Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM STPM 2008

TERKINI : Keputusan peperiksaan SPM dan STAM akan diumumkan pada 12 Mac 2009. Keputusan peperiksaan STPM pula akan diumumkan pada 10 Mac 2009. Sila rujuk Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008 dan Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2008 untuk berita lanjut.

Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2008 sudah tentu sedang ternanti-nanti tarikh keputusan peperiksaan berkenaan akan diumumkan.

Setakat ini debaran semua calon peperiksaan berkenaan masih tidak terjawab kerana pihak yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

Walaupun begitu adalah boleh dijangkakan bahawa keputusan peperiksaan SPM, STAM dan STPM 2008 akan diumumkan pada pertengahan bulan Mac nanti.

Ini berdasarkan rekod pada tahun-tahun yang lepas peperiksaan SPM 2007 telah diumumkan pada 12 Mac 2008 manakala SPM 2006 telah diumumkan pada 12 Mac 2007 dan SPM 2005 pada 13 Mac 2006. Manakala itu keputusan peperiksaan STAM 2006 dan 2007 telah diumumkan pada 12 Mac 2007 dan 12 Mac 2008. Keputusan peperiksaan STPM 2005, 2006 dan 2007 pula pada 16 Mac 2006, 15 Mac 2007 dan 11 Mac 2008.

Berdasarkan rekod yang terdahulu itu, desas-desus keputusan peperiksaan SPM 2008 akan diumumkan samada pada 13 Mac atau 16 Mac 2009 boleh dipertimbangkan. Walaupun begitu tarikh 16 Mac lebih berkemungkinan kerana tahun-tahun sebelum ini keputusan diumumkan semasa cuti sekolah.

Walau apapun semua calon SPM, STAM dan STPM 2008 bolehlah merancang untuk bersedia untuk datang ke sekolah masing-masing pada pertengahan bulan Mac ini.

Reblog this post [with Zemanta]

19 thoughts on “Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM STPM 2008

  1. […] TERKINI : Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM STPM 2008 […]

  2. huiyoo…
    bulan Mac…
    OmG takut gak bila nak taw pi amik result ni…
    Lebih Mengerunkn drpd amik Spm..

  3. bgus la g2…
    x sabar nk tauuu naiiii…
    hehehehe….

  4. kpd sume yg tgh tngu rsult SPM 08:
    Korang x gentar??
    Huh! Rsa nk bgegr kpla lutut pn ada jgak ke!

  5. OMG!!
    pertenghn march ker?
    takut nyer..
    tp at da same time,xsabar gak..
    hehuhiu..(- -)^

  6. shahrulz says:

    eee tkotnye nak dpt rsult..
    arap2 dpt yg terbaik!!

  7. spm 12
    stpm 10

  8. oww… I dngar spm kuar 12 diz march…
    btul ke??? so takut wohh me…

  9. Mia private says:

    hmp… ini cuma informasi, saya nak kongsikan. sudah tentu ada kemungkinan tarikh keputusan keluar pada waktu cuti, ttp ia cuma jangkaan melalui tarikh keluar pada tahun sblmnya. saya nak cakap kosong sikit.

    apa kata kalau periksa setiap jarak masa atau hari antara tarikh mula perperiksaan atau tamat perperiksaan dengan tarikh keluar peperiksaan.contohnya kalau beza dr segi tarikh keluar tahun 2006 dan 2008 hanya 1,2 atau 3. bermaknya tarikh keluar merupakan satu prosedur kementerian pelajaran yg harus dipatuhi.

    antara penyebab beza hanya 1,2 atau 3 adalah kerana pengaruh tarikh cuti penggal.so tarikh keluar semestinya waktu cuti. jika teori saya betul, tarikh keluar ialah 16.ttp kalau cuti hujung minggu tidak mempengaruhi, tarikh keluar ialah 15.

    jangan risau, tarikh keluar tidak mungkin lewat krn ada agensi spt dari syarikat shell,jpa atau petronas yg telah menetapkan tarikh tutup tawaran biasiswa mereka. contohnya shell, tarikh tutup ialah 31/03. Agensi ini memerlukan slip peperiksaan Awam. jika lewat, ia merupakan silap kementerian pelajaran.

    so bagi mengelak sebarang masalah, kementerian tidak akan menyentuh digit 20 keatas utk tarikh keluar.terima kasih : )

  10. Mia private says:

    email me…i’ll try to give my opinion.

  11. JessiACandia says:

    I am so afraid! Fears within me! I hope I can get a good result.

  12. anisella peninsus says:

    ……hrmmm….bla agknya rsults spm 2009 kuar ar?????????…..

  13. anisella: ntah r ..p mmg x sabor…
    meanwhile still xde berita dr mara utk spc thn nie…risau gak kan….

  14. hai…hai
    frenzz..bila result spm 2010 keluar….
    takutnye…
    arap2 dapat result yg baik…

  15. ada sape2 tau x bila rslt spm cnfirm klua?????bosan giler da tgu ni….wat debar jer lama2 ngat nk tgu ke rslt.heee..urm..aci ark gtau dlu my rslt??haha

  16. makcik pun macam korang jugak ….tak sabar2 tunggu result SPM kuar…sampai tak leh nak duk diam dlm opis….anak buah makcik tu la satu2 harapan kami sekeluarga….”kakak, moga dapat result best….nie makngah, mama, ayah, paksu, atok dan nenek, Asraff, Amin dah siap beli hadiah nie…..hehhehh

  17. makcik berdebar gak nie….bila result kuar nie???….makcik tengah tunggu anak buah makcik nie bagitau dapat berapa SPM…..moga berjaya kakak !!!!!!…..

  18. bila kluar result spm 2010 nie ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.