Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2013

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 sudah boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 bagi tahun 2013 mulai hari ini 24 April 2013.

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan umum.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2013.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pelajar baru Tingkatan Enam Bawah 2013 perlulah datang mendaftar di sekolah dan tarikh yang ditetapkan.
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.
  • Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.
  • Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Matrikulasi & IPTA

  • Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM sesi 2013/2014 boleh dibuat mulai esok 25 April 2013 pukul 4:00 petang.
  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi secara amnya tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.
  • Mereka yang ditawarkan ke Tingkatan 6 masih ada peluang untuk mendapat tawaran Matrikulasi dan IPTA.

Maklumat

Pertanyaan

  • Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  • Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

23 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2013

  1. haaaaaaanim 's says:

    "Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan."

    maksudnya, kalau orang yang dapat form 6 memang tak dapat matrik laa ?

    • kesiannya nasib kta ne

    • Mana ada, baca dan paham balik petikan di atas. Mereka yg dapat matrikulasi secara tidak langsung tidak akan dapat tawaran ke tingkatan 6. Dan mereka yg dapat tingkatan 6 masih berpeluang utk mendapat tawaran matrikulasi.

  2. Kalau mahu buat rayuan di jabatan pelajaran negeri atau di sekolah sahaja? Bingung saya 🙁 tolong beri penjelasan?

  3. adakah sesiapa yang mendapat tawaran ke matrikulasi mempunyai peluang ke IPTA ?

  4. mcm mane kalau saya terima twaran f6 tp saya xpergi sehingga result upu kluar boleh tak?? help me 🙁

  5. smilegirl says:

    kalau saya terima twaran f6 tpi saya xpergi lagi sbb tggu rsult upu boleh x?

  6. Jika saya bersetuju untuk menerima tawaran ting.6, adakah permohonan saya utk ke ipg dibatalkan? Mohon penjelasan 🙂

  7. cara nak apply f6 melalui on line —-bagaimana?

  8. Nurul95 says:

    sya dpt twrn form 6.. sya nk tnya pndpt la ssah sgt2 ka stpm ni?? sbb ada yg sqoh msok ada yg x bgi msok.. sya dpt jursan kmnsiaan… tgh bingung pkir bnda ni.. tolng bntu skit

  9. Nurul95 says:

    jursn kmnusiaan ssah x

  10. tumpang tanya,sya dpt twran ting.6..skrg sdg mnunggu twaran upu blh ke x msuk form 6?

  11. Salam,saya nk tnya sekolah yg dtawarkan tuu kt mana?dan ting6 ni susah ke

  12. salam, nak tanya. saya dapat tawarn f6 tapi saya nak daftar lewat sikit. Ingat nak daftar lepas semakan upu(kalau tak dapt) tak pe x?

  13. kalaw saya xpegi daftar sehingga keluar keputusan upu . xpe ke ? saya xpham lahh. 🙂

  14. hana farhana says:

    sya ingat nk daftar dri slepas kputusan upu. boleh tak ?

  15. hai. saya dapat tawaran ke tingkatan 6 tapi macam mana nak semak sekolah mana yang kita dapat untuk tingkatan 6? laman web apa ye?

  16. keputusan..rayuan..f6..kluaq..bila??

  17. mohamad fikri ariff says:

    asalamualaikum..nak tanya,saya dapat tawaran tingkatan 6 tapi saya xdaftar..bolehkah saya nak daftar untuk tingkatan 6 lepas nie..???

  18. Assalamualaikum macam mana nak semak keputusan rayuan tingkatan enam ? Ada link tak ?? Harap maklum

  19. azahshafii1144 says:

    Anak sy dah comfirm dpt pra u melalui online setelah disemak tetapi surat tak dapat lagi yg di hantar di rumah…mcm mne nk g daftar nanti.>boleh bantu

  20. subahsini says:

    kalau nak sambung stpm kena ade brp credit

  21. […] Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011, 2012, 2013 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.