Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Ambilan Kedua 2013

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2013 boleh disemak mulai hari ini 27 Februari 2013.

Mereka yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di SBP Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada bulan Januari dahulu boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP

Keputusan Permohonan SBP

  • Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Ambilan Kedua ini boleh dibuat mulai 27 Februari 2013.
  • Keputusan e-Rayuan dan ambilan kedua SBP boleh disemak di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2013 Ambilan Kedua.
  • Keputusan e-Rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran semasa pengambilan pertama.

Surat Tawaran

  • Pelajar yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
  • Surat Tawaran dan lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

11 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Ambilan Kedua 2013

  1. ayong pororo says:

    alhamdulliah dapat jugak akhir nya sbp..sinar kegemilangan terpancar akhirnya..akan ku gunakan peluang ni untuk menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat..insyallah..

  2. Adam Izzuddin says:

    dpat SMAP bentong, karak…huhu nak KISAS !

  3. MAMASYUKUR says:

    ALHAMDULILLAH…SELEPAS PENAT MENUNGGU ANAK SAYA AKHIRNYA DITAWARKAN KE SBPI JEMPOL.UNTUK 2ND INTAKE WALAUPUN DIA MEMOHON SMS REMBAU…HARAP DAPAT DIGUNAKAN PELUANG INI SEBAIK MUNGKIN..ANAK-ANAK LAIN YANG BERJAYA DITAWARKAN KE SBP TAHNIAH DIUCAPKAN..JANGAN SIA SIAKAN HARAPAN IBU BAPA.

  4. Dpt sbpi sabak bernam…sehari je kat sana…hampeh…

  5. Adik saya dh dapat sbp xnak pergi pulak sebab dh rasa selesa dgn sekolah harian lamanya..tambah lg mak bapak saya lak jenis tak galakkan adik saya belajar jauh sebb nanti rindu kat adik sya ni maklumla anak bongsu kesayangan..kecewa betul saya yg mmg mengharapkan adik belajar di asrama penuh

  6. Shawlgirlz says:

    X dpt. . .Em. . Ada 3nd intake tak. . . Huhuhu. .Nk sgt pegy sbp bp . .

  7. Xde ruang rayuan ke

  8. miez dyrha says:

    npa nma q xeda dlm senarai sbp nie…hampe nyer..nak sngat masuk sbp..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.