Semakan Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2011/2012


Semakan keputusan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2011/2012  boleh dibuat mulai 10 Jun 2011, jam 12.00 tengahari.

Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM bolehlah menyemak keputusan mereka.

Semakan Keputusan USM

Logo USM

  • Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
  • Pemohon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
  • Hebahan melalui sms juga dibuat kepada calon yang berjaya.

Pengesahan Penerimaan Tawaran

  • Mereka yang berjaya perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan ke USM.
  • Pengesahan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15 Jun 2011, jam 5.00 petang.
  • Nama calon yang tidak berjaya atau tidak memberi jawapan atau menolak tawaran USM akan dihantar kepada UPU (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk proses pemilihan bagi pengambilan oleh IPTA lain (tertakluk kepada permohonan calon ke UPU).

Permohonan Rayuan

  • Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan mulai 11 hingga 20 Jun 2011.
  • Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga.
  • Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat.
  • Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat.
  • Keputusan rayuan boleh disemak mulai 15 Julai 2011.

Program Pendidikan

  • Keputusan permohonan ini tidak melibatkan permohonan ke USM yang dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) bagi Program Pendidikan.
  • Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat mengenai keputusan permohonan Program Pendidikan.

Pertanyaan

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Talian Khas USM akan dibuka pada 10 – 12 Jun 2001 dari pukul 8:10 pagi hingga 8:00 malam. Manakala mulai 13 Jun 2011 akan dibuka dari pukul 8:10 pagi hingga 5:10 petang sahaja dan hanya dari hari Isnin – Jumaat.

39 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2011/2012

  1. no rujukan lupe plak…camner ni???

  2. x boleh bukak pun lepas masukkan no rujukan n password. maknenye sy x dapat ek masuk usm?

  3. xleh check pun

  4. knpe bile sy dh mskkn no ruj dan kata laluan, sistem reply semakan utk matrikulasi telah ditutup?

  5. Bella Dean says:

    result temuduga pddikn kuar 10 jun gak ker?

  6. sy dh bka phon@usm 2,dh tkan no.rujukn n no.pin tp xkuar pe2,kt si2 cma tlis semakn utk lepasan matrikulasi tlh d'ttup…adakh 2 makna nya sy xdpat msk usm? =(

  7. saya membuat permohonan kategori lepasan diploma, tapi bila saya log in ; tertera 'semakan kategori diploma telah ditutup'.
    memang dah tutup ke?
    Please check.

  8. john jenin says:

    xbleh bukak pn pas ec no rujukan n password..

  9. DAH MASUK NO.RUJUKAN TAPI X BLH MASUK…

  10. kalu sya bwat rayuan utk usm ni,,adakah permohonan upu saya akan terbatal???adakah saya masih berpeluang dapat upu lagi dan bila keputusan rayuan untuk usm tersebut??

  11. saya nak tanya, jika kita tak dapat kemasukan untuk USM ni, then nak buat rayuan, masih ada peluang atau tidak untuk diterima masuk..?

  12. TOLONG LAH JAWAB SOALAN NI!! =(

    kalu sya bwat rayuan utk usm ni,,adakah permohonan upu saya akan terbatal???adakah saya masih berpeluang dapat upu lagi dan bila keputusan rayuan untuk usm tersebut??

  13. sy dpt kos degree sains kemasyarakatan di usm, sy nk tau ape peluang kerja yg ade utk kos tersebut??harap spe2 dpt berikan jawapan….thanks..

  14. salam. .kalau kita dah trime twaran usm,,adakah automatik kita xdpt ipta lain???cnfuse ar. .

  15. salam. .kalau kita dah trime twaran usm nie,,adakah automatik kita tak dpat ipta lain. .cnfuse ar. .

  16. salam…. sya dpat usm.. course sc math… ssh x hah…? klo trima.. upu cmna hah..? yg pnddkn 2…? tlg lar… bntu nie…

  17. davy jones says:

    siapa yang buat rayuan , usm akan consider rayuan korang . kalau xdapat juga upu korang masih ada lagi . sebab tu result upu keluar lambat lagi

  18. insan misteri says:

    bila keputusan rayuan lepasan matrikulasi akan kami ketahui??

  19. saya dah terima usm 2….soalan saya…adakah perlu saya download semua borang-borang kemasukkan usm itu atau tunggu surat tawaran akan sampai rumah???

    • usm akan hantar surat tawaran 2….lgipun register usm 6september….lmbt lgi..
      tunggu je la surat tawaran tu smpai…hehehe..

  20. bila keputusan untuk rayuan USM akan keluar???????

  21. Bila surat tawaran bagi rayuan USM akan sampai kat rumah?????

  22. asal r,, da daftar tp xle login,,,pnin pale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.