Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa JPA PILN 2011

Lepasan SPM 2010 yang ada memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai hari ini.

Semakan Temuduga JPA PILNLogo JPA

  • Semakan boleh dibuat mulai 8 sehingga 16 April 2011
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa memohon dahulu.
  • Sila ke laman web JPA di portal Semakan Panggilan Temuduga PILN JPA untuk membuat semakan.

Tarikh Temuduga

Temuduga PILN JPA ini dijangka akan dijalankan di beberapa pusat mulai 12 sehingga 15 April 2011.

Peringatan

Mereka yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

  • Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan.
  • Membawa dokumen/sijil asal seperti berikut:

    • Kad Pengenalan;
    • Slip keputusan SPM 2010;
    • Surat Beranak Calon;
    • Surat Beranak Ibu/Bapa/Penjaga;
    • Sijil-sijil berhenti sekolah;
    • Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/Bapa/Penjaga;
    • Kad Pesara /Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;
    • Sijil kegiatan kokurikulum bagi tingkatan 4 dan 5 sahaja;
    • Sijil Bahasa Asing (sekiranya ada);
  • Membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan;
    • Surat Beranak Calon;
    • Surat Beranak Ibu/Bapa/Penjaga;
    • Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/Bapa/Penjaga.
  • Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web esilav2.jpa.gov.my.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my

Temuduga PILN MARA

Semakan panggilan temuduga bagi permohonan biasiswa MARA PILN PIDN 2011 sudah boleh dibuat mulai 16 Mei 2011 sila rujuk Keputusan Permohonan Biasiswa MARA PILN & PIDN 2011.

27 thoughts on “Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa JPA PILN 2011

  1. […] Semakan boleh dilakukan di portal eSILA JPA. Maklumat lanjut mengenai interview PILN 2011 boleh dirujuk di blog ePutra. […]

  2. mara de tepon x ntuk pggl temuduga…ker kene chek kt website jer??some1 who knows plez answer#$%*

  3. Kalau iku pengalaman, semak kat website

  4. mara spm 16 ni kn?

  5. saya ibu kepada anak yg mndpt tawaran. boleh tak tangguh ke tahun berikutnya? kerana ada masalah sikit.

  6. saya ibu kepada anak yg mndpt tawaran. boleh tak tangguh ke tahun berikutnya? kerana ada masalah sikit.

  7. boleh tak tukarkan tarikh temu duga? Seorang kawan saya ingin tukarkan nya. Terima Kasih

  8. qemaminniepinky says:

    mcm mne ni…..knapa cpat sngt trikh ttup dia…kalau nk bt rayuan boleh x….????????????can anyone help me…now!!!!:'(

  9. cane nk tw secara direct utk pggln itvw mara,,bkn hr ni da kuar ke??

  10. Mitchi Bryan says:

    tu la…macamana?

  11. adderlysuhaimi says:

    salam.saya nak tanya,adakah jpa menyediakan biasiswa ke luar negara bg lepasan matrikulasi teknikal?trima ksih.

  12. cmne nk thu kte terpilih ke tdk untk menyertai prgram kerjya seorg doktor 2?

  13. bilakah keputusan temuduga JPA boleh disemak secara online??

  14. salam… nak tanye, adakah JPA akan mengeluarkan biasiswa kepada lepasan matrikulasi???
    byk biasiswa saya dah terlepas mohon sebab sepanjg di matrik sehingga 20.4 hari tu, x dapat online bcoz busy exam final so sy terkilan sgt sbb byk yg dah tutup tapi biasiswa tu kbykknyer untk lepasan spm..so,lega sikit pon ade..tapi rase x yakin tu tetap ader..

  15. […] Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PILN 2011 […]

  16. Piln mara 2011 dah boleh semak sekarang.

  17. askum.keputusan PILN MARA sudah keluar hari ini .

  18. bro, aritu sye apply PILN Mara bagi lepasan spm 2011 tapi sye trlpas temuduga tuu. Camne nie, bleh apply lagi x. Sye dh call tp x pham ape staff2 explain. Skrang nie ade kat UIA Pj berelaun asasi kerajaan. kalau boleh nanti msuk gombak tak nak pakai PTPTN.. Bleh tlg x?

    • Rasanya dah tak boleh utk PILN tu sebab bila tak datang temuduga mrk akan anggap tidak berminat.
      Tapi bila masuk gombak blh mohon semula biasiswa PIDN pula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.