Akhir Tahun ini di 991 buah pusat ujian di seluruh negara.

MUET Pertengahan Tahun 2011

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Akhir Tahun 2010 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian pertengahan tahun 2011.

Mereka yang berminat menduduki MUET Pertengahan Tahun 2011 dikehendaki membuat pendaftaran secara dalam talian di www.mesp.gov.my/online sebelum 27 Januari 2011 ini.

Sumber : BERNAMA

5 thoughts on “Semakan Keputusan MUET Akhir Tahun 2010

  1. Semakan Keputusan MUET Akhir Tahun 2010 | ePutra…

    Keputusan MUET Akhir Tahun 2010 Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan boleh menyemak…

  2. apsal webpage MPM x ley nak buka…
    slow btul la….

  3. btoi3!

  4. mbbs student says:

    band 1,2,3,4?
    go repeat la..
    got band 5 la..
    we are educated student..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.