Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011


Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011 boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka.

Tarikh Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Proses Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.
  • Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
  • Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
  • Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

Related posts:

  1. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  2. Semakan Keputusan Permohonan Ke Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2009
  3. Semakan Keputusan Penempatan Ke Program Matrikulasi Dua Tahun Sesi 2009
  4. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  5. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , , ,
Read 485 articles by

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives