Soal Jawab Permohonan Ke IPTA Sesi 2009

Permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2009/2010 bagi lepasan SPM telah pun mula dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi mulai 3 November 2008 lalu. Berikut adalah beberapa soalan lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA sesi 2009/2010.

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 disiarkan?

Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010:
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2009
2. Lepasan STPM/STAM : 01 Februari 2009
3. Lepasan SPM/Setaraf : 01 Februari 2009

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Januari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010?

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Februari 2009
2. Lepasan STPM 2008 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
3. Lepasan STAM 2008,2007,2006 : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM tahun 2008
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 03 Mac 2009
5. Lepasan SPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2008

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA?

Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada lagi penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web http://www.mohe.gov.my

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian:

1. Pesanan secara pukal melalui sekolah
2. Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan

5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?

Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?

Lepasan STPM/Setaraf : Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

Lepasan SPM/Setaraf : Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 diumumkan?

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2009
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraff : Minggu pertama Mei 2009

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?

Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?

Pemohon hanya dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja. Selepas 3 kali peluang kemaskini digunakan, pemohon tidak boleh lagi membuat pengubahsuain maklumat.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?

Tidak dibenarkan.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?

Tidak dibenarkan.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?

Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010?

Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?

Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :

1. Internet :
– http://www.mohe.gov.my
– http://www.jpt.uum.edu.my
– http://www.jpt.utm.my

2. SMS Taip UPU dan hantar ke 32300/32020
3. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)

16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?

Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel upu@mohe.gov.my

Reblog this post [with Zemanta]

418 thoughts on “Soal Jawab Permohonan Ke IPTA Sesi 2009

  1. bagaimana dengan lepasan matrikulasi? adakah sama seperti STPM?

  2. Mie,
    Ya sebab kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:
    1. Kategori STPM – Untuk lepasan STPM 2008
    2. Kategori STAM – Untuk lepasan STAM 2008, 2007 dan 2006
    3. Kategori Diploma/Setaraf – Untuk lepasan STPM/Matrikulasi 2007 dan sebelumnya, Lepasan STAM 2005 dan sebelumnya, Lepasan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS dan kelayakan lain yang diiktiraf.

  3. salam…nak tanya sket eh…
    em sy dak politeknik, sem 5 sekarang….
    kalau sy isi borg bln 1 nnt yg lepasan diploma punya guna result sem 5 boleh kn…
    tp sy br nk amik muet awal bln thn dpn….result muet sy mayb kuar bln 8 thn dpn…
    so adakah sy still bleh mohon kemasukan ke ipt….

  4. saya gagal memasuki ipta 2008/2009. Bolehkah saya guna keputusan stpm 2007 untuk memohon memasuki ipta 2009/2010?

  5. Sakini,
    Saya nasihatkan anda berhubung dengan unit Kaunseling Kerjaya di Politeknik atau terus bertanya dengan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, 62505 Putrajaya atau telefon 03-8883 5858, 03-8883 5848.

    Kate,
    Ya, anda boleh memohon.

  6. tumpang tanya..i tidak faham adakah maksud pemohon yang mengguna keputusan stpm2007 perlu mencetak borang pemohonan dan disertai maklumat salinan dokumen seperti sijil stpm,sijil lahir,salinan kad pengenalan untuk dihantar ke setiap universiti yang dimohon?sekiranya ya.boleh tak saudara/saudari nyatakan jenis sijil-sijil yang saya perlu kirim? terima kasih…

  7. hui..
    sy student kolej ptptl..
    ne sy last sem.kt kolj nee……
    sy amik jurusan hospitaliti pengurusan bahagian sjil….
    buln 3 thun depan sy g prtikal…
    ley ke sy pohon ke uitm pada masa skrg?

  8. Lepasan Matrikulasi: 15 Disember 2008 (Buka) // 15 Januari 2009 (Tutup)

  9. aslmkumm..sekarang ni saya atlit di msn.saya juga memegang kad pengenalan tentera tetapi saya bukanlah askar tetap.saya hanya mewakili tentera didalam sukan sahaja.boleh tak saya mengemukakan permohonan.

  10. aper syrat² prmohonan kmsukan ke ipta yg pling minimum skli?..

  11. Ing,
    Saya tidak mempunyai maklumat tepat sijil-sijil yang perlu disahkan dan dihantar bersama borang permohonan nanti.
    Anda boleh mendapatkan maklumat ini semasa mengisi borang nanti atau terus hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8883 5858 dan 03-8883 5848.

    Zma,
    Jika anda telah mendapat sijil dengan keputusan peperiksaan sebelum tarikh tutup sudah tentu anda boleh memohon. Jika tidak sempat masuk pengambilan Julai 2009 anda boleh memohon semasa pengambilan Disember 2009/Januari 2010. Walaupun begitu sila semak syarat kemasukan ke UiTM bila iklannya keluar nanti.

    Mie,
    Terima kasih…

    Azizei,
    Waalaikumsalam… anda layak memohon jika memenuhi syarat kelayakan masuk samada anda pemegang kad pengenalan awam atau tentera.

    cTea,
    Syarat Am Universiti;

    – Bagi lepasan SPM
    Memiliki kelayakan SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

    – Bagi lepasan STPM/STAM
    i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; dan
    ii) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dalam peperiksaan STPM ; atau
    Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
    iii) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

    Syarat Khas Universiti pula bergantung kepada pengajian yang dipohon.

  12. salam…….. saya nak tahu macm mana nak masuk maktab n nak mohon kat mane??
    terima kasih

  13. Salam, sy pelajar diploma pelajar semester akhir n akan menjalani latihan praktikal pada 22 Dec 2008 hnga 20 februari 2009. boleh tak sy apply masuk ipta sblum hbis praktikal(sbl tamat pengajian)?. CGPA semasa sy ialah 3.48 ….

  14. SALAM..
    NAK TANYE CKT..
    SYE X APPLY BORANG UPU SEWAKTU PIHAK SEKOLAH MENGEDAR KAN BORANG TERSEBUT..
    SO ADAKAH SAYE MASIH BERKESEMPATAN UNTUK MEMOHON BORANG TERSEBUT…??
    BAGAIMANA CARANYE…??
    DAN APAKAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN LEPASAN SPM KATEGORI B,C DAN D…??

  15. bagaimana mendaftar Fasa 2 ipta?

  16. Fae_zole,
    Salam…. sila rujuk Laluan Guru, Bahagian Pendidikan Guru dan Aplikasi Perguruan untuk maklumat lanjut.

    Wan,
    Salam… setahu saya jika anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang sama memang boleh tetapi jika universiti yang berlainan saya tidak pasti. Sila berhubung dengan universiti yang berkenaan atau Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, 62505 Putrajaya, telefon 03-8883 5858, 03-8883 5848 untuk kepastian.

    Noriko,
    Ya anda masih sempat untuk memohon, sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM. Tarikh tutup adalah 31 Disember 2008.

    Kategori A adalah lepasan SPM 2008, kategori B adalah lepasan SPM 2007, kategori C adalah lepasan SPM 2004 atau sebelumnya dan kategori D lepasan SPM 2005 dengan sijil ulangan SPM 2006/SPM 2007 atau lepasan SPM 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007.

    Teoyuxun,
    Proses Fasa 2 iaitu pengesahan permohonan akan dibuka pada 3 Februari 2008. Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM.

  17. untuk mengisi permohonan usm memerlukan no matrik,no itu sudah hilang,bagaimana hendak melihat kembali no tersebut?

  18. Assalamualaikum.. mcm mana nak mohon ipta bagi mereka yang akan menamatkan pengajian pada semester akhir??Adakah pihak pengurusan kemasukan ipta guna result akhir semester pengajian,sedangkan kami belum konvokesyen..

  19. Bilakah tarikh permohonan memasuki program jarak jauh IPTA 2009/2010 dibuka?

  20. Ain,
    Sila rujuk jawapan saya di sini.

    Ain Muar,
    Waalaikumsalam… Setahu saya anda boleh gunakan keputusan akhir semestar pengajian. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5858 (Hotline) atau 03-8883 5848 (Helpline).

    Aishah,
    Pengambilan pelajar Program Jarak Jauh dikendalikan oleh IPTA sendiri. Oleh itu saya syorkan anda semak laman web IPTA yang anda ingin memohon untuk mengetahui tarikh pengambilannya.

  21. Askum,

    Bila keputusan ke ipta bagi sest 2009 dapat di ketahui?
    Dan agaknya bila anggaran keputusan SPM keluar?

    Terima Kasih.

  22. Bila keputusan ke IPTA sesi 2009 dapat di ketahui?

    Terima Kasih.

  23. salam..skg sy last sem buat diploma kat utm.boleh tak sekiranya sy buat permohonan lebih dari 1 ipta? cth nya,sy mohon utm,usm,ukm,upm dan uitm.

  24. erm…permohonan ke program perguruan lepasan spm 2008 bila keluar?..
    aper syarat² permohonan untuk kemasukan tersebut?

  25. adakah keputusan matrikulasi 2006/2007 masih boleh digunakan untuk membuat permohonan kemasukan IPTA 2009?

  26. Roy,
    Waalaikumsalam… keputusan terawal dijangkakan dalam bulan Mei. Manakala keputusan SPM biasanya dalam bulan Mac.

    Wa,
    Salam… Boleh kerana anda memang perlu mengisi 8 pilihan program pengajian yang berbeza tanpa mengira IPTA.

    cTea,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya cuba rujuk Laluan GuruBahagian Pendidikan Guru dan Aplikasi Perguruan untuk maklumat lanjut.

    Blurr,
    Ya masih boleh digunakan tetapi perlu memohon di bawah kategori E (aliran sastera) atau F (aliran sains).

  27. Sabri Jamil says:

    Salam…
    Saya merupakan Pelajar Lepasan Diploma….
    Tapi saya buka laman web UPU xde pon borang utk Lepasan Diploma…
    Tapi kate keluar 5 January 2009 kan…
    Tapi xde pon, yang ade utk Lepasan STPM…
    Atau pon saya tersalah bukak laman web ke @ sebagainya….
    Boleh encik terangkan dan letak link yang sepatutnya utk saya mengisi borang UPU Lepasan Diploma…

    Terima Kasih….:-p

  28. Sabri Jamil says:

    Salam…
    Satu lagi saya lupe nak tanye…
    Ape perbezaan diantara Lepasan Diploma Aliran Sains dgn Aliran Sastera…
    Saya Lepasan Diploma Kejuruteraan Elektronik, Politeknik….
    Nanti dalam borang UPU saya nak pilihan kategori yang mana satu..samada Aliran Sains @ Aliran Sastera…

    Terima Kasih…:-p

  29. Sabri Jamil,
    Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma untuk penjelasan.
    Diploma Kejuruteraan Elektronik – Aliran Sains.

  30. kalau saya tak mohon semasa fasa 1, masih sempat ke nak mohon semasa fasa 2 pada bulan februari nanti?

    terima kasih.

  31. Bill,
    Untuk lepasan SPM masih boleh kemukakan permohonan semasa fasa 2 nanti.

  32. Saya pelajar STPM tahun 2007 namun gagal memasuki ipta 2008/2009. saya dibahagikan kepada kategori apa jika ingin mengemukakan permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2009/2010? Kategori lepasan STPM/setaraf atau lepasan diploma/setaraf? Bilakah saya boleh mengemukakan permohonan dan bilakah saya boleh membeli number unik ID ?

  33. Yong,
    Permohonan untuk lepasan STPM 2007 telah dibuka dan akan tutup pada 5 Februari nanti. Nombor unik ID pun telah boleh mula dibeli.

    Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma dan Tarikh Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010 untuk maklumat lanjut.

  34. Askm…
    Sy skang blaja kat Pusat Asasi UIA dan akan graduate pada awal tahun ni…
    Sy nak tau sama ade sy bole apply masuk ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA bg kelayakan Lepasan STPM/Setaraf?

  35. Askm…bole tny x?bdk2 asasi kat uia bole tukar ipta utk buat program ijazah x?klu bole bile sy perlu beli nombor pin bsn n bile sy bole apply upu?

  36. salam.sy nk tnya..bgaimana nk apply ke uitm utk lepasan spm 2008?adakah permohonannya termasuk dlm upu atau asing?

  37. salam….
    sy plajr thun akhir diploma Communication in Information technology di CICT. disini sy ign brtnye, adakh sy boleh mmbuat permhonn kemne2 IPTA utk progrn ijazah sblm sy menamtkn pgajian sy pd mei 2009 ini??
    utk mklmn, sy x mahu mmbuang mse mngu kptsn prmohonn y lme apabila sy mmohon ble hbis bljr kelk…..
    tq….

  38. nilam,
    salam, blh tak sy guna result sem 5 (muet dah ambil) diploma polytechnic utk mohon ipta(um, usm dan utm)….?tq

  39. shakini,
    blh i tahu u dah call unit Kaunseling Kerjaya di Politeknik dan adakah sem 5 result polytechnic dibenarkan utk mohon ipta….?tq

  40. Mat Ju dan Luffy,
    Waalaikumsalam… Setahu saya hanya lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM sahaja yang boleh memohon melalui Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi. Walaupun begitu cuba hubungi BPKP di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 untuk kepastian. Perlu diingatkan tarikh tutup adalah 17 Januari 2009.

    Dayah,
    Salam… Anda perlu memohon melalui BPKP @ UPU, sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM.

    Surya dan Sb,
    Salam… Saya tidak mempunyai maklumat tepat untuk menjawab pertanyaan anda. Cuba hubungi BPKP di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 untuk kepastian.

  41. sy pelajar semester akhir diploma uitm. sekiranya sy apply upu semua nye bukan dr uitm dan hujung sem nnti sy akan daftar utk kemasukan ke uitm utk pelajar semster akhir. so jadi nnti sy akan dpt dua surat tawaran la..

    let say upu sy dpt um. n utk uitm sy dpt juga.. adakah sy akan dapat dua surat tawaran, um dan uitm nnti atau mcm mana.. plz help me.. sy nak telefon bhgn pengambilan tak ade kredit. tq

  42. saya ialah pelajar stpm 2007 yang telah memasukki universiti tahun 2008 tetapi atas sebab yang tertentu,saya telah berhenti sekolah.bolehkah saya minta permohonan ke ipta tahun 2009??bilakah saya patut membuat permohonan?? sila balas secepat mungkin.. terima kasih.

  43. hye! salam!
    1. saya sudah menamatkn Australian Matriculation (AUSMAT)..
    bagaimana caranya saya ingin memohon IPTA?
    2. saya juga telah mengambil Intenational English Language Testing System (IELTS).. adakah ianya setaraf MUET? bolehkah saya memohon menggunakn IELTS?
    thanx!

  44. assalamualaikum.. sy adalah lepasan sijil poli dlm bdg kejuruteraan.. bolehkah sy memohon utk memasuki maktab perguruan dgn mgunakan spm @ sijil poli sedangkan sy berumur 24 thn pd thn ini..? bilakah tarikh sebenar prmohonan itu dibuka pd thn ini? tq..

  45. salam..
    sy nk tahu, ada tak ditetapkan tarikh tutup untuk permohonan ke ipta bagi lepasan diploma melalui Aplikasi Dalam Talian?ada laman web lain tak nak isi permohonan ni selain dari yang diberitahu di ats?harap sudi membantu..trm ksh..

  46. saya ialah pelajar sptm tahun 2007 dan telah masuk ke universiti2008/2009.Tetapi dengan faktor yang tertentu,saya telah berhenti sekolah.saya nak tanya adakah saya layak memohon lagi ke ipta pada tahun ini iaitu tahun 2009??bulan jan atau feb??

  47. Assalamualaikum..saya nak tanya..saya student matrik pahang..fasa 1,saya dah isi tapi masalah sekarang no.unik ID saya hilang/lupa..Apa yang perlu saya buat sekarang?perlukah saya beli nombor yg baru??tolonglah saya nak masuk IPTA….

  48. Muhafis,
    Saya tidak mempunyai maklumat tepat mengenai perkara ini. Cuba hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my

    Ng dan Seng,
    Anda boleh memohon melalui Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma yang telah dbuka sekarang dan akan ditutup pada 5 Februari 2009 ini.

    Bulat,
    Salam…
    1.Anda boleh memohon melalui Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma.
    2.Saya tidak pasti, cuba hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

    Aishah,
    Waalaikumsalam… Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya cuba rujuk Laluan GuruBahagian Pendidikan Guru dan Aplikasi Perguruan untuk maklumat lanjut.

    Che Ah,
    Salam… Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma ditutup pada 5 Februari 2009. Setahu saya tidak ada.

    Wafa,
    Waalaikumsalam… Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada kaunselor Kolej Matrikulasi untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

  49. salam nk tanye sikit ni saye amik stpm 2007 tp x dapat masuk u,so saye bce komen bro nilam tdi dah bkak permohonan n akan tutup 5 hb ni?so saye kene apply skrg ker?tpi 2 dip?klu saye nk mintak ijazah bole k?

  50. Salam,,,saya nak tanye …perlu ke saya amik blik semula muet jikalau saya dapat keputusan muet band 1…?????

  51. saya lepasan spm2008.
    saya telah mengisi form dalam fasa 1 yg lepas.
    tetapi sy telah kehilangan/lupa no unik id yang saya beli.
    bagaimanakah caranya untuk mndapatkan kembali no unik id itu?
    adakah perlu membeli balik no unik id itu?

  52. Qiela,
    Salam… Ya perlu mohon sekarang, itu untuk ijazah kerana pemohon yang mengambil peperiksaan STPM pada tahun 2007 dan sebelumnya atau Lulusan Matrikulasi tahun 2007 dan sebelumnya atau Lulusan STAM tahun 2005 dan sebelumnya atau Lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS perlu membuat memohon melalui Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma.

    Aten,
    Tidak perlu tetapi untuk kepastian sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my

    Medjai,
    Jika anda telah berjaya mendaftar semasa fasa 1, anda tidak perlu membeli nombor unik ID yang baru.

  53. Tetapi dlm pekeliling yg dikeluarkan pada september 2008,
    ia menyatakan…

    “vii. Tatacara mengemukakan permohonan :
    · Layari laman web http://www.mohe.gov.my
    · Klik butang permohonan pada menu utama
    ·Masukan butiran berikut :
    a) Nombor Kad Pengenalan/ My Kad
    b) Nombor Unik ID
    c) Kata laluan (6-8 aksara/alphanumeric)

    · Mengisi dan mengesahkan maklumat permohonan atau pindaan
    maklumat dan Pilihan Program Pengajian sekurang-kurang 1 – 4
    pilihan.
    · Semak maklumat permohonan
    · Klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan
    telah diterima oleh sistem”

    “Bagi Fasa 2 calon wajib menggunakan Nombor Kad Pengenalan/MyKad,
    Nombor Unik ID dan Kata laluan 6 – 8 aksara alphanumeric untuk
    mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan
    SPM 2008 diumumkan.”

    mcmmana pula dengan yg itu?
    kalau mengikut penyataan pekeliling diatas itu,
    ia mewajibkan menggunakan No Unik ID itu.
    Semasa memasukkan maklumat diri di fasa 1 yang lepas,tidak pula ia meminta untuk memasukkan no Unik ID itu.

  54. Medjai,
    Maaf saya mendapat maklumat yang silap daripada anak buah saya yang keliru dengan permohonan Matrikulasi.
    Nombor Unik Id tersebut perlu dimasukkan semasa fasa 2, oleh itu jika anda telah hilang atau lupa nombor tersebut perlulah membeli yang baru.

  55. salam..saya pelajar ijazah sarjana muda biologi di utm..bolehkah saya memohon program perubatan setelah saya tamat belajar??? dan dimana harus saya rujuk untuk membuat permohonan ini??

  56. oh mcm itu..
    terima kasih..
    😀

  57. salam..saya lepasan SPM 2006,adakah saya masih layak untuk memohon bagi kemasukan ke ipta untuk sesi 2009?

  58. Helmi,

    Ada beberapa IPTA yang menawarkan pengajian perubatan di antaranya adalah UM, USM, UKM, UIA dan UiTM. Saya cadangkan anda berbincang dengan kaunselor tempat anda belajar atau merujuk terus kepada laman web IPTA yang ada menawarkan bidang pengajian perubatan.

    Untuk makluman pengambilan untuk bulan Julai perlu dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dan pengambilan sesi lain diuruskan sendiri oleh IPTA yang berkenaan.

    Medjai,

    Sama2, maaf dengan kekeliruan tersebut.

    Yen,

    Sudah tentu boleh, sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM dan anda adalah dalam kategori B.

    • Assalamualaikum. Saya nk tanye, kalau pelajar lepasan spm 2008 , masih layak ke utk mohon ipta sesi 2015/2016 ?? Atau perlu ambil spm terkini ?

  59. hye, nk ty sket..
    sy dah lupe kata laluan utk kemas kini borang upu sy..
    jd cm ner sy nak tau ek??
    ape laman web nye@ nk acsses cam ne??

  60. Mida,
    Anda boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my dengan memberi nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

  61. saya berminat menjadi seorang ahli kaunselor tetapi result spm saya tak begitu kuat,saya dah test melalui RIASEC dan betul lah itu yang saya minat, persoalan saya
    i) IPTS mana yang ada menawarkan diploma psikologi/kaunseling
    ii) Apa beza antara diploma kaunseling dengan diploma psikologi
    iii) Selepas saya mendapat diploma di IPTS, adakah saya boleh memohon Ijazah kaunseling di IPTA?
    iv) Adakah semua ipta menerima diploma kaunseling/psikologi dari IPTS untuk menyambungkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda
    v) adakah syarat-syarat lain ?

  62. Anuwarpdns,
    i)Maaf saya tidak mempunyai maklumat ini tetapi mungkin laman web http://www.studymalaysia.com/ boleh membantu.
    ii)Saya tidak dapat menjawab soalan ini, mungkin pembaca lain boleh membantu.
    iii)Sudah tentu boleh jika kelulusan diploma tersebut diiktiraf oleh IPTA.
    iv)Tidak semestinya, sebelum anda memulakan pengajian diploma di IPTS saya nasihatkan anda semak IPTA yang mengiktiraf diploma tersebut.
    v)Untuk memasuki IPTA anda perlu memenuhi syarat am dan syarat khas pengajian berkenaan. Di samping itu anda juga perlu lulus MUET dengan band yang tertentu untuk memasuki IPTA pilihan anda.

  63. As’kum.. saya terlepas pendaftaran untuk fasa pertama yang lepas.. boleh x saya apply untuk fasa kedua?

  64. Far-n,
    Waalaikumsalam… untuk lepasan SPM 2008 memang boleh sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM untuk maklumat lanjut.

  65. Selamat sejahtera.

    Saya ingin bertanya, saya merupakan pelajar A level tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA). Saya nak cari tempat utk sambung pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan. Boleh kah saya menggunakan keputusan periksa saya ini? adakah saya dikategorikan sebagai pelajar international walaupun saya seorg bumiputera dan warganera msia?

    Terima kasih.

  66. pemohan upu fasa 2 perlu no unik id yg baru ke walaupun di bli scra pukal november 2008?leh bg sy cadangan mcmame sy prlu buat?

  67. Syahmier,
    Saya rasa anda boleh memohon di bawah kategori Lepasan Diploma, maklumat lanjut sila kunjungi Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma tetapi sila ambil perhatian bahawa tarikh tutupnya adalah 5 Februari ini. Walaupun begitu untuk kepastian cuba hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my

    Zmie,
    Anda boleh guna nombor unik ID yang dibeli secara pukal pada November 2008 lalu tidak perlu membeli yang baru.

  68. assalamualaikum….

    bila permohonan bg pjj dan plk akan di buka???

    terima kasih….

  69. salam,
    mcmana kalu number id yng dibeli scra pukal thun 2008 hilang?
    boleh beri bru x?

  70. assalamualaikum
    sy nk tnya,permohonan ke ipta lepasan stpm 2008 di bka dari 3 februari hingga 10 ari lepas result kuar,tapi camna nak mohon sblum result kuar?nanti nak plih course cam na?

  71. Spartan,
    Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Saya akan paparkan di blog bila saya dah dapat maklumat terbaru.

    Syaquiella,
    Salam… Ya, boleh beli baru.

    Muzz,
    Waalaikumsalam… permohonan boleh dibuat sekarang di Permohonan Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Lepasan SPM/Setaraf.

  72. saya lulusan STAM 2006..camner nak dapatkan angka giliran MUET 2006 saya?yg asal hilang…

  73. camner nak check data MUET 2006..yg saya hilang la…tolong saya..

  74. heloo,
    saya mempunyai kawan, lepasan SPM Kategori C..dia hanya mendapat 3 kredit termasuk Bahasa Malaysia…dan dia sudah membuat permohonan bagi fasa 1. selepas merujuk kepada syarat kemasukan, apa yg dipaparkan adalah seperti berikut:CONTOH

    CONTOH 1. “SYARAT AM UNIVERSITI
    Warganegara Malaysia ; dan

    Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat :-
    Kepujian Bahasa Melayu; dan
    Lulus Bahasa Inggeris ”

    CONTOH 2. PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT (UITM) – E2250

    MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
    DAN
    SYARAT KHAS PROGRAM
    1. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

    · Bahasa Inggeris.

    DAN

    · Lulus Matematik/Matematik Tambahan

    setahu saya, syarat minimum untuk apply ke IPTA adalah 5 kredit.so, boleh tolong jelaskan tak, samada kawan saya layak atau tidak untuk membuat permohonan ke IPTA.

  75. Noname,
    Sememangnya syarat am untuk masuk IPTA bagi lepasan SPM adalah

    • Warganegara Malaysia dan
    • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu.

    Kawan saudara tidak memenuhi syarat am ini tetapi tidak ada salahnya jika dia hendak memohon.

    Syabab,
    Anda perlu menghubungi Majlis Peperiksaan Malaysia, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03 6136 9663 Faks : 03 6137 5581

    Sila ambil perhatian, tarikh tutup permohonan lepasan STAM 2006 adalah 5 Februari ini.

  76. nilam,jadi, kenapa dalam laman web tersebut (mohe.gov.my) memaparkan hanya kepujian dalam bahasa malaysia dan lulus bahasa inggeris bagi lepasan SPM Kategori C?boleh anda jelaskan?

  77. Noname,
    Saya akan semak perkara ini dan akan maklumkan di sini.

  78. sebagai seorang pelajar yang mengikuti bidang kursus yang di tawarkan pihak upu.
    (bukan bidang yang saya minat). Saya memohon kursus yang sangat saya minati dan telah pun membuat persediaan, tapi malangnya saya ditawarkan kursus yang tiada kaitan dengan apa yang telah saya pelajari dan minati. Saya telah membuat rayuan tukar kursus namun jawapannya tiada kekosongan. Malah saya di nasihatkan menerima kursus yang telah ditawarkan kepada saya. Saya terpaksa belajar bertungkus lumus sebab saya tidak mahir dalam kursus tersebut. Pada periksaan semester 1, saya gagal mendapat pointer yang baik dan saya mendapat keputusan gagal berhenti. Saya telah membuat yang terbaik. Sedangkan waktu di sekolah dulu saya selalu mendapat keputusan yang cemerlang.
    Boleh kah saya membuat rayuan untuk tukar kursus untuk semester baru, iaitu July 2009? Atau bolehkah saya mencuba dengan memohon sekali lagi masuk upu?

  79. Noname,
    Pemohon Lepasan SPM Kategori C memang tidak memerlukan lima kredit sebagaimana kategori lain. Sila maklumkan perkara ini kepada rakan anda dan pastikan dia memilih program pengajian yang paling sesuai dengan kelulusan yang dimiliki.

    Marina,
    Dilemma yang hadapi turut dialami oleh ramai pelajar IPTA lain, ada yang dapat menyesuaikan diri tetapi ada juga yang gagal.
    Saya andaikan anda sekarang telah keluar daripada IPTA kerana mendapat keputusan gagal berhenti. Oleh itu anda bolehlah mencuba untuk memohon masuk ke IPTA sekali lagi. Jika anda masih lagi pelajar IPTA, saya syorkan anda berjumpa dengan kaunselor IPTA anda untuk berbincang pilihan yang ada.

  80. terima kasih nilam atas bantuan anda.

  81. Noname,
    Sama-sama…

  82. salam,saya nak tanya…mcm mana nak mohon ke maktab perguruan utk lepasan spm 2008..dan bilakah tarikh utk permohonan itu dibuka?thanks!

  83. nak tanya lagi,bagi kategori C diwajibkan menghantar dokumen,sijil2 dan sebagainya ke semua IPT yang dimohon. jika kawan saya memohon 1-6 pilihan adalah uitm, berapa set dokumen yg dia perlu hantar? satu sahaja atau mengikut fakulti?

  84. assalamualaikum….
    ape yg menjd sbb ssh sgt nk masuk upu fasa 2?? da byk kali key in pon x approved jgk… klu ada kesilapan smsa pmhnan upu fasa 1..ada pluang untk buat pmbetulan tak??

  85. salam..tumpang tanya..bagaimana kita nak dapatkan kembali pin kod utk UPU fasa 2 sekiranya pin kod tersebut hilang?

  86. kalau no unit ID hilang nak buat cam ne yek?saya dah daftar bagi frasa 1 tetapi nak ke frasa 2 tak boleh kerana hilang no unit ID…

  87. Dayah,

    Permohonan ke maktab perguruan boleh dirujuk di Aplikasi Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya tidak pasti bila tarikh permohonan akan dibuka tetapi saya akan hebahkan di sini bila mendapat maklumat mengenainya.

    Noname,

    Pada pendapat saya sepatutnya hantar satu salinan sahaja tetapi saya akan cuba dapat maklumat lanjut.

    Fieqa,

    Waalaikumsalam,

    Saya syorkan anda baca dengan teliti Panduan Permohonan dan jika masih menghadapi masalah hubungi Hotline UPU di 03-8883 5858. Kesilapan semasa di fasa 1 boleh dibetulkan selepas anda berjaya membuat permohonan di fasa 2.

    Hamnah dan Naz,

    Jika anda membeli secara pukal melalui sekolah, anda boleh semak dengan guru yang berkenaan. Jika anda membeli nombor unik ID tersebut sendiri di BSN, anda terpaksa membeli nombor yang baru.

  88. nilam, apakah contoh “Transkrip Penuh Akademik dan Sijil” bagi pemohon kategori C???

  89. Hello

    Saya pelajar lepasan SPM 2008 dan telah memohon kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Fasa 2.Adakah saya perlu mencetak Jawapan Penerimaan Permohonan & Maklumat Permohonan(Menu SEMAKAN)sebagai rujukan permohonan?Saya telah menggunakan telefon bimbit saya bagi mengakses internet untuk mengisi borang permohonan tersebut jadi saya tidak dapat mencetak halaman tersebut. Lebih malang lagi apabila komputer tidak dapat membaca data tersebut di dalam telefon bimbit saya untuk dicetak.

  90. Assalamualaikum.

    Saya pelajar lepasan SPM 2008.Saya telah memohon kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Fasa 2.Ini bermakna saya berada di Kategori A (SPM/Setaraf).Walau bagaimanapun,saya terlupa mencetak penerimaan permohonan saya selepas saya mengklik ‘sah dan hantar’.Permohonan pula hanya boleh dilakukan sekali sahaja.Apa perlu saya lakukan?

  91. Noname,
    Ini merupakan senarai kursus, pengajian, matapelajaran serta keputusan untuk setiapnya.

    Chopp dan Yusop,
    Anda boleh mencetak maklumat yang diperlukan itu dengan masuk ke bahagian SEMAKAN.

  92. Adakah cetakan penerimaan permohonan(halaman yang muncul setelah mengklik ‘sah dan hantar’) penting bagi pemohon Kategori A(SPM 2008/Setaraf)?

  93. tarmizi_abdullah says:

    Salam.
    Saya terlewat mengisi borang kemasukan untuk lepasan Diploma/setaraf..
    soalan saya :
    1) Tarikh tutup 5hb February ini adalah untuk pengambilan Jan bukan? Bilakah borang untuk pengambilan Julai akan di siarkan?

    Sekian dahulu..

  94. the closing date of the application according to above is 3MAC2009.. this means the spm result will out before this..is it?

  95. Chopp,
    Penting sebagai rujukan, anda boleh mencetaknya dengan masuk masuk ke bahagian SEMAKAN.

    Tarmizi Abdullah,
    Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup 5 Februari lepas adalah untuk pengambilan Julai.

    Choe,
    Keputusan SPM 2008 belum diketahui bila akan diumumkan. Tarikh tutup 3 Mac 2009 adalah untuk Lepasan SPM Kategori B,C dan D.

  96. tarmizi_abdullah says:

    OMG!!>collapse<
    so i have to wait another year to come then..?for the intake of Jan?

  97. Tarmizi Abdullah,
    Permohonan untuk pengambilan Disember/Januari diuruskan sendiri oleh IPTA bukan melalui UPU. Tawaran akan dibuka dalam bulan Ogos/September dan ditutup pada bulan September/Oktober bergantung kepada IPTA yang berkenaan.
    Sebagai panduan sila rujuk Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009.

  98. Saya telah membuat permohonan ke IPTA.
    Masalah saya adalah saya telah dipilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan saya berada dalam Kumpulan 3.
    Saya sedang memikirkan untuk menukar kepada Kumpulan 2 supaya saya boleh memulakan pelajaran saya di Universiti pada bulan Jun/Julai.
    Tetapi, jika saya bertukar kepada Kumpulan 2, adakah saya boleh menguruskan tentang pelajaran saya di Universiti? Dan bilakah pelajaran akan bermula?
    Untuk Kumpulan 2, PLKN akan bermula pada 19 Mac hingga 8 Jun. Bagi Kumpulan 3 pula, PLKN akan bermula pada 16 Jun hingga 5 september.
    Kumpulan manakah yang patut saya sertai? Saya risau jika saya memasuki Kumpulan 2, saya tidak sempat untuk menguruskan pelajaran saya.
    Namun, jika saya bercadang untuk bertukar kumpulan, saya perlu mengemukakan surat dan saya akan menyatakan sebabnya iaitu saya bercadang memulakan pelajaran pada bulan Jun.
    Tetapi jika permohonan saya untuk menukar kumpulan gagal, saya akan tetap berada di Kumpulan 3. Adakah pihak universiti boleh mengemukakan surat supaya saya dikecualikan ataupun tempoh PLKN saya dipendekkan jika saya berada di Kumpulan 3?

  99. Cece,
    Saya tidak arif berkenaan PLKN tetapi saya akan cuba menjawab apa yang saya tahu, mungkin pembaca lain juga boleh membantu.

    Pendaftaran ke Universiti berbeza-beza mengikut IPTA sebagai contoh pada tahun lepas UPM mendaftar pada 28 Jun, UIAM pada 10 Jun, UM pada 21 Mei dan Matrikulasi KPM 12 Mei.

    Jika anda berada di Kumpulan 2 tentu sempat untuk menyelesaikan urusan permohonan ke IPTA kerana keputusan SPM dijangka akan diumumkan sebelum 19 Mac. Jika ada yang tidak selesai, kalau tak silap saya (sila semak dengan PLKN) anda dibenarkan mengambil cuti untuk menguruskannya.

    Jika anda berada di Kumpulan 3 dan perlu mendaftar ke IPTA anda boleh memohon penangguhan PLKN untuk memulakan pembelajaran di IPTA.

    Sila berhubung dengan pihak pengurusan PLKN untuk kepastian.

  100. saya baru sedar saya hilang slip BSN saya. adakah terlalu lambat untuk membeli nombor unik ID baru? saya belum mula memohon untuk ipta.

  101. boleh saya tentang ptptn??saya sudah berhenti 4 bulan tapi surat tuntutan masih belum datang lagi..saya sudah membatalkan pinjaman melalui sekolah di U.

  102. salam..boleh saya bertanya tentang pjj pengajian islam yang kampus die dalam area pantai timur..kampus mane yang saya boleh apply?

  103. so, nilam macam mane?perlu hantar satu salinan sahaja ke atau kesemua fakulti?

  104. Kenny,
    Anda boleh membeli nombor unid ID BSN yang baru kerana nombor ini dijual sehingga tarikh tutup.

    Sengwei,
    Saya tidak mahir perkara yang berkaitan PTPTN. Anda dinasihatkan berhubung terus dengan pihak PTPTN untuk maklumat lanjut.

    Aannajah,
    Salam… Sila rujuk laman IPTA yang berkenaan untuk maklumat mengenai. Saya juga dalam proses untuk mendapatkan maklumat berkenaan PJJ bagi pengambilan Jun/Julai 2009.

    Noname,
    Okay saya hampir terlupa untuk memberitahu tentang perkara ini, maaf.
    Anda hanya perlu hantar satu salinan sahaja ke satu IPTA tetapi sila tulis semua kod dan nama kursus yang dipohon bagi IPTA yang berkenaan di luar sampul surat.

  105. Saya lepasan SPM dan berminat ingin melanjutkan pelajaran di dalam bidang autumotif di jepun…
    Soalan saya,
    1st) adakah saya perlu mengikuti kursus di Institut Bahasa Teikyo dahulu ?
    2nd) ada tak universiti/Mara/kolej Malaysia yang menghantar pelajarnya ke jepun dalam bidang automotif?
    3rd) di mana boleh saya dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Jepun?

    Terima kasih….

  106. awani aisyah says:

    erm…

    pemohonan kursus perguruan bg lepasan SPM (KPLSPM) telah pun ditutup..
    saya xsedar pun bila ianya di buka..alangkah sedihnya..

  107. Bilakah pembelian No. PIN Politeknik bagi lepasan SPM 2008 dibuka dan ditutup? TQ

  108. Notsure,
    1.Saya tidak pasti
    2.Setahu saya UM ada program Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan Jepun. Sila rujuk Asasi Sains Universiti Malaya.
    3.Sila rujuk Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2010 – Monbukagakusho : MEXT

    Awani Aisyah,
    Sila rujuk Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009 yang baru dibuka sekarang.

    Epunk,
    Selepas 15 Mac sehingga 17 April, sila rujuk Permohonan Ke Politeknik KPT Sesi Julai 2009.

  109. saya pelajar lepasan STPM 2008. saya ingin bertanya samada masih adakah peluang untuk saya memohon IPTA dengan keputusan hanya 3P (kerana satu subjek lagi hanya lulus separa) tetapi PNGK saya melebihi 2.50?

  110. salam..sy nak tnye…saya student lepasan spm 2008…sy dah isi UPU untuk sesi pertama…tp skrg ni no pin BSN saya hilang…sy xbleh nak isi untuk sesi kedua..adakah sy perlu membeli no pin tersebut skali lg??atau bagaimana…
    plz…tlg bg jawapan..

  111. sy kehilangan number unik ID..sy baru sedar apabila ingn mdaftar utk fasa 2..mcm mana nk selasai masalah neyh??sy da xbley nk isi untuk fasa 2..bukan ke tarikh pembelian number pin daa abesh??

  112. IMQ,
    Biasanya IPTA memerlukan anda mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam 3 matapelajaran termasuk Pengajian Am sebarang kelayakan minimum. Sila semak Syarat Khas di bawah e-Panduan di laman web UPU.

    Nurul88 dan Rdam,
    Anda perlu membeli nombor unik ID yang baru. BSN menjualnya sehingga tarikh tutup permohonan ke IPTA.

  113. Assalamualaikum,

    Adik saya tidak mendapat kata lalauan pada Fasa 1 untuk permohonan ke IPTA Fasa 1 (Lepasan SPM).

    Dia hanya mendapat tahu perkara ini pada hari keputusan dikeluarkan.

    Bagaimana saya dapat membantu dia. Dia telah pun membuat pembayaran di BSN.
    Adakah masih boleh memohon?

    Terima Kasih,
    Dyana

  114. Dyana,
    Waalaikumsalam,
    Adik anda boleh terus membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID BSN yang telah dibeli itu.

  115. salam nilam.
    urm,etcely saye konpius sket ngn syarat2 course yg sye nk pohon.
    majoriti nk kepujian.
    sye kurang pasti dgn mksud ‘kepujian’ tersebut.
    setahu sye,
    CEMERLANG : gred 1a,2a
    KEPUJIAN : gred 3b,4b,5c,6c
    LULUS : gred 7d
    GAGAL : gred 8e,9g

    adakah tepat pendapat saye?
    tolong jelaskn dgn lebih terperinci boleh?
    saye takut salah pilih course nanti

    tq(~_^)

  116. lets we support STPM!!!because it give us an important benefit!!!

  117. niYang,
    Anda betul, cuma 8E dikira Lulus.

  118. ai nilam.
    skali ag sy nk tnye.
    juz nk mntax kpastian btol2 drp nilam.
    btol ke gred bg kepujian( 3b,4b,5c n 6c ) ?
    sbb ade yg kate kepujian smpai 5c je.
    6c tak termasuk.
    sy musykil laa

  119. sory nilam.
    sy sbnonye,byk ngat musykil ngn pmilihan course neh.
    urm,sy ade 2 soalan.

    1) dlm syarat2 course yg sy nk,msti calon tak rabun..dats mean,org yg pakai spek mate xbley apply laa?walaupun power sy sket je.juz pkai tym nk tgk slide show n lihat objek jauh.

    2) boleh tak nilam jelaskn perbezaan course ni?
    tentang mcm mane care mereka bekerja.

    – kejuruteraan awam dan teknologi
    -kejuruteraan elektronik
    -kejuruteraan elektrik
    -kejuruteraan mekanikal
    -kejuruteraan pembuatan

    tenQ!

    sy konfius sgt.

  120. siti hajar mohd nazir says:

    mohon pertolongan nilam,
    saya dah memohon UPU dan semakan telah dibuat tetapi saya tidak boleh buat kemaskinian walaupun data di bhg kemaskini telah dibuat pembetulan. bagaimana kita nak tahu maklumat kita telah dikemaskinikan kerana tidak ada button utk saya klik.

  121. hello…semua..nak tanya ni…
    kalau dapat result cam ni
    A-(3.67)
    2 B-(2.67)
    2 C(2.00)

    pointer 2.75… dah memohon UPU…
    menurut pendapat korang berapa peratus(anggaran) pelajar ini diterima masuk…..
    layak ke tidak or dapat ke tidak..

    please jawab k.

  122. NiYing,
    6C dikira kepujian juga.

    Kalau syaratnya tak rabun maknanya jika anda menggunakan cermin mata maknanya memang tidak layak memohon. Walaupun begitu sila baca dengan teliti syaratnya kerana ada kursus yang sebut tak boleh rabun tapi jika rabun pada tahap tertentu masih boleh memohon.

    Saya minta maaf tidak dapat menjawab soalan anda ini tetapi saya syorkan anda buat carian di internet, sebagai contoh taip – “kejuruteraan elektronik” kerjaya.

    Siti Hajar,
    Selepas membuat kemaskini anda perlu klik butang “SAH & HANTAR” barulah sistem menerima apa-apa pembetulan yang telah anda masukkan. Selepas itu anda boleh buat SEMAKAN pula untuk kepastian maklumat telah dimasukkan dengan betul.
    Perlu diingatkan anda hanya boleh membuat 3 kali kemaskini sahaja.

    Lora,
    Agak sukar untuk menentukan berapa peratus seseorang calon itu akan berjaya diterima ke IPTA. Ini bergantung kepada program pengajian yang dipohon dan jumlah pengambilan. Misalnya jika program pengajian itu ramai yang memohon sudah tentu mereka yang mempuyai keputusan peperiksaan yang lebih baik akan terpilih.

  123. nak tanya sikit tuk cik nilam,

    saya adalah pemohon kategori lepasan diploma/setaraf dan
    sekarang ini saya dalam process untuk penghantaran sijil2 ke ipta pilihan, malangnya satu-satunya salinan cetakan permohonan saya telah terkoyak dengan tidak sengaja oleh adik saya.saya nak tahu adakah cara lain yang boleh mendapatkan kembali salinan saya kerana apabila saya check dari upu website.saya tidak melihat sebarang capaian tuk print borang maklumat permohonan ini lagi.atau adakah saya boleh menghantar terus sijil2 saya tanpa maklumat permohonan tersebut…

    terima kasih.

  124. saya telah memohon menjadi guru di UPSI.saya suka mengajar sains ataupun matematik.saya ialah pelajar stpm dan saya dapat 2.83.saya dapat 3b dan 1c+.Adakah saya dapat ditawarkan masuk??bilakah ujian MEDSI akan diumumkan??tolong beritahu saya..terima kasih..

  125. Sissy,
    Saya cadangkan anda membuat salinan photostat borang yang koyak tersebut. Jangan hantar sijil2 tersebut tanpa maklumat permohonan anda. Anda juga boleh cuba menghubungi pihak UPU untuk bantuan.

    Peter,
    Keputusan samada anda akan diterima masuk atau tidak perlu tunggu pengumuman rasmi nanti. Berkenaan ujian MEdSI sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai 13 April 2009.

  126. saya bdk lepasan stpm 2007 .tertapi saya ingin membuat permohonan tuk sesi 2009/2010.tapi saya sudah terlewat untuk membuat permohonan itu.pada tahun ini .adakah peluang saya masih ada untuk membuat permohonan pada tahun ini?

  127. Am,
    Memang benar permohonan untuk lepasan STPM 2007 telah pun ditutup. Anda perlu menunggu pengambilan yang berikutnya.

  128. hello…nak tanya pendapat nilam..bidang apakah yang kurang menarik perhatian??

    Saya mendapat Gred A- dalam matapelajaran sastera iaitu 3.67. Tetapi sayangnya saya telah mendapat gred rendah dalam mata pelajaran lain iaitu geo&P.am(B- iaitu 2.67) manakala sej&bm(gred C 2.00)

    Dalam borang UPU saya telah memilih 2 universiti iaitu UMS,UPM dan Um.

    antara bidang yang saya telah pilih ialah bidang sastera dan sains sosial(geo,sej,sosiologi dan antropologi,hung industri)

    saya juga telah mendapat tawaran permohonan dari USM dan saya telah memilih bidang sastera di universiti tersebut.

    Persoalannya di sini, apakah bidang sastera popular dalam kalangan pemohon untuk memasuki IPTA???

  129. hai cik nilam,

    Saya nak tahu bilaka tarikh tutup sebenar penutupan penghantaran borang2 tuk kategori diploma/setaraf ke ipta2 pilihan. Jadi disini satu2 cara yang sia ada sekarang ini adalah menghubungi pihak upu mengenai salinan maklumat permohonan saya.Borang yang terkoyak telah saya buatkan salinan tapi hasilnya tidak begitu baik, byk perkataan yg langsung tidak boleh dilihat dan hilang.

  130. Lora,
    Hello… Agak sukar untuk menjawab dengan tepat persoalan anda kerana hampir semua bidang mempunyai persaingan dan tahap popular. Popular atau tidak sesuatu bidang itu tidak tentu, ini bergantung kepada universiti dan program pengajian juga.

    Sissy,
    Hi… Tarikh tutup untuk Lepasan Diploma dan setaraf adalah 7 Februari 2009 manakan Lepasan SPM Kategori C dan D adalah 5 Mac 2009.
    Saya rasa anda perlu segera menghubungi UPU untuk mengatasi masalah anda.

  131. Nama saya Angelin , i nak tahu maklumat mengenai pendidikan jarak jauh (PJJ)
    saya habis stpm tahun 2005 , sekarang tengah kerja kat goverment sebagai pembantu tadbir , i berminat nak lanjutkan pelajaran saya .
    terima kasih

  132. Anjali,
    Pengambilan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu anda perlu menyemak laman web universiti berkenaan untuk maklumat. Walau bagaimanapun saya ada cadangan untuk membuat satu senarai program PJJ semua universiti di sini.

  133. assalamualaikum nilam.
    sy musykil dgn soalan permohonan online bg kolej penerbangan.
    di situ,sy dminta utk tick di mana2:
    1) subjek yg sy pass
    2) subjek yg sy credit.

    mksudnya,jika result sy 10A,termasuklah dlm pass dan credit?

    mohon bantuan nilam

  134. sy nk tau de x scholarship tuk bdk spm 08 yg dpt 7A???

  135. de x scholarship tuk stdnt spm yg dpt 7A??

  136. niYing,
    Waalaikumsalam… anda perlu tanda credit jika gred matapelajaran anda antara 1A – 6C, manakala pass jika dapat gred 7D atau 8E.

    Syasya,
    Sila rujuk kategori Biasiswa.

  137. hai nilam,saya ada memohon asasi sains di uitm.Namun sekiranya saya menerima asasi sains tersebut bolehkah saya tukar ambil asasi tesl di uitm?

  138. Lemon,
    Setelah anda diterima masuk, biasanya tidak boleh bertukar tetapi cuba berbincang dengan pihak yang berkenaan selepas mendaftar.

  139. cheezuka says:

    sy ingin bertanya, bila kah lagi permohonan utk ke ipta bagi lepasan diploma akan dibuka semula?

    tq

  140. salam.., sy lepasan spm 2008, sya ade mohon upu asasi di uia, dlm mase same sy ade mohon matrikulasi.nk tanya, sekiranya sy ditawarkan mengikuti matrikulasi, adakah ade peluang mendapt tawaran ke upu? ini kerana tarikh pendaftaran matrikulasi lebih awal.

  141. assalamualaikum nilam.saye tak paham purpose borang upu.saye dah isi semue aritu.bru tadi saye buke laman web uitm dan di sane ade borang permohonan juge? borang upu ni borang permohonan juge kan? saye apply uitm kat borang upu tu.please terangkan purpose borang upu trsebut.maafla soalan saye ni mcm bodo2 je.tp saye betol2 nk tau.thx nilam

  142. cheezuka says:

    slm..

    sy terlepas utk mendaftar kemasukan ke ipta bagi lepasan diploma yg telah berakhir 5 feb lalu, bilakah lagi sesi pendaftaran utk ke ipta akan dibuka semula?

    tq

  143. luxemberg says:

    saya telah memohon menjadi guru di UPSI.Bilakah tarikh pengumaman tersebut???

  144. saya telah memohom menjadi guru di UPSI,BILAKAH tarikh pengumuman rasmi tersebut untuk menghadiri ujian lisan???dan dimanakah boleh saya check sama ada saya berjaya dipanggil untuk ujian lisan???tuan tolong balas secepat mungkin,ya…

  145. salam ..hye Nilam, sy ada kemuskilan ne..harap tolong saya ye…
    saya pelajar STPM 2007 tetapi tdak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pada tahun 2008 kerana subjek pengajian am dan sains sukan saya tdak mndapat kepujian daripada 5 subjek namun saya telah mengambil ulangan STPM pengajian am dan sains sukan pada tahun 2008..
    soalan saya,
    1..adakah saya boleh mengabungkan keputusan STPM 2007 dan 2008 untuk memasuki IPTA pada tahun 2009? dan
    2.. adakah saya di kategorikan (A) lepasan STPM 2008 dalam permohonan? atau sebaliknya seperti kategori (E) untuk lepasan STPM 2007 ??

  146. Cheezuka,
    Pengambilan Disember/Januari biasanya dalam bulan September/Oktober nanti.

    Me,
    Salam… Ya, memang ada kemungkinan anda akan mendapat dua tawaran kerana Matrikulasi dan UPU diproses secara berasingan.

    Lulu,
    Waalaikumsalam… Permohonan ke IPTA untuk lepasan SPM dan STPM serta setaraf dengannya bagi sesi Julai adalah melalui UPU sahaja. Di laman UiTM itu mungkin untuk kursus professional dan lepasan pra diploma.

    Luxemberg,
    Dijangka pada minggu ketiga Jun 2009 manakala kelayakan menduduki ujian MedSI boleh disemak mulai 13 April 2009 di laman web http://www.mpm.edu.my. Manakala semakan panggilan Temu Duga boleh dibuat mulai 11 Mei 2009 melalui laman web upu.mohe.gov.my

    adie88,
    Salam… Saya tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut, mungkin ada pembaca lain yang menghadapi situasi yang sama boleh membantu. Sementara itu cuba hubungi UPU di talian 03-8883 5858 untuk penjelasan.

  147. okey thx ye nilam 🙂

  148. Lulu,
    Sama-sama.

  149. hye,…
    saya merupakan pelajar lepasan spm 2008..
    saya ada 1 soalan untuk nilam..
    saya ada memohon upu dan pada masa yang sama, saya memohon pusat perubatan um…soalannya ialah, jika saya mendapat tawaran drpd ppum, dan pada masa yang sama saya telah ditawarkan ke ipta, adakah saya boleh keluar drpd ipta untuk menerima tawaran drpd ppum…? hal ini demikian kerana, tarikh keputusan ppum adalah pada bulan Jun.

  150. salam.saye tak paham psl tarikh temuduga uitm dan bagaimane saye nak tahu sameade saye dpt temuduge(di uitm dr 9-13 april) tu sedangkan kputusan ipta dlm bulan mei ni?

  151. lulu,
    awk apply uitm tu melalui no.pin uitm ke no.pin upu?
    saje nk taw…

  152. ctyati,

    saye gune no pin upu.baru saye paham psl no pin uitm tu.yg tu register online bg pengambilan pelajar bulan disember nanti.

  153. Ctyati,
    Sudah tentu boleh tetapi saya syor anda semak syarat untuk menarik diri kerana ada kemungkinan ada denda atau bayaran dikenakan.

    Lulu,
    Semakan panggilan temu duga Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf sudah boleh dibuat mulai 7 April 2009 manakala temu duga akan dijalankan dari 9-13 April 2009, sila rujuk laman web UPU.

  154. jika nama kita tiada di dalam senarai untuk menghadiri temuduga tersebut, adakah bermakna kita tidak terpilih ke ipta berdasarkan universiti tersebut???

  155. hai..sy nak tnya,klau kita tak layak utk course yg di apply kt upu, adakah pihak u akan bagi course lain?

  156. one more thing,kalau kita x terpilih utk temuduga kt uitm,adakah ini bermaksud sy tak layak msuk uitm?

  157. salam..
    saya nak tahu adakah ujian medsi yang akan diadakan pada 18hb april 2009 melibatkan semua calon yang memilih jurusan perguruan pilihan 1 dan 2…
    adakah mereka dipilih secara automatik?
    saya terlepas ujian medsi pada tahun lalu…oleh itu saya memohon sekali lagi kemasukan ke ipta dalam kategori diploma/setaraf adakah saya layak menduduki medsi?
    saya takut kalau tidak terpilih ke ujian medsi…sekaligus melenyapkan impian saya untuk menjadi pendidik…

  158. luxemberg says:

    saya sungguh gembira kerana saya dipannggil untuk ujian MEDSI.tetapi saya sungguh gelisah kerana saya perlu buat apa untuk menghadapi ujian ini???apakah soalan yang mungkin tanya dalam ujian ini????tolong balas secepat mungkin>>TUAN

  159. macam ner soalan medsi..

  160. adakah jika kita ditawarkan ujian medsi kemungkinan besar akan ditawarkan ke universiti..

  161. MEDSI NIE UNTUK PELAJAR YANG ISI BORANG MAKTAB KE?

  162. saya dah dipanggil untuk ujian medsi…
    klo x silap ujian medsi ni ada 4 item dan 300 soalan

  163. asalamualaikum…

    saya nak tnya kat nilam … plz..
    bagaimana pangambilan disember ke ipta dikemukakan?
    adakah permohonan dgn membeli pin ID atau dgn melayari laman web ipta itu sendiri atau terus berhubung ke pusat akademik universiti itu?

  164. Salam… mula2 saya ingin meminta maaf kerana lambat menjawab komen2 di sini memandangkan baru semalam sahaja saya dapat online. Saya tidak sihat untuk beberapa hari yang lalu.

    Daniel,
    Bermakna anda tidak disenarai pendek untuk program pengajian tersebut.

    Leeya91,
    Ya, jika ada kekosongan.
    Bermakna anda tidak disenarai pendek untuk program pengajian tersebut.

    Aszchibi dan Luxemberg,
    Salam… Saya harap anda berjaya dalam ujian tersebut.

    Sya 89,
    Pengambilan Disember diuruskan sendiri oleh IPTA yang berkenaan, oleh itu anda perlu memohon terus melalui IPTA tersebut.

  165. luxemberg says:

    akhirnya ujian medsi berlalu,APAKAH format soalan temu duga yang ditanya jika saya berjaya untuk temu duga pendidikan??????sila jawab,ya>>>

  166. Luxemberg,
    Saya tidak ada maklumat berkenaan soalan temuduga tetapi diharap mereka yang ada melaluinya boleh berkongsi maklumat di sini.

  167. lg satu,sy musykil la.sy nak tnya,walaupun kita tak layak apa2 course dlm mana2 u ,adakah kita akan tetap d masukkan ke mana2 u ?

  168. salam…
    aduh…cmn ble jd mcm ni..silap sye sbb bc sambil lewa panduan isi e-borang
    emm..sye dah wt online upu n dah pun cetak..
    masalahnya..sye xde poskan ke ipta pilihan borang pmohonan tersebut dan sgala yg berkenaan..
    adakah sye masih lg boleh berharap bhw permohonan sy diterima…sye adalah lepasan diploma..
    wbgmnpun,sye telah mngambil ujian medsi pada 18april(sabtu) lalu…
    sye semakin risau…tolonglah bg sesape yg tau pe yg patut sye buat skg….

  169. selepas ujian medsi,sampai pula temudaga.Adakah temuduga juga dipanggil sebagai mtest???MOHON SESIAPA YANG TAU format temuduga tolong paparkan di ruang ini>>>>terima kasih banyak!!!!

  170. ok … terima kasih nilam ..huhu =]]

  171. syukur sangat medsi dah berlalu
    pas ni interview plak
    kalau x silap ianya berkaitan dengan isu semasa dalam bidang pendidikan
    tapi nanti saya tanya pada kwn saya dulu…
    tahun pas dia berjaya…

  172. salam.. sy ingin tahu bile agak2 nye tarikh tumuduge eak..ujian medsi kan dah lepas.

  173. Leeya91,
    Tidak semestinya, ini bergantung kepada kekosongan tempat yang disediakan.

    Sanguila,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya, harap ada pembaca lain boleh membantu.

    Ea,
    Salam… Cuba hubungi Hotline UPU di 03-8883 5858 atau mungkin anda boleh hantar sendiri dokumen yang diperlukan ke IPTA yang berkenaan.

    Sya 89,
    Sama2

    Aszchibi,
    Terima kasih jika dapat berkongsi maklumat tersebut di sini.

    Syana,
    Semakan panggilan Temu Duga Program Pendidikan boleh dibuat mulai 11 Mei 2009

  174. salam..
    nilam harap dapat bantu..
    jika kita lulus ujian medsi..
    adakah secara automatik akan dipanggil temuduga..
    ataupun dia akan tengok pointer calon dulu..
    untuk lepasan stpm..
    help me..
    saya sangat musykil..

  175. One,
    Saya kurang arif mengenai perkara ini, mungkin pembaca lain boleh membantu. Walaupun begitu semakan panggilan temuduga Program Pendidikan boleh dibuat mulai 11 Mei 2009.

  176. aszchibi ,kalau boleh paparkan format temuduga nanti ya.Adakah soalan dalam bentuk pertuturan???saya adalah seorang yang mudah gelisah dan takut apabila ada ujian.tolong saya ya>>>>

  177. luvaddmathgurlz says:

    erm…
    sy nk tumpang tanye…….
    btol ker result upu tok tahun 2009 kuar 1 mei…..
    sy perlukan kepastian…….

  178. Luvaddmathgurlz,
    Tarikh yang tepat belum diketahui lagi tapi memang awal Mei.

  179. tuan nilam,u tau tak manakah tempat untuk saya tanya tentang perguruan??contoh bilakah ujian ataupun bentuk bentuk soalan

  180. tuan nilam tau tak manakah tempat untuk saya tanya tentang bidang perguruan.contohnya bilakah ujian ataupun bentuk bentuk soalan yang berkaitan dengan bidang ini??

  181. sara alia says:

    nk tnye klau sy dh terlewat nk isi borang untuk kemasukan ke politeknik..
    boleh ke klau nk isi borang kemasukan ke politeknik..?

  182. Lui dan Ping,
    Cuba hubungi Bahagian Pendidikan Guru di 03-88846000 untuk maklumat lanjut.

    Sara Alia,
    Permohonan kemasukan ke Politeknik telah ditutup. Anda perlu menunggu pengambilan yang berikutnya jika berminat.

  183. siapakah yang akan memutuskan siapa yang layak ke temuduga pendidikan..
    pihak universiti atau pihak upu sendiri..
    siapa pula yang menilai ujian medsi..
    pihak universiti atau pihak upu sendiri..
    harap dapat bantu..

  184. One,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya, mungkin ada pembaca lain yang mengetahuinya.

  185. tn. nilam,, jika saya menyambung pelajaran dalam peringkat matrikulasi atau asasi, adakah saya masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di luar negara?

    Contohnya jika saya mengambil asasi sains hayat di U.M.,, bolehkah saya memohon untuk mengikuti program pertukaran pelajar dengan universiti di Jepun?

  186. SHAriffaH says:

    Saya mendapat 9a3b dalam SPM 2008.. Saya telah mendapat tawaran belajar ke Matrikulasi Labuan dan juga Institut Pertanian Bogor di Indonesia dalam course Veterinary Medicine.. Adakah Tuan mempunyai apa-apa maklumat mengenai universiti ini? Saya tidak tahu hendak mendaftar di IPB ini atau tidak. Jika saya mendaftar, saya cuma perlu membayar yuran bagi tahun pertama pembelajaran. Tahun seterusnya saya dijanjikan dengan biasiswa penuh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Akan tetapi,,banyak rakan-rakan ibu tidak menyarankan saya melanjutkan pelajaran ke IPB. Saya juga telah membuat pemerhatian dan Universiti ini hanya tersenarai pada ranking 400++ dalam senarai Universiti terbaik dunia bagi tahun berakhir 2008. Saya juga sedang menunggu keputusan UPU yang bakal keluar dalam beberapa hari lagi.. Saya tidak tahu bagaimana hendak membuat pilihan ini kerana semua keputusan bakal menentukan hala tuju kejayaan atau kegagalan saya di masa hadapan..

  187. Sharifah,
    Semua pelajar yang cemerlang (4.00) di Matrikulasi dan Asasi mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di luar negara.

    Saya tidak mempunyai apa2 maklumat mengenai Institut Pertanian Bogor, oleh itu saya tidak dapat memberi sebarang komen. Mungkin ada pembaca lain yang mempunyai maklumat mengenainya.

    Mereka yang akan mendapat lebih daripada satu tawaran patut membuat pertimbangan tentang perancangan masa depan sebelum mengambil keputusan menerima mana2 tawaran. Sila rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.

  188. salam,nilam.
    skrg sy sdikit was2.
    sama ada mahu ke mtriks ataupon uitm dlm dip. sains kuantitatif.
    dlm masa yg sama,ibu sy suruh sy ke uniten dlm kos bisnes n mnagement.
    sy musykil nilam.
    smpai ke thp ini sy masih belum dpt mbuat kputusan yg tbaik bg diri sy.
    sy ingin btanye,,
    >apakah sbnrnya yg dmksudkn dgn sains kuantitatif dan apakah jnis kerjaya yg akn sy lakukn stlh tamat blajar nnty.
    >apakah kos bisnes mmpunyai masa dpn yg cerah bg seorang perempuan?dan apakah jnis pkerjaan bg klulusan bisnes?
    >kalau di mtriks,,utk 1 tahun,,adakah semakin susah utk catch up?
    >last question,pd pdpt nilam,wajarkah kputusan sy utk ke mtriks,,dan try sdaya upaya sy utk struggle di sana utk mdptkn pointer ttggi. andai kata pointer sy tdk mcapai target utk mcapai kos yg diinginkn sy,,wajarkah sy mngambil kos bisnes?
    at least,sy mcuba dlu utk mcapai kos sy btol2 sy inginkn.

    mohon pdpt nilam.
    tenQ!

  189. salam…
    boleh sy tahu dgn lebih lanjut mengenai asasi alam bina UM??
    terima kasih…

  190. nk tnyer skit ni…
    klu slip borang unik id hilang nk wat camne ek ??
    no unik id utk upu…
    plezzzz…
    klu bleh reply kat email sye k…!!
    thx…

  191. sesiapa ada pengalaman dalam temuduga perguruan,tolonglah paparkan format tersebut,ceritakan sidit tentang apajua temuduga,please>>>>>>cepat loh

  192. NiYing,
    Menurut laman web UiTM, program Diploma Sains Kuantitatif ini untuk melahirkan graduan separuh profesional yang berpengetahuan tinggi dan mahir dalam bidang sains kuantitatif yang berkaitan dengan matematik dan statistik serta berkebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dan mungkin juga keputusan yang tepat dalam persekitaran industri. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik dan statistik di fakulti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain atau program ijazah berkaitan yang lain.

    Secara amnya tiada perbezaan kepada graduan lelaki atau perempuan untuk hampir semua kursus termasuk perniagaan. Peluang pekerjaan pula bergantung kepada rezeki masing-masing.

    Di Matrikulasi samada susah atau senang bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan pelajar yang berkenaan.

    Untuk lepasan Matrikulasi jika keputusan anda cemerlang semakin mudah anda mendapat program pengajian yang anda idamkan di universiti nanti. Malah lepasan matrikulasi juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perniagaan.

    Rujuk juga Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf untuk menambahkan maklumat.

    Nurul,
    Salam… Asasi Alam Bina ini lebih menjurus kepada mereka yang berminat untuk menjadi arkitek.

    Adir,
    Saya rasa ada tidak perlu lagi nombor tersebut, selepas keputusan diumumkan anda hanya perlu nombor kad pengenalan sahaja.

    Aja,
    Harap ada pembaca yang dapat berkongi pengalaman mereka di sini.

  193. agk2…
    bila pendaftaran pelajar bru ke ipta sesi 2009 neh?

  194. sya dpt diploma sains komputer kat uitm. calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 10 Mei 2009.sya jga ada wat ryuan untk matrikulasi, jika sya trima twran ipta adakah ryuan sya tuk matrikulasi akan di tolak.mohon pertolongan

  195. askum.sy dah apply rayuan utk upu..bila agaknya diorg bgtau keputusan tu n caner nak check?

  196. Fantasy,
    Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA untuk Program Diploma adalah 28 Jun 2009. Manakala tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Asasi berbeza mengikut IPTA dan akan dimaklumkan oleh IPTA berkenaan melalui surat tawaran.

    Maxi,
    Saya sendiri tidak pasti sebab Kementerian Pengajian Tinggi hanya menyatakan jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA oleh UPU.

    Cutie,
    Salam… Keputusan rayuan akan diumumkan pada 5 Jun 2009 dan 10 Julai 2009.

  197. salam nilam…
    nk tny, bile kah seseorang itu seharusnya membuat rayuan upu..??

  198. msyamim61 says:

    salam nilam

    sy dpt upu kos diploma kejuruteraan elektrik dkat uitm
    knape bile sy msk kat url uitm yg diberi x de ape2 yg berkenaan dgn diploma

  199. aby(",) says:

    bagaimana cara utk mendptkan borang tawaran ke ipta????saya dah buka laman web utk dptkan borang tapi x dpt…so cam ne ni??????….tlg la…plezzzzz

  200. aby(",) says:

    cepat skt….plezz

  201. salam nilam,
    saya dapat tawaran ke uitm course sains geomatik. boleh saya buat rayuan untuk ke uiam asasi bahasa arab?? result saya bahasa arab a1 dan saya dah mintak ke asasi bhs arab uiam dalam upu ttpi xdapat.. bagai mana lagi saya boleh buat?? hanya calon yang xdpt sebarang twaran sahaja yang dapat buat rayuan??

  202. bila surat tawaran ke UiTM utk lpsan spm 2008 akan keluar??
    sy dh try buka lmn web tp xdpt2..
    boleh cpt kn proses pengeluarannya x????

  203. Ea,
    Salam… Bagi lepasan SPM dan setaraf, rayuan perlu dibuat sekarang sebelum 15 Mei 2009.

    Msyamim61, Aby(“,) dan Eyha91,
    Semakan surat tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran untuk UiTM akan hanya boleh dibuat mulai 6 Mei 2009.

    Salwa,
    Sebenarnya agak sukar untuk anda bertukar dari UiTM ke UIAM. Cuba baca komen pembaca lain di sini. Benar, hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UPU sahaja boleh membuat rayuan.

  204. ble prmohonan fasa 2 ke ipta sesi 08/09 bg lpsn matrikulasi????

  205. aby(",) says:

    assalamualaikum nilam..saya dikelantan,saya dtawrkan course statistik(uitm)…saya ada 2 soalan… 1-boleh tak saya nak tukar course?.. 2-sekiranya saya dpt uitm luar drpd kelantan,boleh tk saya nak tukar uitm d kelantan? tqvm.

  206. sha[':'] says:

    hai..nak tny skt ada sape2 yg dapt course statistik di uitm machang kelantan x???……………………………….

  207. saya ialah pelajar stpm 2007 yang telah pun memohon masuk ke ipta.BILAKAH keputusan masuk ke ipta diumumkan????

  208. Mijot,
    Tahun ini belum diumumkan lagi tetapi biasanya minggu ketiga bulan Mei nanti.

    Aby(“,),
    Salam… Agar sukar untuk tukar tetapi cuba hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar
    Universiti Teknologi Mara di talian 03 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175 atau e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my untuk mendapatkan penjelasan.

    Aja,
    Pada minggu ketiga bulan Jun nanti.

  209. sya telah mengesahkan untuk menerima twaran ke uitm tapi sya msih lagi menunggu keputusan ryuan matrikulasi. sekiranya ryuan matrikulasi sya di terima dan tidak pergi mendaftar kat uitm adakah sya akan didenda atau nma sya akn d blacklist skira nya pada msa depan sya memohon untuk memasuki uitm. mohon pertolongan kerana sya mrasakan amat keliru dan serba salah.

  210. saya ialah pelajar stpm 2oo7 yang mohon perguruan.saya telah menghadiri ujian medsi.jika berjaya,saya akan dipanggil temuduga.Bilakah saya boleh mula check akan status saya berjaya atau tak???jika saya berjaya dipanggil untuk temuduga,ini bermaksud saya sudah berjaya masuk ke bidang perguruan ke???tolong jawab,ya…

  211. Maxi,
    Saya sendiri tidak mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Harap ada pembaca lain boleh membantu.
    Anda mungkin boleh cuba hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar Universiti Teknologi Mara di talian 03 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175 untuk mendapatkan kepastian.

    Zee,
    Kalau tak silap saya anda boleh semak pada 11 Mei nanti. Jika anda lulus temuduga baru barulah berjaya ke bidang perguruan.

  212. boleh tuan tunjukan di manakah tempat untuk saya semak temuduga perguruan???

  213. Zee,
    Di laman web http://upu.mohe.gov.my/ di bawah tajuk Ujian & Temuduga.

  214. Salam.
    Saya telah mendapat tawaran biasiswa JPA untuk Foundation perubatan di IPTS. Persoalannya, adakah saya boleh memohon untuk memasuki IPTA bagi peringkat ijazah setelah saya tamat Foundation di IPTS yang ditetapkan JPA nanti? Bagaimana cara memohon?Adakah sama cara dengan lepasan STPM?

  215. Mira,
    Biasanya pihak JPA telah menetapkan IPTA/IPTS mana yang boleh anda pilih bagi peringkat ijazah nanti. Mereka juga akan membantu anda dalam proses permohonan. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi JPA di talian 09 8885 3892.

  216. tuan,hari ini saya telah check status temuduga saya menerusi web yang tuan tunjukkan,tetapi masih tak dapat check.tuan,tolong

  217. thank you nilam!

  218. salam….. bila sy boleh semak tarikh temuduga pendidikan bagi stpm dan setaraf 2009/2010…… dan dilaman web mne ??????

  219. saya sudah dipannggil untuk menghadiri temuduga di sintok,kedah.tetapi saya sungguh risau akan bentuk-bentuk soalan yang dia akan tanya>>>tuan boleh memperolehi maklumat tentang soalan dengan menyiasat dengan lebih mendalam????????tolonglah,tuan…

  220. allyn_130529 says:

    saya nak semak temuduga bagi program ijazah sarjana muda pendidikan lepasan stpm/setaraf 2009. tapi saya tidak dapat menemui di laman web mana perlu saya semak.begitu juga dengan cara sms. tolong beritahu segera bagaimana cara untuk saya semak sama ada saya layak atau tidak dipanggil temuduga. terima kasih

  221. Mira,
    Sama-sama.

    Zee,
    Sila rujuk komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009 mungkin boleh membantu.

    Amy dan Allyn_130529,
    Semakan temuduga pendidikan boleh dibuat di laman web UPU di Semakan Temu Duga.

  222. saya ialah lepasan stpm 2007 yang gagal masuk U dan saya mohon masuk ke U pada tahun 2009.salah satu permohonan ialah perguruan,jika saya dapat masuk ke U dengan bidang perguruan,adakah sijil saya ialah ijazah sarjana muda?????

  223. saya telahpun dipanggil untuk temuduga,tetapi dalam surat tersebut suruh saya bawa surat pengiktirafan JPA.saya tidak faham apa itu surat tersebut,tolong balas

  224. aszchibi says:

    salam….
    takutnya…belum sempat check lagi…temuduga pendidikan…
    ramai yang dapat…
    tahun lepas saya tak dapat…
    tak tahulah tahun ni dapat atau tak…
    saya ni harapan keluarga…
    kawan2,doakan saya ye….

  225. Nuramera says:

    Saya telah membuat pemohonan rayuan ke IPTA melebihi 3 kali dan telah sah dihantar…
    Adakah pemohonan rayuan saya diterima?

  226. Zee,
    Ya, betul.

    Ki,
    Mungkin yang dimaksudkan adalah surat pengiktirafan ijazah kursus yang akan diikuti nanti. Maklumat tentang pengiktirafan ijazah ini boleh didapati dan dicetak di laman web JPA, Pengiktirafan Kelayakan Ijazah.
    Harap ada pembaca lain yang boleh mengesahkan tentang perkara ini.

    Aszchibi,
    Salam… insyaAllah anda akan dapat.

    Nuramera,
    Pemohon hanya boleh mengemukakan permohonan e-Rayuan sekali sahaja dan boleh mengemaskini permohonan rayuan sebanyak tiga kali. Anda boleh buat Semakan Rayuan untuk memastikan permohonan anda telah diterima.

  227. aszchibi says:

    syukur sangat…
    akhirnya dapat juga panggilan program temuduga pendidikan
    kepada kawan2 yang akan menghadapi temuduga pendidikan…
    saya ingin berkongsi sedikit info mengenai temuduga ini…
    -perkara2 yg biasanya dibincangkan ialah…
    1.calon dikehendaki memperkenalkan diri…
    2.sebab dan tujuan permohonan
    3.sebab memilih profesion perguruan
    4.jenis aktiviti kokurikulum disertai semasa sekolah..
    5.mata pelajaran yg digemari dan sebabnya
    6.pandangan terhadap isu pendidikan masa lepas dan masa kini..
    …harap dapat membantu…

  228. aszchibi ,saya nak tanya sikit,saya sudah dipanggil untuk ditemuduga,saya pohon mengajar sains ataupun matematik.ADAKAH semua pertuturan??kata orang ada ujian tulis.ADAKAH temuduga akan mengguna bahasa inggeris untuk jawab??berapakah masa diperuntukkan untuk satu temuduga??bimbangnya saya,tolong balas secepat mungkin,kak…

  229. untuk orang yang berjaya dipanngil temuduga.kena bawa surat pengiktirafan jpa ke??saya orang yang pertama sekali memohon masuk ke universiti.tolong balas…

  230. Aszchibi,
    Tahniah dan terima kasih kerana berkongsi maklumat mengenai temuduga tersebut.

    Zee,
    Di harap Aszchibi atau pembaca lain dapat membantu.

    San,
    Menurut Ki (sila rujuk komen beliau di atas) beliau ada menerima surat yang meminta membawa surat pengiktirafan JPA semasa temuduga.

  231. tuan,saya mohon perguruan untuk ajar sains atau matematik di upsi,jadi saya kena print sijil jpa tersebut???

  232. Zee,
    Pada fahaman saya perlu. Mungkin ada pembaca lain boleh mengesahkannya.

  233. nak tnya bg lpasan diploma apabila ingin menyambung ke peringkat ijazah adakah perlu memohon sekali lg mlalui upu atau direct melalui ipta masing2

  234. Maxi,
    Jika anda ingin menyambung belajar di IPTA yang sama biasanya anda perlu memohon terus dengan IPTA berkenaan. Manakala jika anda ingin sambung di IPTA yang berbeza, anda perlu memohon melalui UPU (pengambilan Jun) atau terus melalui IPTA (pengambilan Disember/Januari).

  235. tapi saya ialah pelajar stpm 2007 yang baru nak masuk ke ipta,mana ada sijil sijil diploma atau sarjana????balas ya

  236. mahu tanya,saya skrg berada di thn m,masuki thn 2 di ipb bogor,indo,jadi adakah pabila kami lulus dan keluar dr ipb dan m,bwa blk keputusan kami dr ipb di iktiraf oleh kerajaan m,sia sama spt lulusan dr u yg ada di m,sia..dan adakah kami cuma layak m,dapat pinjaman atau boleh memohon biasiswa dr kerajaan negeri…tq

  237. Zee,
    Saya rasa apa yang dimaksudkan bukannya sijil diploma atau sarjana berkenaan tetapi surat/sijil pengesahan pengiktirafan daripada JPA bahawa kursus yang akan diikuti itu diiktiraf oleh JPA.

    Fred,
    Untuk menyemak samada sijil atau kursus berkenaan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan tarafnya, boleh rujuk di Pengiktirafan Kelayakan Ijazah.
    Berkenaan pinjaman atau biasiswa kerajaan negeri pula bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

  238. salam…saya nk tahu bile n bagaimana nk mohon upu untuk fasa 2?

  239. saya nak tnya kat nilam,
    bilaka? permohonan bagi pengambilan disember dan januari? utk ke ipta.
    harap nilam balas ya tq..

  240. slm..
    tolong saye…
    sy nk kemaskini fasa 2 sy..
    masalahnye,mase fasa 1 sy telah tersalah isi maklumat akademik sy..
    sy terletak thn ‘2007’ pd ‘thn mengambil SPM’..
    sepatutnya ‘2006’..
    nk tanye,effect x bende ni dlm kemasukan sy ke U??
    tlg sy..
    sy da klik pd ‘pembetulan’..
    tp die ckp, ‘objek not found’..
    camne sy nk tukar tahun 2..
    sy da blank gler2 da ni..
    berjam2 sy dok dpn laptop ni..
    harap sgt bleh tlg..
    trima kasih..

  241. help meeeee….

  242. Atiqah,

    Sila rujuk Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi.

    Izam,

    Biasanya akan dibuka dalam bulan Ogos atau September.

    Myra,

    Sila cuba buat kemaskini sekali lagi, jika masih menghadapi masalah sila hubungi UPU di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848.

  243. saya pun pergi interview pada sabtu ini,penat….saya memang sedih lah asyik tergagap-gagap sahaja,fikir pun sedih.saya nak tanya waktu saya temuduga,penemuduga itu kata saya tak pilih sarjana atau diploma,saya terkejut tetapi saya bawa semua maklumat ,ini akan membawa masalah kepada saya ke???jika saya lulus interview,ia akan mempengaruhi ijazah saya ke????

  244. Poi,
    Saya rasa tidak. Mungkin ada pembaca lain yang mempunyai maklumat.

  245. aszchibi says:

    salam…
    sy dah pergi interview temuduga pendidikan..
    hari sabtu yang lalu..
    tapi saya sedih sebab saya risau jawapan yang saya beri tak relevan dengan apa yang dipinta…
    soalan yang diberi pun boleh tahan susah juga..
    saya cuma berharap penemuduga kasihankan saya…
    dan luluskan saya…
    tolong doaakan kejayaan saya ye kwn2…

  246. Aszchibi,
    InsyaAllah anda akan berjaya.

  247. adakah uitm mengutamakan lepasan diploma nya apabila hendak menyambung ke peringkat ijazah

  248. bidang sastera bole masuk u x?
    kelayakan?

  249. Maxi,
    Jika memenuhi syarat kelayakan memang akan diutamakan.

    Amir,
    Memang boleh dan kelayakannya berbeza mengikut jurusan. Sila rujuk di laman web untuk semakan Syarat Kelayakan Memohon.

  250. nk tnye..sy isi brg upu utk melnjutkn pljrn peringkat ijazah utk sesi julai 2009 bln januari hr tu. Masa sy isi hr tu, sy sem 6 dan sdg m’jalani latihan praktikal. Soalan sy, agak2 pihak upu terima x p’mohonan sy sbb result utk sem 6 x de lagi ?

  251. kAnkur0u91 says:

    salam nilam..

    saya telah ditawarkan ke uitm..bagaimanakah saya hendak membayar yuran pendahuluan ke uitm sebelum kemasukan ke uitm?saya difahamkan boleh membuat bayaran melalui bank..namun,nombor akaun penerima yuran tersebut tidak ada disertakan..bagaimana saya hendak membuat bayaran??

    terima kasih..

  252. Zat,

    Biasanya UPU hanya memproses permohonan mereka yang telah tamat pengajian. Walaupun begitu jika anda melanjutkan pelajaran di IPTA yang sama sepatutnya anda memohon melalui IPTA anda. Ada beberapa IPTA yang membuka permohonan untuk pelajar semestar akhir diplomanya untuk ke peringkat ijazah. Sila berhubung dengan IPTA anda untuk maklumat lanjut.

    Kankur0u91,

    Salam… Anda boleh cetak Bil Bayaran dan maklumat yang berkaitan di Portal Keputusan Kemasukan Ke UiTM. Sila lihat senarai di sebelah kiri paparan surat tawaran.

  253. tuan,tahu tak tempat untuk saya tanya tentang pinjaman ptptn??maklumlah website ptptn sedang dalam proses pembaikian dan telefon pun tidak ada orang jawab,tolonglah saya

  254. salam sejahtera…saya ingin tanya kalau saya menolak tawaran USM,UPU masih akan ada nama saya kah?

  255. Cynli,
    Saya difahamkan jika anda sudah ditawarkan ke USM, anda tidak akan dipertimbangkan lagi oleh UPU kecuali untuk program pendidikan. Saya tidak pasti jika anda tolak tawaran USM, pihak UPU akan memproses permohonan anda dengan UPU.
    Lebih baik anda hubungi pihak USM @ UPU untuk penjelasan.

  256. dengar kata keputusan masuk ke USM telah diumumkan,saya juga ada pohon selain permohonon pendidikkan,ya ke???tolong tunjukkan website?

  257. tuan arif tentang pinjman ptptn tak.saya masuk U tahun 2007 tapi sudah henti belajar kerana ada hal sikit.masa itu saya ada pinjam ptptn sebanyak 5000 ringgit dan saya sudah bayar balik selama 40 hari untuk membolehkan saya mohon lagi ptptn pada tahun ini.Bolehkah saya mohon pada jun yang terdekat ini tanpa menunggu surat perlepasan dari ptptn?????

  258. Zee,
    Keputusan permohonan ke USM boleh disemak di https://pohon.usm.my/

    See,
    Maaf, saya kurang arif mengenai perkara ini. Cuba hubungi pihak PTPTN untuk penjelasan.

  259. tuan,boleh tolong paparkan pusat ujian serta kod tempat untuk ujian temuduga pendidikan pada 23mei yang lalu??tolong nya.saya mohon temuduga di kedah dan kodnya bermula dengan k.Adakah tempat ujian juga bermula dari k???tolonglah saya.kawan saya minta tolong dari saya

  260. Piloj,
    Saya telah cuba mencari kod yang berkenaan tetapi cuma berjaya mendapat yang berikut sahaja;
    Perlis; Kangar R01,
    Kedah; Alor Setar K01, Sungai Petani K02
    Pulau Pinang; Georgetown P01, Bukit Mertajam P02
    Perak; Ipoh A01
    WP Kuala Lumpur; Kuala Lumpur W01
    Selangor; Bangi B01
    Negeri Sembilan; Seremban N01
    Melaka; Melaka M01
    Johor; Johor Bahru J01, Batu Pahat J02
    Pahang; Kuantan C01, Kuala Lipis C03

    Jika perlukan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pendidikan Guru, Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar di talian 03-8884 1233 /1235 /1243 /1245 /1252 / 1260

  261. adakah pelajar lepasan upsi akan menjadi cikgu?pasti ke?akan dihantar terus menjadi cikgu ke macam mana?

  262. Hazree,
    Sememang matlamat utama UPSI ditubuhkan adalah untuk melahirkan tenaga guru. Lulusan UPSI akan menjadi guru kecuali jika mereka memilih kerjaya lain.

  263. saya telah mohon belajar di upsi dan sudah habis temuduga,jika lulus,saya akan belajar sains.tapi saya minat biologi dan matematik,adakah bidang sains ini akan merangkumi juga matematik???jika tidak,bolehkan saya tukar bidang yang saya minati di upsi nanti jika saya berjaya mohon belajar di upsi??

  264. Shila,
    Saya tidak dapat memberi penjelasan kerana tidak tahu tatacara di UPSI. Harap ada pembaca yang mempunyai maklumat boleh membantu.

  265. aszchibi says:

    salam…
    sy nak tanya…
    1..adakah semua yang dipanggil ke interview pendidikan yang lalu
    layak dan diterima masuk ke universiti pilihan mereka?
    2.. adakah semua yang dah interview pendidikan tempoh hari akan lulus dan tiada calon yang gagal? atau pernah berlaku ada calon yang gagal pada tahun sebelum ini?

  266. Aszchibi,
    Salam… Saya tidak mempunyai maklumat untuk menjawab kedua-dua pertanyaan anda. Harap ada pembaca lain yang boleh membantu.

  267. Salam.

    Nak Tanya..

    Klu lepasan Sijil Politeknik…bleh mohon ijazah tak?

    Sya pernah dengar daripada lecturer Poli tentang lepasan sijil politeknik boleh menyambung terus pengajian peringkat ijazah di IPTA….Betul ke??

    Klu betul..apa syaratnya..dan bagaimana caranya untuk memohon…

  268. Aby,
    Salam… Saya tidak pasti tetapi anda boleh semak kelayakan memohon di Syarat Khas kemasukan ke IPTA di laman web UPU atau anda boleh semak di laman web IPTA yang berkenaan.
    Jika memang boleh anda perlu memohon melalui UPU atau IPTA berkenaan apabila iklan dikeluarkan.

  269. saya ialah lepasan stpm 2007saya telah mohon belajar di upsi dan sudah habis temuduga,adakah keputusan boleh check hari ini???tolong balas dan tempat semakannya????

  270. saya telah check under permohonan kemasukkan ke program pengajian diploma pendidikan ambilan julai 2009,tapi dia kata tiada dalam rekod tersebut?? sepatutnya cakap oh anda tidak berjaya???adalah program tersebut untuk diploma tersebut???tolonglah saya tuan>>>>

  271. hi!saya nak tanya kalau ambil diploma jurusan psikologi di kolej atau mana2 universiti swasta dapat minta dekat upu ka kalau dajh hbs belajar diploma?saya juga nak tanya kalau masuk politeknik bidang mekatronik n then msuk u dapat minta jadi cikgu ka?dan saya juga nak tanya senarai universiti atau kolej setengah kerajaan setengah swasta di malaysia yang menawarkan diploma psikologi atau yang berkaitan dengan diploma ini..saya perlukan jawapan supaya saya dapat membuat keputusan saya untuk melanjutkan persekolahan saya kelak..anyway thanks!

  272. Kila,
    Saya sebenarnya kurang arif berkenaan pengambilan yang berkaitan dengan guru. Keputusan yang boleh disemak mulai semalam adalah untuk Program Pengajian Diploma Pendidikan. Manakala peringkat ijazah pula mungkin bersama-sama dengan keputusan yang akan dikeluarkan oleh UPU hari ini.
    Harap ada pembaca yang lebih mengetahui dapat membantu.

    Cathz,
    Setelah tamat diploma anda boleh memohon mana-mana IPTA untuk melanjutkan pelajaran. Cuma adalah lebih baik jika anda menyemak dengan IPTA berkenaan samada Diploma anda diterima sebagai kelayakan untuk memohon.
    Setelah mendapat ijazah anda boleh memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPM untuk menjadi guru.
    Anda boleh menyemak senarai tersebut di Senarai IPTS.

  273. saya sudah berjaya masuk ke ipta upsi dengan sarjana muda pendidikan sains.terima kasih atas bantuan tuan dalam beberapa bulan ini…terima kasih banyak banyak banyak

  274. Kila,
    Sama-sama, semoga anda akan menjadi pelajar yang cemerlang di sana.

  275. salam…saya ni lepasan matrik. saya dpt pngk 3.47 jurusan sains hayat….disebabkan kesilapan saya mengisi borang online band muet saya tidak dipaparkan(dikira tidak ambil muet)….so sekarang saya x tahu nk kemane tolong saya….upu saya x dpt. aritu dpt usm tapi dh tolak camane ni….anyone plezzzzzzz….saya cume mampu berdoa je skang ni..

  276. salam..
    saya nak daftar untuk pinjaman PTPTN..
    tapi, bile saya dah habis isi maklumat yang diperlukan..,
    saya klik butang daftar, tapi tak boleh masuk…
    camne nie???

  277. Fendi,
    Sila buat rayuan dan hubungi universiti yang berkenaan dan maklumkan masalah yang anda hadapi. Sayang jika anda terlepas untuk memasuki IPTA kerana masalah teknikal.

    Saya,
    Jika anda menghadapi masalah di http://epinjaman.ptptn.gov.my/ sila guna laman web alternatif di http://202.184.125.150 Jika masih mempunyai masalah sila hubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 atau emel kepada webmaster@ptptn.gov.my.

  278. sy nk tye…. klu sy g mndftr ke politeknik nnti,
    permohonan sy untk rayuan ke IPTA fasa 2 msih di pertimbangkan lg x???
    sy lpsn SPM 2008,

  279. Tina,
    Setahu saya masih dipertimbangkan tetapi jika inginkan kepastian sila hubungi UPU di talian 03 8883 5858.

  280. tq… nilam, sbb xjemu2 mnolg glgn cam sy..
    ha3

  281. Tina,
    Sama-sama…

  282. saya dah terlepas permohonan ke ipta untuk sesi julai.. boleh saya tahu bile permohonan ke ipta untuk sesi disember boleh dibuat?

  283. boleh saya tau ipta mane sahaja yang ada offer untuk disember intake?
    saya dah cuba tny tapi ramai yang tak pasti.

  284. budak laki2 says:

    salam.. sy ada satu ptanyaan nie.. harap sedare dpt tlg sy..
    skang sy stadi nk msk thun due kt ukm.. mse sy mule2 dpt smbung stadi nie, sy dpt ptptn n biasiswa JPA, n sy tolak lah ptptn tue.. tp after 2 sem, sy xdpt 3.0 above bturut2, so JPA sy telah dtarik blik.. sy teramat2 pening skang psl pbiayaan stadi sy lpas nie.. sy nk tye kt sdare nilam, adakah sy boleh memohon ptptn utk kali yang kedua nie? n apakah prosedur yang perlu sy lakukan? plizzz… help me..

  285. benimaru says:

    ada x sesi pengambilan ipta utk lepasan diploma/stpm or setaraf utk bulan disember?
    tq.

  286. Salam..nak tanya…
    ada tak program pengajian jrak jauh untuk peringkat Diploma (mana2 IPTA)?

  287. Farahin,
    Permohonan untuk pengambilan Disember/ Januari biasanya akan dibuka dalam bulan Ogos/ September.
    Memang benar tidak semua IPTA ada pengambilan Disember/ Januari, anda perlu semak ke laman web IPTA berkenaan. Saya juga bercadang untuk membuat senarainya di sini nanti.

    Budak Laki2,
    Sepatutnya boleh. Anda boleh mendapat mendapat penjelasan lanjut dengan menghubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 atau datang sendiri One Stop Center PTPTN di Unit 1S, 2S & 5-6S, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.

    Benimaru,
    Ada, sila rujuk jawapan saya kepada Farahin di atas.

    Faiez,
    Memang ada tetapi tidak semua IPTA. Anda perlu rujuk di laman web setiap IPTA untuk menyemak mengenainya.

  288. Salam…SAya ingin bertanya..saya adalah pelajar unity college di pj…saya mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Awam-kerjasama dengan UTM…adakah saya berpeluang untuk menyambung IJAZAH di UTM SKUDAI..dan apakah yang perlu saya nyatakan didalam borang permohonan upu tentang INSTITUT PENGAJIAN yang terdahulu(diploma).maksud saya,saya perlu nyatakan saya lepasan diploma UNITY COLLEGE ataupun UTM????

  289. Saya Risau,
    Salam… Sila semak samada Diploma anda dianugerah oleh Unity College atau UTM. Jika UTM maka anda lepasan Diploma UTM dan begitulah sebaliknya.

  290. salam…kalo lpsn dip poli bley x apply upu bln dis?? n cmne cranye??
    lg 1, kalo apply gne rslt sem5 bley x??

  291. salam…tol ke bdk lpsn poli pyh nk dpt twrn ipta??

  292. Kin,
    Salam… Bagi pengambilan bulan Disember/ Januari perlu memohon terus melalui universiti yang berkenaan. Iklan permohonan biasanya akan keluar pada bulan Ogos/ September. Mungkin boleh, bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.
    Saya tidak pasti mungkin juga bergantung kepada univerisiti dan kursus yang dipohon.

  293. saya bdk lepasan matrikulasi dn skrg saya belajar di USM,kmpus kshtn d kbg kerian,klntan…stlh sya belajar d cni saya merasakn saya x dpt nk carry on course ni sbb ada sbjek yg sya x blh nk kuasai…bolehkh saya memohon untuk menukar course??

  294. assalamualaikum…

    nk tanye ni.. ade ke intake kedua untuk program asasi november 2009 ni?

    trimas…

  295. Ija,
    Pertukaran kursus boleh dibuat jika terdapat kekosongan. Sila berbincang dengan pihak yang berkenaan untuk kepastian. Anda juga perlu mendapatkan kebenaran penaja anda jika anda ada mendapat biasiswa.

    Enemes,
    Salam… Setahu saya program Asasi hanya ada pengambilan semasa sesi Julai sahaja.

  296. walupn sdg menuntut d usm,blhkh sy apply ipta kemasukkn disember?mggunakn kptsn mtrik sy…
    lg 1 ms apply jpa sy ltk trikh mula pngajian iaitu trikh sy mndftar d mtrik pd thn kedua sdgkn sy mtrik prgrm 2 thn sbb sy x ingt trikh mula2 sy dfta thn ptma dlu…
    apakh ini akn mmberi ksn kpda prmohonan sy?

  297. Ija,
    Saya tidak pasti tetapi rasanya tiada masalah.
    Mengenai tarikh tersebut sepatutnya tidak akan menimbulkan sebarang kesan.

  298. sy tnggl ngn pnjaga iaitu ibu saudara sy,mak dn ayh sy tlh bcerai..untuk mklumat pnjamin siapa yg ptot sy isi?klau sy isikn ayh dn ibu sy,sy x da slinn kd pngenaln ayh sy dn sy tdk dpt mghubnginya skrg untk mmnta slnn kd pngenln…hnya ibu sy yg dpt dhubungi…blhkh hnya seorg pnjamin iaitu ibu sy?

  299. sy pn mngalami mslh yg sma mslh ngn ‘saya’,smsa nk isi brg ptptn lps dh tkn btg “daftar” x da apa2 pn yg kluar..mksudnya x blh msok untk mengisi mklumt yg sterusnya…apa nk wat ni???talian hotline ptptn susah nk dhubungi,sy call x pnh beragkt…klau cmni susah la km…

  300. adakah apa2 tawaran biasiswa akn ditawarkan kpd pelajar ipta kemasukkn disember??

  301. salam….
    sy nak tnya…skng sy tngh bljr d slh satu upu…n baru je masuk untuk sesi julai ni.
    boleh x kalu sy nk mohon upu untuk sesi disember ni??
    arap dapat membantu….

  302. boleh x kalau say mintak upu balik untuk sesi disember ni..kalau sy dah daftar d salah satu upu untuk sesi julai ni??

  303. Erri,
    Anda boleh letak nama penjaga anda sekarang iaitu ibu saudara dan ibu anda sebagai penjamin.

    Iaj,
    Sila cuba guna capaian http://202.184.125.150 jika bermasalah di laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my/.

    No,
    Secara khusus untuk pengambilan Disember biasanya tiada.

    Ti dan Gadis,
    Salam… Pengambilan Disember tidak melalui UPU tetapi terus melalui universiti yang berkenaan. Memang tiada halangan untuk anda memohon.

  304. sy tlh pn mggunakn lmn web http://202.184.125.150 tp hslnya sma..

  305. mksudnya pnjamin sy adalah ibu saudara sy dn ibu sy??

  306. Iaj,
    Cuba pula pada waktu yang berbeza, mungkin semasa anda sedang mendaftar talian atau laman web PTPTN sedang sesak. Jika masih bermasalah selain cuba hubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 yang agak sukar ditembusi itu, anda boleh datang sendiri ke One Stop Center PTPTN di Unit 1S, 2S & 5-6S, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur atau dapatkan bantuan mereka yang menguruskan hal PTPTN di universiti anda.

    Erri,
    Ya benar, walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi pihak yang berkenaan.

  307. salam…
    saya nak tnya..
    kalau dtakdirkan prmohnan say untuk sesi dsmber ni brjaya…
    cama mane dgn pinjaman ptptn sy yang terdahulu?
    iaitu smasa kmsukan sesi julai ni….
    adakah sya berpeluang untuk memohon pnjmn ptptn 2 lagi kalau sy dtwarkan kmsukan sesi dsmber ni balik?

  308. ya gadis…. nw sy kt upsi… x mohon pn upsi… mybe papa lect cni so diorg amk.. G pn sy dpt pointer tggi n bst stdnt. stdy poli kt ne?

  309. GADIS… stdy kt u ne? Amk kos pa? Klau awk amk kos yg x mjamin msa dpn bek mtk intake hjg thn… mtk upsilh…hri2 sy mtk upm pndkn moral tp fail msa intrvw….hhuuuuuu…..

  310. hai dihah, sy gadis yg tnye psl poli 2, bkn yg tnye pasal ptptn kt atas nie..
    saya gadis yg tanye awk under permohonan E-rayuan upu lpsn stpm 2..
    actly, sy lpsn stpm 2008,n fail dlm rayuan upu hari 2.. sedih sgt.. walaupun time buat rayuan tu ade jumpe orang atasan, tp. stil xde panggilan dri upu.. huhu

  311. Gadis,
    Salam… Setahu saya anda hanya boleh memohon sekali sahaja untuk program pengajian taraf yang sama. Walaupun begitu lebih baik anda mendapatkan kepastian dengan pihak PTPTN.

  312. betul ke org byk kate, kalau student2 lepasan STPM yang tak berjaya sambung dgre di ipta pada sesi julai, and kebanyakannye student2 lpsn STPM nie mohon lagi untuk intake sesi disember/januari akan dtg.. nt senang nak dapat?? maksud saya betul ke kebayakannye pemohon2 lpsn STPM sesi disember/januari senang nk dpt di terima masuk ke ipta yg di pohon?

  313. Gadis 1,
    Sebenarnya untuk mendapat tempat ke universiti bergantung kepada kelayakan pemohon, jumlah tempat yang disediakan dan syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan. Pada kebiasaannya jumlah pemohon bagi pengambilan Disember/Januari ini tidak seramai semasa sesi Julai maka peluang untuk mendapat tempat adalah lebih cerah.

  314. HAII…MAT PAGI SMOA.

  315. sy nk tanye neyh..
    sy diploma teknologi telekomunikasi..
    n berminat untuk mendapatkan degree pendidikan..kos kemahiran hidup..
    sy xde muet..
    coz amik diploma dulu kemasukan dari spm..
    student spm x amik muet..

    so cm ner??
    layak or tidak sy apply kos itu..

  316. Salam Nilam.

    Act,aku lepasan spm 2007. Lepas abes spm,aku masuk matriks. Tpi dapat tawaran
    foundation,so aku pun tanpa pikir panjang masuk la foundation.
    Nasib aku tak baik,cgpa kptm tak lepas 2.00..sampai skg,maseh tak dpt mane2 ipt.
    umor aku dah 19 taon.. Kalau aku amik deg, U mane nk terima kan?
    Tapi kalau amik diploma, 3 tahun kemudian br bley wat degree.
    maknanya umur aku 27 baru tamat pengajian.

    So,aku nak tanya. Betol ke org ckp kalau amek diploma uitm. contohnya dlm bidang
    engineering. Bila dah abes diploma tue,bley wat Part 3 terus tyme degree?
    Maknanya nya, aku lewat 1 tahun je la kan compared ngan kwn2 aku len. Tapi betol ke mcm tu En. Nilam?

    Glad to hear your answer. I already feel like a loser.

  317. Mohd. Hafiz says:

    Ni nk tanya ckit..kalau sy mau hantar salinan bagi lepasan Diploma/Setaraf tu, perlu ke sy sertakan sekali salinan STPM sbb sy ada ambik STPM..tp sy mohon pke diploma.

  318. Ayeh,
    Setahu saya mereka yang ingin memasuki universiti mengikuit program peringkat ijazah perlu menduduki MUET. Sila semak Syarat Am di laman web UPU untuk rujukan.

    Coie,
    Salam… Lepasan Diploma yang layak boleh menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Berkenaan perkara terus ke part 3 itu bergantung kepada keputusan peperiksaan Diploma, kursus yang diikuti dan universiti. Sebenarnya selain terus masuk ke semestar 3, ada juga pemindahan mata kredit dan pengecualian matapelajaran.

    Anda perlu menyemak dengan universiti yang berkenaan untuk mengetahui dengan lebih jelas program pengajian yang mana menggunakan pakai kaedah ini sebab tidak semuanya begitu.

    Anda tidak perlu merasa kecewa kerana masih ada peluang untuk anda sambung belajar. Apa yang penting dapatkan maklumat yang cukup supaya mudah membuat keputusan. Pilih program pengajian yang anda minat dan dapatkan keputusan yang cemerlang tanpa ada rasa tergesa-gesa untuk menamatkannya.

    Mohd Hafiz,
    Anda perlu hantar kerana ia adalah satu yang diperlukan mengikut senarai yang dinyatakan oleh UPU untuk pengambilan Julai. Bagi pengambilan Disember pula anda perlu rujuk syarat yang ditentukan oleh universiti yang berkenaan.

  319. alhamdulillah..
    thanks nilam.

  320. Iklan Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Disember 2009
    Wednesday, 12 August 2009
    Iklan permohonan kemasukan ke UiTM sesi Disember 2009 akan disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu pada 16 OGOS 2009 (Ahad). Iklan berkenaan juga akan disiarkan di Akhbar Daily Express pada 16, 23, 31 OGOS 2009 dan 6 September 2009.

    Permohonan melalui http://www.uitmonline.edu.my bermula 17 OGOS 2009 (Isnin) dan tarikh tutup permohonan 16 September 2009 (Rabu) kecuali Program Profesional pada 30 September 2009 (Rabu).

    Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Hal Ehwal AKademik UiTM Sabah di talian :
    088 – 325189 / 5190 / 5191 / 5183 / 5188 / 5238

    ATAU

    Pejabat Bahagian Pengambilan Pelajar di talian: 03-5544 3164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175.

  321. Coie,
    Sama-sama

    Hafiz,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

  322. nilam,
    1.cara memohon untuk intake dis/jan ipta sama dgn intake julai (melalui web upu) atau kene melalui laman web ipta masing2?
    2.betul ke syarat uitm untuk kategori C tidak memerlukan 5 kredit?

  323. No Nama,
    1.Perlu melalui laman web IPTA yang berkenaan, sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.
    2.Betul bagi pengambilan sesi Julai melalui UPU, bagi pengambilan sesi Disember anda perlu rujuk syarat kemasukan di laman web IPTA yang berkenaan.

  324. Budak Baik says:

    salam..nilam dalam dilema sekarang ni. sekarang saya belajar diploma kt uitm. Masalah saya sekarang ialah saya tidak berminat dengan program yang saya ikuti sekarang. Untuk pengetahuan nilam semasa menerima tawaran upu ni saya memang tidak minat dengan program ni. tetapi saya mendaftar ni untuk memohon tukar program pada semester depan. Nilam apa yang patut saya lakukan, adakah saya perlu memohon tukar program atau mohon pengambilan sesi disember ini. harap nilam dapat bantu saya.

  325. Budak Baik,
    Pada pendapat saya untuk di UiTM anda boleh memohon untuk pertukaran program pengajian kerana maklumat diri anda sudah ada di UiTM sebagai pelajar. Saya rasa anda perlu membuat permohonan pertukaran itu sekarang. Manakala untuk universiti lain anda bolehlah membuat permohonan baru.

  326. Budak Baik says:

    Adakan prosedur penukaran program adalah sama bagi semua ipta? Bagaimana dgn uitm? Adakah Nilam ada info mengenainya?

  327. salam nk tanya, bagaimana sy hendak mendapatkan salinan sijil berhenti sekolah sekiranya didapati hilang dalam simpanan sy? tq

  328. Budak Baik,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenai tatacara untuk membuat pertukaran kursus. Biasanya pihak universiti tidak menggalakkan pelajarnya bertukar-tukar kursus dan akan menyukarkan mereka yang ingin berbuat demikian.

    Saya cadangkan anda berjumpa dengan orang yang berkenaan di fakulti anda sekarang dan fakulti yang anda ingin masuk. Di samping itu dapatkan juga maklumat daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Apa yang penting anda perlu nyatakan alasan yang kukuh kenapa anda perlu dibenarkan bertukar program pengajian.

    Qid,
    Salam… Anda perlu berkunjung ke sekolah anda untuk mendapatkan salinan tersebut.

  329. RABI'ATUL'ADAWIYAH MD TAIB says:

    saya lepasan spm thun 2006.boleh x saya memohon belajar di ipta?saya ingin mengambil kursus kejururawatan..saya berharap dapat belajar pada tahun ini..kerana tahun yg lepas2 sya tidak berkesempatan kerana ada sbb yg tertentu..

  330. assalammualaikum…saye nk tanye…sy nk apply tok sesi januari…tp sy tk amik muet lg…jd…akan diterima ke permohonan sy tu? atau sy blh call je pihak u untok confirm kn?

  331. Rabi’atul’adawiyah,
    Memang boleh sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 atau laman web UPU bagi pengambilan sesi Julai. Bagi pengambilan melalui UPU anda di bawah kategori B atau D, sila rujuk Kategori Permohonan.

    Dayah,
    Salam… Anda boleh mohon dan perlu maklumkan bila anda akan mengambil MUET. Jika anda dapat tempat ia adalah tawaran bersyarat. Maknanya bergantung kepada keputusan MUET yang akan diambil itu. Walaupun begitu ini bergantung kepada ketentuan universiti yang berkenaan.

  332. Salam…saya telah berjumpa dgn kaunselor dan bertanya mengenai dilema saya yg ingin bertukar program. Tp saya menerima berita yg menambah lgi tekanan iaitu sistem penukaran program sudah tiada lg di uitm. Kalau nk tukar gak kna berenti pas 2 memohon semula. Sekarang saya tertekan dan sgt sedih kerana saya benar2 tidak boleh meneruskan pengajian dalam course saya sekarang. Saya berasa course ni tidak sesuai dgn saya. Saya berharap akan mendapat maklum balas drp nilam mengenai situasi saya skrg. Sekarang ni saya fikir utk memohon pengambilan sesi disember nanti. Adakah saya boleh berbuat demikian?

  333. Budak Baik,
    Salam… saya juga merasa simpati dengan situasi yang anda hadapi sekarang. Anda memang perlu buat keputusan samada nak meneruskan kursus yang diikuti sekarang atau memohon kursus yang lain. Cuba juga fikirkan samada ada cara untuk menimbulkan minat terhadap kursus yang sedang anda ikuti sekarang.

    Di samping itu saya cadangkan anda berhubung terus dengan Bahagian Pengambilan Pelajar di Bangunan UiTM International Centre (UIC) Shah Alam atau hubungi mereka di talian 03 – 5544 3164 /65 /66 /74 /75 untuk mendapat penjelasan yang betul apa yang patut anda lakukan. Samada perlu berhenti sebelum memohon atau boleh memohon semasa masih pelajar.

    Jika anda perlu berhenti, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan tidak mendapat tempat semasa pengambilan Disember ini dan perlu memohon pengambilan Julai pula.

    Setelah membuat pertimbangan yang wajar, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda. Untuk makluman tarikh tutup pengambilan Disember untuk UiTM adalah 16 September 2009 ini sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.

  334. cmna lau number pin hilang?

  335. Adsnal,
    Anda perlu membeli nombor pin yang baru jika masih belum membuat permohohan.

  336. gadis kecewa says:

    askum,nilam.sy kelulusan stpm 2007.sy apply upu 08 tp x dpt.lps tu sy ambik stpm skali lg thn 08.tp result x ok.thn 09 sy nak apply plak guna result 09.tp x dpt nak isi sbb sy calon stpm thn 08.result stpm 07 sy x blh guna dah ke utk apply upu thn depan?sy tension la.

  337. Gadis Kecewa,
    Salam… Anda masih layak untuk memohon IPTA samada melalui UPU (pengambilan Julai) atau melalui universiti (pengambilan Disember).
    Bagi melalui UPU anda boleh memohon di bawah kategori E/F sila rujuk Kategori Permohonan. Manakala bagi melalui universiti bergantung kepada universiti berkenaan, sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.

  338. saya lepasan spm sains IT, memandangkan spm saya tidak begitu bagus saya telah menyambung pelajaran saya di Kolej Komuniti dan memiliki sijil automotif, tetapi sekarang saya telah bekerja sebagai juruteknik komputer di sektor awam selama 2 tahun dan ingin menyambung semula pengajian ke peringkat diploma, masalahnya sekarang bolehkah saya sambung pengajian saya dari sijil automotif ke diploma kejuruteraan komputer??

  339. Pening,
    Biasanya anda perlu menyambung pelajaran dalam bidang yang sama. Walaupun begitu memandangkan anda telah bekerja selama 2 tahun dalam bidang komputer ada kemungkinan anda boleh menyambung dalam bidang tersebut.

    Saya syorkan anda semak dengan Politeknik atau Universiti yang ada menawarkan program pengajian yang anda minati itu dan dapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan untuk memohon samada untuk pengajian sepenuh masa, separuh masa atau program jarak jauh.

  340. sedang keliru says:

    boleh saya tahu institusi yang menawarkan diploma dalam jurusan psikologi klinikal bagi pelajar lepasan spm? saya telah mencari namun, jalan yang saya ada untuk meneruskan cita-cita saya hanya melalui stpm atau matrikulasi. tolonglah saya.. 🙁

  341. Sedang Keliru,
    Saya juga telah mencuba membuat semakan tetapi tidak berjumpa di mana-mana IPTA. Mungkin anda boleh cuba semak di IPTS pula.

  342. nilam,
    saya lepasan spm 2008, boleh ke saya memohon untuk kemasukan ke ipta sesi 2010/2011 dengan hanya mengisi borang semasa fasa 2 tanpa mengisi borang pada fasa1?

  343. Alifa,
    Setahu saya anda perlu mengisi semasa kedua-dua fasa tetapi pada pengambilan sesi 2009/2010 lalu mereka yang tidak mendaftar semasa fasa 1 dibenarkan mendaftar semasa fasa 2. Walaupun begitu bagi sesi 2010/2011 adalah lebih baik anda mengisi permohonan semasa fasa 1 ini untuk mengelak sebarang kemungkinan masalah semasa fasa 2 nanti.

  344. boleh ke saya tukar dari bidang AP120 diploma sains uitm ke AS120 diploma sains uitm? macam mana nak buat?

  345. saya belum masuk u tapi dah terima tawaran diploma ap120 sains geomatik uitm…. boleh saya tukar ke diploma sains AS120? macam ne?

  346. saya lepasan kolej komuniti,kos perakaunan perniagaan,selepas ini saya mahu melanjutkan pelajaran ke politeknik.apakah syarat-syarat yang perlu saya ada.dan politeknik manakah yang sesuai untuk saya pohon.

  347. asalamualaikum…..saya ada pertayaan mengenai cara pendaftaran ke uitm bagi ambilan disember tahun 2009…saya sedikit keliru dengan kenyataan yang baru dikeluarkan oleh pihak uitm mengenai pra pendaftaran ke uitm melalui online….bagaimana cara yg sebenarnya?

  348. nk tnya ar…
    sy akan ke politeknik pada tahun dpn..
    ambil kos elektronik (perubatan)..
    kt mana ea universiti yang tawarkan kos ni gak untuk sambung ijazah…
    dan bnyk ke peluang pekerjaan untuk kos ni?

  349. Shuk,
    Pada kebiasaannya pihak UiTM tidak akan melayan sebarang permohonan pertukaran kursus. Walaupun begitu jika pertukaran yang diingini itu melibatkan fakulti yang sama, sila berhubung terus dengan Fakulti yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

    Hana,
    Sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Januari 2010 untuk maklumat lanjut.

    Asyraf,
    Salam… Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya tapi ia mungkin sebagai pengesahan anda menerima dan akan datang mendaftar pada hari yang ditetapkan. Apakah URL pra pendaftaran tersebut?

    Adila,
    Saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kursus berkenaan. Anda mungkin boleh semak syarat kemasukan ke universiti di laman web UPU. Anda juga boleh berbincang dengan kaunselor di politeknik selepas mendaftar nanti untuk mengetahui peluang-peluang melanjutkan pelajaran.

  350. salam nilam~!

    erm,, nk tny.
    skrg sy sdh abis sem.1 d mtriks.
    tp pointer yg sy hny mmpu capai 2.32
    sdgkn kwn2 yg lain majoriti 3.00 n above.
    sy sdikit tkilan dan mnyesal krn tolak offer diploma dlu2.
    tp skrg uitm masih mnawarkn diploma yg sama utk kemasukn disember.
    sy musykil sgt nilam.
    sy rse xdpt nk mneruskn pngajian d mtriks lg krn tekanan yg sy hadapi.
    sy rse rndh dri dan thp mls smakin mnguasai dri sy.
    skrg sy sdr kos yg dtawarkn sbnrny sy minat..
    iaitu matematik dan komputer.
    ape pndpt nilam?
    sy perlukn seseorg utk mberi pandangn.
    ibu bapa mnyerahkn bulat2 kpd sy.
    sy rse stress sgt2.
    kalau mahu keluar dr mtriks tpkse byr smule elaun yg dberikn.
    tp kalau tdk keluar,,, sy tkot pointer x memuaskn hati dan hny ckup2 mkn shj.
    sdgkn lps abis spm dlu2,, sy bcita2 utk ke ovc…….
    dan diploma tsebut bpelung cerah bg pnuntutny ke ovc slps diploma.
    jika trus d mtriks sy xnmpk ms dpn dsbbkn pointer yg sy dpt.
    mohon sgt2 pndpt drp nilam.
    wajarkah sy keluar dr mtriks????
    ataupun truskn pjuangn d sana wlaupun sy sndri dh giv up?
    andai kata sy ke uitm,,, tdk kah mrugikn msa?
    –SGT MUSYKIL–

  351. NiYing,
    Salam… Memang kita sentiasa perlu membuat keputusan dan keputusan yang kita ambil hari ini akan memberi kesan kepada keadaan masa hadapan. Walaupun begitu setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

    Anda sebenarnya masih boleh meningkatkan pointer anda di semestar 2 ini dengan syarat anda perlu berusaha dengan lebih gigih. Maknanya anda perlu mendapat keputusan yang lebih baik daripada semestar 1. Jika anda yakin boleh tingkatkan usaha tentu ia dapat dicapai. Tentulah ketika ini anda merasa sangat negatif berdasarkan keputusan peperiksaan anda berbanding dengan rakan-rakan yang lain tetapi banyakkan bersabar.

    Menurut anda, UiTM menawarkan kursus yang anda telah timbul minat terhadapnya, harap minat ini bukan timbul selepas mendapat keputusan semestar 1. Jadi ini satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Berkenaan wang elaun tersebut ada kemungkinan anda tidak perlu membayar balik keseluruhan jumlah yang diberi. Sila rujuk dengan pihak Kolej Matrikulasi mengenai syarat untuk berhenti kerana mendapat tawaran IPTA.

    Sememangnya dengan mengikuti pengajian peringkat Diploma masa yang anda ambil akan lebih lama berbanding jika terus ke peringkat Ijazah selepas matrikulasi. Walaupun begitu jika ini merupakan laluan terbaik untuk anda, tidak mengapalah, biar lambat asalkan berjaya.

    Sementara itu dengan pointer Matrikulasi yang rendah akan menghadkan peluang anda untuk memohon kursus atau bidang di IPTA nanti. Kemungkinan juga anda akan diberi bidang yang tidak anda minati.

    Oleh itu saya syorkan anda senaraikan kebaikan dan keburukan jika anda masih terus belajar di Matrikulasi dan jika anda terima tawaran UiTM. Berdasarkan maklumat tersebut buatlah keputusan yang bijak untuk masa depan anda.

  352. salam..
    sy ditawarkan diploma sains di uitm Arau..
    klw x silap skop diploma sains luas..fizik,kimia n bio semua kena blajar..
    bolehkah kalau sy ingin tukar program???
    mksud sy…boleh x klw sy nk tukar ke program yg lebih specific masa first year??..cthnya seperti diploma kimia perindustrian..

  353. salam nilam!
    terlupa pulak nk tnya satu lgi soalan..
    sy adalh peljr matrik..skrg dh abis sem 1..
    Alhamdulillh sy dpt mencapai 3.00 above..
    masalahnya..sy berasa sngt tertekan untk meneruskan sem 2 sbgi student matrik..
    wktu di sem 1..silibus boleh dikatakan mudah berbnding sem 2..
    sy berasa musykil utk meneruskan sem 2 di matrik..
    dlm masa yg sama sy mendpt tawaran progrm diploma sains seprti yg sy nyatakan sebelum ini..
    sy mengambil keputusan untuk teruskan pengajian di uitm peringkat diploma..
    nilam…
    adakah tindakan sy ini salah???
    sy sedey sngt..tpi mmg sy dh x semgt blajar di matrik..bukan disebbkan oleh faktor pointer sy…tpi,disebabkan oleh tekanan yg sy hadapi sepnjg stdy di matrik..
    betulkah tindakan sy menerima tawaran diploma tersebut???
    sy rasa sistem pengajian di U x terlalu mendesak..
    tolong sy nilam..
    sy x tahu utk membuat keputusan…
    klw sy keluar dri matrik..perlukah sy membayar balik sejumlah wang perjanjian berjumlah RM6100 bgi student hayat???bagaimana pula dengan elaun??

  354. Bushro,
    Salam… Setahu saya UiTM tidak mengalakkan pertukaran kursus yang ditawarkan. Walau bagaimanapun anda boleh bertanya dengan pegawai berkenaan di Fakulti kursus tersebut, mungkin ada kekosongan di mana permohonan anda boleh dipertimbangkan.

    Pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya mencapai mata gred 3.00 ke atas. Secara amnya memang pembelajaran di Universiti tidak begitu mendesak kerana jangka masanya yang lebih panjang tetapi tidak semesti akan lebih senang. Pada masa yang sama anda sudah tidak ada kesungguhan untuk meneruskan pengajian di Matrikulasi dan ini tentu akan menjejaskan prestasi anda.

    Sebaiknya anda memikirkan apakah perancangan masa depan serta minat dan cita-cita anda. Kemudian anda lihat samada laluan Matrikulasi atau Diploma Sains yang akan membawa kepada matlamat anda tersebut.

    Keperluan pembayaran balik elaun jika anda keluar dari Matrikulasi itu bergantung kepada perjanjian yang ditanda tangani awal dahulu. Saya difahamkan ada beberapa sebab yang membolehkan anda berhenti tanpa perlu membayar apa-apa atau cuma jumlah yang kecil sahaja.

  355. salam..sy dri ipts,sy lepasan spm dan ada sijil MLVK iaitu juruteknit rangkaian komputer tahap 3..layak ke sy memohon diploma di ipta??harap bantu..

  356. bilakah saya boleh menyemak keputusan masuk ke matrikulasi tahun 2010/2011,maklumlah saya ialah pelajar spm 2009..tolong bagi tahu saya ya…thanks

  357. hai….sy su=tudent lepasan spm 2008….
    harap ada yang blh bantu sy…
    sy nak tanya,…pasal surat tawaran ptptn….
    hari tu sy ada ada terima surat twrn ptptn,adakah itu bermaksud nama sy ada dlm mn2 senarai ipta @ ipts….lps sy chck blk,nma sy x da dlm mana senarai pn….
    plez…plez….bagi sy jawapan yang memuaskan….i need a fast respind plez…

  358. saya nak tanya no pin bsn utk upu dah hilang.tapi saya dah berjaya mendaftar fasa 1.adakah ia akan dperlukan ketika mdaftar fasa 2??dan apa yang perlu saya lakukan untuk selesaikan masalah ini..??

  359. saya nk mohon universiti bogor cmne ye???

  360. miss autum says:

    sekiranya sy tlh menerima tawaran ptptn..
    belum menyerahkan surat perjanjian
    tp sy bru sdr bhw ejaan nama sy t’slh..
    contoh: norasyikin bt mohd azlan
    tp dlm ptptn die tulis norasyikin bt mond azlan..
    ape yg perlu sy lakukan??

  361. salam..
    nk tnya index no. dlm slip MUET sama dgn angka giliran MUET ke?
    sy amek MUET under Politeknik( diploma integrasi)
    sy nk isi form UPU utk diploma/setaraf

  362. sy nk tahu klu sy further study in cambridge A-level di kolej swasta adakah setaraf dengan stpm??? boleh ke sy memohon utk ipta MOHE selepas tamat cambridge A-Level?? bagaimana peluang saya utk mlanjutkan pelajaran ke ipta selepas A-level?? adakah A-level diiktiraf kementerian pelajaran malaysia?? harap nilam dpt reply soalan sy scepat mungkin sbb intake utk cambridge A-level sudah dekat.. sy tak mahu tersalah pilih course nnt..

  363. s dh beli no.unik id..maslhnya,sy dh lupa no tu…blh bli lg tak?

  364. hai.. sye pelajar lepasan spm 2009. sye nk tnye, markah kokorikulum sye, tak dpt penuh. msalahnyer guru sek sye tak bagi markah itu scara ikut ketagori spt sukan dan pmainan,kelab dan psatuan dan unit buniform. mreka hanya mberikan markah scara myeluruh. bagaimana sye patut isi borang yg untuk memohon ke ipta?

  365. salam
    saya pelajar spm 2009 dan telah kehilangan no unik id..boleh tak saya beli baru?

  366. salam,
    sye lepasan spm 09 dan sye terlepas fasa1
    permohonan masih boleh dibuat pd fasa 2..
    tp mslhnyer nombor unik id yg tlh sye beli
    masih boleh digunakan utk fasa 2 ker??
    atau sye perlu beli nmbr yg bru?

  367. slm..lau no unik id hlng,blh ke kte wat smakan dgn guru kat skolh sbb sy bli no pin trsbut mlalui skolh..ape yg sy risau..mcm mne lau slinan nyer xder kat skolh..jd ape sy nk buat..bleh ker sy bli no pin baru kat bsn sbb sy dh pn isi prmohonan fasa 1…help me plizzz,tension nih!!

  368. salam, saya lepasan diploma kejururawatan kptm 2009. Saya ingin menyambung degree di usm atau uitm. apakah syarat syaratnya?

  369. purple pink says:

    nak tanye ckit,sy plajar lepasan sijil politeknik 2009 kos elektrik & elektronik,
    sy nak smbung diploma di politeknik,boleh kah sy memohon kos elekt0nik perubatan???dan berapa sem sy p’lu ambil utk kos dipl0ma elektr0nik perubatan t’sebut??

  370. Nurul,
    Salam… Saya tidak pasti tetapi ada kemungkinan anda layak untuk memohon pengajian peringkat Diploma di Politeknik. Sila semak apabila permohonan ke Politeknik di buka awal Mac nanti.

    Peter,
    Semakan permohonan boleh dibuat sekarang di Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011. Manakala semakan keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada bulan April nanti.

    Emmy_91,
    Ada kemungkinan nama anda tersenarai di dalam pengambilan Disember IPTA atau mungkin ada kesilapan teknikal di pihak PTPTN. Sila hubungi pihak PTPTN untuk kepastian.

    Dyana,
    Nombor pin tersebut diperlukan semasa Fasa 2. Oleh itu anda perlu membeli nombor yang baru.

    Aku..,
    Sila hubungi terus universiti tersebut atau cari wakilnya di Malaysia.

    Miss Autum,
    Anda perlu maklumkan dengan pihak PTPTN.

    Specky,
    Salam… Saya tidak pasti kerana tidak pernah melihat slip MUET.

    Kuna90,
    Anda boleh memohon ke IPTA dengan kelulusan A-Level kerana ia memang setaraf dengan STPM. Bagaimanapun saya tidak pasti mengenai peluang dan A-Level dari mana yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
    Lulusan A-Level boleh memohon melalui UPU di bawah kategori Diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.

    Azlin dan Ashu,
    Memang boleh, tiada masalah.

    Liana,
    Sepatutnya guru anda memberi markah kokurikulum berdasarkan garis panduan yang telah diberi oleh Kementerian Pelajaran. Sila semak semula dengan pihak sekolah dan hubungi UPU di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 jika masih ada masalah.

    Krul,
    Salam… semasa Fasa 1 nombor unik ID itu tidak diperlukan. Semasa Fasa 2 sahaja nombor itu perlu dimasukkan, oleh itu anda tidak perlu membeli nombor baru, guna sahaja nombor yang anda ada sekarang.

    SPM09*,
    Salam… Anda memang boleh semak dengan sekolah tetapi jika pihak sekolah tidak jumpa salinannya anda boleh membeli nombor unik ID yang baru di mana-mana BSN.

    Mimi,
    Salam… sila rujuk di laman web UPU di bahagian Syarat Khas.

    Purple Pink,
    Saya tidak pasti tetapi anda boleh semak di laman web Politeknik apabila permohonan pengambilan Jun 2010 dibuka pada awal Mac nanti.

  371. nak tanya, tadi saya buat semakan matrikulasi, apabila saya masukkan number giliran dan kad pengenalan, dia keluar "maklumat pemohonan tiada" .. macam mana a?? tapi i'm very sure saya dah isi sebelum ni

  372. dark_venom says:

    elo..salam…leh tnye?sy stpm 2009..dpt bm:A-, pp:B, pa:B+, eko:C+..pointer 3.08..
    boleh ke saya mintak jurusan perakaunan / pengurusan perbankan / kaunseling pendidikan?
    agak2,brapa peratus kemungkinan untk sy dpt jurusan2 di atas?
    bagaimana strategi utk memilih jurusan untuk diisi dlm UPU?

    tq.

  373. hello
    saya lepasan spm 2005
    saya telah mengikuti diploma di uitm dari december 2006
    tapi semasa saya semester ke-4,saya berhenti
    kerana masalah kewangan dan keluarga yg sgt kritikal
    sekarang, saya ingin memohon asasi TESL
    bolehkah saya memohon?

  374. Mohd Zuhri,
    Anda patut segera menghubungi pihak Matrikulasi di talian 03 8884 4100 atau 03 8884 4083 untuk mendapatkan bantuan.

    Dark_Venom,
    Salam… Secara amnya anda boleh memohon dan peluang untuk mendapat tawaran akan lebih cerah jika anda memohon universiti yang kurang popular. Di samping itu peluang untuk mendapat tawaran akan lebih cerah jika keputusan peperiksaan anda jauh lebih baik daripada syarat minima untuk memohon untuk program pengajian yang dipilih itu.

    Ema,
    Anda mempunyai dua pilihan, pertama anda boleh memohon melalui UPU di bawah kategori C dan kedua anda boleh merayu terus ke UiTM sebagai bekas pelajar.

  375. bagaimana jika num pin upu saya hilang,apa yang perlu saya lakukan?

  376. Balqis,
    Jika anda masih belum menggunakan nombor itu untuk membuat pendaftaran/permohonan, anda boleh membeli nombor unik ID yang baru.

  377. bdak dilema_89... says:

    hai..sy lepasan stpm 2008..tahun lepas sy berjaya ditawarkan d ipta…tetapi sebelum habis semester 1 sy mgambil keputusan untuk berhenti atas sebab2 tertentu..skarang sy ingin masuk ke ipta lagi..masalahnya dapatkah sy memohon sekali lagi?atau adakah peluang akan diberi lagi?plez jwb dngn secepat mungkin k…plezzzzz

  378. bdak dilema_89... says:

    knpa xda komen ni?under moderation 2 apa?

  379. Bdak Dilema_89,
    Anda memang masih boleh memohon untuk masuk ke IPTA, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf. Walaupun begitu bagi pengambilan sesi Jun/Julai 2010 telah pun ditutup, oleh itu anda boleh memohon untuk sesi Disember 2010 bila dibuka nanti.

  380. sy bru dpt kptsn spm
    1A3B 3C 1D 1E
    E tu add math…
    ade tak peluang lagi utk smbung blajar??
    sye brmnt dgn engineering and pilot…kptsn
    pmr 7A 1B…masih ade lagi atau tidak peluang saye utk mncapai cite2 tersebut??

  381. hrp2 dpt la pluang kdue utk mnebus ksilapan yg lalu…

  382. sy mendapat 6a, 3b+, 1c……c tu add math…..boleh kah sy ingin memohon diploma dan asasi dlm bidang kejuruteraan mekanikal walaupun add math sy dpt c.

  383. macam mana nih

  384. Zack,
    Masih ada peluang tetapi program pengajian yang boleh dipohon agak terhad. Anda juga mungkin boleh melihat program pengajian di Politeknik selain yang boleh dipohon melalui UPU.
    Program pengajian peringkat Diploma bagi kejuruteraan biasanya memerlukan anda mendapat kepujian di dalam Matematik Tambahan begitu juga jika ingin menjadi juruterbang.
    Saya syorkan anda cuba senaraikan peluang-peluang yang boleh anda pilih dan fikirkan apa yang terbaik. Anda juga boleh pertimbangkan untuk mengambil semula SPM atau terus sahaja ambil STPM.

    Ariff,
    Anda memenuhi syarat minima dan boleh memohon program pengajian. Diploma di UiTM memerlukan sekurang-kurang C dalam Matematik Tambahan, manakala Asasi di UiTM memerlukan A- dan di UIAM C+.

  385. sala, macam mana nak check semula spm result 2009?
    dekat mana patut saya pergi??
    berapa yg perlu bayar??
    thanks..

  386. salam, macam mana nak check semula spm result 2009?
    dekat mana patut saya pergi??
    berapa yg perlu bayar??
    thanks..

  387. saya baru mendapat keputusan SPM baru2 ini dengan mendapat BM:A+,SEJARAH:A,MATH:B,ADD MATH:D,B.ARAB TINGGI:D,BI:B+,PHYSICS:B,KIMIA:D,LUKISAN KEJURUTERAAN:C+,PEN.AL-QURAN&ASSUNAH:B+,PEN.SYARIAH ISLAMIAH:A-.pertanyaan saya layakkah saya ke IPTA dgn keputusan begini???????.dan apakah kos yg patut saya pilih??????????????.saya telah mengisi secara online permohonan kemasukan ke IPTA seperti:1)DIPLOMA KEJURUTERAAN 2)DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN 3)ASASI KEJURUTERAAN 4)ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU DAN WARISAN ISLAM 5)ASASI SYARIAH 6)TAHMIDI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG 7)DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM(PEMBINAAN) 8)ASASI ALAM BINA.ADAKAH BETUL PILIHAN SAYA????????.SILA BERI PENDAPAT ANDA!!!!!!!!!!!

  388. salam,
    saya pelajar STPM lepasan 2009.
    Boleh saya tahu tak, apa syarat kelayakan nak mohon maktab perguruan?? Help me plss=(

  389. wassalam,
    saya pelajar lepasan spm 2009,baru sahaja mendapat keputusan spm. dan saya terlepas permohonan ke ipta fasa 1.apa yang boleh saya lakukan ? bolehkah kalau saya terus mendaftar ke fasa 2. kerana saya sudah pun membeli no unik ID.

  390. please please help

  391. farah ainaa says:

    saya dah mengemaskini borang IPTA sebanyak 3 kali.tetapi saya masih tidak berpuas hati.bolehkah saya membeli no unik ID yg baru?

  392. askum,sy pnye no. id hilang…ap yg prlu sy buat??bole ker sy nk smbng blaja law no. id xad

  393. miss lobak says:

    rancanag RPKJ (UM) mcm ane nk isi?? dah tutup ke???

  394. miss lobak says:

    28 Said..saya ad kwn yg buat semakan semula..kene byr rm50..sampul surat saiz 11X22 cm diperlukan…sume ni kene refer kat cikgu sekolah yg pegang bahagian peperiksaan..tanye kat ea cm ne..tarikh tutup..sebulan pas spm..

  395. 28,
    Salam… Anda perlu berhubung dengan guru sekolah untuk membantu anda membuat permohonan semakan semula. Kalau tidak silap saya permohonan perlu dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan diumumkan.

    Onn,
    Memang anda layak untuk memohon program pengajian tersebut dan peluang bergantung kepada saingan daripada pemohon yang lain.

    Mfariq90,
    Salam… Buat masa ini yang utama ada 2 pengambilan iaitu Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah.

    CK,
    Salam… memang boleh.

    Farah Ainaa,
    Maaf tidak boleh kerana setiap calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.

    Nadirah,
    Salam… Anda boleh membeli nombor unik ID yang baru.

    Miss Lobak,
    Terima kasih dengan maklumat yang anda kongsi.
    Saya pun tidak ada maklumat mengeni RPKJ UM, tetapi sebelum ini permohonan adalah melalui JPA. Oleh itu cuba anda hubungi Unit Penajaan Ke Jepun & Korea Selatan JPA di talian 03 8885 3440 untuk mendapatkan penjelasan.

  396. emmm…tumpang tnya bleh????
    bla result kemasukan pelajar dbuka?????
    ade yg kata bln4 n ade pulak yg kata bln 5?????
    yg mana satu ek?

  397. budak dilema_89 says:

    satu lagi sy nak tnya d sini,walaupun msh bpeluang kan adakah pemohonan untuk ambilan desember 2 nnt sma spt upu?atau mcm mana?sbb sy ne dah terlepas memohon sesi julai under diploma…

  398. a i r i s says:

    sy nk tanye..
    kalau sy dh mohon upu nie..
    pastu kemaskininye dh abis 3 kali..
    blh ke kalau sy nk tukar program blajar yg sy ditawarkn itu selepas mendapati ia tidak sesuai dgn sy??

  399. budak konpius92 says:

    nilam, tumpang tanya leh tak?results saya teruk sgt2 tp saya nak mohon asasi tesl…layak ker tak ngan result sy nie?
    bm-b+
    bi-a
    pai-a-
    sj-b
    math-b
    add math-e
    eko-c+
    fizik-d
    kimia-d
    macam maner nih?:(

  400. budak konpius92 says:

    cam ner nih…satu ag,asasi tesl ni mmg wajib kena interview ker?biasanye interview die wat kat ner?

  401. salam..tumpng tny..kalo dpt utk mtrik, upu ada pluang utk dpt gak ke??kalo boleh sy nak tggu upu..tp tkut kalo tolak mtrix,upu pown xdpt..

  402. saya igin membuat pertukaran tempat ujian medsi.. adakah boleh?

  403. immatured says:

    hi,sy na tanya tentang ipts dan ipta.jika sy ambil foundation business dkt INTI college (IPTS),boleh ke sy ambil degree pada masa akan dtg di IPTA ?adakah ia terpulang kepada subjek yg kita ambil sama atau pointer yg tinggi perlu dicapai ?sy keliru 🙁

  404. hi,
    sy dpt dip. pengurusan teknologi pejabat,tujuan asal sy utk melanjutkan pelajaran dlm bidang teknologi maklumat atau yg berkaitan dngn komputer,tetapi atas sbb result sy yg sederhane(math d),sy tdak mncapai syarat minimum bgi kursus tersebut. Sy kurang arif tntang silibus yg akan diajar dlm kos ini..boleh tuan berikan sedikit info mengenai silibus pelajaran yg akan diambil oleh pelajar yg mengikuti kursus ini?

    thx.

  405. assalamualaikum…
    saye nak tmpang tanye,
    knp sye tak dpt sebarang tawaran MATRIKS ataupn IPTA
    sdangkan saye mendpt 6A dlm SPM 09????
    saya dapat
    A utuk BM,MT,SJ,FIZIK,QURAN SUNNAH
    A+ untuk sayriah islamiah
    B+ untuk Bi, Kimia,AddMath,arab
    C+ biology
    teruk sgat ke result saye ni???
    saya tol2 tension…
    tak faham knp sye tak dpt …
    adkah sebb parents saye penduduk tetap???
    saya apply upu 1. asasi engeering,UITM 2. asasi law, UITM
    saya harap Nilam dapat beri penjelasan…
    N one more, bila keputusan rayuan ke ipta keluar???
    syukran…

  406. sweet92 , mgkin course tu ramai yg mintak kott . biasenye camtu la . ada yg dpt 9a pon xdapat . inikan pulak 6a . keputusan rayuan kluar 3mggu lepas pdaftaran bulan july . mgkin ujung bln 7 ataw awal bulan 8 .

  407. sye'ra (^)>(^) says:

    salam,
    ermm kalu kita buat diploma di “ipts” yg diiktiraf n then kita nk sambung ijazah di ipta cth upsi,adakah akan berlaku kesulitan disitu?

  408. salam.,
    sy dpt unimas..
    tp kalau nk bkak surat twrn dia tu.,kna masuk kn no. ID BSN yg beli dlu mse nk dftr upu tu..,
    tp mslh sy skrg.,no. tu da hilang..sy x igt la no. tu brape..
    mcm mne sy nk dpt kn blk no. tu ye.??
    plisss..need ur help so much..

  409. salam.saya nak tanya.saya skarang mengambil bacelor sains pertanian.boleh tak saya nak tukar dari ijazah ke diploma sainspertanian di u8pm

  410. salam.. saya nak tanya.. adakah pelajar lepasan diploma dari politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah terutamanya di UiTM mendapat pengecualian kredit dan masuk terus ke semester 3?
    diploma saya dalam kursus Kejuruteraan Elektronik..

  411. saya nak tanya kalau no upu hilang nak buat macam mana erh.
    nak daftar upu for 2011 31 dec kan . tapi no tuh dah hilang >?

  412. salam , saya nak tny btl ke kalau p.a x principal ssh nak dpt keje even dah ada ijazah dr unirazak dgn pointer 3.0 ke atas ??

  413. salam….saya bdk lepasan spm 2o10…perlu ke sayer isi permohonan untuk fasa 1 ..sebab sayer raser x isi …bile trkh tutup nak beli jo unik id

  414. bagaimana jika sya sudah memohon perhonan fasa pertama,, tetapi nombor pin upu saya hilang.. adakah dibenarkan untuk membeli nombor pin lain

  415. Salam & selamat sejahtera kpd pihak Tuan/Puan Eputra..
    Saya , Shafiera merupakan lepasan spm2013.. Saya nk tnya beberapa
    soalan kpd pihak Eputra.Antaranya :-
    1. Jika saya TIDAK membeli no pin UPU , Adakah saya masih boleh memohon untuk
    ke Ke IPTA / Politeknik (Premier/ Konvensional/ METrO) Kolej Komuniti & ILKA ?
    2. Jika saya sudah membeli no pin upu pd tahun ini (2014), Adakah ia masih boleh digunakan
    pada tahun berikutnya untuk memohon ?
    contonya :- tamat belajar di ting 6 .
    3 . Jika saya sudah mendapat tawaran melalui UPU ,Adakah saya masih boleh mendapat
    tawaran ke ting6 ?

    Diharap pihak Tuan/Puan dri Eputra dpt menjawab soalan saya ini .. Sekian Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.