Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2013

Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2013/2014 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun  (PDT) mulai 25 April 2013 pukul 4:00 petang.

Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2013 boleh disemak dengan tiga cara;

    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2013 pukul 4:00 pm)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
    3. Menghubungi talian telefon 03 8884 4083/ 4040/ 4036/ 4100.

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan seperti berikut;
    • 19 Mei 2013 Kolej Matrikulasi Labuan
    • 26 Mei 2013 Kolej Matrikulasi Sarawak
    • 27 Mei 2013 Kolej-kolej Matrikulasi di Semenanjung Malaysia
  • Surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi

  • Mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2013 sehingga 9 Mei 2013.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada awal bulan Jun 2013.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 dan 2012 sebagai panduan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

35 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2013

  1. Kalau guna sms pukul berapa dah blh check?

  2. Sy nak msuk matrix tp tlepas tarikh prmohonan pada thun lalu… so, sy xde isi lah borang pda thun lalu … ble ke sy bt rayuan???

  3. Kalau nak tukar tmpat pengajian matrikulasi tu boleh tak? ASAP

    • amalina ahmad says:

      bole je…buat surat rayuan,,3 hari je rsenye die process,,

    • Me too..nk buat prtukaran jgk sbb jauh sgt la..tp mcm x blh je sbb org ckp klu nk bt prtukaran hnya sbb jauh x kn dilayan..lain la kalau ada sakit2 teruk yg prlu ulang alik hospital..

  4. Hai,

    Macam mana kalau nak tukar kos?
    Saya dapat kos sains, nak tukar kepada perakaunan

    • Jangan risau, pertukaran kos boleh dibuat semasa proses orientasi.

    • Pertukaran kos boleh dibuat semasa proses orientasi sedang dijalankan.

    • syg la nak tukar dari sains ke perakaunan..perakaunan adalah bidang sastera iktisas dan anda akan mendapat persaingan sengit dari budak form6 aliran sastera yang selalunya perform lagi baik. lagipun kursus aliran sastera tidak sebanyak kursus aliran sains dan juga aliran sastera susah utk mendapat pembiayaan biasiswa..ini hanya nasihat..daripada pengalaman yang lalu sebagai bekas pelajar matrikulasi dan sekarang sudah berada di universiti utk peringkat ijazah aliran sains

  5. nursyahirah says:

    sy juga mengalami masalah yang sama macam bisca.. sy terlepas nk beli no.pin mase tarikh permohonan dibuka tahun lepas.. nak tanya jugak.. boleh ke kalau sy nk buat rayuan?

  6. bila tarikh akhir pengesahan terima tawaran matrik?? saya nak tggu kputusan upu dlu..

  7. saya nak tukar kos dari teknikal ke sains boleh ??

  8. izzaty nazri says:

    saya nak mnta tukar kolej matrikulasi dari gopeng ke changlun boleh tak ? macam mana caranya ?

  9. sy pun msalah sama macam bisca dan nursyahirah..kalau nk berurusan masalah mcm ni melalui pihak mane?sy harap masih ada peluang utk msk matrik..

  10. syafiqah says:

    kalau kita dah sahkan iaitu terima tawaran matrikulasi, adakah masih akan dapat tawaran upu?

  11. boleh ke saye nak masuk.tapi saye tak ade pmr

  12. tolong reply boleh

  13. ct nurdini says:

    nk tnye pasal kmkulim…yang borang biasiswa
    " Bantuan elaun pengajian daripada MARA, bagi yang berkelayakan (RM100 sebulan)'
    ni maksudnye apa? n then,
    yg elaun drpd KMP RM1250 tu benda yg berlainan ke?
    tlong ye reply

  14. Lynn Nafi says:

    Kalau ank sy add math dpt g walau pun yang lain cemerlang dan lulus 11subjek aliran sains arab knp upu politeknik dan matrik tak dpt tawaran? Ini d sebabkan 1g ke

    • Tak boleh, sebab kalau nak masuk matrik Add Math at least kena dapat C. Ni syarat minimum:

      Jurusan Sains (M001)
      1. C Bahasa Melayu
      2. C Bahasa Inggeris
      3. B Matematik
      4. C Matematik Tambahan
      5. C Kimia
      6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
      Fizik / Biologi

  15. Saya ingin bertanya. Dapatkah atau layak kah permohonan rayuan seseorang pelajar itu diterima di matrikulasi sekiranya pelajar tersebut tidak mendaftar/memohon matrikulasi tahun lepas? Adakah permohonan rayuan hanya boleh dibuat bagi pelajar yang telah memohon tahun lalu?

  16. kalau dari 2 tahun nak tukar ke 1 tahun boleh tak ?

  17. bila keputusan rayuan matrik kuar

  18. ya bila tarikh semakan untuk rayuan ke matrik kuar ?? x sabar sy menunggu,,,…..

  19. nurhazwani says:

    bila boleh check keputusan rayuan matrik??awal bulan jun,brpa hr bln ya??

  20. amira syazana says:

    Sy nk tanya camne nk tukar tempat pengajian matrikulasi? apa prosesnya ? ASAP

  21. kalao x kena juga ambilan kedua, boleh saya rayu lagi?

  22. bagaimana cara nak dapatkan salinan surat tawaran program matrikulasi yg telahpun mendaftar,,lupa nak zerox awal2

  23. […] rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011, 2012 dan 2013 sebagai […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.