Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan 2010 sudah boleh menyemak keputusan mereka mulai 8 Julai 2010.

Cara Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010 boleh diperolehi dengan 3 cara;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Seramai 81,731 calon menduduki MUET Pertengahan Tahun ini di 872 buah pusat ujian di seluruh negara.

MUET Akhir Tahun 2010

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Pertengahan Tahun 2010 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian akhir tahun 2010.

Mereka yang berminat menduduki MUET Akhir Tahun 2010 dikehendaki membuat pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri atau di Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 22 Julai ini.

Sumber : BERNAMA

2 thoughts on “Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam. ePutra Nilam said: ePutra – Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010: Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Mala… http://bit.ly/aCjOIO […]

  2. I still remember I was 2 marks from Band 5 sob sob.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.