Soal Jawab Permohonan Melalui UPU 2012

Permohonan melalui UPU bagi kemasukan Ke IPTA, Politeknik Premier, TEVT dan ILKA akan ditutup pada 2 April 2012. Bagi membantu mereka yang bermasalah di dalam membuat permohonan, dikumpulkan di sini beberapa persoalan dan panduan mengenai permohonan kemasukan melalui UPU. Maklumat ini diambil dari laman Facebook rasmi UPU.

1. Pemilihan Program

Tips Mudah Dapat Tawaran Program Pengajian di IPTA

  1. Pilih program mengikut pencapaian akademik dan kokurikulum
  2. Pilih program mengikut cita-cita
  3. Pilih program mengikut minat

ATAU

  1. Pilih program yang pelajar lain tidak memohon
  2. Pilih IPTA yang pelajar lain tidak pilih

Panduan ringkas membuat pemilihan program pengajian di IPT, Politeknik atau ILKA

  • MINAT – Tanya diri sendiri – Apa minat dan cita-cita anda ?
  • TINJAU – Tinjau apakah 3 bidang pengajian yang anda diminati ?
  • PROSPEK – Selidik apakah prospek kerjaya kelak dalam bidang yang anda minat itu ?
  • AKADEMIK – Sesuaikah pilihan program pengajian yang anda pilih dengan pencapaian akademik anda ?
  • PILIH – Dapatkan pandangan dari ibu bapa, guru atau rakan-rakan mengenai program pengajian yang anda minat itu. Walaupun begitu perlu diingat jangan terikut-ikut dengan kawan-kawan. Seterusnya, buatlah pilihan bijak.

Kenali Personaliti Kerjaya Anda

  • Personaliti Kerjaya Realistik
  • Personaliti Kerjaya Investigatif
  • Personaliti Kerjaya Artistik
  • Personaliti Kerjaya Sosial
  • Personaliti Kerjaya Enterprising
  • Personaliti Kerjaya Konvensional

Peluang Selepas SPM

Peluang untuk sambung belajar bagi lepasan SPM

  1. DIPLOMA IPTA
  2. ASASI IPTA
  3. DIPLOMA POLITEKNIK
  4. SIJIL/DIPLOMA ILKA
  5. MATRIKULASI (kendalian KPM)
  6. STPM (kendalian KPM)
  7. SIJIL/DIPLOMA IPTA (kendalian IPTA masing-masing).
  8. LUAR NEGARA (di bawah badan-badan penaja)

2. Baki Kemaskini Permohonan = 0

Pemohon yang mengisi borang Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier/TEVT & ILKA yang telah kehabisan peluang kemaskini (baki kemaskini = 0), anda TIDAK PERLU membeli semula Nombor Unik ID baru kerana akan menerima Nombor Unik ID yang SAMA.

Pemohon boleh mengemukakan surat rasmi permohonan untuk diberikan peluang kemaskini. Namun, peluang kemaskini hanya dipertimbangkan untuk kes-kes kritikal sahaja seperti pertukaran alamat atau nombor telefon. Permohonan untuk mengubah pilihan program pengajian tidak dibenarkan lagi.

Sila hantar surat tersebut kepada UPU secara faks ke 03 8870 6864.

3. Masalah Kemaskini Permohonan

Ramai pemohon menghadapi masalah untuk mengemaskini permohonan disebabkan "kata laluan" dan "nama ibu" salah.

Sebenarnya kesilapan pemohon mengisi kedua-dua ruangan "kata laluan" DAN "nama ibu". Sila isi HANYA salah satu di antara "kata laluan" ATAU "nama ibu". Jika isi kata laluan kosongkan ruangan nama ibu dan jika ingin guna nama ibu kosongkan ruangan kata laluan. Jika ingin guna kedua-duanya pastikan "kata laluan" DAN "nama ibu" diisi dengan betul tetapi jika lupa "kata laluan" dan "nama ibu" sila hubungi UPU untuk bantuan lanjut.

4. Tahun SPM dan Angka Giliran Tiada

Pemohon lepasan SPM Kategori A dan B tidak perlu risau dan tidak perlu mengisi ruangan tersebut (telah dinyatakan dalam panduan permohonan) kerana ini hanyalah masalah paparan sahaja. Masalah ini disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent. Pihak UPU akan kemaskini semula angka giliran dan tahun SPM dari masa ke semasa.

5. Nama Tertukar Dengan Pemohon Lain

Masalah ini terjadi apabila 2 orang pemohon memohon menggunakan komputer yang sama pada masa yang sama. Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain. Pembetulan telah dibuat sila semak semula permohonan. Pihak UPU akan betulkan nama yang tertukar SPM dari masa ke semasa, sila buat SEMAKAN sebelum tarikh tutup.

6. Tiada Ruangan Untuk Isi Keputusan SPM dan STPM

Bagi pemohon lepasan SPM tahun 2011/2010/2009 dan STPM 2011 tidak perlu mengisi keputusan peperiksaan anda kerana Kementeriaan Pelajaran Malaysia (KPM) akan membekalkan keputusan peperiksaan anda ke UPU (telah dinyatakan dalam panduan permohonan).

7. Hilang Nombor Unik ID

Untuk mengemukakan permohonan anda perlu memiliki nombor unik ID. Jika anda belum membeli nombor unik ID ataupun telah kehilangan nombor tersebut anda perlu membelinya semula di Bank Simpanan Nasional (BSN).

8. Menggabung Keputusan STPM

Bagi calon yang ingin menggabungkan keputusan STPM (sebagai contoh STPM 2009 digabungkan dengan STPM 2010) anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan di bawah Lepasan Diploma/Setaraf dan mengisi gred STPM yang terbaik dibahagian maklumat akademik STPM.

9. Lepasan Matrikulasi/Asasi

Bagi calon Lepasan Matrikulasi dan Asasi tahun semasa anda WAJIB memohon Fasa 1. Sila kemukan permohonan sebelum 2 April 2012.

10. Institusi/Jenis Diploma Tiada Dalam Senarai Drop Down

Senarai institusi dan jenis diploma yang terdapat dalam sistem permohonan bagi kategori lepasan diploma adalah senarai yang diiktiraf yang dibekalkan oleh pihak JPA. Pemohon dinasihatkan memilih jenis diploma yang paling hampir dan paling penting pemohon WAJIB menghantar salinan dokumen yang telah disahkan ke IPTA yg dipilih.

11. Salinan Cetakan Akreditasi MQA

Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Lepasan Diploma/Setaraf terutamanya dari IPTS WAJIB menghantar salinan tersebut yang boleh dicetak dari http://www.mqa.gov.my/mqr/PeneranganPA.cfm

12. Peperiksaan MUET Pada Bulan Mac 2012, Layak Memohon

Pemohon yang akan menduduki peperiksaan MUET perlu mengisi "BELUM ADA KEPUTUSAN". Pemohon layak memohon dan keputusan peperiksaan MUET akan dibekalkan kepada UPU oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

13. Permohonan Politeknik Bagi Lepasan SPM

Pelajar Lepasan SPM yang ingin memohon ke Politeknik perlu mengemukakan 2 permohonan iaitu Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier dan Permohonan Kemasukan Ke TEVT-Politeknik/ILKA menggunakan Nombor Unik ID yang sama. Pemohon mempunyai peluang yang lebih banyak dengan mengisi ke dua-dua kategori permohonan tersebut.

14. Pemohon Lepasan Sijil Politeknik Mohon Diploma Politeknik

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012 untuk maklumat lanjut.

15. Pemohon Lepasan SKM Mohon Ke ILJTM

Bagi Ambilan 2012/2013 permohonan ke ILJTM (ADTEC/ILP/JMTI) bagi lepasan SKM diuruskan sendiri oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Sila rujuk laman web http://www.jtm.gov.my/ untuk permohonan dan maklumat lanjut.

16. Unik ID Yang Dimasukkan Adalah Salah

Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 secara pukal oleh cikgu/kaunselor sekolah adalah salah. Masalah ini disebabkan cikgu/kaunselor telah beli nombor unik ID terlalu awal iaitu untuk sesi kemasukan yang lepas. Jika anda boleh login ke sistem permohonan bermakna nombor tersebut adalah betul. Jika salah anda boleh beli yang baru ataupun boleh hubungi kami untuk mendapatkan nombor yang betul secara percuma.

17. Terlepas Permohonan Fasa 1

Pemohon lepasan SPM/Setaraf yang belum mengemukakan permohonan Fasa 1 boleh terus mengemukakan permohonan pada Fasa 2.

18. Panduan Permohonan

Penerangan yang lebih terperinci boleh didapati dari panduan permohonan berikut;

19. Maklumat Tambahan

Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan melalui UPU bagi sesi akademik 2012/2013 sila hubungi:

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No.2 Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
    62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767
    Helpline UPU: 03 8870 6777
    Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864
    E-mel: upu@mohe.gov.my

Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi terus IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

18 thoughts on “Soal Jawab Permohonan Melalui UPU 2012

  1. Bila keputusn UPU lepasan STPM 2011 akan keluar ya?

  2. anonymous says:

    jdnya kalau sesiapa yang sedang menunggu untuk keputusan MUET bulan mac,
    x kena isi keputusan ke? x faham dengan ayat kat atas…..

  3. Saya pelajar matrikulasi bolehkah saya mmemohon dua cara iaitu utk lepasan spm dan lepasan matrikulasi?

  4. Saya lepasan spm.. Klau saya silap isi kod sekolah xpe ke? Atau sy kne faks surat rasmi permohonan..? Plez reply

  5. saya calon stpm 2010 dan 2011… sy mohon bawah kategori diploma… untuk gabung keputusan.. skrg sy kena hantar dokumen2 yang disahkan ke univerisiti pula.. calon stpm pun kena hantar dokumen ke u ke kalau isi bawah kategori diploma?? kalau tahu awal2 dah tentu saya mohon bawah kategori stpm 2011 guna pointer 2.75.. saya mohon kategori diploma pn sebab nk dapat pointer tggi gabung dua tahun keputusan.. skrg ini masalah saya seterusnya ayah saya seorang penduduk tetap…. macam mana saya nak hantar sijil lahir dia?? dia tak ada sijil lahir kalau ada pun sijil lahir negara asal dia.. macam mana ni admin

  6. adakah ia menjadi masalah menggunakan alamat surat menyurat yang sama dengan calon yang lain? teman saya menggunakan alamat surat menyurat saya. adakah ia menjadi satu masalah?

  7. mohd nur akmal says:

    saya calon lepasan STPM2012..asakah perlu bagi saya menghantar salinan cetakan akreditasi MQA ke UPU..

  8. hi,

    sy lepasan diploma ipta. sy terlupa menghantar salinan akreditasi mqa ke uni pilihan sy. adakah automatik permohonan sy ditolak?

  9. saya nak tanya sekiranya saya menolak tawaran usm , adakah saya masih dipertimbangkan di upu? tlg jawab , saya keliru dan memerlukan jawapan segera .. tq

  10. sy lepasan spm 2013 , kenapa tiada ruangan kokurikulum????

  11. kenapa tiada ruangan kokurikulum? kemana hilangnya ia?? tolong la jawab..!!!!!

  12. thanks atas info ini..

  13. sekiranya saya memilih bidang sains sebagai bidang keutamaan dalam permohonan upu adakah saya tidak akan menerima tawaran dalam bidang lain?

  14. saya tidak menerima sebarang pangilan atau sma dari mana2 Universtiti sedangkan kawan saya lagi duluan mendapatnya walhal keputusan saya lebih baik darinya.tolong berikan respon tentang ini .sekian t.kasih

  15. Emir Faeiz says:

    Assalam, sy nk tnya klau sy salah isi kod sekolah mcm mana ye ?

  16. Adakah permohonan saya akan ditolak jika tak hantar transkrip penuh akademik?

  17. kalau sy tak dpt email dari upu x pe ke?tapi saya dah tekan sah dan hantar..perlu ke saya call pihak upu??

  18. Kalu sy lepasan stam ingin ambil bidang perniagaan. Adakah boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.