Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan tarikh permohonan kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 bagi Aplikasi Dalam Talian melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA adalah seperti berikut;
- Program Pengajian Lepasan STPM dan setaraf 23 Mac 2009
- Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf 25 Mac 2009
Calon dibenarkan mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan seperti di atas. Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA adalah di http://upu.mohe.gov.my manakala calon yang ingin ke Universiti Sains Malaysia perlu mengemukakan terus permohonan melalui laman web rasmi universiti itu di http://pohon.usm.my.
Justeru KPT menyarankan dan menasihati agar semua pemohon ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 mengemukakan permohonan awal dalam usaha meningkatkan kelancaran dan mengurangkan kesulitan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka.
Kaedah ini merupakan langkah pre-emptive KPT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta melicinkan lagi pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan sistem penyampaian perkhidmatan secara berkesan dan mesra pengguna.
Sebarang kemusykilan boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801, 03-88835802, 03-88835858 dan 03-88835848 atau e-mel upu@mohe.gov.my.
Related posts:






91 Comments