Tingkatan 6 Sesi 2008

Seramai 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 layak memasuki Tingkatan Enam Bawah di 765 sekolah menengah harian dan teknik seluruh negara, tahun ini. Daripada jumlah itu, 127,879 layak memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 lagi sains.

Jumlah berkenaan tidak termasuk 32,685 lulusan yang mendapat tawaran memasuki program matrikulasi.

Keputusan kemasukan boleh disemak melalui laman web Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Sesi 2008, mulai 6 Mei ini. Pelajar boleh juga menyemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip T6 KP Nombor Kad Pengenalan atau T6 AG Angka Giliran dan dihantar ke talian 33778.

Pelajar mendapat tawaran akan mendaftar serentak di 765 sekolah menengah harian dan teknik seluruh negara, pada 12 Mei ini.

Bagi calon berjaya tetapi sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara pula, mereka boleh melapor diri sebaik saja tamat kursus itu.

Jumlah lulusan SPM layak memasuki Tingkatan Enam Bawah tahun ini meningkat 26,241 berbanding 154,389 orang dilaporkan akhbar tahun lalu.

Daripada keseluruhan 439,232 calon SPM 2007, 151,806 pelajar tidak layak memasuki Tingkatan Enam Bawah kerana gagal memperoleh kredit dalam subjek Bahasa Melayu dan 13,789 tidak memenuhi syarat umur. Sementara 54,287 lagi gagal memenuhi syarat kemasukan meliputi 43,992 aliran kemanusiaan dan 10,295 sains.

Selain itu, sejumlah 6,035 lulusan sekolah swasta atau calon persendirian layak memasuki Tingkatan Enam Bawah tahun ini dan permohonan dibuka kepada mereka sehingga 31 Mei ini.

Kelayakan bagi pelajar sekolah kerajaan untuk memasuki Tingkatan 6 hendaklah memenuhi empat syarat yang ditetapkan, iaitu pertama lulus peperiksaan SPM 2007 dengan memperoleh sekurang-kurang tiga kepujian, termasuk Bahasa Melayu.

Syarat kedua, calon jurusan kemanusiaan mesti memperoleh jumlah agregat tidak melebihi lapan unit bagi tiga mata pelajaran terbaik, setiap satu hendaklah dari kumpulan berlainan. Bagaimanapun, agregat sembilan hingga 12 unit juga layak dengan syarat ada kekosongan tempat di negeri terbabit.

Bagi jurusan sains pula, calon mesti memperoleh sekurang-kurang tiga kepujian dengan jumlah agregat tidak melebihi 18 unit bagi mata pelajaran sains terbaik, masing-masing dari kumpulan berlainan.

Syarat lain bagi kedua-dua jurusan, umur calon mesti tidak melebihi 20 tahun serta tidak kurang 17 tahun pada 1 Januari lalu. Pelajar pernah melangkau kelas mesti berumur tidak kurang 16 tahun pada tarikh sama.

Bagi pelajar yang gagal mendapatkan tempat ke Tingkatan Enam, mereka boleh membuat rayuan dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Pelajaran dan menghantarnya kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di tempat mereka selewat-lewatnya sebelum atau pada 6 Jun depan.

122 thoughts on “Tingkatan 6 Sesi 2008

  1. sy nak tau,dalam kursus kemanusiaan ada subjek apa..
    dan kursus sains ada subjek apa..

  2. Su,

    Ketentuan samada masuk aliran sains atau kemanusian adalah berdasarkan keputusan SPM anda. Secara amnya untuk peperiksaan STPM perlu ambil minimum 4 @ maksimum 5 matapelajaran daripada senarai matapelajaran yang ditawarkan.

    Matapelajaran itu adalah Pengajian Am (wajib), Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Physics, Chemistry, Biology, Sains Sukan dan Seni Visual.

    Matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Sukan khusus untuk aliran sains sahaja. Di samping itu semua pelajar perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET).

  3. nurul huda says:

    ape mate plajaran yang d tawarkn dalm jurusan kemanusian

  4. syeeeda says:

    sy nak tahu,apa yang kita perlu buat kalau kita nak tukar aliran[ting 6]

  5. syeeeda says:

    macam mana ye………

  6. nurul huda says:

    tawaran ting 6..
    rumit… pening…
    x pham…
    tolong terangkan sy tentang jurusan kemanusian…
    email kn kt sy ea….please..sesape yg bley tolong..
    peanart_2810angle@yahoo.com

  7. nurul huda,

    Matapelajaran yang boleh dipilih adalah Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S dan Seni Visual.

    Sila semak dengan sekolah anda matapelajaran yang ditawarkan. Jika matapelajaran yang anda ingin ambil tidak diajar di sekolah anda, anda perlu belajar sendiri atau mencari sekolah lain.

    Pilihan matapelajaran ini bergantung kepada pengajian yang anda ingin ikuti di universiti nanti. Sila semak laman web universiti berkenaan atau rujuk dengan guru.

  8. syeeeda,
    Pertukaran aliran boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di sekolah.

  9. macam mana nk check sekolah mana yang ditawarkan tu..?
    tak faham..?

  10. susah sgt ke form 6 ni? tgk silibus lbh kurang cam form 5 je..klu dpt cmerlang confirm power yerk?

  11. Mail,
    Nama sekolah akan dinyatakan dalam surat tawaran ke tingkatan 6.

    Ammar,
    Tingkatan 6 ini tidak sama seperti semasa di tingkatan 5 kerana walaupun hanya perlu mengambil 5 pilihan matapelajaran (Pengajian Am dan MUET wajib) tetapi cara pembelajarannya berbeza.

  12. camane ye kalau dah dapat tawaran tapi kite nak tukar sekolah sebab xde transport?boleh ke?boleh bagitau secepat mungkin tak…thank you

  13. izrinda,
    Memang boleh tukar jika ada kekosongan, permohonan boleh dirujuk dengan guru di sekolah yang ditawarkan atau Jabatan Pelajaran Negeri.

  14. maksudnya kami kena masuk sekolah pada hari bulan 12 mei ke?atau hanya melaporkan diri pada hari tersebut dan masuk sekolah pada bulan enam?

  15. ape bezanye f5 n f6..tlg terangkn in details…saya dlm dilemma..huhuhu

  16. meiying,

    Ya memang kena masuk sekolah pada 12 Mei. Biasanya pada 2 minggu pertama ini diadakan pelbagai aktiviti suai kenal dan taklimat. Pembelajaran hanya bermula pada bulan Jun selepas cuti sekolah.

    su7,
    Saya secara peribadi tidak pernah memasuki tingkatan 6. Walau bagaimanapun saya akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka yang pernah melaluinya.

    Saya juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman mereka di blog ini. Silalah hubungi saya.

  17. sy nak tau ape subjek yang diambil dalam jurusan kemanusiaan…pa yg wajib diambil?..berapa subjek yg dpt diambil dalam stpm if jurusan kemanusiaan…thanks..reply kat my email..sharon_counstance_ara@yahoo.com.my

  18. gulhalim says:

    saya nak tanya sikit,tahun 2007 saya dapat tawaran utk masuk ke tingkatan 6,tapi saya x dapat pergi so saya apply balik thn ni,then saya dapat tapi sekolah lama,kat sekolah lama hanya ada aliran kemanusiaan je(saya pun aliran kemanusiaan juga) tapi saya nak tukar sekolah,so apa yang saya boleh buat.

    satu lagi saya ni aliran kemanusiaan so kalau saya nak ambil subjek fizik boleh ke masa exam nanti?

  19. Kpd yg berkenaan:
    Sy bru je hbs spm 07 & skrg sy dpt form 6 aliran sains. Leh sy tau ape subjek tgktan 6 aliran sains? Sy plak skrg tgah confius smada nk msuk f6 atau poli. Sy trpengaruh dgn kata2 phk yg lain bhwa msuk f6 adlh untuk jerat diri sy sndiri. Dorg ckp F6 aliran sains ssh sgt2. camne ni… sy bingung….tlg la bantu sy….

  20. saya nak tanya,,
    saya dulu bersekolah di teknik
    so,saya memang x amik biologi
    ehm..kalau pegi form6 kan kena amik biologi
    saya x de asas
    adakah saya akan blaja asas balik,,bila saya msk form6 nanti??

  21. shay,

    Semua pelajar tingkatan 6 tanpa mengira aliran wajib mengambil matapelajaran Pengajian Am dan ujian MUET. Di samping itu perlu mengambil 3/4 lagi matapelajaran pilihan sendiri.

    gulhalim,

    Sepatutnya tiada masalah untuk bertukar sekolah. Apa yang penting adalah memastikan sekolah yang anda hendak pergi ada menawarkan matapelajaran yang anda ingin ambil.

    Jika anda berminat untuk mengambil matapelajaran Fizik adalah lebih baik anda bertukar ke aliran sains. Cuba berbincang dengan guru mengenai kombinasi matapelajaran yang anda ingin ambil dan keperluan kemasukan ke universiti nanti.

    anis,

    Untuk aliran sains ada matapelajaran Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia tetapi anda tidak perlu mengambil kesemuanya. Ini kerana ada 20 matapelajaran pilihan lain jadi terpulanglah kepada anda kombinasi matapelajaran yang hendak diambil.

    Tingkatan 6 @ Politeknik? Ini bergantung kepada perancangan masa depan anda yang akan menentukan laluan yang patut anda ambil. Samada di tingkatan 6 maupun di politeknik cara pembelajaran ini memang tidak sama semasa tingkatan 5. Manakala tahap kesukaran itu pula bergantung kepada kombinasi matapelaran yang diambil dan kesungguhan anda.

    aida,

    Memang ada diajar asasnya pada peringkat awal tetapi anda perlu lebih berusaha daripada pelajar yang telah ada asas.

    Biologi adalah salah satu matapelaran pilihan dalam aliran sains dan tidaklah wajib mengambilnya. Cuba kaji semula kombinasi matapelajaran yang anda akan ambil dengan syarat kemasukan kursus ke universiti yang anda inginkan.

  22. saya nak tau,dalam daerah gombak ni sekolah mana yg menawarkan subjek perakaunan untuk tingkatan 6.

  23. saya dapat poli kos sijil penyimpanan kira…form 6 pun saya dapat…so skrg nie yg mana yg byk kelebihan…??form 6 susah sgt ka..sbb saya dpt jurusan kmanusiaan..tlg bg tunjuk ajr..

  24. za,

    Maaf saya tidak tahu. Cuba hubungi Pejabat Pelajaran Daerah Gombak di talian telefon 03-6120 3200 atau email ppdg@ppdg.gov.my untuk maklumat lanjut.

    cheeda,

    Mula-mula perlu tanya diri anda sendiri, apakah yang anda ingin lakukan dengan masa depan anda? Jika dengan mengikuti sijil penyimpanan kira-kira di politeknik akan membawa mencapai cita-cita anda, teruskan. Manakala jika cita-cita anda itu hanya boleh dicapai jika memasuki tingkatan 6, perlulah pilih tingkatan 6.

    Susah @ senang itu bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan kita.

  25. nak tanya..
    sek mane yg de form 6 n ade asrama???
    area selangor n mlaka..
    n.sembilan pon boleh gak..

  26. jurusan kmanusiaan, nnti kalo dah hbes form 6, ape je kos boleh amek??

  27. mafia,

    Maklumat mengenai tingkatan 6 bersama asrama ini boleh diperolehi dengan menghubungi Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan; Selangor 03-5518 6500, Melaka 06-232 3776/777/778/77 atau Negeri Sembilan 06-7653100.

    Lepasan aliran kemanusian boleh melanjutkan pelajaran berdasarkan 3 matapelajaran yang diambil. Oleh itu anda patut mengenal pasti bidang yang anda ingin ambil di universiti dan syarat kemasukan mata pelajaran yang diperlukan.

  28. assalamualaikum,sy nak tny nie..bolehkah jika saya hanya mengambil sujek pengajian am,MUET,pengajian perniagaan,ekonomi…saya nk tau secepat mungkin sy kompius la

  29. siti,
    Semua pelajar tingkatan 6 wajib mengambil matapelajaran Pengajian Am, MUET dan 3 @ 4 lagi matapelajaran pilihan.
    Anda sekarang mengambil 2 sahaja matapelajaran pilihan, ini bermakna anda perlu menambah satu lagi matapelajaran.

  30. k la.. pembelajaran semasa di tingakatan 6 mmg lebih susah jika dibandingkan dgn poli or diploma, ttp sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda utk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dgn lepasan poli or diploma… lagi satu, subjek di tingkatan 6 adalah perulangan untuk tingkatan 1,2,3,4,5.. terutama geogarfi dan sejarah. saya akan terangkan serba sedikit silibus matapelajaran tingkatan 6 jurusan kemanusiaan kombinasi geografi dan sejarah.

    kpd sesiapa yg mengambil kombinasi geo dan sejarah, utk pengetahuan anda, geografi dibahagikan kepada 2 iaitu geografi alam sekitar manusia dan geografi alam sekitar fizikal. manakala utk subjek sejarah, ada sejarah malaysia, sejarah asia tenggara, asia pasifik, asia tengah, tamadun dunia & tamadun islam..
    utk geografi manusia, anda akan belajar mengenai geografi yg berkaitan dengan kehidupan manusia seperti kadar pertumbuhan manusia, kadar kelahiran dan lain-lain. manakal geografi fizikal pula, anda akan belajar mengenai proses-proses yang berlaku dalam dan luar kerak bumi. seperti letusan gunung berapi, proses geomoforlogi, gempa bumi dan sebagainya.
    utk sejarah malaysia anda akan belajar sejarah mengenai malaysia sahaja, asia pasifik,asia tenggara & asia tengah mengenai luar malaysia. manakala sejarah tamadun dunia anda akan belajar mengenai tamadun yg ada di dunia ini, seperti tamadun mesophotamia, tamadun yunani, pembentukkan negara kota dan sebagainya. dan sejarah tamadun islam adalah mengenai tamadun islam sepeti arab jahiliyah, khalifah-khalifah dan sebagainya..

    selain itu, jika anda mengambil kombinasi sejarah dan geografi anda juga akan belajar subjek lain iaitu bahasa melayu, muet dan pengajian am.. bahasa melayu, anda akan belajar mengenai sejarah bahasa melayu, asal bahasa melayu, dinamika bahasa, variasi bahasa dan sebagainya termasuklah 4 jenis karangan iaitu rumusan, memorandom, ucapan dan satu lagi lupa plak ku…subjek bahasa melayu tidak sama dengan kesusteraan melayu.. jgn nak samakan dua jenis subjek tersebut sebab ada banyak perbezaan…
    manakala pengajian am pula, anda akan belajar 3 jenis iaitu pengajian am kreatif. pangajian am kenegaraan, dan pengajiam am statistik. pengajian am kreatif anda akan belajar mengenai cara membuat karangan berbentuk artikel. tetapi karangan itu ada dua jenis laras satu laras sastera dan satu lagi laras sains. utk laras sains anda perlu memasukan unsu sains atau istilah sains dalam karangan tersebut. seterusnya pengajian am statistik anada akan belajar mengenai mcm mana menukarkan maklumat dari bentuk linear kepada bentuk bukan linear dan dari bentuk linear kepada bukan linear / dari jadual kpd teks dan teks kpd graf or carta pai.. dan pengajian am kenegaraan pula, anda akan belajar mengenai kenegaraan malaysia seperti perlembagaan malaysia, jenis dan bentuk serta konsep negara, jabatan-jabatan serta kementerian-kementerian yg ada di malaysia, jawatan yang dipertuan agong serta sebagainya.
    subjek muet pula dibahagikan kepada 4 kertas / 4 ujian iaitu listening test, speaking test, writing test dan reading test. semua ujian ada format-format masing-masing.

    utk subjek lain akan saya utarakan pada masa akan datang jika saya ada masa.

    ada apa-apa masalah emailkan ke tomsonpeter@ymail.com

  31. tomson,
    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di sini.

  32. boleh x inform kat saya sek. yg menawarkan f6 dan ada asrama sekali kt daerah hulu selangor?

  33. lina,
    Saya tidak mempunyai maklumat berkenaan sekolah yang menyediakan asrama untuk pelajar tingkatan 6 di daerah Hulu Selangor. Anda boleh cuba menghubungi Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri Selangor di 03-5518 6500 untuk mendapat maklumat ini.

  34. hello…nak tahu kelebihan form 6 nie…
    -ianya diiktiraf bg kemasukan ke banyakan u diserata dunia
    -dengan sijil stpm pun dah bleh kerja ngan kerajaan mahupun swasta syaratnya dpt 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mane-mane yg terpakai berdasarkan prinsipal terendah…
    -kiraan pointer stpm berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi ngan 4 tu jee… klau dpt 3.oo ke atas tu kira ok la tuu..-.
    -pointer nak masuk u gune stpm ni tak tinggi berbanding kursus matrik,pra-u lain,dip.. dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir ngan u orang ckp sebelah kaki kat u klau msk form six nie…tu sebab subjek die walaupun ambil 4 atau 5 subjek beban die lg susah kerana die belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ade budak matrik pun blum tentu dpt skor bile jwb soalan stpm nie…
    -setiap subjek lulus prinsipal akan dpt..taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge,UK…power tuuuuuu…
    -taraf A-Level ni sngt tinggi tau…org dip pun blum bertaraf A-Level lg tau stpm dah ade daaa…
    -setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas…atau bahagian bergantung ikut subjek laaa…
    -sastera pun sussah–sains pun susah…dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia…entahlah…tp kualiti sijil stpm nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan skrg nie…maksudnya bleh cube mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my…layari laman web nie…sume jawatan dip die bleh cube ambil…
    -berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti ngan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level…setaraf tu…yg diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara…untuk masuk u
    -dekat sane (luar negara) stpm digelar senior cambridge,spm junior cambrige..kekadang High School Certificate(HSC),High School Diploma di US…
    -stpm nie sebenarnya pepriksaan u Cambridge kemudian di adakan di ipta kita..
    -aku nie bekas pelajar stpm 2005–dpt 5prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply keja kat kerajaan …huhuhu…
    -oh ya lg satu stpm nie laku gak kat luar negara bleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia..kelayakan stpm nie bertaraf dunia tau…bukan bertaraf malaysia tp dunia sila beri perhatian…(taraf dunia)…???

  35. Bagi Peperiksaan STPM Mulai 1987:LAntikan dalam jawatan kerajaan

    (a)

    Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

    (b)

    Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

    (c)

    Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

    (d)

    Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut”.

    Senang citer dapt 4 principal c dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas…

  36. tp kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C,subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C itu paling asas untuk stpm bertaraf lulus penuh bleh kerja ngan kerajaan…kelebihan ambil 5 subjek nie die bleh beri bnyk pilihan untuk pilihan bidang di u nanti,disamping bleh backup pointer contohnya budak dpt 5 principal C tak sama ngan budak dapat 4 principal C,pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dpt 4 principal …pointer lebih tinggi lebih senang masuk u atau minta kerja ngan kerajaan yg mensyaratkan pointer stpm 3.00 dan ke atas…contohnya 5 principal B iaitu 3.oo darab 5 = 15.00/4=3.75 (CGPA),budak dpt 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4=3.00 (CGPA) cuba lihat jauh betul perbzaan pointer nyekan…tp bebanlah skit ambil 5 subjek nie..antara 3.75 – 3.00 =0.75 jauh tuu…

  37. faizi,
    Terima kasih dengan maklumat yang diberi, semoga ianya dapat membantu mereka yang masih tidak pasti mengenai tingkatan 6.

  38. untuk menjelaskan lg ttg stpm nih…bg kemasukan ke ipta atau kerja,berdasarkan penggantian subjek…

    -ok mcm nie…katakan org tu ade spm dan ade stpm dlm mase yg same,katakan subjek ekonomi diperingkat spm die tak dpt kredit(kepujian),tp die dapat prinsipal(lulus penuh dalam) subjek ekonomi diperingkat stpm…

    -waktu nak apply atau masuk u nanti …katakan ade kursus syaratkan mesti dpt kredit dalam subjek ekonomi pada prngkt spm..tp die tak kredit…oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dlm stpm tadi untuk menggantikan nilai kredit bg subjek ekonomi diprngkt spm td…

    -maksudnye ape-ape subjek yg sama dan diambil pada peringkat spm dan stpm,lulus prinsipal subjek yg same di prngkt stpm akan dpt menukar atau cover nilai subjek yg same diprngkt spm…bg penggantian kredit atau perpindahan kredit…

    -kiranye org prinsipal subjek yg same siprngkt stpm..dikira dpt kredit(kepujian) juga bg subjek yg same di prngkt spm pula…

    -sebenarnya dpt lulus sebahagian(subsid) bg subjek yg same di prngkt stpm sudah memadai atau dikira dpt taraf kepujian (kredit) bg subjek yg same diprngkt spm pula…

    –syaratnye hanye subjek yg same ade pada 2 peringkat iaitu spm dan stpm

    –hanye subjek yg same iaitu subjek stpm bleh cover subjek spm bg penggantian kredit spm…

    –tak bleh subjek yg same di prngkt spm ganti subjek yg same diperingkat stpm..kerana taraf stpm lebih tinggi dari taraf spm..

    —taraf stpm A-Level manakala taraf spm O-Level–

    –A-Level (Advanced Level)-stpm-tahap lanjutan,kat mlysia dikatakan prinsipal
    atau lulus penuh

    –O-Level (Ordinary Level)-spm-tahap biasa,kat mlysia dikatakan kredit atau
    kepujian

  39. -blajar kat form six nie mcm blaja bdk u ,diorang ak bleh harapkan pengajar nak bg semua ilmu,kerana ilmu bg stiap subjek stpm nie ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait ngan sastera ,sastera pun kait ngan sains..gak..fikiran harus matang dan tinggi,terbuka,minat mendalami ilmu,suka baca bahan ilmiah…isu semasa,…perbincangan sekelas…usaha+semangat membara+cita-cita+strategi berjaya+mase depan+sedikit kecerdasan minda+kecerdikan+kecekapan…insyaallah pasti berjaya kelak…

    -selaraslah ngan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six nie seperti yg diceritakan disurat khabar dan artikel pendidikan, zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke u tak de yg lain,ramai tak dpt form six zaman dulu,ianya peringkat pra-u,meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di U bg kursus ijazah,peringkat pendidikan lepas menengah tinggi(stpm)…program persediaan ke U..dari segi mental dan pemikiran…cara belajar..

    -zaman dulu stpm nie buat majlis kalau anak die dpt masuk dan berjaye form six nie..??? hahaha…

    -psl nak dpt satu prinsipal tu mmg cukup susah…

  40. -msk form six nie mmg mencabar minda dan keazaman kental…persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lg..jngn memain stpm peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau…tp bnyk kelebihannya..

    _ni gred stpm bg yg saje nk tau..
    -nie semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
    A – 4.00
    A- – 3.67
    B+ – 3.33
    B – 3.00
    B- – 2.67
    C+ – 2.33
    C – 2.00

    -nie plak bg nilai gred lulus sebahagian atau subsid
    C- -1.67
    D -1.33
    D- -1.00
    F -0.00

  41. lg mengenai form six nie kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional LUAR NEGARA iaitu mengikut standard(piawai) dari lembaga pepriksaan Universiti Cambridge…itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar …

    di malaysia,soalannya digubal oleh pensyarah ipta,kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yg pakar…dlm bidangnya…

    soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan U Cambridge luar negara tersebut…diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional LUAR NEGARA iaitu mengikut standard(piawai) dari lembaga pepriksaan Universiti Cambridge

    sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil stpm haruslah sekurangnya dpt 1 prinsipal dari mane -mane subjek…

  42. faizi,

    Terima kasih sekali lagi dengan maklumat yang diberi.

  43. salam..nk tnya mcm mana nk ambik stpm bg calon persendirian?
    nk stdy mcm mana plak kalau ambk clon persendirian,kna stdy sndiri ke?
    keja khusus n kokurikulum mcm mana pulak?
    harap ade yg beri penjelasan.syukran..

  44. lyna,
    Sebagai calon persendirian anda perlu mendaftar terus dengan Pejabat Pelajaran Daerah samada secara pos atau datang sendiri. Pembelajaran pula boleh samada secara persendirian atau mengikuti kelas di kolej atau pusat tuisyen swasta.
    Berkenaan kerja kursus dan kokurikulum saya tidak pasti, anda boleh hubungi Pejabat Pelajaran Daerah yang terdekat atau Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61369663 untuk maklumat lanjut.

  45. camne kalu kta amik sains n sains tamb utk memohon STPM aliran sains

  46. Arip,
    Setahu saya anda perlu mengambil matapelajaran Fizik, Kimia atau Biologi bagi aliran Sains.

  47. Apakah perbezaan antara Mathematics S, Mathematics T dan Further Mathematics T?
    Biasanya pelajar akan pilih mana satu?ataupun ketiga-tiganya pun pilih?

  48. Yeoh,
    Saya tidak mempunyai maklumat untuk menjawab pertanyaan anda. Mungkin mereka yang sedang belajar atau guru di tingkatan 6 boleh membantu,

  49. salam..
    -boleh ke tukar aliran kemanusian ke aliran sains??
    -boleh ke bdak matrikulasi tukar ke stpm??
    tq

  50. Faiz,
    Salam…
    Setahu saya tidak boleh tetapi anda boleh ubah matapelajaran yang diambil jika belum mendaftar untuk peperiksaan. Budak matrikulasi perlu berhenti daripada matrikulasi untuk ambil STPM.

  51. -bolehkah pelajar lepasan spm yang mempunyai masalah taraf kewarganegaraan d alam kad pengenalan mereka melanjutkan pelajaran ke tg 6?….

  52. Al,
    Saya rasa tidak ada masalah tetapi untuk kepastian sila hubungi Jabatan Pelajaran Daerah atau Negeri terdekat.

  53. ble tarikh kmasukan f6 sesi 2009…
    tawaran nyer ble ley dpt?kalo dpt twrn f6 adew x dpt twrn asrama skali/?

  54. Faris,
    Biasanya tawaran akan dikeluarkan pada awal bulan Mei dan pendaftaran pula pada pertengahan bulan Mei.
    Kemudahan asrama pula bergantung kepada sekolah yang berkenaan.

  55. F6; science stream is quite tough. But then, it is the right platform for us to pursue our dreams. Well, it left us no options. We have to endure any hardship being a science student to reach the peak of victory. No pain, no gain, right?

  56. Christy,
    All the best for you.

  57. boleh tak dapatkan maklumat rakan guru stpm geografi fizikal.nak tukar buah fikiran

  58. Sakinah,
    Harap ada pembaca yang boleh membantu anda.

  59. cik keliru says:

    salam,

    sy ni lpsn spm 2008..sy dr kls sains…pakej yg ditawarkan dlm kls sy ada kimia,est,addmath n ert….sy minat bidang kejururawatan…kalo saya amik form 6, abis form 6 sy dpt amik sarjana kejururawatan tak?..or sy msti amik diploma baru amik sarjana?….sy 2 3 nak msok form 6 tkt2 dh buang byk ms…sy tgk kelayakn nk amik sarjana nurse plu ada diploma,kalo xpun form 6 amik aliran sains….blh tlg sy selesai kn mslh sy

  60. Cik Keliru,
    Salam… Ya selepas STPM anda boleh ambil program ijazah dalam bidang kejururawatan. Sebagai contoh jika anda ingin mengambil kursus ini di UKM kelayakan minimumnya adalah mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam matapelajaran Biologi, Kimia dan Fizik / Matematik T / Matematik Lanjutan T.

  61. cik keliru says:

    ow begitu…tapi sekirany sy msok dlm aliran sastera xdpt amik sarjana jururawat kn?…sy bkn dr kls pure sains blh ke sy msok form 6 aliran sains sedngkan sy xde basic biologi and fizik….huhuuu

  62. Cik Keliru,
    Ya anda perlu ambil aliran sains. Mungkin agak susah sikit.

  63. cik keliru says:

    ow yeke…terima kasih dengan jawapan yang diberi ye…thx..

  64. sy pljr lpsn spm 2008…
    ni rsult sc sy…
    fz-6c
    km-5c
    bio-7d
    ble x sy bljr dlm alirn sc ktika d tng6??

  65. Bolehkah saya tahu bilakah tingkatan enam BERMULA?
    saya tahu akan bermula tidak lama lagi tapi bolehkah saya tahu bila?

    Bolehkah saya tahu sijil LCCI akan kami terima?
    Betulkah jabatan akan kirim kepada kami?
    Bila akan kirim?

    Maaf ya sebab ganggu

  66. Cik Keliru,
    Sama2

    Znzn,
    Bagi jurusan sains mesti memperoleh sekurang-kurang tiga kepujian dengan jumlah agregat tidak melebihi 18 unit bagi mata pelajaran sains terbaik, masing-masing dari kumpulan berlainan.

    Lyhan,
    Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Bagi Tahun 2009 boleh dibuat mulai 6hb Mei 2009 ini.
    Setahu saya sijil LCCI ini perlu dimohon melalui sekolah, cuba rujuk dengan sekolah anda.

  67. salam..
    mcm mna nk tkar aliran eyh?sbb,sy dlu amik alrn sains tulen dlm spm..pstu,sy d twar kn amik aliran sains lg dlm f.6 ni..msalah ny,sy xnk ulang kslapan sy dlu..sy nk tbus blik dlm stpm ni..tp,sy nk tkar aliran..mcm mna nk tkar eyh……skola lme sy pn jaoh dr cni…

  68. suhaila says:

    sy dpt twrn tingkatan enam..
    tp aliran agama..
    cmne tu???
    yg nilam bg tau ad dua je..sains ngn kemanusiaan..

    aliran tu blh tukar x??
    klu mntak tukar dpt x??

  69. apakh langkah2 yg perlu di buat untuk tukar sekolah…n boleh ke??

  70. Apakah jenis uniform yang kami patut pakai pada 11th Mei?
    long sleeves or short sleeves?
    ic,sijil kelahiran dan slip spm perlu bawa ORIGINAL punya kah

  71. Pricilla says:

    Hi everyone… i’m really confuse rite now… hope any of u could help me…
    my questions is wat should we wear for the registration day for form 6? i mean it is stated on the letter that we should wear ‘pakaian seragam yang kemas’… wat pakaian seragam should we wear? is it uniform for f6??? N i’ve got another question, i’m really looking forward to take history, but the school that i’m assigned for are not providing that subject… So, i’ve decided that i’m gonna change skul, but i dun noe da procedure… PLZ…. ANSWER MY QUESTIONS AS FAST AS POSSIBLE…
    UR HELP WOULD BE REALLY APPRECIATED…
    THAKZZZZ

  72. dear pricilla,

    if adik rasa sgt yakin adik boleh skor sejarah, tak apa kalau pindah sekolah. adik sepatutnya ke jab. pelajaran daerah, atau cuba ke sekolah yg adik nak masuk tu untuk dapatkan surat tawaran dari sekolah tersebut. selalunya, sekolah akan terima jika ada kekosongan, lebih-lebih lagi jika keputusan spm adik dlm subjek-subjek kemanusiaan yang berkaitan agak baik.

    tp kalau adik betul2 yakin dgn diri, adik boleh terus bersekolah di sekolah adik sekarang. tapi kena rajin belajar sejarah sendiri. btween life style dkt form 6 nie mmg kena indiependent pun. ada kelas pun still mcm belajar sendiri. caranya, kalau adik ambil sejarah sbg subjek tambahan,adik kena pastikan adik kenal rapat kawan dari sekolah lain yg juga amik sejarah. sebarang info dr cikgu sejarah sekolah lain, adik kena ambil tahu. plus, try search dkt google, ramai cikgu sejarah yang dah ada blog…

    gud luck pricilla!

  73. mengubah persepsi tingkatan 6 adalah susah…

    hmm, well, sya dah berjaya lalui form 6 nie, dgn jayanya ..:P! sya boleh kata, saya enjoy dengan kehidupan tingkatan 6. study memang stress, punca dikatakan susah ialah sebab ada terlalu banyak silibus yang ada dalam peruntukan form 6. tapi percayalah, tak perlu belajar semua. bila dah masuk form 6 nanti, adik-adik akan terbiasa dan boleh menjangka apa yg keluar exam.

    sebanarnya, apa yang keluar exam bukan yang utama. yang penting, KENA TAHAN MENULIS PANJANG-PANJANG DAN MEMBACA BANYAK RUJUKAN. apa subjek pun adik pilih, yang penting adalah kematangan calon menjawab. stpm bukan tempat yang sesuai untuk adik yang lebih hebat praktikal dari teori. kalau rasa adik nie jenis buat praktikal lagi baik, go to poli or diploma.

    apapun, sya rasa pd yang kecewa tak dpt masuk ipta lepas spm, form 6 better than diploma ipts.. n benar, sastera n sains sama2 susah, pilih subjek yang tepat k!

  74. Cik,
    Salam… Anda perlu mendapatkan borang RTJT6 samada daripada sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berdekatan.

    Suhaila,
    Saya baru tahu ada aliran agama. Memang boleh tukar dengan mengisi borang RTJT6 melalui sekolah atau PPD terdekat.

    Hasan,
    Anda perlu mengisi borang pertukaran sekolah yang boleh diperolehi daripada sekolah atau PPD yang terdekat.

    Lyhan,
    Sila hubungi sekolah yang anda akan mendaftar pada hari Isnin ini, lain sekolah lain keperluannya. Sebaik-baik bawa yang asal dokumen2 tersebut.

    Pricilla,
    Sila hubungi sekolah yang anda akan mendaftar pada hari Isnin ini, lain sekolah lain keperluannya. Harap komen daripada Anex dapat juga membantu.

    Anex,
    Terima kasih dengan maklumat, pengalaman dan pandangan anda, harap ia dapat membantu mereka yang akan memasuki Tingkatan 6.

  75. salam..
    sy bdk sains tulen..sy dpt f6 jurusan kmanusiaan…slain peng.am dan muet,sy nk amik subjek ekonomi,pngajian perniagaan….tp sy x de asas dlm subjek 2…adakah asas2 sbjek trsbut akn diajr smula?
    adakah subjek2 ni mmbolehkn sy ambil bdang pendidikn nnt d u?kalo x bole apkh bdang yg ssuai?

  76. saya rasa ting.6 tidaklah susah seperti yang dijangka jika kita sendiri berusaha b’sungguh2.oleh itu saya sendiri dah buat keputusan utk ambil science course.Anyway,i would like to thanks Nilam for your useful informations.Keep it up, okay.

  77. Syira,
    Tidak mengapa jika anda tidak ada asas kerana ia akan diajar (mungkin secara sepintas lalu). Cuma anda perlu berusaha bersungguh2 daripada awal dan konsisten dalam study.
    Mengenai bidang pendidikan saya tidak pasti tetapi untuk bidang yang lain saya syorkan anda semak kelayakan untuk masuk universiti di Syarat Khas.
    Saya cadangkan juga supaya anda fikirkan program pengajian apa yang anda hendak ikuti di peringkat ijazah dan semak apa syarat yang diperlukan. Pastikan kombinasi matapelajaran yang anda ambil memenuhi syarat tersebut.

    Rei,
    Terima kasih Rei… Semoga anda akan berjaya dengan cemerlang.

  78. well..lps bce ni lbh byk tau psl form 6..
    cume klu kite tak daftar 11 mei ni,
    still blh ke tingkatan 6??
    n bju skolah mcm form 5 dlu ker??
    top 5 pnye ssh dlm dunie..
    adoi.. msti tertekan giler

  79. hm…orang ckap STPM ni kalau yang sastera senang r nk skor..sebab senang..tapi kalu yang aliran sains,sakit r…bukan melayu ramai amek aliran sains masa STPM sebab x ada tempat tapi x kisah r sebab diorang rajin,tapi budak melayu pulak yang amek STPM ni sebab gagal nak ke matriks,IPTA n politeknik..2 yang ramai hanyut…sbenarnya STPM ni memang jalan yang mudah nk smbung degree…buat plak kalu amek sastera…

  80. Ekincx,
    Saya tidak terbaca pula di mana-mana yang menyebut jika tidak datang mendaftar pada 11 Mei ini nama anda akan disenarai hitamkan.
    Berkenaan pakaian biasanya baju dan seluar putih serta kasut hitam tetapi lain sekolah mungkin lain.
    Jika ada kesunggahan dan rajin tentu macamana susahpun anda boleh menghadapinya.

    Fakhri,
    Semoga anda pun akan berjaya.

  81. saya pelik..
    dalam twrn saya dpt,dye tak nyatakan sekolah mana..
    dye suruh rujuk pd ppd atau jpn …
    setelah rujuk,ppd suruh saya tunggu untuk ambilan ke dua…
    bukan ke nama saya dalam ambilan pertama…peliknye…

  82. lagi satu…
    klu dpt aliran agama,
    saya kena ambil subjek ap klu sy nk wt law?
    uia ad tawarkan kos undang2 tak utk lepasan stpm.??
    saya nkk sgt belajar kt uia??
    lg satu lepasaan stpm ni yg dapat result cemerlang,ad tajaan JPA x untuk study abroad??
    klu blh,nilam tolong reply kt email ek…thanx

  83. sy ambi kputusan tuk ambil form 6 dlam bidang kemanusiaan. sy sbnarnya dtawarkan tuk jurusan sains tpi sy ingin tukar kerana impian sy ialah tuk menjadi peguam stu ari nti.Soalan sy ialah apakah mata pelajaran yg perlu diambil oleh sy tuk melanjutkan pengajian d U dlam bidang perundangan?. dan apakah syarat2 tuk belajar luar negara dlm bidang undang2 selepas stpm?

  84. Suhaila,

    Memang agak pelik juga sepatutnya anda boleh cuba terus pergi ke sekolah yang berhampiran untuk mendaftar.

    UIA memang ada menawarkan dua kursus undang-undang, sila rujuk Syarat Khas untuk mengetahui kelayakan untuk memohon. Saya tidak pasti matapelajaran yang perlu diambil cuma saya difahamkan matapelajaran Sejarah perlu ada. Cuba berbincang dengan kaunselor sekolah anda nanti sebelum membuat pendaftaran matapelajaran.

    Pihak JPA dan MARA memang ada pelbagai skim tajaan untuk pelajar cemerlang.

    Fadilla,

    Untuk masuk jurusan undang-undang di IPTA anda boleh mengambil STPM atau matrikulasi perakaunan dan pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00. Saya tidak pasti matapelajaran yang perlu diambil cuma saya difahamkan matapelajaran Sejarah perlu ada. Cuba berbincang dengan kaunselor sekolah anda nanti sebelum membuat pendaftaran matapelajaran.

    Mengenai syarat untuk ke luar negara, ia bergantung kepada syarat kelayakan masuk universiti yang berkenaan.

  85. apa maksud ‘unit’ tu.,cth 18 unit n 12 unit..camana nak kira??

  86. Shila,
    Unit itu jumlah mata gred anda sebagai contoh jika gred terbaik untuk tiga matapelajaran dari kumpulan yang berbeza anda adalah C5, C6 dan C4 jadi jumlah unit anda adalah 5+6+4= 15.

  87. saya ingin bertanya,
    bagaimana ingin menukar aliran daripada sains ke sastera??
    saya bermatlamat ingin melanjutkan pelajaran ke sarjana undang-undang..
    utk pengetahuan, saya bersekolah di SMK HORLEY METHODIST, TELUK INTAN, PERAK…

    dgn kedudukan sy d dalam kelas sains, ia agak membunuh…
    saya tiada minat langsung kepada jurusan sains…

    saya dengar, proses tukar aliran mengambil masa 2 bulan… betul??

    bagaimana saya ingin mempercepatkan pertukaran aliran ini??

  88. Giro~~,
    Permohonan boleh dibuat melalui sekolah anda dengan mengisi borang RTJT6.
    Saya tidak pasti berapa lama proses untuk pertukaran ini tetapi anda mungkin boleh merujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah terdekat untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan mempercepatkan permohonan anda.
    Bagi melanjutkan pelajaran ke bidang undang-undang anda perlu mengambil matapelajaran Sejarah.

  89. salam..sy nak tanye,sy dapat f6 jurusan kemanusiaan..tp sy minat bdg kejururawatan..boleh ke sy ambik bdg ini lepas stpm nanti?..
    lagi 1 sy nak tanye sy ada harapan tak nak ambik bdg nusring utk 2nd intake nanti..ni result spm saya..A1-BM A2-TASAWWUR ISLAM B3-SEJ,MATH,AG C5-BI C6-AKAUN 7D-KM,FZ,EST 9G-ADDMATH..
    hope nilam dapat tolong sy ye…..tq

  90. Aby91,
    Setahu saya anda perlu mendapat kepujian dalam mata pelajaran sains untuk memohon bidang kejururawatan ini di universiti. Misalnya untuk memohon Diploma Kejururawatan di UiTM anda perlu mendapat kepujian dalam matapejaran Matematik atau Matematik Tambahan dan Biologi atau Sains. Kalau tak silap saya jika anda lulus pra Diploma Sains juga boleh memohon.

    Satu lagi pilihan adalah dengan memohon ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu kelolaan Kementerian Kesihatan yang memerlukan sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Sains dalam SPM.

  91. emm saya ne budak aliran sains,so saya ada masalah skit kt cni,saya nk tukar p aliran kemanusiaan, boleh tk jika saya ambil biologi n x ambil kimia,mksud saya…….saya nk juga belajar bio n belajar subjek aliran kemanusiaan plez tell me

  92. Isnah,
    Setahu saya anda cuma boleh ambil maksimum 5 mata pelajaran dan hanya 4 mata pelajaran terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan mata CGPA. Oleh itu anda boleh ambil apa sahaja kombinasi matapelajaran tetapi pastikan ia bersesuaian dengan program pengajian yang anda ingin mohon di universiti. Walaupun begitu untuk kepastian sila berbincang dengan pihak sekolah atau PPD terdekat.

  93. salam..
    saya pelajar lepasan sijil penyimpanan kira dari politeknik dengan hpnm 3.22 jer..
    pada pendapat anda,layak ke kalau saya nk pohon masuk U?
    saya teringin sangat nk sambung kt uitm,tapi x yakin dengan result saya,tlg la sy.. plezz,sy perlukan jwp dr anda..

  94. Zulaikha,
    Salam… Saya tidak pasti dengan IPTA lain tetapi bagi UiTM kelayakan minimum untuk memohon adalah 3.50.
    Sila semak di Syarat Khas kelayakan ke univerisiti dan Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 untuk maklumat tambahan.
    Cuba dapatkan maklumat tentang peluang dan cara untuk anda melanjutkan pelajaran.

  95. saya nk tnya,kalau saya yang lepasan sijil politeknik & nk isi borang U,
    saya perlu pilih SPM/setaraf ke or STPM/setaraf?

  96. Zulaikha,
    Anda perlu pilih kategori SPM dan setaraf, walaupun begitu untuk kepastian anda boleh hubungi universiti yang berkenaan.

  97. hye..
    sye still tunggu result spm 09..
    but,rse beminat untuk masuk form 6 4 next year…

    sye nk ambik aliran sains,so subjek ape yg wajib sye ambik??
    boleh x kalau sye drop physics??
    n adakah peluang saya untuk further stud in medic ade,sekiranya sye sit 4 diz stpm??
    4 stpm,at least 5 subject kn..so blh x klau sye ambik..
    1.biology
    2.chemistry
    3.pengajian am
    4.sejarah
    5.math
    adakah all diz subject,sesuai untuk diri sye yg ingin memilih bdg medic in future??

  98. Nisyi,
    Kombinasi 5 mata pelajaran anda itu memang sesuai untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di IPTA. Walaupun begitu saya syorkan anda melihat dengan lebih teliti syarat yang ditetapkan oleh setiap universiti.
    Semakan boleh dibuat di laman web UPU bahagian Syarat Khas.

  99. masok f6 best..coz lebih cerah peluang utk masuk u..

    walaupon subjek yg ditawarkan tu nmpak mcm silibus f5,tp silibus f6 lbh detail..
    pengajian am sama penting dengan subjek BM utk spm..

    harus dpt grade yg bguz utk sbjek pa…

  100. Muhammad Rushydi Bin Musa says:

    assalamualaikum…sy bru selesai mendapat keputusan SPM & alhamdulillah agak cemerlang..tetapi sy lbih berminat untk mneruskan plajaran di tingkatan 6 aliran sains…adakah benar ini subjek yg ada dlm aliran sains…
    ~ Pengajian AM
    ~ Chemistry
    ~ Biology
    ~ Physics
    ~ MUET

    adakah subjek2 ini membolehkan sy myambung plajaran dlm bdang prubatan di universiti Malaysia @ luar negara? sy adalah plajar sains agama ketika di upper form…

  101. Muhammad Rushydi Bin Musa says:

    assalamualaikum…sy bru selesai mendapat keputusan SPM & alhamdulillah agak cemerlang..tetapi sy lbih berminat untk mneruskan plajaran di tingkatan 6 aliran sains…adakah benar ini subjek yg ada dlm aliran sains…
    ~ Pengajian AM
    ~ Chemistry
    ~ Biology
    ~ Physics
    ~ MUET

    adakah subjek2 ini membolehkan sy myambung plajaran dlm bdang prubatan di universiti Malaysia @ luar negara? sy adalah plajar sains agama ketika di upper form…sila bls di shidie_musa@yahoo.com….

  102. Salam..
    Saya ade t’baca tingkatan 6 at least ambik
    minimum 4 subjek/maksimum 5 subjek.

    Saya nak ambik aliran sains..
    Saya bace kita wajib ambik p’gajian am dan MUET..

    MUET tu t’masuk dalam 4/5 subjek tu ke??
    dan..
    aliran sains ade bio,physic,chemist dan sains sukan..
    kena ambik semua ke blh pilih??

    Blh ambik Math x..
    mcm syg nak drop math sbb saye mmg minat Math..

    Sape2 blh tlg respons sbb saya kalo blh nak buat
    pilihan yg t’baik untk mase depan saye..

    Thanks..

  103. salam.

    saya bekas pelajar peng. kejuruteraan awam di SMT.
    keputusan SPM lalu tidak begitu memberangsangkan,
    kerana keputusan bagi matapelajaran teknikal sekadar lulus.
    saya ingin menebus kembali kesilapan lalu,
    untuk itu saya ingin menyambung pelajaran di Ting. 6 dalam aliran kemanusiaan sekiranya boleh, kerana saya sudah tidak berani untuk teruskan dengan sains.

    saya ingin tahu bilakah tawaran akan dikeluarkan?.
    dan bagaimana dengan pelajar sekolah teknik adakah tawaran ke Ting. 6 dikeluarkan sama seperti sekolah harian atau kami perlu membuat permohonan?

    sila emailkan kepada saya di farhanaikhwani@ymail.com

    terima kasih.

  104. slm… sy nk tny.. kat mana sekolah utk form 6 yang paling dekat dgn setapak(indah) eh?

  105. sya nk brtnyer ckit,apakh pekerjaan yg de kaitn ngan bidg kemanusiaan ni?n brpe gji yg dpt?n leh x smbung ke luar negara ngan bidg kemanusiaan ni?

  106. sya nk tnyerr ckit,u luar negara ner yg de kaitn ngan bidg kemanusiaan ni?

  107. Salam….nk tnya la….kalau lepas abes bljar form6, pastu bleh trus masuk universiti kew? Kalau result stpm tak memberangsangkan, leh dapat jugak ke masuk u?

  108. Ape syarat2 nk masuk ke u dgn gune result stpm?

  109. braper pointer kna dapat kalau nk masuk u?

  110. subjek ape y dtwrkn utk tingkatan 6 aliran agama??

  111. em…lamer btol ader org tak jwb komen aku…huk3

  112. nilam..lepasan stpm boleh memohon ke uia x?

  113. penin_said_ says:

    saya penin coz…sayer nie dah kene masuk f6 kat sultan muhammad esok…
    ppd suroh sayer amik jurusan agama……
    tp sayer berminat untuk sambung bidang berkaitan komputer d ipta nanti (sains komputer,multimedia…..)
    camner tue…
    course agame tue pulak di kasi per yerk nanti time kat saner??
    5 subjek??
    lagi satu…sayer nengah menunggu rayuan UPU…coz sblum nie sayer silap dgn pemilihan course yg di beri……adakah dngan kemasukan F6 nie akan mengganggu rayuan sayer dalam UPU…
    kerjasama tuan amat sayer hargai…

  114. pelajar yang ambil bidang kemanusiaan adakah boleh ambil computer sains bila kat universiti?

  115. nak tanya pelajar yang mengambil bidang kemanusiaan boleh pilih course apa apabila di universiti? TQ

  116. 1. course apa yg blh diambil di universitii bagi pelajar pra-u yg mengambil bidang kemanusiaan (art)

  117. Catherine Teh says:

    course apa yg blh diambil bagi pelajar pra-u yg mengambil bidang kemanusiaan (art)

  118. aslmlkm, sye lepasan spm2010… sye dpt ting6 jurusan kmanusiaan… tpi sye tak minat.. kalau nak tukr aliran sains mcm mane…. please help me….

  119. syamilia says:

    subjek ape y dtwrkn utk tingkatan 6 aliran agama? .

  120. sesiapa ex-student in science stream cerita lah pengalaman semasa belajar dlu ya…. mcm mana??susah ke???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.