Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2014

Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2014/2015 sudah boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi Program Matrikulasi mulai 24 April 2013.

Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2014

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2014 boleh disemak dengan tiga cara;

    1. Melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
    3. Menghubungi talian telefon 03 8884 4083/ 4040/ 4036.

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan seperti berikut;
    • 19 Mei 2014 Kolej-kolej Matrikulasi di Perlis dan Labuan
    • 25 Mei 2014 Kolej-kolej Matrikulasi di Kedah, Kelantan dan Sarawak
    • 26 Mei 2014 Kolej-kolej Matrikulasi di Semenanjung Malaysia
  • Surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi

  • Mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 24 April 2014 sehingga 8 Mei 2014.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 6 Jun 2014.
  • Mereka yang berjaya dalam rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan mendaftar pada 12 Jun 2014.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2014

  1. […] Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM sesi 2014/2015 juga boleh dibuat mulai 24 April 2014. […]

  2. assalam,saya tak dapat matrik jurusan sains.kalau saya nak buat rayuan untuk menukar ke jurusan akaun.macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.