Tingkatan 6 Akan Guna Sistem Modular

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).

Ini kerana, tingkatan enam ibarat pra-universiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.

Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih program pengajian Asasi, Matrikulasi, Diploma atau di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.

Mana tidaknya, walaupun dikatakan pra-universiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.

Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT.

Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.

Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.

Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.

Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.

Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.

Walaupun sistem itu hanya dilaksanakan menjelang 2011, pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra.

Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal.

Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik.

“Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa.

“Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT.

“Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama,” katanya.

Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran.

“Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi.

“Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran,” katanya.

Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT.

“Sistem ini akan membantu pelajar untuk berfikir jauh dan tidak terikat dengan pemikiran pelajar sekolah,” katanya.

Sementara itu, bekas pelajar tingkatan enam, Amelia Ahmad Kamal, 27, berkata sistem itu langkah yang bijak dan sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

“Tanyalah sesiapa pasti mereka mengakui cara belajar di tingkat enam sangat menyusahkan.

“Untuk menghadapi STPM, kami membaca semua buku tingkatan enam bawah dan atas yang dipelajari sepanjang dua tahun.

“Jika tersilap langkah dan gagal menguasai subjek yang dipelajari sepanjang dua tahun itu, mereka akan kecundang dan tiket ke IPT lebur begitu saja,” katanya.

Selain itu, dengan sistem penggal seperti mana yang dilaluinya dulu, ia membataskan kreativiti pelajar dan menjadikan mereka tidak berkembang.

“Sebagai pelajar di tingkatan enam, kita sebenarnya setaraf dengan pelajar di IPT dan sudah boleh berfikir dengan lebih meluas.

“Tetapi, dengan sistem pembelajaran itu, kita tidak punya masa untuk semua itu dan akan lebih memfokuskan kepada pelajaran,” katanya.

Sumber : Harian Metro

28 thoughts on “Tingkatan 6 Akan Guna Sistem Modular

  1. pada pandangan saya,pertukaran sistem pembelajaran tingkatan enam daripada sistem terminal kepada sistem modular adalah sangat perlu.ini adalah kerana sistem sedia ada sangatlah membebankan bagi kami pelajar tingkatan enam..saya juga merupakan salah seorang pelajar tingkatan enam..saya bagi pihak rakan-rakan persejuangan yang lain berharap agar sistem ini dapatlah dikuatkuasakan dengan segera..

  2. admin nak tanya..tw x bila permohonan ke ipt untuk kemasukan bulan 12 akan keluar?..

  3. Baby,
    Memang benar… lagi cepat lagi bagus.

    Dino,
    Permohonan untuk pengambilan Disember/Januari ini biasanya dibuka dalam bulan Ogos/September. Permohonan perlu dibuat terus kepada universiti yang berkenaan dan bukan melalui UPU. Tarikh permohonan dibuka dan ditutup berbeza mengikut universiti.
    Bagi pengambilan Disember/Januari ini cuma beberapa universiti dan program pengajian tertentu sahaja yang akan dibuka. Saya akan cuba dapatkan maklumat mengenainya dan paparkannya di sini.

  4. bila jadual peperiksaan STPM akan keluar??…

  5. Miho2,

    Sila berhubung dengan Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03 6136 9663 atau faks

    03 6136 1488 atau emel kepada ppa@mpm.edu.my untuk mendapat maklumat mengenainya.

    • ssaya nk tyer sye skg berada dlm tngktn 6 ambek jurusan sastera….bile syer brjye menamatkn tngktn 6………….program ijazah ape yg boleh sye ambek tok jurusan satera kemanusiaan??bantulh syer……………n berape pointer yg minimum tok melykkn diri di ipta??

  6. bg sya utk menukar tingkatan 6 kpd sistem mudular x wajar..
    ini kerana sekiranya sistem ini di lakukan pd 2011..
    maka kmi sbgi pelajar tingkatan 6 terdahulu berasa rugi krn x merasai sistem ini..
    knp dr dlu sistem ini x d i laksanakan..
    rmi pelajar tingkatan 6 terdahulu x dpt mlnjutkan pljaran ke ipta krn kptusan stpm x memeberangsangkan..
    knr pd msa i2..sistem ting6..amat sukar..
    kjaan harus bersifat adil agar sistem modular x di laksanakan,,
    krn ini menguntungkan pljar akan dtg dan impak nya sblm ini d tanggung olk KAMI pljar2 ting6 yg x dpt merasai sistem modular yg ala2 ipta kunuk..

    • vice versa says:

      kenapa perlu menyamakan dahulu dan skrgg .
      kalau beginilah fikiran orang melayu , melayu takkan maju sampai bila bila .
      dahulu dan skrg byk bezanya . kita kena sentiasa melakukan transfomasi .
      mungkin dahulu kerajaan tidak memikirkan sistem ini . itu adalah silapnya .
      oleh itu , kerajaan kena belajar dari kesilapan . syafiq , maaf . mungkin kamu malang kerana berada di ting6 pada masa itu . tapi kami generasi skrg tak mahu merasai malang itu . kerana kami inginkan malaysia maju seperti jepun . jangan iri hati . dahulu adalah dahulu . sekarang adalah sekarang .

    • mohd hasbullah bin mohd shukri says:

      sabar ja lah……………kata org,,,,,,usaha itu tangga kejayaan..kalau kita berusaha besungguh2x..mesti dapat punya…x guna jugak kalau sistem ni dipakai lau x belajar betul1x…sama jugak 2 ceritanyaaa……..

  7. Pada pandangan saya, penukaran sistem pembelajaran tingkatan enam adalah perlu bagi menarik lebih ramai pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan ENAM.

    Namun begitu,kajian yang meluas perlu dijalankan secara teliti sebelum sistem Modular digunakan sepenuh di Tingkatan ENAM agar kejadian serupa tidak berulang lagi seperti yang berlaku kepada PPSMI.

    Dalam beberapa tahun lagi iatu dijangka pada tahun 2011 sistem ini dilaksanakan , maka diharapkan pihak yang berkenaan mengkaji sepenuh terhadap sistem pembelajaran yang bakal digunakan

  8. Ini semua bergantung kepada bagaimana perlaksanaannya nanti. Diharap pihak kementerian telah meneliti dan mengkaji dengan terperinci bagi memastikan STPM terus diiktiraf dan ditingkatkan kualitinya.

  9. Miss_wonderful91 says:

    dgn pertukaran ini adakah stpm masih menduduki carta teratas sbg salah satu peperiksaan yang paling susah didunia?adakah dunia masih mengiktiraf stpm utk kemasukan U di negara mereka?ataupun walaupun mengikut sistem baru..soalannya tetap susah sebagaimana peperiksaan sblm pertukaran ini..oh sorry saya bertanya bkn memberi pandangan hehe

  10. sistem modular bagaimana?sistem skrg truk sgt ke?tp kan kdg2 ada jgk ase pnt gler..

  11. setuju dgn shaharil ..napela sistm baru ni xditukr lbeh awal…stpm dulu sgt sukar ……………tapi emm masa da blalu,,untk adik2 yg gunekn sistm baru tu wt la terbek ok…pluang keemasan tu…

  12. salam.
    sy mrupkan paljr yg sdg tggu kptsn spm..
    sy bmnt nk msk ting 6..
    tp, sy x tahu sekolh2 yg ada ting 6..
    boleh tak sy taw senarai sekolah2 tu..

    btw, sy tggl di selangr..

    tq..

    *lg best kalu jwpn di email to sy terus.. hehe

  13. salam sejahtera pd semua.saya pelajar pra-u.saya nak tanya adakah kita perlu ambil peperiksaan muet di ting 6..??tak blh ke kalau ambil kat u saja.

  14. dilema la nk masok tingkatan 6 ke tak..?saye dpt tawaran ke tingkatan 6..pihk skola saye dulu da dpt list name..upu tak dpt..saye bercadang nk masuk politeknik..tp pada waktu yg same..saye nk tunggu keputusan rayuan upu..mane tahu saye dpt..so ape pendapat nilam..masok f6 ke politeknik sebelom nk tunggu keputusan rayuan..sbb nk tunggu tu lame la..adoi..

  15. ifa , masuk la f6 dulu apa2 hal . kalau da dapat poli or rayuan tu , bleh la blah dr f6 tuh . mane la tau kalau awk da kamceng ngn dak2 f6 , ttibe ubah fkiran plak .

  16. saya nak tanya saya pelajar spm 2009. saya bercadang memasuki ting 6 pada 10 mei 2010..adakah sistem modular ini akan dijalankan keatas saya? atau pelajar yg masuk pada mei 2011 sahaja??

  17. sy nk tnya,pelajar tingkatan 6 rendah tahun 2010 juga perlu menggunakan sistem modular dlm tahun 2011??????

  18. borang rayuan kena hantar sblom tarikh buka skolah..sertakan skali salinan IC n sijil keputusan PMR..

  19. Pra-U Simanggang says:

    memang benar sistem pembelajaran di tingkatan enan sangat menyusahkan sampaikan banyak orang gagal masuk ke IPTA.persekitaran juga tidak menyamai suasana di unversiti kerana tertakluk kepada peraturan sekolah yang tegas dan tidak bersesuaian dengan konsep terbuka seperti di universiti oleh itu pelajar tidak dapat menyesuaikan diri apabila masuk ke universiti kelak,tambahan lagi peraturan Pra-u juga perlu diselarakan agar tidak bercanggah dengan peraturan sekolah

  20. risz_pra U says:

    saya nak tnya adakah tingkatan6 akan mengunakan sistem semester pda tahun 2011… please help me…

  21. saya skg beda kt f.6 dan akn menamtkn pgjian pd thn hdpn……….apakh khusus yg sesuai dlm bidang sastera kemanusiaan tok pernkt ijazah yg lyk syer mhn?n pointer kelykkn die bper?/

  22. salam…

    sya nk tnya la… sistem mdular ney akn djayakn pd taun ini kan ? mksd nya, bg plajar2 spa 2011… ?

    dan lg sa2 admin… bole terangkn sdkt tntg sstem ney… sya x brpa fhm… f6 ada 3 sem kn… jd, stiap sem trsebut akan ada exam besar la ya ? jd, x perlu fkr2 lg tntng yg sblm2 nya… ya kn… tp bgaimna pula dgan peperksaan yg d nma kn sbg STPM… ? adakah dya perlu blajar jgak yg sblm2 nya… ?

  23. miesz syafiqah says:

    Bagi saya sistem modular ni ada sukarnya juga, sebab saya sekarang merasainya..kita kena buat pembentangan di hadapan kelas, selain belajar menggunakan powerpoint. Cikgu ada yg mengajar menggunakan powerpoint, ada yang mengajar secara biasa..ada yang sepenuhnya murid yang bentang.jadi ini membuatkan kami semakin tidak memahami topik yang sedang dipelajari. Bagi saya sukar..kerana kita perlu belajar dan menelaah sendiri sesuatu matapelajaran itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.