Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam 2011


Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2011 mulai 2 Mei 2011. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 tahun lepas sebagai panduan umum.

Semakan Tingkatan Enam

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2011.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 9 Mei 2011 (terima kasih Syazwani).
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan tahun lepas di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

127 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam 2011

  1. what!? apa yg sy faham…pelajar plkn x dpt escape plkn lps dpt fom 6?

  2. salam.. sy dpt f6 dalam jurusan agama.. sy bukan pelajar dr aliran sains tulen mase sy tingkatan 5 dulu.. so kalau sy nk tuka dr jurusan agama ke jurusan sains bole x? sains basic sy dpt A dlm SPM..

    kalau x bole, sy nk tuka jurusan kemanusiaan.. boleh sy tau subjek2 stpm dalam jurusan kemanusiaan ?

  3. syazwani says:

    pendaftaran 9 mei..

  4. […] Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011 […]

  5. boleh ke kalau dapat jurusan kemanusiaan kite nak tukar sains or agama and then nak tukar sekolah?

  6. ingin tahu says:

    saya nk tnye..kalu dpt form 6 nie.?? upu nnti dyew pnggil x.????

  7. saya mendapat jurusan sains. saya ingin membuat pertukaran. pengetua yang mana satu saya harus kemukakan pertukaran ini? pengetua sekolah sains itu ke or pengetua sekolah sastera itu ke? haha.. bertanya macam ikut gaya pak nujum lak..

  8. moga admin dan para pengunjung memberi respon yang cepat kepada saya..terima kasih.

  9. syazwaney says:

    adakah semakan ni termasuk dgn kemasukan ke stam 2011??

  10. bolehkah saya mohon utk ke tgkatan 6 mggunakan spm 2009?

  11. saya nak tnya..klo saya tengah tunggu keputusan upu mesti daftar diri juga kha n 1 lagi saya tengah tunggu keputusan rayuan matrikulasi…cmna 2..??

  12. hakim_2627 says:

    alhamdulillah…. saya boleh masuk jugak…. syukur…. tp sy krang fahamlah…. jurusan kemanusiaan mcm mane yer?

    • adrius geostyLe'z says:

      jurusan kemanusiaan tu ada subjek geografi atau sejarah,s0 anda kena pilih antara 2 subjek ni..

  13. juruasn kemanusia tuu mcm mana??best ker

    • jurusan kemanusiaan ade bahasa melayu,sejarah,geografi,ekonomi asas,pengajian am,pengajian perniagaan,prinsip perakaunan dan juga mathematics.

      jurusan ini perlu rajin membaca dan menghafal la.

      maksimum ambil 4 tetapi pengajian am wajib bg semua pelajar stpm

      nk kate besh pn x bole juga. ikut minat masing2. kebanyakkan pelajar yg tidak lepas sains sewaktu spm tetapi layak ke stpm selalunya dpt kos ni

  14. bleh ke nk tkar jrusan sains kepda kemanusiaan?

  15. bleh ke nk tkar jursan sains kepda kemanusiaan?

  16. haah jurusan kmanusiaan 2 cmne pa ja subjek dye

  17. jurusan kemanusiaan nih dye punye kerjaya dlm bidang ape??

  18. jrusan keanusiaan tu cm ne…???
    aye x tau lh….

  19. can i noe how to transfer school??
    they give me the school which is in daerah pasir gudang
    i wanna transfer to the school in daerah Johor bahru
    should i go PPD pasir gudang to change it or PPD johor bahru??

    • rasanya lebih baik anda pergi ke PPD Johor Bahru bg memastikan sklh itu mempunyai kekosongan & menawarkan mata pelajaran yg Jess nak

  20. iema fuad says:

    apakah pkaian tok form 6???
    adakah perlu pkai bju putih???

  21. afuat abu hassn says:

    saya dpt tawarn tg6 jurusan sains…. tp saya nk mintak tukar jurusan ke jurusan kemanusiaan… sbb masa spm saya xamik kimia dan saya mmg xberminat ngan subjek2 sains…. saya perlu nyatakan pd pengetua skolah sains itu atau skolah yg twarkn kemanusiaan@skolah lama saya…..??? boleh maklumkn skali procedure2 utk tukar jurusan…???

    • permohonan pertukaran blh dibuat melalui sekolah jurusan sains & pengetua perlu sokong & majukan permohonan itu kpd JPN utk pertimbangan. Pada masa yg sama elok juga nyatakan hasrat untuk bertukar kpd sklh jurusan kemanusiaan itu

  22. Salam,sy ingin bertanya,di manakah lokasi sekolah di Selangor yang menyediakan kemudahan asrama bagi tingkatan 6?sy amat berharap agar tuan/puan dapat memberikan jawapan dengan secepat mungkin.

    • salam… ni kena rujuk dgn Jabatan Pelajaran Selangor di Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam atau telefon 03-5518 6500

  23. salam
    apakah barang yang perlu dibawa semasa pendaftaran nanti selain daripada surat tawaran???

  24. bilakah tarikh kelas tingkatan enam bwh bermula???

  25. sa dpt kmanusian….susa ging…

  26. kemanusiaan tu dlm bidang sastera kh????

  27. saya dapat tawaran f6 but x disertakn sekolah mana yg bakal saya masuk .
    saya da try call kmenterian pljn msia tp x dijawab.
    saya berminat dgn f6 ini.

  28. kaitoukid says:

    saya dpt twrn ke skola SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH….tp sye x nk msk f6 kt sne… coz sye nk sgt msk SMKA SIMPANG 5……so camne cre sye nk tukar ke skola SMKA 2…..

  29. i got plkn group 2!!

    but i wanna do f6!!!!

    can i tangguh my plkn ???

    bcos plkn i starting on 17 may n will finish on 31 july….

  30. Iema Fuad says:

    kalau kputusan stpm kurg memuaskan boleh diterime ke????

  31. biasanya subjek kemanusiaan ada berapa? boleh senaraikan x? dan lagi satu, kemanusiaan ada ekonomi tak?

    • min mata pelajaran yang perlu diambil ialah enam tp nk tambah pn boleh. kemanusiaan ade econ,pengajian am,sejarah,BM,geografi,akaun,pengajian perniagaan,mathematics

  32. mr konfiussss says:

    saya kne plkn xlme lg adkh ptt saya pegi f6 dlu ato plkn dlu?????

  33. sape2 ex student form 6 science,,,cite la pengalaman anda semasa belajar??senang or susah??result dpt ape???
    terima kasih

  34. sy dapat plkn untuk sesi 3,pda bln 9 nie. .bley sy masuk form6 dlu n mntak tangguh plkn??
    and subjek kemanusian 2 macam mana?boleh terangkan tak..

  35. saye dpt jurusan kemanusian tpi kalo nak tmbh biology leh x?jwb r s0aln azi uh ye,saye pun nk tny bende yg same

  36. apa email na print surat twaran ke tingkatan6

  37. salam..sy dpat msuk t.6..tp smpai skang lom pk nak g ke x..pdahal esok da daftar..wlaupon mmg amek aliran sains tulin kat skola,tp x confien nak amek aliran yg sme tok f.6..kwn2 skelas yg lain,ramai dapat kemanusiaan,

  38. saya tau ari nie dah daftar utk f6 tapi saya x g,nak tnggu poli..bgs ke kptsn saya nie n klau nak dftr sok smpt lg x????

  39. abu bakar says:

    boleh ke kalau nak mohon tingkatan enam di sekolah teknik? dan apakah matapelajaran yang ada?

  40. boleh tak kalau selepas PLKN saya daftar masuk tingkatan6,boleh ke atau dah tak boleh?

    • lebih baik daftar masuk tingkatan 6 dahulu kemudian mohon pergi PLKN, takut nanti bila balik dari PLKN sekolah tempat ditawarkan tu dah penuh

  41. sya nak tanya,,boleh tak saya daftar masuk tingkatan 6 SELEPAS saya pergi PLKN,,,,30 Julai?????

  42. Putera Watan says:

    Salam, saya sempat post pertanyann di laman lain, mungkin admin boleh menjawab soalan saya, adakah tingkatan enam mendapat elaun atau bantuan kewangan?

  43. salam…kawan saya dapat matrik..tapi dia nak masuk tingkatan 6…so kalau nak mohon..kene mohon bagaimana ye?..ape step2 yg diperlukan?

  44. salam 🙂 saya nak tukar kos nak amek tamadun islam boleh tak ? sebab saya memang tak boleh bawak pengajian perniagaan. tp saya tak faham

    • wahanafara says:

      tamadun islam tu da kire sj,,,,kalo awk amek sj ade 4 bku awk kne blajo tamadun islam tamadun dunia tamadun tamadun asia dan tamadun asia tenggara,,,,nmpk mc susa tp die perlu bace je n tau cerite kalo mc pngajian pniagaaan tu awk byk nk kire2 n nk mghafal n tau konsep,,kalo sj awk juz bace n pham je jalan cite sj so tak la berat sgt coz sy skrg upper6 amek sbjek tu,,,so awk cube je dlu tak rugi coz still tak lmbt lg awk nk wat kputusan

      • wahanafara says:

        sebenarnyer tamadun islam tu terasuk dalam sukatan sbjek sj aliran kemanusiaan,,,,kalo awk amek sj awk kne blajo 4 bku tamadun islam,,tamadun dunia ..sj malaysia ..sj asis tenggara nmpk je mc berat tp tak la sgt berat,,,,act sy amek sbjek ni,,kalo awk amek sj tak rugi la,,die tak la berat awk juz kene bace n paham cite je,,,,so kne put more effort la,,,,,,sj besstttt!!!!!!!

    • wahanafara says:

      tukar je,,,,,nanti ko blajo pasl sejarah la,,,,haaaaaa,,,kalo nk amek sj ko kne rajen cikit,,,,aku ni kire senior ko la upper6 yg amek sj,,,nanti kalo amek sj ko akan blajo pasl tamadun dunia tamadun islam,,,sj asia sj malaysia,,,tak rugi kot ko amek sbjek ni,,,memg tak dnafikan aku pon tak amek pngajian pniagaan tu memg mc susa,,,,takpe ko cube je amek sj tu,,tak terlambt lg nk mencube blajo sbjek tu,,,

  45. salam…saya nk tyn…saya x dpt IPTA lpas tu saya ambil keptusan untuk msuk form6 sementara tggu rayuan IPTA..tp masalahnya…saya dpt tawaran poli …tp kna sahkan tawaran before 31/5 ni…so klau sya confomkan yg poli adakah rayuan sya untk IPTA akan di cancel?? klau sya msuk poli adakah sya bleh keluar jika sya dpt rayuan IPTA??

  46. syazwani says:

    salam…sy nk tya…saya dpt f6,tp tlepas tarikh pendaftaran…pe harus sy wt????

    • tak payah risau, just pegi je ke sekolah yang awk dapat tawaran dan daftar kan diri. make sure pakai baju sekolah & datang awal. terus pegi isok lagii baik 😀

  47. Pelayaran Mimpi says:

    salam.
    semasa saya di tingkatan 5 (2010), sy mendapat biasiswa kecil. oleh itu, sy ingin bertanya adakah biasiswa kecil yg sy dapat dulu disambung ke tingkatan 6?

  48. salam..sya nak tanya bolehkah saya pergi ke sekolah form 5 saya last year for minta borang permohonan untuk kemasukan form 6??

  49. miss sin says:

    sya nak tanya skit nie sya dpt tawaran f6 aliran sains,tpi sya nak tukar jurusan kmnusian,pastu sya di pindahkan ke sklh lain sbb sklh asal sya 2 x ada jurusan sains,kta pgurusan f6 sklh sya 2 sya blh trus dftr di sklh asal sya 2,pdahal sya blm dpt kbnaran ppd untuk tkr jurusan dan blm mendftr d sklh yg d tempatkan,tpi sya dh mndftar ke sklh asal sya 2 blh ka mcm 2 please help me!!!!!!

    • Rasanya tiada masalah… apa2 pun rujuk dgn Pengetua @ Guru yang berkenaan di sekolah tempat mendaftar tu

  50. lawaking says:

    sy nak daftar ting 6 , tp sy takut kalau tak di terima krne tarikh mendaftar dah lps , boleh bg pendapat tak mcm mne nak daftar ting 6 kalau da lewat ?

  51. selamat petang~ saya nak tanya, saya sudah memohon from 6~ macam mana boleh saya check?

  52. selamat petang~ saya nak tanya, macam mana saya dapat check keputusan rayuan kemasukan tingkatan 6?

  53. Assalamualaikum, nk tnye… biasa kite dgr, lepasan SPM boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.. tp, sy rase sy tak pernah dgr ade dari kalangan STPM yang boleh menyambung pelajaran ke luar negara. sebenarnya, ADA ATAU TIDAK TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA LEPASAN STPM? dan KALAU ADA, PERLU POINTER MINIMA BERAPA? TERIMA KASIH.

    • salam…. sebenarnya memang tidak ada
      jika nak ke luar negara perlu cari sendiri penaja & mohon sendiri ke universiti luar negara itu….

  54. saya mengambil jurusan sains tulen utk spm…
    adakah subjek sains tulen sangat susah di form 6?
    benarkah form 6 ini byk faedah?

  55. kebanyakkan pelajar form 6 adalah jurusan kemanusiaan 🙂

  56. […] Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam 2011 […]

  57. boleh bagitahu senarai sekolah area Bangi yg tawarkan form 6? terima kasih

  58. nurul edrys says:

    assalam,..sye lepasan spm 2011,.boleh terangkan serba sdikit tntang form6 nee???

  59. mohd bin saleh says:

    HELOO SYA LEPASAN SPM 2011 ADAKAH SYA LAYAK SEKIRANYA SYA MENDAPAT 3KREDIT.TETAPI TIDAK MENDAPAT KEPUJIAN DALAM BAHASA MALAYSIA SEKADAR MENDAPAT LULUS ATAS SAHAJA.

  60. salam 1 malaysia semua,saya lepasan SPM 2011.boleh kh sya bertanya sekiranya sya mendapat 3kredit dalam SPM. tetapi tidak mendapat kepujian bahasa malaysia sekadar mendapat lulus atas sahaja.adakah sya masi berpeluang untuk melanjut pelajaran sya di form6.

  61. Kantha Rao says:

    Hi AZHAD NILAM, macam mana nak buat semakan? Saya click link kat atas tapi keluar error yang kat bawah ni..
    "404 – File or directory not found.
    The resource you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable."

  62. ble trangkan bdang kemanusiaan tak??

  63. tengok larr cpat
    dpat kan untk twran t6…

  64. […] di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai […]

  65. aiy..sy dapt twaran ke tngkatn 6..
    tp sy kurang paham mengenai bidang y sye dpat..
    bidang kemanusiaan ini tentang ape??
    n ape subjek untk bidang ini??

  66. utk tukar sekolah utk form 6.. dalam negeri. tatacara biasa tu macammane?

  67. Assalammualaikum….boleh tak klau tak bawa surat tawaran tingkatan 6 semasa pendaftaran esok?

  68. lau kiter nk tumpg sekolh yg kiter mohon uh bley x??? sebb sekolh yg ditwrkn uh terllu jauh.. sush nk ulg alik……

  69. salam,,,nk tanya saye pada tahun 2011 daftar ting 6,,,pastu benti bab masuk poli,,,boleh x saya nak daftar pada tahun ni,kalau saye berhenti poli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.